Soalan:
Bolehkah menjamak solat Jumaat dengan solat Asar..
minta penjelasan. wallahua'lam
Jawapan:
Para ulama berbeza
pendapat dalam masalah ini. Pendapat yang kami pilih ialah BOLEH menjamakkan
solat Jumaat dengan Asar berdasarkan alasan-alasan berikut:
Pertama: Berdasarkan dalil-dalil umum tentang
keringanan dan kemudahan di dalam Islam, terutamanya dalam bab musafir
termasuklah di dalamnya solat Jamak dan Qasar. Dalam bab Qasar hadis daripada
Ya’la bin Umayyah yang bertanya kepada ‘Umar bin al-Khattab RA tentang firman
Allah SWT yang bermaksud:
“Tidak mengapa ke atas kamu semua untuk
mengqasarkan solat jika dalam keadaan bimbang kejahatan orang-orang kafir.” Kata Ya’la kepada ‘Umar
bukankan kita telah berada dalam keadaan aman sekarang? Jawab ‘Umar bin
al-Khattab RA: “Aku juga dahulu berasa hairan seperti engkau hairan. Lalu aku
bertanya kepada Rasulullah SAW tentang perkara ini, baginda menjawab: “Perkara
itu merupakan sedekah daripada Allah, maka kamu semua terimalah sedekah
tersebut.” (HR Muslim)
Kesimpulannya: Solat musafir dibina
di atas dasar memberi keringanan dan kemudahan.
Dalil dalam bab Jamak pula diriwayatkan
daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas RA dan Abu Hurairah RA:
“Nabi SAW pernah menghimpunkan (Jamak) solat ‘Asar
dan Zohor, Maghrib dan ‘Isyak di Madinah bukan kerana ketakutan dan hari hujan.”
Dalam riwayat lain: “bukan
kerana musafir”. (HR Muslim, al-Tirmizi, Abu Daud, al-Nasa-ie dan Malik)
Sebahagian ulama pensyarah hadis membuat
penjelasan, hadis ini merupakan bukti harus menjamakkan dua solat kerana
keperluan (hajat). Hajat atau keperluan ini pula berapa pada kedudukan dharurat
di sisi para ulama. Al-Khattabi di dalam Ma’alim al-Sunan berkata: “Diceritakan
dari Muhammad bin Sirin yang berkata: “Bahawa tidak mengapa dihimpunkan dua
solat jika ada keperluan (hajat), atau sesuatu selama mana tidak dijadikan
kebiasaan.”
Kesimpulannya: Musafir termasuk di
dalam hajat atau keperluan yang terpenting bagi manusia.
Kedua: Sekiranya Jumaat menjadi tidak wajib bagi orang
yang bermusafir, namun sekiranya orang yang bermusafir itu hadir juga solat Jumaat,
solat itu menjadi sah. Maka bagaimana mungkin untuk kita katakan tidak boleh
dijamakkan Jumaat dengan ‘Asar pula?
Ketiga: Tidak ada sebarang nukilan dari Nabi SAW yang
melarang dijamakkan solat Jumaat dengan ‘Asar bagi yang bermusafir. Sedangkan dizaman
baginda banyak berlaku permusafiran pada hari Jumaat. Sekiranya perkara ini
tidak boleh, sudah tentu akan ada sesuatu nukilan berbentuk larangan dari
baginda. Tidak mungkin baginda tidak memberi penjelasan tentang perkara ini
sedangkan ia berlaku di hadapan baginda.
Keempat: Allah SWT menurunkan al-Quran dan mengutuskan
Nabi SAW bagi tujuan memberi penjelasan kepada manusia perkara yang menjadi keperluan
mereka. Manakala apa sahaja perkara yang tidak dijelaskan oleh Allah SWT dan
Rasul SAW, ia termasuk dalam perkara
yang diberi kemaafan dan didiamkan seperti yang dinyatakan di dalam
hadis riwayat dari Ibn ‘Abbas RA:
فَبَعَثَ اللهُ
نَبِيَّهُ وَأَنْزَلَ كِتَابَهُ، وَأَحَلَّ حَلَالَهُ وَحَرَّمَ حَرَامَهُ، وَمَا
سَكَتَ عَنْهُ فَهُوَ عَفْوٌ
Mafhumnya:
“Maka Allah mengutuskan nabi dan menurunkan Kitab, dihalalkan apa yang halal
dan diharamkan apa yang haram. Adapun apa-apa yang didiamkan, maka perkara itu
adalah dimaafkan.” (HR Abu Daud dan al-Tirmizi)
Kesimpulan: Persoalan jamak solat ‘Asar solat Jumaat
bagi orang yang bermusafir termasuk dalam perkara yang didiamkan oleh Allah SWT
dan Rasul SAW, oleh itu persoalan ini termasuk dalam persoalan yang diberi
kemaafan yang dibenarkan di dalam agama.
Wallahu a’lam.
5 comments:
'afwan....
Salam...ya ustaz...sy ingin bertaye...sekiranye musafir itu tidak menunaikan solat jumaat..tetapi dia melakukan solat zohor dijamakkan & qasar dgn asar..bilakah waktu yg boleh menunaikan solat zohor itu? Setelah org ramai selesai solat jumaat atau dalam waktu solat jumaat..jazakallah..
Dlm waktu zohor. Sudan tentu klu dia x solat jumaat dia tidak bersama dgn jemaah jumaat. Maka dia blh jamak apabila masuk waktu zohor. Walllahu Alam
Salam..Ustaz..niat jamak tu solat zohor atau solat jumaat?
Post a Comment