Soalan:
Assalamu’alaikum
Ustaz.
Ada
beberapa kenalan saya yang selalu mengikuti majlis-majlis selawat perdana dan
seumpamanya mendakwa majlis mereka dihadiri oleh Rasulullah. Kehadiran baginda
disaksikan oleh sebahagian daripada mereka. Mereka mendakwa baginda datang
dalam rupa lembaga. Mohon penjelasan dari ustaz.
Jawapan:
Bagaimana
mereka dapat pastikan lembaga yang datang itu adalah lembaga Rasulullah SAW?
Hairan sungguh hairan, mengapa dakwaan seumpama ini tidak pernah dibuat oleh
mana-mana ulama umat Islam seperti Imam Abu Hanifah, Malik, al-Syafie dan
Ahmad? Tak pernah ada juga dakwaan seperti ini dinukilkan kepada kita dari
zaman para sahabat RA? Ajaib sungguh ajaib, apakah majlis mereka lebih mulia
berbanding majlis ilmu yang diadakan oleh para Sahabat dan para ulama
rabbaniyyin?
Jika benar
ada dakwaan seperti yang dinyatakan, kita bimbang, lembaga yang didakwa hadir,
sebenarnya adalah syaitan yang datang ke dalam majlis mereka bagi tujuan
memperdayakan mereka. Di bawah ini saya terjemahkan perkataan Syeikh al-Islam
Ibn Taimiyyah, mudah-mudahan boleh dijadikan sebagai bahan penilaian. Beliau
berkata:
ولما كانت الخوارق كثيرا ما تنقص بها درجة الرجل كان كثير من الصالحين يتوب من مثل ذلك
ويستغفر الله تعالى كما يتوب من الذنوب : كالزنا والسرقة وتعرض على بعضهم فيسأل
الله زوالها وكلهم يأمر المريد السالك أن لا يقف عندها ولا يجعلها همته ولا يتبجح
بها ; مع ظنهم أنها كرامات فكيف إذا كانت بالحقيقة
من الشياطين تغويهم بها فإني أعرف من تخاطبه النباتات بما فيها من المنافع وإنما
يخاطبه الشيطان الذي دخل فيها وأعرف من يخاطبهم الحجر والشجر وتقول : هنيئا لك يا ولي الله
فيقرأ آية الكرسي فيذهب ذلك.
وأعرف من يقصد صيد الطير فتخاطبه العصافير وغيرها وتقول : خذني حتى يأكلني الفقراء ويكون الشيطان قد دخل فيها كما يدخل في الإنس ويخاطبه بذلك ومنهم من يكون في البيت وهو مغلق فيرى نفسه خارجه وهو لم يفتح وبالعكس وكذلك في أبواب المدينة وتكون الجن قد أدخلته وأخرجته بسرعة أو تمر به أنوار أو تحضر عنده من يطلبه ويكون ذلك من الشياطين يتصورون بصورة صاحبه فإذا قرأ آية الكرسي مرة بعد مرة ذهب ذلك كله.وأعرف من يخاطبه مخاطب ويقول له أنا من أمر الله ويعده بأنه المهدي الذي بشر به النبي صلى الله عليه وسلم ويظهر له الخوارق [ ص: 301 ] مثل أن يخطر بقلبه تصرف في الطير والجراد في الهواء ; فإذا خطر بقلبه ذهاب الطير أو الجراد يمينا أو شمالا ذهب حيث أراد وإذا خطر بقلبه قيام بعض المواشي أو نومه أو ذهابه حصل له ما أراد من غير حركة منه في الظاهر وتحمله إلى مكة وتأتي به وتأتيه بأشخاص في صورة جميلة وتقول له هذه الملائكة الكروبيون أرادوا زيارتك فيقول في نفسه : كيف تصوروا بصورة المردان فيرفع رأسه فيجدهم بلحى ويقول له علامة إنك أنت المهدي إنك تنبت في جسدك شامة فتنبت ويراها وغير ذلك وكله من مكر الشيطان
وأعرف من يقصد صيد الطير فتخاطبه العصافير وغيرها وتقول : خذني حتى يأكلني الفقراء ويكون الشيطان قد دخل فيها كما يدخل في الإنس ويخاطبه بذلك ومنهم من يكون في البيت وهو مغلق فيرى نفسه خارجه وهو لم يفتح وبالعكس وكذلك في أبواب المدينة وتكون الجن قد أدخلته وأخرجته بسرعة أو تمر به أنوار أو تحضر عنده من يطلبه ويكون ذلك من الشياطين يتصورون بصورة صاحبه فإذا قرأ آية الكرسي مرة بعد مرة ذهب ذلك كله.وأعرف من يخاطبه مخاطب ويقول له أنا من أمر الله ويعده بأنه المهدي الذي بشر به النبي صلى الله عليه وسلم ويظهر له الخوارق [ ص: 301 ] مثل أن يخطر بقلبه تصرف في الطير والجراد في الهواء ; فإذا خطر بقلبه ذهاب الطير أو الجراد يمينا أو شمالا ذهب حيث أراد وإذا خطر بقلبه قيام بعض المواشي أو نومه أو ذهابه حصل له ما أراد من غير حركة منه في الظاهر وتحمله إلى مكة وتأتي به وتأتيه بأشخاص في صورة جميلة وتقول له هذه الملائكة الكروبيون أرادوا زيارتك فيقول في نفسه : كيف تصوروا بصورة المردان فيرفع رأسه فيجدهم بلحى ويقول له علامة إنك أنت المهدي إنك تنبت في جسدك شامة فتنبت ويراها وغير ذلك وكله من مكر الشيطان
Maksudnya: “Dan
ketikamana perkara-perkara luar dari kebiasaan kebanyakannya apa-apa yang boleh
mengurangkan kedudukan seseorang. Kerana itu ramai dari kalangan orang-orang
soleh bertaubat dari perkara-perkara seperti ini (perkara-perkara luar dari
kebiasaan) dan beristighfar kepada Allah Taala sepertimana seseorang bertaubat
dari dosa seumpama zina dan mencuri. Mereka meminta agar Allah menghilangkan
perkara-perkara tersebut dari mereka. Mereka juga meminta para murid al-Salik
agar tidak memberi perhatian kepada perkara-perkara luar dari kebiasaan itu dan
jangan bermegah dengannya. Dalam keadaan perkara-perkara luar biasa itu pada
sangkaan mereka adalah berupa karamah. Maka bagaimana jika perkara-perkara luar
biasa itu pada hakikatnya ialah tipu-daya syaitan. Daku mengetahui adanya orang
yang mana tumbuh-tumbuhan berbicara dengannya dalam perkara-perkara yang
bermanfaat, sebaliknya yang berbicara dengannya itu adalah syaitan yang telah
masuk ke dalam tumbuh-tumbuhan tersebut. Aku juga mengenali adanya orang yang
batu dan pokok berbicara dengannya dan berkata: “keberuntungan untukmu wahai
wali Allah.” Lalu orang itu membaca ayat al-Kursi, lalu suara itu lari
daripadanya. aku juga mengetahui adanya orang yang hendak memburu burung, lalu
burung-burung kecil dan lainnya berbicara dengannya dan berkata: “Ambillah
(tangkaplah) aku, agar orang-orang miskin dapat memakan daging aku.” Sedangkan
syaitan telah memasuki ke dalam burung tersebut sepertimana mereka memasuki
tubuh-badan manusia dan berbicara melalui lidah mereka. Demikian juga dari
kalangan mereka ada pula ketika berada di dalam rumah dalam keadaan pintu
tertutup, dia melihat dirinya di luar rumahnya sedangkan dia belum lagi membuka
puntu rumah, berlaku juga hal yang sebaliknya. Demikian juga di pintu-pintu
bandar, terdapat jin yang masuk dan keluar dengan cepat, atau mereka
mendatangkan kepadanya orang yang dia minta, semua itu adalah syaitan yang
menyerupai rupa sahabatnya. Apabila dia membaca ayat al-Kursiy beberapa kali,
semua itu pergi daripadanya. aku juga mengetahui ada orang yang berbicara
dengannya seseorang yang berkata: “Aku datang dari perintah Allah.” Lalu dia
bersumpah kepada orang itu bahawa dia ialah imam mahdi yang dikhabarkan oleh
Nabi SAW, lalu dia menzahirkan beberapa perkara luar biasa seperti membawa
hatinya membayangkan sekumpulam burung dan belalang berterbangan di udara.
Apabila orang itu terlintas di hatinya agar burung dan belalang itu bergerak ke
arah kanan atau kiri, semuanya ikut berdasarkan apa yang terlintas di dalam
hatinya. Apabila terlintas di dalam hatinya sebahagian binatang ternak berjaga,
tidur atau pergi, maka semua berlaku apa yang dikehendakinya tanpa perlu
sebarang gerakan tindakan zahir darinya. Mereka (para jin dan syaitan)
membawanya ke Mekah, dan mereka juga mendatangkan kepadanya beberapa individu
dengan rupa yang cantik dan berkata kepadanya: “Ini adalah para al-Malaikat
al-Karubiyyun[1] hendak menziarahinya. Lalu orang itu berkata
di dalam hatinya: “Bagaimana mereka boleh menyerupai rupa paras Amrad
(lelaki-lelaki yang cantik dan tidak memiliki janggut), lalu dia mengangkat
kepalanya dan mendapati mereka semua mempunyai janggut pula. Dan dikatakan
kepadanya, engkau memiliki tanda yang engkau adalah imam mahdi, iaitulah dengan
tumbuhnya tahi lalat di jasad engkau, dan tahi lalat itu tumbuh di badannya dan dia
dapat melihat tahi lalat tersebut dan perkara-perkara lain lagi yang berlaku
yang semuanya adalah dari tipu-daya dan perancangan syaitan.” [2]
[1] Al-Karubiyyun
ialah nama malaikat yang terdapat berbagai tafsiran para ulama. Namun ia bukan
bersumberkan hadis yang sahih. Sebaliknya disebut oleh beberapa ulama tafsir di
dalam kitab mereka antaranya al-Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat 7 dari
surah Ghafir: Maksudnya: “malaikat Yang memikul Arasy dan malaikat Yang
berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya;
serta mereka memohon ampun bagi orang-orang Yang beriman (dengan berdoa
merayu): "Wahai Tuhan kami! rahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya;
maka berilah ampun kepada orang-orang Yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan
peliharalah mereka dari azab neraka.” Beliau berkata:
يخبر تعالى عن الملائكة المقربين
من حملة العرش الأربعة ، ومن حوله من الكروبيين ،
بأنهم يسبحون بحمد ربهم
Maksudnya: “Allah
Taala menkhabarkan tentang para malaikat al-Muqarrabin dari kalangan malaikat
pemikul ‘Arasy yang empat, dan malaikat sekitar ‘arasy dari kalangan
al-Karubiyyin, bahawa mereka semua bertasbih dan memuji tuhan mereka…” (lihat Tafsir
al-Quran al-‘Azim)
[2] Majmu’ al-Fatawa oleh
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah 11/30
0 comments:
Post a Comment