Thursday, March 24, 2016

SDI 54: Keliru Tentang Darah Nifas

Assalamualaikum ustas,
Saya telah keguguran pada bulan Ramadan yang lepas. Usia kandungan saya adalah 8 minggu. Selepas kandungan saya di cuci, saya terus sembahyang dan berpuasa kerana dlm pengetahuan saya darah tersebut adalah darah istikharah (penyakit). Namun baru-baru ini saya di maklumkan bahawa darah tersebut adalah darah nifas dan saya sepatutnya tidak boleh berpuasa dan bersembahyang sehingga darah itu kering.
Tolong huraikan kemuskilan saya ini. Sekiranya darah tersebut darah nifas adakah saya perlu mengganti semula puasa saya pada Ramadan yang lepas. Terima kasih.
Jawapan:
Keguguran yg berlaku slps janin ditiupkan ruh, darah yg keluar adlh darah nifas. Jika keguguran berlaku sebelum tempoh ditiupkan ruh, darah yg keluar adlh darah istihadah.
Pandangan yg lebih kuat, disokong dgn hadis al-bukhari dan Muslim, janin ditiupkan ruh setelah melepasi tempoh 42 hari. Rujuk: http://bin-sahak.blogspot.com/…/bila-sempurnanya-pembentuka…
Oleh itu, dlm kes puan, darah yg keluar adlh darah nifas. Tidak boleh solat, puasa dan x boleh melakukan hubungan suami isteri.
Persoalannya, puan telah solat dan puasa dlm tempoh itu kerana meenyangka darah yg keluar adlh dr istihadhah. Maka puan TIDAK BERDOSA kerana hal itu berlaku bukan dgn maksud menyalahi tegahan agama.
Penyelesaiannya: puan TIDAK PERLU qadha solar, namun dituntut qadha semula puasa tersebut.
wallahu a'lam

0 comments: