Friday, September 11, 2015

SDI 18: Hukum Baca Bismillah Selepas al-Fatihah

Soalan:
Assalamualaikum ustaz..
Nak tanya ketika nak mula baca surah selepas membaca al-fatihah dalam solat, bismillah dibaca secara sirr atau tidak perlu dibaca langsung?
Jazakallahu khaira

Jawapan:
Sunat membaca basmalah sblm membaca surah slps al-fatihah. Iaitulah jika surah itu dibaca dr permulaannya. Jika bukan dibaca dr mula, maka diberi pilihan sama ada nak baca basmalah ataupun tidak.
Pandangan yg lebih kuat ialah, bacaan basmalah di dlm solat dibaca secara sirr (perlahan).
Wallahu a'lam

0 comments: