Tuesday, May 14, 2013

Hukum Bersanding

Soalan:

Sejak akhir2 ini tren untuk bersanding daqn makaan beradab dimeja khas pengantin telah kembali popular. Saya ingin tahu setakat mana yang dibulehkan oleh syarak?

Jawapan:
Adat bersanding di atas pelamin termasuk di dalam adat yang berkongsi antara berbagai kaum. Di kalangan masyarakat Arab lama, adat pelamin ini dikenali sebagai al-Minassah المِنَصَّة iaitulah kursi atau katil yang ditinggikan dihias antaranya untuk pengantin untuk diperlihatkan kepada orang ramai. (sila lihat al-Misbah al-Munir, al-Mu’jam al-Wasit demikian juga al-Ghaniy). Oleh yang demikian dakwaan yang mengatakan adat ini adalah adat agama Hindu, justeru sesiapa yang melakukannya bermakna telah menyerupai penganut agama Hindu adalah TIDAK BENAR. Telah diperakui bahawa, perkara-perkara adat asal hukumnya adalah harus selagi tidak disertai dengan perkara-perkara yang haram seperti pendedahan aurat, ditayangkan kepada lelaki dan perempuan yang anjabi sehingga menimbulkan fitnah, berlaku pembaziran, dikaitkan dengan kepercayaan-kepercayaan karut atau lainnya. Maka sama halnya dengan makan beradap hukum asalnya adalah harus. Semua perkara ini juga tidak termasuk dalam takabbur bahkan ia termasuk dalam perkara mewujudkan kegembiraan dan keseronokan pada hari perkahwinan yang diharuskan di dalam Islam.
Wallahu a’lam

1 comments:

wathahir said...

Apa komen Ustaz tentang pautan dari blog ini... http://rossacalla.blogspot.com/2013/01/panduan-bersetubuh-suami-isteri-yang.html#axzz2TH61NWEj