Thabit dari Nabi SAW berbagai
lafaz doa al-Iftitah. Baginda juga tidak kekal dengan satu bacaan tertentu
sahaja. Oleh yang demikian seseorang muslim lebih utama mengamalkan sesuatu
lafaz secara kadang-kadang, dan kadang-kadang mengamalkan lafaz yang lain pula.
Inilah bentuk yang paling sempurna dalam mengikut Nabi SAW. Antara lafaz doa
Iftitah tersebut ialah:
1.
Daripada Abu
Hurairah RA katanya: ”Rasulullah SAW apabila membuka solatnya, baginda akan
berdiam diri seketika sebelum baginda membaca (al-Fatihah). Maka Abu Hurairah
berkata: Wahai Rasulullah, apakah yang tuan baca ketika tuan dian antara takbir
dan bacaan (al-Fatihah)? Sabda Baginda SAW, saya membaca:
اَللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ خَطَايَايَ
كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اَللَّهُمَّ نَقِّنِيْ مِنْ
خَطَايَايَ، كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اَللَّهُمَّ
اغْسِلْنِيْ مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ.
Mafhumnya: “Ya Allah, jauhkanlah antara daku dan
kesalahan-kesalahanku, sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya
Allah, bersihkanlah daku dari kesalahan-kesalahanku, sebagaimana baju putih
dibersihkan dari kotoran. Ya Allah, cucikanlah daku dari kesalahan-kesalahanku
dengan salju, air dan air sejuk” (HR al-Bukhari dan Muslim)
2.
Daripada ’Aisyah, Abu
Sa’id, dan selain mereka berdua RA, Nabi SAW membuka solat baginda dengan
membaca:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ
وَبِحَمْدِكَ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ، وَتَعَالَى جَدُّكَ، وَلاَ إِلَـهَ غَيْرُكَ.
Mafhumnya:
“Maha Suci Engkau ya Allah, dan dengan segala kepujian untukMu, Maha
Berkah akan nama-Mu, Maha Tinggi keagunganMu, dan tiada Ilah yang berhak disembah
selainMu.” (HR Abu Daud dan Muslim dari ‘Umar bin al-Khattab RA
secara Mauquf)
3.
Daripada
’Abdullah bin ’Umar RA, katanya: ”Ketikamana kami menunaikan solat bersama
Rasulullah SAW, seorang lelaki membaca:
اَللهُ
أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً
وَأَصِيْلاً
Mafhumnya: ”Allah yang Maha
Besar Sebesar-besarnya, segala pujian untuk Allah sebanyak-banyaknya, dan Maha
Suci Allah pada waktu pagi dan petang.” baginda bertanya: Siapakah
yang menyebut perkataan demikian dan demikian tadi? Kata seorang lelaki: Saya
wahai Rasulullah.” Jawab baginda: menakjubkan daku kalimah tersebut, kerana dibuka
untuknya pintu-pintu langit.” kata Ibn ’Umar: Aku tidak meninggalkan
kalimah-kalimah tersebut semenjak aku mendengar perkara ini dari Rasulullah SAW.”(HR
Muslim)
4.
Daripada ’Ali RA
yang berkata: “Baginda
SAW apa bangun menunaikan solat membaca:
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ
حَنِيْفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ، إِنَّ صَلاَتِيْ، وَنُسُكِيْ،
وَمَحْيَايَ، وَمَمَاتِيْ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، لاَ شَرِيْكَ لَهُ
وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكَ
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ. أَنْتَ رَبِّيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، ظَلَمْتُ نَفْسِيْ
وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ جَمِيْعًا إِنَّهُ لاَ
يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ. وَاهْدِنِيْ لأَحْسَنِ اْلأَخْلاَقِ لاَ يَهْدِيْ
لأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّيْ سَيِّئَهَا، لاَ يَصْرِفُ عَنِّيْ
سَيِّئَهَا إِلاَّ أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، وَالْخَيْرُ كُلُّهُ
بِيَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ، أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ، تَبَارَكْتَ
وَتَعَالَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ.
Mafhumnya: “Aku menghadap (dengan ikhlas) kepada
Tuhan Pencipta langit dan bumi, dalam keadaan mentauhidkannya dan aku bukanlah
tergolong dari kalangan orang-orang musyrik. Sesungguhnya salatku, ibadahku dan
hidupku serta matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu
bagiNya, dan dengan demikian itu aku diperintahkan dan aku termasuk dari
kalangan orang-orang muslim. Ya Allah, Engkau adalah Raja, tiada Tuhan (yang berhak
disembah) kecuali Engkau, Engkau Tuhanku dan aku adalah hambaMu. Aku telah
menganiaya diriku, aku mengakui dosaku (yang telah ku lakukan). Oleh karena itu
ampunilah seluruh dosaku, sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa,
kecuali Engkau. Tunjukkan aku pada akhlak yang
terbaik, tiada yang dapat menunjukkannya melainkan Engkau. Hindarkan aku dari
akhlak yang jahat, tiada yang dapat
menjauhkan aku daripadanya, kecuali Engkau. Aku memenuhi semua
panggilanMu, kebaikan keseluruhannya berada dalam gengamanMu, kejelekan tidak
dinisbahkan kepadaMu. Aku hidup dengan pertolongan dan rahmatMu, dan kepadaMu
(aku kembali). Maha BerkatMu dan Maha Tinggi. Aku minta ampun dan bertaubat
kepadaMu”. (HR Muslim)
Terdapat juga
bacaan lain dari Nabi SAW yang baginda membacanya sebagai al-Iftitah pada solat
malam. Antaranya:
1.
Daripada Ibn
’Abbas RA yang berkata: ”Baginda SAW apabila bangun malam bertahajjud akan
membaca:
اَللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَاوَاتِ
وَاْلأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ، لَكَ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ
وَاْلأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ نُوْرُ السَّمَاوَاتِ
وَاْلأَرْضِ، وَلَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ مَلِكُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ، وَلَكَ
الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ، وَوَعْدُكَ الْحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ، وَقَوْلُكَ
حَقٌّ، وَالْجَنَّهُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالنَّبِيُّوْنَ حَقٌّ،
وَمُحَمَّدٌ صلى الله عليه وسلم حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ، اَللَّهُمَّ لَكَ
أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ
خَاصَمْتُ، وَ إِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ،
وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ،
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ
Mafhumnya: “Ya, Allah! BagiMu
segala puji, Engkau yang Menguruskan langit dan bumi serta seisinya. BagiMu segala puji, untukMU
pemilikan langit dan bumi serta seisinya. BagiMu segala puji, Engkau Tuhan (yang
memberi cahaya) kepada langit dan bumi. BagiMu segala puji, Engkaulah adalah
raja langit dan bumi. BagiMu segala puji, Engkau Yang Maha Benar, janjiMu suatu
yang benar, bertemu denganMu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga itu
suatu yang benar, neraka itu juga suatu yang benar, para nabi kesemuanya benar,
Muhammad SAW itu juga benar, hari kiamat itu benar. Ya Allah, kepadaMu aku berserah
diri, denganMu aku beriman, kepadaMu aku bertawakal, kepadaMu jua aku kembali,
dengan pertolonganMu aku berdebat (kepada orang-orang kafir), kepadaMu (dan
dengan ajaran-Mu) aku menjatuhkan hukum. Oleh karena itu, ampunilah dosaku yang
terdahulu dan yang akan datang, dan apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku
nyatakan, Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan terkemudian, tidak ada Tuhan yang berhak
disembah kecuali Engkau.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
2.
Daripada ’Aisyah
RA yang berkata: ”Rasulullah SAW apabila bangun malam, baginda memulakan
solat malamnya dengan membaca:
اَللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرَائِيْلَ، وَمِيْكَائِيْلَ،
وَإِسْرَافِيْلَ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ،
أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيْمَا كَانُوْا فِيْهِ يَخْتَلِفُوْنَ.
اِهْدِنِيْ لِمَا اخْتُلِفَ فِيْهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ، إِنَّكَ تَهْدِيْ
مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.
Mafhumnya: “Ya Allah, Tuhan Jibrail, Mikail dan Israfil. Tuhan Yang
Mencipta langit dan bumi. Tuhan Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata. Engkau Tuhan yang menjatuhkan
hukum antara hamba-hambaMu apa yang mereka perselisihkan. Tunjukkanlah kepadaku
akan kebenaran apa yang diperselisihkan dengan keizinan dariMu. Sesungguhnya
Engkau Tuhan yang menunjukkan pada jalan yang lurus bagi sesiapa yang Engkau
kehendaki.” (HR Muslim)
1 comments:
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Saya ingin bertnya, apakah boleh saya baca bacaan doa iftitah yang telah diajar sejak dari saya kecil?
Post a Comment