1) Berdiri, rukuk
dan sujud adalah termasuk di dalam rukun solat. Sesiapa yang mampu
melakukannya, maka wajib melakukannya seperti yang disyariatkan. Adapun sesiapa
yang uzur kerana sakit atau tua, bolehlah duduk di atas lantai ataupun di atas
kerusi. Asas dalam hal ini ialah berdasarkan firman Allah SWT yang mengandungi
perintah menunaikan solat dalam keadaan berdiri:
Maksudnya: “Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah)
shalat wusthaa[1].
Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan Qanit[2].”
(al-Baqarah: 238)
Setelah itu datang keringanan dari Nabi SAW bagi yang
uzur berdasarkan hadis daripada ‘Imran bin Husain (عمران بن حصين) RA:
كَانَتْ بِي بَوَاسِيرُ فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصَّلَاةِ فَقَالَ صَلِّ قَائِمًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِنْ لَمْ
تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ
Maksudnya: “Dahulu aku pernah mengidap penyakit Bawasir,
lalu aku bertanya kepada Nabi SAW tentang solat. Jawab baginda: “Solatlah
secara berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solatlah secara duduk, jika kamu
tidak mampu juga, maka solatlah di atas rusuk.” (HR al-Bukhari, bilangan:
1066)
Kata al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi: Maksudnya: “Para
ulama telah bersekapat bahawa sesiapa yang tiada mampu berdiri, maka boleh
solat secara duduk.” (al-Mughniy 1/443)
Kata al-Imam al-Nawawi: “Ummah telah bersepakat
bahawa sesiapa yang tidak mampu berdiri dalam solat fardhu, maka dia boleh
solat secara duduk, dan tidak perlu pengulangan (solat yang ditunaikan secara
duduk kerana keuzuran). Kata Ashab kami: “Tidak dikurangi pahala solatnya
secara duduk berbanding berdiri, kerana dia ketika itu seorang yang uzur. Sesungguhnya
telah thabit di dalam Sahih al-Bukhari bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إذا مَرِضَ العبدُ أو سافر كُتِبَ له مِثْلُ ما كان يعمل
مقيمًا صحيحًا
Maksudnya: “Apabila seseorang hamba itu sakit atau
dalam permusafiran, dicatit untuknya apa yang dilakukannya ketika dia tidak
bermusafir dan ketika sihat.” (HR al-Bukhari – al-Majmu’ 4/226)
Kata al-Syaukani: “Hadis ‘Imran menunjukkan keharusan
bagi sesiapa yang memiliki keuzuran yang tidak mampu berdiri untuk solat secara
duduk, dan sesiapa yang ada keuzuran, dan tidak mampu solat secara duduk, dia
boleh solat secara berbaring di atas lambung/rusuk.” (Nail al-Author
3/243)
Oleh itu, sesiapa yang solat fardhu secara duduk
sedangkan dia mampu berdiri, maka solatnya adalah Batal. Adapun bagi
sesiapa yang memiliki keuzuran untuk berdiri sahaja disebabkan sakit, maka
harus baginya solat secara duduk di atas kerusi pada kedudukan berdiri. Manakala
dia rukuk dan sujud dalam bentuk yang diperintahkan (secara sempurna). Jika mampu
berdiri, namun sukar untuk duduk dan sujud. Maka wajib solat secara berdiri,
kemudian duduk di atas kerusi apabila hendak rukuk dan sujud dengan menjadikan tunduknya
untuk sujud lebih rendah daripada rukuk. Hal ini berdasarkan kaedah yang
menyebut:
المشقة
تجلب التيسير
Iaitulah: “Sesuatu kesempitan itu, mendatangkan
kemudahan.” Demikian juga berdasarkan salah satu prinsip
syariat iaitulah رفع الحرج ودفع المشقة yang bermaksud “Menghilangkan kesukaran dan menolak
kesempitan.” Selain itu terdapat
dalil lain yang banyak dalam hal ini, antaranya firman Allah SWT:
Maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kemampuannya…” (al-Baqarah: 286)
Maksudnya: “Maka bertakwalah kamu kepada Allah
menurut kemampuanmu…” (al-Taghabun: 16)
Sabda Nabi SAW:
وَإِذَا
أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ
Maksudnya: “Dan apabila aku memerintahkan kamu
semua melakukan sesuatu, maka laksanakanlah ia menurut kemampuanmu.” (HR
al-Bukhari dan Muslim)
Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz RH berkata: “Yang
wajib ke atas sesiapa yang solat secara duduk di atas lantai atau atas kerusi,
menjadikan sujudnya lebih rendah berbanding rukuk. Sunnah juga untuk dia meletakkan
dua tangannya di lutut ketika itu pada kedudukan rukuk. Adapun pada kedudukan
sujud, maka yang wajib, dia meletakkan kedua tangannya di atas lantai jika
mampu. Jika tidak mampu maka bolehlah diletakkan di atas lutut berdasarkan
hadis yang thabit dari Rasululah SAW yang bersabda:
أُمِرْتُ
أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ
وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ
وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ
Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk sujud di atas 7
anggota iaitulah dahi dan baginda juga menunjukkan tangan baginda ke hidung,
dua telapak tangan, dua lutut dan jari-jari kedua-dua kaki.” Maka sesiapa
yang ada keuzuran melakukan semua ini, dia pula menunaikan solat di atas
kerusi, maka tidak mengapa berdasarkan firman Allah:
Maksudnya: “Maka bertakwalah kamu kepada Allah
menurut kesanggupanmu…” (al-Taghabun: 16)
Dan sabda Nabi SAW:
وَإِذَا
أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ
Maksudnya: “Dan apabila aku memerintahkan kamu
semua melakukan sesuatu, maka laksanakanlah ia menurut kemampuanmu.” (HR
al-Bukhari dan Muslim).” (Fatawa Ibn Baz 12/245-246)
Justeru, perlu diberi perhatian bahawa sesiapa yang
hanya tidak mampu berdiri, namun mampu melakukan sujud dan rukuk, maka tidak
boleh dia duduk di atas kerusi pada kedudukan sujud dan rukuk. Demikian juga
jika dia hanya tidak mampu untuk rukuk dan sujud seperti biasa, namun mampu
berdiri, maka tidak boleh dia duduk di atas kerusi pada kedudukan berdiri. Al-Imam
Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata:
“Dan sesiapa yang mampu berdiri, namun tidak mampu
melaksanakan rukuk dan sujud, tidak gugur darinya kewajipan berdiri, hendaklah
orang seperti ini solat dengan berdiri, lalu dia melakukan isyarat ketika
rukuk, kemudian dia duduk dan melakukan isyarat ketika sujud. Inilah juga yang
dikatakan oleh al-Syafie… firman Allah:
(#qãBqè%ur ¬! tûüÏFÏY»s%
Maksudnya: “Dan berdirilah (di dalam solat) dengan
Qanit.” Demikian juga sabda Nabi SAW: صَلّ قَائِمًا yang bermaksud: “Tunaikanlah solat dengan berdiri.” Ini kerana
berdiri di dalam solat adalah salah satu rukun solat bagi sesiapa yang
berkemampuan, maka wajib dia melaksanakannya dengan baik sama seperti rukun
membaca al-Fatihah. Ada keuzuran melakukan rukun yang lain tidak menjadikan
gugurnya kewajipan melaksanakan rukun berdiri ini…” (al-Mughniy 1/444)
2) Bukan semua
sakit membolehkan seseorang solat di atas kerusi. Para ulama telah berbeza
pandangan tentang batasan sakit yang membolehkan diambil keringanan. Maka yang
sahih atau yang benar dari berbagai pandangan tersebut ialah apabila timbul
kesukaran dari sudut akan hilang kekhusukan di dalam solat, maka ketika itu
harus mengambil keringanan solat dengan duduk. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin
berkata:
Maksudnya: “Garis ketetapan bagi masyaqqah
(kesukaran/keperitan): iaitulah apa-apa yang menghilangkan khusu’, dan khusu’
itu adalah kehadiran jantung hati dan tomakninah (ketenangan), maka apabila
seseorang berdiri di dalam solat, lalu ia merasai gelisah yang bersangatan dan
tiada lagi ketenangan, sehingga dia mengharap al-Fatihah yang dibaca segera
dihabiskan agar dapat segera rukuk kerana kesukaran atau keperitan menanggung
kesakitan, maka ketika itu dia dikira memiliki kesukaran atau keperitan untuk
berdiri, maka orang seperti ini solat dengan duduk.” (al-Syarh al-Mumti”
4/326)
3) Berkaitan
kedudukan kerusi di dalam saf pula, ada dua keadaan:
i)
Jika seseorang memulakan solat dengan duduk dari awal
solat sehingga ke akhirnya. Maka kedudukan kaki kerusi bahagian belakang adalah
berada di atas saf, kerana ia mengambil peranan dua belah kaki. Oleh itu
hendaklah dua kaki kerusi bahagian belakang dijadikan lurus di dalam saf
bersama kaki para jemaah lainnya di dalam saf yang sama.
ii)
Jika seseorang perlu menunaikan solat dengan
menggunakan kerusi, namun di awal solat dia mampu untuk berdiri, dia akan
menggunakan kerusi ketika hendak rukuk dan sujud, maka wajib dia berdiri
sebaris dengan jemaah di dalam safnya
dan kerusinya berada di belakangnya. Apabila dia hendak rukuk dan sujud,
dia hendaklah bergerak ke hadapan sambil menarik kerusi yang berada di belakangnya
jika kerusi itu mengganggu orang di belakangnya.
Wallahu a’lam.
[1] Para
ulama berbeza pandangan tentang solat Wusta. Majoriti Sahabat berpandangan ia
adalah solat Asar seperti yang dinyatakan oleh al-Tirmizi dan al-Baghawi. Ia juga
merupakan pandangan majority al-Tabi’ien seperti yang dinyatakan oleh al-Qadhi
al-Mawardi. Kata al-Hafidz Abu ‘Umar bin ‘Abd al-Barr: Ia pandangan kebanyakan
Ahl al-Athar. Lihat Tafsir Ibn Kathir terhadap ayat ini.
[2] Qanitin ialah al-Qunut, antara maksudnya ialah , khusu’, tomakninah dan berdiri
lama. Lihat Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari. Dar al-Rayyan li al-Turath.
Tahun: 1407H/1986M – Kitab Tafsir al-Quran – Surah al-Baqarah – Bab Wa Qumuu
Lillaah Qanitiin Ai Muti’ien. Hadis bilangan: 4260
11 comments:
Assalamualaikum Wbt. Ustaz, akhir2 ini saya mengidap sakit belakang & pinggang (Dlm kemalangan) yg myebabkan saya tidak boleh solat scara bdiri. Situasinya begini, saya bjalan mggunakn tongkat. Semasa solat, saya tidak mampu bdiri dgn lama. Saya solat duduk atas kerusi & rukuk pun duduk di atas kerusi. Tp saya boleh sujud seperti biasa. Masalah saya ialah daripada sujud utk berdiri semula adalah sukar. Ini kerana kesakitan yg saya alami di bahagian belakang & pinggang. Jadi saya memilih utk duduk di atas kerusi. Soalan saya; bolehkah saya solat & rukuk scara duduk, tp sujud sperti biasa? Dimana kdudukan kaki saya dlm saf? Adakah kaki kerusi belakang sama dgn kaki para jemaah yg lain? Mohon pncerahan dari pihak Ustaz. Sekian.
Assalammualaikum,
Sy mampu berdiri dan sujud akan tetapi sy sakit lutut dan sukar membengkoknya pada tahyat akhir utk membengkok kat ibu jari sy. Mohon pencerahan.
Email.. Shinici02@gmail.com
Terima kasih,
Assalammualaikum,
Jika mampu berdiri, rukuk dan sujud, tapi amat sukar untuk duduk antara 2 sujud dan tahyat kerana masalah sakit lutut, bolehkah semasa sujud dan tahyat duduk diatas kerusi? Mohon pencerahan. Teima kasih
assalamualaikim nak tanya tentang solat dudukcontoh kesemua anggota badan kaki saya sihat belaka memandangkan saya seorang crane operator agak sibuk dalam pekerjaan jadi agak susah untuk solat seperti biasa takut takut bila ada kerja saya takde jadi boleh tak saya solat duduk di dalam crane saya kerana keadaan tak mengizinkan
Assalamualaikum.. ustd.. dekat lutut saya luka d sbab kan sy kmlngan.. jd, sy x blh sujud.. tpi sy blh brdri dan rukuk mcm biasa.. prsoalannya blh kah sy solat berdri dan rukuk mcm biasa tpi sujud duduk mcm biasa?? Blh kha ustad??
salam, boleh berdiri tapi x leh sujud.Kadang2 bukn sume masjid @ surau ade krusi, mohon penjelasan, tksih
salam, boleh berdiri tapi x leh sujud.Kadang2 bukn sume masjid @ surau ade krusi, mohon penjelasan, tksih
Asalamualaikum wbt.
Permasalahan isu solat atas kerusi sudah dibahaskan dan kesimpulannya ada 2 pendapat.
