Soalan:
Sejak
akhir2 ini tren untuk bersanding daqn makaan beradab dimeja khas pengantin
telah kembali popular. Saya ingin tahu setakat mana yang dibulehkan oleh syarak?
Jawapan:
Adat
bersanding di atas pelamin termasuk di dalam adat yang berkongsi antara berbagai kaum. Di kalangan
masyarakat Arab lama, adat pelamin ini dikenali sebagai al-Minassah المِنَصَّة iaitulah kursi atau katil yang ditinggikan dihias antaranya untuk
pengantin untuk diperlihatkan kepada orang ramai. (sila lihat al-Misbah
al-Munir, al-Mu’jam al-Wasit demikian juga al-Ghaniy). Oleh yang
demikian dakwaan yang mengatakan adat ini adalah adat agama Hindu, justeru
sesiapa yang melakukannya bermakna telah menyerupai penganut agama Hindu adalah
TIDAK BENAR. Telah diperakui bahawa, perkara-perkara adat asal hukumnya adalah
harus selagi tidak disertai dengan perkara-perkara yang haram seperti pendedahan
aurat, ditayangkan kepada lelaki dan perempuan yang anjabi sehingga menimbulkan fitnah, berlaku pembaziran, dikaitkan dengan kepercayaan-kepercayaan karut atau lainnya. Maka sama halnya dengan makan beradap hukum asalnya adalah
harus. Semua perkara ini juga tidak termasuk dalam takabbur bahkan ia termasuk
dalam perkara mewujudkan kegembiraan dan keseronokan pada hari perkahwinan yang
diharuskan di dalam Islam.
Wallahu a’lam
1 comments:
Apa komen Ustaz tentang pautan dari blog ini... http://rossacalla.blogspot.com/2013/01/panduan-bersetubuh-suami-isteri-yang.html#axzz2TH61NWEj
Post a Comment