Soalan:
Ibu-Bapa saya termasuk dalam golongan orang susah. Saya pula
seorang suri rumah yang bekerjaya dan mempunyai pendapat yang lebih dari cukup.
Masalah saya ustaz, suami saya melarang saya membantu ibu-bapa dengan alasan
tanggungjawab tersebut adalah tanggungjawab anak-anak lelaki bukan perempuan.
Tetapi adik-beradik lelaki saya bukan dari golongan yang senang, pendapatan
mereka hanya cukup untuk diri dan keluarga mereka sahaja. Apakah yang saya
perlu lakukan? Taat kepada perintah suami yang melarang membantu ibu-bapa saya
atau bagaimana? Mohon ustaz dapat merungkaikan kebingungan saya ini. terima
kasih.
Jawapan:
Wajib ke atas anak yang berkemampuan sama ada lelaki mahupun wanita
membantu dan memberi nafkah kepada ibu dan bapa mereka yang susah dan fakir.
Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak
menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik
(berbuat ihsan) kepada ibu bapa.” (al-Isra’: 23)
Termasuk dalam ertikata berbuat baik dan ihsan kepada kedua ibu dan
bapa ialah mengeluarkan nafkah kepada mereka ketika mereka memerlukannya. Ibn
al-Munzir berkata:
Maksudnya: “Para ulama telah bersepakat bahawa nafkah ibu dan
bapa yang fakir dan tidak memiliki mata
pencarian dan harta, wajib ke atas harta anaknya.”
Kewujudan adik-beradik lelaki anda tidak menggugurkan kewajipan
anda mengeluarkan nafkah kepada ibu dan bapa, terutamanya apabila mereka tidak
berkemampuan.
Justeru, suami puan yang beranggapan tanggungjawab tersebut hanya
terpikul di atas bahu adik-beradik lelaki puan sahaja adalah tidak benar dan
salah. Jika demikian keadaannya, dimana puan berkewajipan mengeluarkan nafkah
kepada ibu-bapa yang susah dan fakir, maka puan tidak perlu mentaati larangan
suami puan dalam hal ini. Ini kerana Nabi SAW bersabda:
لا طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ
اللَّهِ ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Tiada ketaatan dalam perkara maksiat, sebaliknya
ketaatan hanyalah dalam perkara yang makruf.” (HR al-BUkhari dan Muslim)
Sekalipun begitu, saya nasihatkan puan berlemah-lembut dengan suami
dalam usaha memberi kefahaman kepada beliau dalam persoalan ini. Jelaskan kepada suami bahawa tanggungjawab
ini dipikulkan ke atas bahu puan oleh Allah SWT, dan sepatutnya dia membantu
puan untuk terus berbuat baik kepada kedua ibu dan bapa.
Rujuk juga soal-jawab bertajuk: Nafkah Ibu-Bapa TanggungjawabAnak Lelaki Atau Anak Perempuan?
0 comments:
Post a Comment