Friday, September 11, 2015

SDI 19: Sunnah Dalam Merapatkan Saf

Soalan:
Assalamu'alaikum ustaz.Apabila berada di masjid imam selalu berpesan supaya merapatkan dan meluruskan saf.Boleh ustaz perincikan tentang merapatkan saf dan meluruskan saf?Kadangkala bila berjemaah di masjid saya cuba merapatkan saf dengan makmum disebelah saya tapi dia makin menjauh seolah2 dia tidak selesa bila saf dirapatkan.Agaknya sebab dia merasa sempit.

Jawapan:
Menyempurnakan saf merangkumi 3 perkara: 
1) memenuhkan saf awal br buat saf yg kedua dan beeikutnya.
2) meluruskan saf, sehingga menjadikan ia lurus tidak bengkok.
3) merapatkan saf dlm erti kata setiap jemaah menyentuh jemaah yg ada di sblhnya.

Pandangan yg lebih kuat, hukum menyempurnakan saf ini adlh wajib. Inilah pandangan al-albukhari dan Ibn taimiyyah.

Soalan: 
adakah kaki perlu dirapatkan juga dgn orang di sebelah, atau memadai dengan merapatkan bahu ?


ada yg berpendapat bahawa bukaan antara dua kaki hanyalah sejengkal atau 4 jari shj.

mohon pencerahan.


Jawapan:
yg penting anggota badan bersentuhan antara ssama jemaah. Maksud yg dikehendaki ialah merapatkan saf dan bersungguh dlm melaksanakan perintah tersebut. 


Bukaan kaki, antara pandangan yg terbaik pd pemerhatian saya ialah pandangan yg dlontarkan oleh Ibn uthaimin, iaitulah kedudukan kaki hendaklah selari dgn bahu, baru saf menjadi rapat dan dapt dielakkan ruang kosong yg ketara diantara jemaah
Wallahu a'lam

0 comments: