SYIAH
DAN HADITH GHADIR KHUM (غدير خم)
Oleh: Ustaz Mohamad
Abdul Kadir bin Sahak
Ajaran Syi’ah, hingga ke hari ini mahukan Sayyidina ‘Ali RA
menggantikan Nabi SAW sebagai khalifah setelah kewafatan baginda. Sekalipun
perkara itu telah berlalu dan tidak mungkin boleh berulang lagi, mereka masih
tetap memahukannya. Lantaran cita-cita yang tidak kesampaian itu, mereka telah
mengkafirkan para Sahabat Nabi SAW kesemuanya melainkan tiga atau empat orang
sahaja. Mereka juga telah mengada-adakan alasan untuk membenarkan keyakinan
salah mereka, antara alasan tersebut ialah berdalilkan dengan Hadith Ghadir Khum (غدير خم).
Hadis ini juga merupakan hujah yang terkuat di sisi Syiah.
Tidak dinafikan hadis Ghadir Khum adalah sebuah hadis yang
Sahih. Ia terdapat di dalam beberapa kitab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Namun
malangnya Syiah tidak mampu untuk memahami hadis ini dengan cara yang betul,
akibatnya mereka tersesat di dalam cahaya. Di sini akan disertakan riwayat hadis Ghadir Khum dan jawapan terhadap
pegangan salah Syiah:
RIWAYAT
DARI IMAM MUSLIM
قَامَ رَسُولُ
اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَوْمًا فِينَا خَطِيبًا بِمَاءٍ يُدْعَى خُمًّا بَيْنَ
مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ، فَحَمِدَ اللَّهَ، وَأَثْنَى عَلَيْهِ، وَوَعَظَ وَذَكَّرَ، ثُمَّ قَالَ: «أَمَّا بَعْدُ؛ أَلا أَيُّهَا النَّاسُ، فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي
فَأُجِيبَ، وَأَنَا تَارِكٌ
فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ: أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللَّهِ، فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ، فَخُذُوا
بِكِتَابِ اللَّهِ وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ»، فَحَثَّ عَلَى كِتَابِ اللَّهِ وَرَغَّبَ فِيهِ، ثُمَّ قَالَ: «وَأَهْلُ
بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِى
أَهْلِ
بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِى أَهْلِ بَيْتِي»، فَقَالَ حُصَيْنٌ
بنُ سَبْرَةَ لِزَيْدٍ:
"وَمَنْ أَهْلُ بَيْتِهِ يَا زَيْدُ؟ أَلَيْسَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ؟"،
قَالَ: "نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ، وَلَكِنْ أَهْلُ بَيْتِهِ مَنْ حُرِمَ
الصَّدَقَةَ بَعْدَهُ"، قَالَ: "وَمَنْ هُمْ؟"، قَالَ: "هُمْ آلُ عَلِيٍّ، وَآلُ
عَقِيلٍ، وَآلُ جَعْفَرٍ، وَآلُ عَبَّاسٍ"، قَالَ: "كُلُّ هَؤُلاَءِ حُرِمَ
الصَّدَقَةَ؟"، قَالَ: "نَعَمْ".
Mafhumnya: “Suatu hari Rasulullah SAW berdiri menyampaikan khutbah
kepada kami di lembah yang dinamakan Khum terletak diantara Mekah dan Madinah.
Baginda memuji dan memuja Allah, memberi peringatan dan pengajaran, kemudian
baginda bersabda: Amma Ba’du, wahai sekelian manusia, sesungguhnya saya
hanyalah seorang manusia, hampir sahaja datang kepada saya utusan Allah
(malaikat maut) dan saya akan menyahutnya, saya juga telah meninggalkan kepada
kamu semua dua perkara, pertamanya Kitab Allah, di dalamnya terdapat petunjuk
dan cahaya, ambillah dan berpegang teguhlah dengannya, baginda memberi
peransang dan galakan. Seterusnya baginda bersabda: dan ahli keluargaku, saya
ingatkan kamu semua (akan arahan Allah) terhadap ahli keluarga saya, saya
ingatkan kamu semua (akan arahan Allah) terhadap ahli keluarga saya, saya
ingatkan kamu semua (akan arahan Allah) terhadap ahli keluarga saya. Husyain
bin Sabrah bertanya kepada Zaid: Siapakah ahli keluarga baginda wahai Zaid?
Bukankah para isteri baginda termasuk di dalam ahli keluarga baginda? Zaid
menjawab: para isteri baginda terdiri dari keluarga baginda, akan tetapi ahli
keluarga baginda (yang dimaksudkan di sini ialah) sesiapa yang diharamkan
sedekah untuknya selepas kewafatan baginda. Zaid bertanya lagi: Siapakah
mereka? Jawab Zaid: Mereka ialah keluarga ‘Ali, keluarga ‘Aqil, keluarga Ja’far
dan keluarga ‘Abbas. Zaid bertanya: Semua mereka itu diharamkan sedekah?
Husyain menjawab: Ya.”
Hadis tentang Ghadir Khum ini, terdapat beberapa tambahan
dari riwayat-riwayat yang lain antaranya:
مَنْ كُنْتُ مَوْلاهُ؛ فَعَلِيٌّ
مَوْلاهُ، اللَّهُمَّ وَالِ مَنْ وَالاهُ، وَعَادِ مَنْ عَادَاهُ
Mafhumnya: “Sesiapa yang aku adalah maulanya, maka ‘Ali juga adalah
maulanya, Ya Allah jadilah maula kepada orang yang maula kepada ‘Ali dan
musuhilah sesiapa yang memusuhinya” (Musnad Ahmad. Ahmad Syakir menghukum Isnad hadis ini
sebagai Sahih)
وَانْصُرْ مَنْ نَصَرَهُ،
وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَهُ
Mafhumnya: “(Ya Allah) bantulah sesiapa yang membantu ‘Ali dan
hinakan sesiapa yang menghinanya.” (Musnad Ahmad. Ahmad Syakir menghukum Isnad hadis ini
sebagai Sahih)
Melalui hadis Ghadir Khum ini, Syiah
menjadikan ianya sebagai bukti kuat bahawa ‘Ali RA merupakan orang yang lebih
berhak menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi SAW berbanding Abu Bakr, ‘Umar
dan ‘Uthman RA. Apabila Abu Bakr, ‘Umar dan Uthman yang dipilih menjadi
khalifah bukan ‘Ali RA maka mereka telah menghukumkan semua sahabat sebagai
menderhakai Allah SWT dan Rasul SAW. Apakah benar cara fahaman golongan Syiah
ini?
HUJAH
SYI’AH DENGAN HADIS INI DAN JAWAPAN
1. Syiah mendakwa Ghadir Khum berada di Juhfah, ia merupakan tempat perpisahan para
jemaah haji dari Mekah untuk pulang ke tempat masing-masing. Maka apabila Nabi
SAW memilih kawasan ini untuk diberi peringatan tersebut, ia menandakan perkara
tersebut adalah suatu yang terpenting untuk didengari oleh kesemua para jemaah
haji sebelum mereka pulang ke tempat masing-masing.
BANTAHAN
Dakwaan Syiah yang mengatakan Ghadir Khum berada DI Juhfah, dan ia merupakan tempat perpisahan
kesemua jemaah haji dari Mekah adalah rekaan dan palsu. Ini kerana, jarak
antara Mekah dan Juhfah menjangkaui lebih kurang 250 KM. Persoalannya,
bagaimana mungkin satu tempat yang sejauh ini boleh boleh menjadi tempat
perpisahan bagi kesemua jemaah haji?
Sebaliknya tempat perpisahan yang
sebenarnya bagi kesemua jemaah haji adalah di Mekah itu sendiri. Mekah
merupakan tempat mereka berkumpul dan Mekah juga merupakan tempat mereka
berpisah. Setelah selesainya ibadah haji, penduduk Mekah akan terus kekal di
Mekah, dari Mekah juga jemaah haji dari To’if akan pulang ke To’if, dari Mekah
juga jemaah dari Yaman akan pulang ke Yaman, demikian seterusnya jemaah dari
‘Iraq dan para jemaah dari tempat-tempat yang lain juga akan pulang ke tempat
mereka masing-masing dari Mekah itu sendiri. Maka Mekah adalah tempat mereka
berkumpul dan berpisah, bukan dari tempat yang lain. Amat tidak masuk akal
untuk para jemaah haji menjadikan Ghadir
Khum sebagai tempat
perpisahan dari melaksanakan haji seperti yang didakwa oleh Syiah, kerana
jaraknya yang amat jauh dari Mekah sehingga 250 KM.
2. Syiah mendakwa
ketika hari ucapan baginda di Ghadir Khum tersebut, bilangan umat Islam
melebihi 100,000 orang.
BANTAHAN
Dakwaan ini juga jelas kepalsuannya.
Bagaimana mungkin berkumpulnya umat Islam di Ghadir Khum hingga mencecah
100,000 orang sedangkan kebanyakan mereka telah pulang dari Mekah melalui jalan
masing-masing tanpa melalui Ghadir Khum, melainkan para jemaah dari Madinah dan
beberapa jemaah yang melalui jalan yang sama sahaja. Terutama jemaah dari Mekah
untuk apa mereka pergi ke Ghadir Khum yang jauhnya sehingga 250 KM? Sudah tentu
mereka akan terus menetap di Mekah.
KEFAHAMAN
SEBENAR HADIS
Syiah berangapan hadis ini menunjukkan
Nabi SAW telah mengisyaratkan sayyidina ‘Ali sebagai pengganti baginda menjadi
khalifah. Mereka mendakwa perkataan Maula yang ada di dalam hadis membawa
maksud pemimpin. Maka ‘Ali yang sepatutnya menjadi pemimpin bukan sahabat lain.
Namun sebenarnya kalimah Maula tidak boleh difahami sebagai pemimpin
semata-mata. Hal ini demikian kerana kalimah Maula di dalam bahasa Arab boleh
difahami dengan berbagai maksud. Al-Imam Ibn al-Athir berkata:
Mafhumnya: “Kalimat Maula diulang banyak kali di dalam hadis Nabawi.
Kalimah ini merupakan kata nama yang boleh diletakkan kepada: Tuhan, raja,
tuan, pemberi nikmat, yang memerdekakan hamba, pembantu, yang menyayangi,
pengikut, jiran, anak saudara sebelah ibu, rakan sekutu, yang memegang janji,
hamba, yang dimerdekakan dan yang menerima nikmat.” (Lihat al-Nihayah fi Gharib al-Hadis wa al-Athar 5/288)
Sekiranya baginda Nabi SAW sememangnya
memaksudkan seperti yang difahami oleh golongan Syi’ah, sudah tentu baginda
tidak akan menggunakan perkataan Maula yang memiliki berbagai maksud ini.
Sebaliknya baginda sepatutnya menggunakan perkataan lain yang lebih jelas
maksudnya seperti:
علي خليفتي من بعدي bermaksud: “Ali adalah penggantiku (khalifahku) selepas dariku.” atau,
علي الإمام من بعدي bermaksud: “Ali adalah pemimpin selepas ku.” atau,
إذا أنا مت فاسمعوا وأطيعوا لعلي bermaksud: “Setelah kematianku, maka dengar dan taatlah kepada ‘Ali.”
Apakah boleh diterima, ketika baginda berkhutbah di hadapan
lebih 100,000 jemaah haji untuk meninggalkan pesanan yang amat penting seperti
yang disangka oleh syiah, baginda menggunakan kalimah Maula yang memiliki
maksud yang berbagai itu? Jika demikian hakikatnya, bagaimana dari hadis ini
boleh dijadikan asas utama untuk dibina salah satu dari rukun agama yang
terpenting?
Selain dari itu, jika diterima sekalipun kalimah maula di
dalam hadis ini memaksudkan al-Waliy seperti yang dikehendaki oleh syiah. Maka
kalimah Maula dari perkataan al-Walayah (الوَلاية) bukan al-Wilayah
(الوِلاية).
Oleh yang demikian al-Walayah membawa maksud kecintaan, pembelaan, dekat dan
sokongan, bukti maksud ini boleh diperhatikan dari beberapa ayat al-Quran,
iaitulah:
Mafhumnya:
“jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (Wahai isteri-isteri Nabi, maka
itulah Yang sewajibnya), kerana Sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung
(kepada perkara Yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu
untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka Yang demikian itu tidak
akan berjaya) kerana Sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain
dari itu Jibril serta orang-orang Yang soleh dari kalangan orang-orang Yang
beriman dan malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya.” (al-Tahrim: 4)
Kalimah
Maula di dalam ayat ini membawa maksud Pembela atau Penyokong, ia tidak boleh
membawa maksud pemimpin.
Maula
dengan maksud dekat dan hampir boleh diperhatikan dari ayat:
Mafhumnya:
“Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat
memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat
karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk
menghapuskan azab itu).” (al-Dukhan: 41). Ia bermaksud di akhirat kelak,
seseorang tidak dapat memberi pertolongan kepada orang yang ada hubungan yang
dekat dan hampir dengannya.
Wallahu
a’lam.
0 comments:
Post a Comment