Tuesday, November 6, 2012

Doa Ketika Kesusahan, Rasa Bimbang dan Sedih

DOA KETIKA KESUSAHAN[1], RASA BIMBANG[2] DAN SEDIH[3]

1.      Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW pernah bersabda: “Tiada seseorang hamba ketika ditimpa rasa bimbang dan sedih sama sekali lalu membaca:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.

Mafhumnya: “Ya Allah! Sesungguhnya daku adalah hambaMu, anak kepada hamba lelakiMu dan anak kepada hamba perempuanMu. Ubun-ubunku di dalam gengaman tanganMu, telah berlalu atasku hukumanMu, telah adillah untukku ketentuanMu, Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, atau dengan setiap nama yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau dengan nama yang Engkau khususkan pengetahuan tentangnya kepada diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, agar Engkau menjadikan Al-Qur’an itu sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”  Melainkan Allah akan menghilangkan rasa bimbangnya dan menggantikan rasa sedihnya dengan kegembiraan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah: Sewajarnya kami mempelajari (menghafal) kalimat-kalimat doa ini! Baginda menjawab: Sudah tentu, bagi yang  mendengarnya untuk dia mempelajari.” (HR Ahmad. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah)



[1] الغَمُّ ialah sesuatu musibah yang sedang berlaku.
[2] الهَمُّ ialah sesuatu yang dibimbangi pada masa akan datang.
[3] الحُزْنُ ialah sesuatu musibah yang telah menimpa dan berlalu.

0 comments: