Thursday, May 9, 2013

Perlukah Samak Mulut Jika Tersilap Makan Makanan Bercampur Bahan2 Dari Babi?

Soalan:

Assalamualikum, Semalam saya menonton soal jawab Agama disalah satu saluran TV di Astro. Seorang pemanggil telah bertanya samaada perlu di samak peralatan masakan yang telah digunakan memasak makanan yang terdapat percampuran bahan yang ada babi (enzyme atau sebagainya). Bahan tersebut tidak diketahui mempunyai unsur tersebut sebelum ini. 
Ustaz tersebut menjawab bahawa peralatan harus disamak malah mulut yang termakan makanan itu juga harus disamak. Mohon jelaskan.

Jawapan:

Jika peralatan memasak tersebut pernah digunakan untuk memasak bahan yang ada bercampur dengan babi dan seumpamanya yang terdiri dari benda najis. Maka peralatan tersebut wajib dibasuh. Setelah itu peralatan tersebut boleh digunakan tanpa was-was. Dalil dalam perkara ini adalah hadis dari Abi Tha’labah al-Khusyaniy yang terdapat di dalam al-Bukhari dan Muslim, ketika para sahabat bertanya:

يا رسول الله، إنا بأرض قوم أهل كتاب أفنأكل في آنيتهم؟

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di negeri Ahli Kitab, apakah boleh kami makan menggunakan peralatan mereka?” Jawab baginda Nabi SAW:

إذا وجدتم غيرها فلا تأكلوا، وإذا لم تجدوا فاغسلوها، وكلوا فيها.
Maksudnya: “Jika kamu semua dapati yang lain maka jangan kamu semua makan dengannya. Dan jika kamu semua tidak dapati yang lain, maka basuhlah ia dan makanlah dengannya.”

Al-Imam al-Nawawi berkata yang dimaksudkan dengan bekas di dalam hadis Tha’labah ini ialah bekas yang digunakan untuk memasak daging babi dan bekas yang digunakan untuk meminum khamar seperti yang dinyatakan dengan jelas di dalam hadis riwayat Abu Daud:

إنا نجاور أهل الكتاب وهم يطبخون في قدورهم الخنزير، ويشربون في آنيتهم الخمر؟

Maksudnya: “Sesungguhnya kamu berjiran dengan Ahli Kitab, mereka memasak babi di dalam bekas-bekas makanan mereka, dan meminum khamar?” lalu baginda memberi jawapan seperti jawapan sebelum ini.

Adapun  berkaitan apakah perlu disamak bekas makanan tersebut? Pandangan yang lebih benar ialah kenajisan babi TIDAK PERLU disamak bahkan memadai dengan membasuhnya sekali dengan air yang mutlak. Tidak perlu juga menyamak mulut. Hal ini kerana tidak terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah hukum menyamak untuk babi. Sebaliknya sebahagian ulama yang berpandangan perlu samak untuk babi, mereka hanya mengambil jalan kiyas kepada hukum anjing. Kerana itu al-Imam al-Nawawi, seorang tokoh besar mazhab al-Syafie ketika membicarakan persoalan kenajisan anjing di dalam Syarah Sahih Muslm berkata:

وأما الخنزير فحكمه حكم الكلب في هذا كله هذا مذهبنا . وذهب أكثر العلماء إلى أن الخنزير لا يفتقر إلى غسله سبعا وهو قول الشافعي وهو قوي في الدليل

Maksudnya: “Adapun babi maka hukumnya adalah sama dengan hukum anjing dalam semua perkara ini, inilah mazhab kami (al-Syafie). Dan kebanyakan ulama berpandangan babi tidak perlu membasuhnya dengan 7 kali basuhan, dan ini adalah pandangan (al-Imam) al-Syafie, dan pandangan ini kuat dengan dalil. (Lihat Syarh Sahih Muslim)


Di dalam al-Majmu’ pula al-Imam al-Nawawi berkata:



واعلم أن الراجح من حيث الدليل أنه يكفي غسلة واحدة بلا تراب ، وبه قال أكثر العلماء الذين قالوا بنجاسة الخنزير. وهذا هو المختار ; لأن الأصل عدم الوجوب حتى يرد الشرع ، لا سيما في هذه المسألة المبنية على التعبد

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa yang rajih dari sudut dalil, (jilatan/kenajisan babi) memadai dengan sekali basuhan tanpa perlu tanah. Inilah pandangan kebanyakan ulama yang berkata tentang kenajisan babi. Inilah pandangan yang terpilih. Hal ini kerana hukum asal ialah tidak wajib (samak) sehinggalah ada bukti dari syara’, terutama dalam persoalan seperti ini yang dibina di atas dasar menjadikan ibadah.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 2/604)

Pandangan al-Nawawi ini ditarjihkan oleh al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin RH, dimana beliau berkata di dalam al-Syarh al-Mumti’ 1/459:

والفقهاء - رحمهم الله - ألحقوا نجاسته بنجاسة الكلب لأنه أخبث من الكلب، فيكون أولى بالحكم منه وهذا قياس ضعيف؛ لأن الخنزير مذكور في القرآن، وموجود في عهد النبي - صلى الله عليه وسلم -، ولم يرد إلحاقه بالكلب. فالصحيح أن نجاسته كنجاسة غيره، فتغسل كما تغسل بقية النجاسات

Maksudnya: “Sebahagian ulama menyamakan kenajisannya (babi) dengan kenajisan anjing kerana babi lebih keji dari anjing, maka babi lebih wajar diberikan hukum tersebut (samak). Namun kiyas ini adalah lemah, kerana babi disebut di dalam al-Quran, terdapat di zaman Nabi SAW, namun tidak disamakan hukumnya dengan anjing. Maka yang sahihnya kenajisan babi adalah sama seperti najis yang lain, hanya perlu dibasuh sepertimana dibasuh najis-najis yang lain.”

Maka cara membasuh najis-najis lain termasuk babi ialah memadai dengan menghilangkan najis tersebut dengan air tanpa perlu disamak.

Wallahu a’lam. 

10 comments:

missLittleBride said...

assalamualaikum,,nak tanye ni~maknanya wajib dan perlu ke kita samak mulut kalau termakan babi contohnya perisa makanan yang menggunakan babi?

bin sahak said...

Tak perlu

Unknown said...

assalamualaikum, nk tanta sikit, dulu saya pernah pergi jepun. saya memakan satu snek yg mengandungi babi tetapi pada mulayna saya makan makanan tersebut tanpa sebarang was-was dan apabila menyedarinya saya terus berhenti dan memberikannya kepada org bukan islam. selain snek tersebut ada juga makanan lain yang sah mengandungi bahan tersebut tapi saya makan tanpa was-was kerana saya sangka makanan tersebut bersih dari babi. untuk saya, apakah yang saya patut lakukan dan hukum dengan makanan yang saya telah makan?

bin sahak said...

Jangan makan lagi setelah mengetahui ia mengandungi babi. Kesalahan yg dilakukan kerana tidak tahu termasuk dlm perkara yg diberi kemaafan oleh allah swt. Wallahu a'lam.

bin sahak said...

Jangan makan lagi setelah mengetahui ia mengandungi babi. Kesalahan yg dilakukan kerana tidak tahu termasuk dlm perkara yg diberi kemaafan oleh allah swt. Wallahu a'lam.

Unknown said...

Saya nak tanya. Saya ada beli maggi spicy samyang ramen noddles yg tgah viral skrg ne. Saya beli sminggu yg lalu skali skrg viral maggi tu ada campuran babi. Saya nak buat apa skrg ne saya tak tahu maggi tu ada cmpuran😢

Unknown said...

Saya nak tanya if dah makn but baru tau ade babi..apa patut saya lakukan?

Unknown said...

Saya nak tanya if dah makn but baru tau ade babi..apa patut saya lakukan?

Sainah said...

Asalammualaikum ..sya maw bertanya ?? Tadi kwan saya makan d sebuah geraik nasi lemak ttp cina ..kami bertanya adh kh gerai itu halal , mereka berkata halal ..tetapi ada sesetengah mengatakan bahawa kuali yang mereka gunakn untuk mengoreng ayam itu sudah pernah digunakan untuk memasak babi ..persoalan nya ,apa yg ptut kami lakukan ? Jika betul kuali itu pernah digunakan utk memasak babi dn digunakan semula utk memasak ayam ? ?

Unknown said...

nak tanya, saya ni makan babi perlukah saya samak?? menurut imam syafiee