1. Pendapat ahli fekah, harus. Maknanya dibolehkan.
2. Pendapat ahli usul, tidak boleh.
Isunya kedua² pendapat boleh dipakai asalkan si pelaku (orang yang sembahyang itu) itu memahami dasarnya. Adakah dia seorang yang faham (belajar) fekah semata² atau dia juga mempelajari usuludin & tasauf.
Sekiranya dia mempelajari fekah sahaja, sebaik²nya ada taklik dari yang mengeluarkan fatwa dan memohon izin untuk mengamalkan mengikut fatwanya.
Namun begitu ada syarat²nya, termasuk :
- Dia istiqomah berjemaah.
- Tidak menggangu jemaah lain.
- Tidak melanggar aturan sap makmum.
Jika solat seorang diri,
- Merapatkan hadapan pada dinding.
- Tidak menjadi imam.
Wajib dia berdiri betul ketika mengangkat takbiratul ihram, jika dia masih mampu berjalan & berdiri.
Hanya boleh duduk sehingga selepas iktidal.
Duduk ketika rukun sujud. Dan teruskan duduk diatas kerusi sampai salam.
Sekiranya dia mempelajari fekah, usul & tasauf, ia ditegah solat dalam keadaan tu.
Bagi usul, fekah & tasauf ia bersandarkan pada asas rukun 13.
1. Niat
2. Berdiri betul
3. Takbiratul Ikhram
4. Fatehah
5. Rukuk
6. Iltidal
7. Sujud
8. Duduk antara 2 sujud
9. Tahyat awal
10. Tahyat akhir
11. Selawat
12. Salam
13. Tertib
Sah sembahyang itu dgn 13 rukun & 11 perkara yang membatalkan.
Jika uzur atau tidak mampu berdiri betul & melaksanakan rukun yang lain, diharuskan sembahyang dalam keadaan :
1. Duduk
2. Mengering dengan lambung kiri disebelah atas.
3. Terlentang.
4. Isyarat.
Maknanya tidak ada duduk di atas kerusi sebelum melalui 4 proses tadi kerana masih ada keadaan yang dibenarkan oleh syarak.
Sembahyang duduk bererti duduk dalam rukun. Salah satu dari membatalkan sembahyang adalah menambah rukun (kalbi, kauli & fikli). Duduk selain dari cara duduk didalam rukun, sudah menambah rukun, yaitu separuh berdiri & separuh duduk kerana duduk atas kerusi.
Syarat fikli sujud juga tidak lengkap. Rukun sujud adalah :
1. Dua tapak kaki.
Hujung jari bengkok ke lantai.
2. Dua lutut dilantai
3. Dua tapak tangan dilantai
4. Dahi di lantai.
Syarat dalam sujud tidak dapat disempurnakan jika sembahyang di atas kerusi.
Sembahyang duduk yang diharuskan adalah duduk antara dua sujud. Jika nampu berdiri ketika takbiratul ihram hingga duduk antara 2 sujud, teruskan duduk antara 2 sujud (menggatikan berdiri) sedangkan lain² dibuat seperti rukun biasa.
[03/06 1:05 am] Amirul Falakh: Dalil cara sembahyang mengikut keupayaan.
Hadis Rasulullah saw :
صَلِّ قَا ئِمًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ
Solatlah berdiri, jika kamu tidak mampu hendaklah duduk, dan jika kamu tidak mampu berbaring di sebelah tepi.
H.R al-Bukhari : 1066.
Syarat fikli anggota sujud sebagaimana hadis rasululah saw bersabda:
أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ
“Aku diperintahkan untuk sujud di atas 7 anggota iaitulah dahi dan baginda juga menunjukkan tangan baginda ke hidung, dua telapak tangan, dua lutut dan jari-jari kedua-dua kaki.”
Dan sabda rasulullah saw :
وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ
“Dan apabila aku memerintahkan kamu semua melakukan sesuatu, maka laksanakanlah ia menurut kemampuanmu.” (HR al-Bukhari dan Muslim).”
cara solat atas kerusi
https://youtu.be/t8niYS_oyfo
salam nk bertanya , bolehkan kita solat duduk , apabila kita camping didalam hutan , waktu itu hujan , so nk solat dibawah khemah , tidak boleh berdiri disebabkan khemah itu kecik , adakah sah solat kita?jazzakallah
Assalamualaikum
saya boleh berdiri tpi sukar utk sujud kerana ankle sy sakit. Saya solat secara berdiri dan duduk ketika rukuk dan sujud. Saya mohon pencerahan takut tidak sah.
Post a Comment