Tuesday, October 1, 2013

Hadis Abdul Rahman bin 'Auf Merangkak Dan Lewat Masuk Ke Dalam Syurga TIDAK BENAR

Soalan:

Salam ustaz. Sy terbaca mengenai kisah Sahabat Rasulullah saw yg dijamin syurga iaitu Abdul Rahman bin Auf ra. Beliau dikatakan adalah sahabat yang paling terakhir masuk surga karena lamanya masa yg digunakan untuk menghisab beliau, seperti dari riwayat Aisyah ra yg pernah mendengar Rasullullah SAW bersabda "Kulihat Abdurrahman bin’Auf masuk surga dengan perlahan-lahan (merangkak)!” (HR Bukhari) Benarkah riwayat ini?

Jawapan:

Kisah yang mendakwa ‘Abdul Rahman bin ‘Auf adalah sahabat yang paling akhir dan merangkak masuk ke syurga adalah sebuah kisah PALSU. Dakwaan kononnya kisah tersebut terdapat di dalam riwayat al-Bukhari juga adalah suatu PENDUSTAAN.

Telah ramai dari kalangan para ulama yang memberi peringatan dan ancaman dari menyebarkan kisah-kisah palsu seumpama ini, antara mereka:

1.    Al-Imam al-Zahabi di dalam kitabnya al-Siyar (1/76) menyebut:

أخرجه أحمد في مسنده عن عبد الصمد بن حسان عن عمارة، وقال: حديث منكر
Maksudnya: “Hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya daripada al-Somad bin Hassan daripada ‘Umarah (Ibn Zhazan). Beliau (Imam Ahmad) berkata: “Hadis Mungkar.”

2.    al-Haithamiy di dalam Majma’ al-Zawa’id setelah menyenaraikan hadis ini, beliau menyebut:

رواه البزار وفيه أغلب بن تميم وهو مجمع على ضعفه

Maksudnya: “Ia diriwayatkan oleh al-Bazzar, di dalam sanadnya adalah Aghlab bin Tamim, beliau adalah seorang yang telah disepakati oleh para ulama akan kelemahannya.” Al-Haithamiy juga menyebut:

وقد شهد عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه بدرا والحديبية وشهد له رسول الله صلى الله عليه وسلم بالجنة وصلى خلفه

Maksudnya: “Sesungguhnya ‘Abdul Rahman bin ‘Auf RA telah menyertai peperangan Badar dan perjanjian Hudaibiyyah, beliau juga telah disaksikan (dijamin) oleh Rasulullah SAW dengan syurga, beliau juga telah solat di belakang baginda.”

Wallahu a’lam.

0 comments: