1.
Dari ’Umar bin
al-Khattab RA, katanya, Nabi SAW bersabda: ”Apabila tukang azan melaungkan:
LAUNGAN AZAN
|
JAWAPAN
|
الله أكبر، الله أكبر (x 2)
|
الله أكبر، الله أكبر (x 2)
|
أشهد أن لا إله إلا الله (x 2)
|
أشهد أن لا إله إلا الله (x 2)
|
أشهد أن محمدا رسول الله (x 2)
|
أشهد أن محمدا رسول الله (x 2)
|
حي على الصلاة (x 2)
|
لا حول ولا قوة إلا بالله (x 2)
|
حي على الفلاح (x 2)
|
لا حول ولا قوة إلا بالله (x 2)
|
الله أكبر، الله أكبر
|
الله أكبر، الله أكبر
|
لا إله إلا الله
|
لا إله إلا الله
|
Dia menyebutkan dengan hatinya, dia akan dimasukkan ke dalam
syurga.” (HR Muslim)
Termasuk di
dalam sunnah juga, iaitulah ketika mendengar laungan dua kalimah syahadah oleh
tukang azan, dengan menjawab:
وَأَنَا أَشْهَدُ أَنْ
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ، رَضِيْتُ بِاللهِ رَبَّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُوْلًا، وَبِالْإِسْلَامِ
دِيْنًا
2.
Dari Sa’ad bin
Abi Waqqas RA, seperti yang diriwayatkan oleh Abu ‘Iwanah.
Rasulullah SAW bersabda:
من قال
حين يسمع المؤذن أشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك لـه، وأن محمداً عبده
ورسوله. رضيت بالله رباً،وبمحمدٍ رسولاً، وبالإسلام ديناً، غفر لـه ذنبه
Mafhumnya: “Sesiapa yang membaca: رَضِيْتُ
بِاللهِ رَبَّا وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا (mafhumnya): “Telah
aku reda, Allah itu sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad itu sebagai
rasul dan nabi,” akan diampunkan dosanya.” (Mustakhraj
oleh Abu ‘Iwanah)
Persoalan: Bilakah dibaca doa ini?
Jawapan:
Ada dua pandangan:
Pandangan Pertama: Dibaca di
pertengahan azan. Inilah yang diisyaratkan oleh perkataan al-Imam al-Nawawi di
dalam Syarh Sahih Muslim. Sekalipun tidak dinyatakannya dengan jelas.
(2/322, cetakan Dar al-Hadith)
Pandangan Kedua: Dibaca setelah
selesai Azan.[1]
Pandangan ini dipilih oleh al-Mubarakfuri di dalam Syarh al-Tirmizi.
3.
Selepas
mendengar Azan disunatkan berselawat ke atas Nabi SAW, dan memohon Wasilah
untuk baginda. Daripada ’Abdullah bin ’Amr bin al-’Ash RA, beliau mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: ”Apabila kamu
mendengar tukang Azan melaungkan Azan, maka jawablah seperti yang tukang Azan
laungkan, setelah itu (habis Azan) berselawatlah kepadaku, kerana sesungguhnya
sesiapa yang berselawat ke atasku sekali selawat, Allah akan berselawat ke
atasnya dengan 10 kali selawat, setelah itu mintalah kepada Allah untuk
dikurniakan kepadaku al-Wasilah, sesungguhnya Wasilah itu merupakah satu
kedudukan di dalam Syurga, tidak layak melainkan untuk seorang hamba Allah, dan
aku mengharapkan hamba Allah itu adalah aku. Maka sesiapa yang memohon wasilah
untukku, dia berhak mendapat syafaatku.” (HR Muslim)
Al-Bukhari di dalam Sahihnya meriwayatkan hadis daripada
Jabir bin Abdillah RA, Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: “Sesiapa yang mendengar Azan, kemudian membaca:
اَللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ
الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا
مَحْمُوْدًا الَّذِيْ وَعَدْتَهُ
Mafhumnya:
“Sesiapa yang mendengar seruan azan, setelah itu dia membaca (mafhumnya):
“Ya Allah, tuhan kepada seruan yang sempurna ini (azan), dan sembahyang yang
akan didirikan, (Ya Allah) kurniakan kepada Nabi Muhammad SAW al-Wasilah dan
kelebihan, dan kurniakanlah kepada baginda kedudukan terpuji yang telah Engkau
janjikan,” layak untuk dia memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (HR
al-Bukhari)
Lafaz Selawat yang paling afdhal
dan terbaik pula ialah Selawat al-Ibrahimiah, iaitulah selawat yang
dibaca di dalam Tasyahhud Akhir, antaranya:
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، إِنَّكَ
حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ، اَللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
4.
Digalakkan juga memperbanyakkan doa kepada
Allah SWT setelah berdoa selepas Azan. Daripada Abdullah bin ’Amr bin al-’Ash
RA, katanya: ”Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya tukang
Azan memperoleh kelebihan (يَفضُلون)
berbanding kami? Jawab baginda: ”Ucapkanlah seperti yang dia ucapkan (jawab
Azan), apabila selesai, mohonlah permintaan, kami akan diberi (oleh Allah).” (HR Abu
Daud. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)
Diriwayatkan juga dari Anas RA,
Nabi SAW bersabda: ”Tidak ditolak doa diantara Azan dan Iqamah.” (HR Abu
Daud. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)
[1]
Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin RH berpandangan bacaan ini dibaca
selepas mendengar tukang azan melaungkan dua syahadah, dan sebelum tukang azan
melaunkan Hayya ‘alas Solah. Sila lihat al-Syarh al-Mummti’ dan Liqa
al-Bab al-Maftuh oleh al-‘Uthaimin untuk penjelasan yang lebih terperinci.
Al-Syeikh Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti pula berkata: Sekumpulan ulama
berkata: “Yang Sunnahnya diucapkan رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا
ورسولا selepas selesai
dilaungkan azan. Ini kerana Nabi SAW menjadikan orang yang mendengar azan sibuk
untuk menjawab azan sama seperti lafaz azan yang dilaungkan, mereka berdalilkan
dengan hadith di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim dari hadith Abu Musa
al-Asy’ari RA, Nabi SAW bersabda: “Jika kamu semua mendengar azan, maka
jawablah sama seperti laungannya.” Maka ulama kumpulan ini berkata hadith
ini menjadi bukti, berdasarkan sunnah hendaklah dijawab azan sama seperti
laungan tukang azan ketika melaungkan azan, dan tidak perlu sibuk dengan bacaan
yang lain. Manakala sekumpulan ulama yang lain pula berkata: Bacaan ini dibaca
selepas tukang azan selesai melaungkan dua syahadah. Ini kerana Nabi SAW
bersabda: من
قال حين يسمع المؤذن يتشهد
mafhumnya: “Sesiapa yang ketika mendengar tukang azan mengucapkan syahadah,
lalu membaca (doa tersebut)” iaitulah selepas selesai tukang azan
mengucapkan dua kalimah syahadah. Inilah pandangan yang Asah (lebih benar)
diantara dua pandangan ini. (Siri kuliah Syarh Sunan al-Tirmizi Muhammad
al-Mukhatar al-Syanqiti) – Pent.
0 comments:
Post a Comment