Antara Keseronokan Di Dalam Syurga
Imam Muslim meriwayatkan:
حَدَّثَنَا أَبُو عُثْمَانَ سَعِيدُ بْنُ عَبْدِ الْجَبَّارِ الْبَصْرِيُّ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ
سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ عَنْ أَنَسِ بْنِ
مَالِكٍ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ
لَسُوقًا يَأْتُونَهَا كُلَّ جُمُعَةٍ فَتَهُبُّ
رِيحُ الشَّمَالِ فَتَحْثُو فِي وُجُوهِهِمْ وَثِيَابِهِمْ فَيَزْدَادُونَ حُسْنًا
وَجَمَالًا فَيَرْجِعُونَ إِلَى أَهْلِيهِمْ وَقَدْ ازْدَادُوا حُسْنًا وَجَمَالًا
فَيَقُولُ لَهُمْ أَهْلُوهُمْ وَاللَّهِ لَقَدْ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا
وَجَمَالًا فَيَقُولُونَ وَأَنْتُمْ وَاللَّهِ لَقَدْ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا
حُسْنًا وَجَمَالًا
Maksudnya: “Daripada
Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga
terdapat pasar. Penghuni syurga mendatanginya pada setiap Jumaat, lalu angin al-Syamal
datang meniup dan merata ke wajah-wajah dan pakaian-pakaian mereka. Maka bertambahlah
keelokan dan kecantikan (mereka). Mereka kembali ke pangkuan keluarga mereka
dalam keadaan telah bertambah keelokan dan kecantikan mereka. Keluarga mereka
berkata kepada mereka: “Demi Allah, sesungguhnya anda telah bertambah elok dan
cantik sekarang ini.” Mereka menjawab: “Dan kamu semua juga, demi Allah telah
bertambah elok dan cantik sekarang ini.” (HR Muslim di dalam Sahihnya: Kitab
al-Jannah wa Sifah Na’iemiha wa Ahliha: Bab Fi al-Suq al-Jannah Wa Ma
Yanaluna Fiha Min al-Na’iem wa al-Jamal: Hadis no: 2833. Sahih Muslim
beserta Syarah oleh al-Nawawi. Dar al-Khair, Tahun: 1416H/1996M)
Kata al-Nawawi: “Yang
dimaksudkan dengan pasar di sini ialah tempat berkumpulnya ahli syurga sepertimana
mereka berkumpul di pasar ketika di dunia. Pada setiap hari Jumaat pula
bermaksud: dalam kadar seminggu. Dinamakan angin syurga dengan angin al-Syamal
kerana ia datang dari arah belakang kiblat (barat). Ia merupakan nama kepada angin
yang membawa hujan di sisi orang Arab yang datang dari arah Syam. Orang-orang ‘Arab
mengharapkan datangnya awan yang ditiup dari arah Syam (yang membawa hujan). ” – nukilan dengan sedikit
olahan semula -
0 comments:
Post a Comment