Monday, September 30, 2013

Sesiapa Yang Hanya Berpada Dengan Allah SWT

عَنْ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ ‏قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَنْ نَزَلَتْ بِهِ فَاقَةٌ ‏فَأَنْزَلَهَا بِالنَّاسِ ‏لَمْ تُسَدَّ ‏فَاقَتُهُ ‏وَمَنْ نَزَلَتْ بِهِ ‏فَاقَةٌ ‏فَأَنْزَلَهَا بِاللَّهِ ‏فَيُوشِكُ اللَّهُ لَهُ بِرِزْقٍ عَاجِلٍ أَوْ آجِلٍ.

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Mas’ud katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menimpanya sesuatu keperluan yang mendesak (seperti kefakiran, kesempitan hidup dan seumpamanya), lalu dia mengadu kepada orang ramai, kesempitan hidupnya itu tidak akan diselesaikan. Sesiapa yang ditimpa sesuatu keperluan mendesak, lalu dia mengadu kepada Allah, maka hampir sahaja Allah memberikan kepadanya rezeki yang segera atau ditangguh.” (HR al-Tirmizi dan Abu Daud. Dinilai Sahih oleh al-Albani)

Mengadu kepada orang ramai membawa maksud menceritakannya dalam bentuk pengaduan dan meminta supaya dapat dibebaskan dari keperluan tersebut. Dia bergantung harap kepada manusia untuk memenuhi keperluannya.
Wallahu a’lam.

0 comments: