Tuesday, July 8, 2014

Bagaimana Hendak Mengeluarkan Zakat Dari Wang Simpanan?

Soalan

Saya memiliki sejumlah wang yang disimpan di Bank yang patuh Syariah. Soalan saya berapa banyakkah wang simpanan yang wajib dikeluarkan zakat dan bagaimana pula zakat hasil faedah yang saya terima. Terima kasih.

Jawapan:

Nasab wajib zakat bagi wang simpanan ialah apabila ia menyamai nilai 85g emas atau 599g Perak. Jika cukup nilai ini dan telah sempurna setahun qamariah (cukup Haul), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. Haul dikira bermula anda memiliki wang tersebut, bukan bermula anda memasukkannya ke bank.

Jika anda menerima keuntungan sepanjang simpanan anda tersebut, maka anda wajib membayar zakat ke atas wang pokok beserta dengan keuntungan yang diperolehi pada waktu anda mengeluarkan zakat wang pokok, sekalipun katakan sebahagian keuntungan yang anda perolehi itu belum cukup satu tahun qamariah. Namun wang pokok telah sampai haulnya, maka wajib anda mengeluarkan zakat ke atas semua jumlah wang yang anda miliki. Hal ini kerana wang hasil keuntungan mengikut haul wang pokok.

Wallahu a’lam.

0 comments: