Soalan:
Assalamualaikum, saya ada sedikit
kekeliruaan mengenai status hadis mengenai 10 sahabat yang dijamin syurga. Ada
yang mengatakan hadis tersebut Dai'f dan tidak pernah disebutkan oleh
Rasulullah SAW. Persoalan saya apakah status hadis ini sama ada sahih ataupun
sebaliknya? Terima kasih.
Jawapan:
HADIS TERSEBUT ADALAH HADIS SAHIH. diriwayatkan dari ‘Abdul Rahman bin ‘Auf dan Sa’id bin Zaid RA:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ
وَعُثْمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَعَلِيٌّ فِي الْجَنَّةِ وَطَلْحَةُ فِي الْجَنَّةِ
وَالزُّبَيْرُ فِي الْجَنَّةِ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ فِي الْجَنَّةِ
وَسَعْدٌ فِي الْجَنَّةِ وَسَعِيدٌ فِي الْجَنَّةِ وَأَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ
الْجَرَّاحِ فِي الْجَنَّةِ
Mafhumnya: “Sabda
Rasulullah SAW: Abu Bakr di dalam syurga, ‘Umar di dalam syurga, ‘Uthman di
dalam syurga, ‘Aliy di dalam syurga, Tolhah di dalam syurga, al-Zubair di dalam
syurga, ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf di dalam syurga, Sa’ad (bin Abi Waqqas) di dalam syurga, Sa’id (bin Zaid) di
dalam syurga dan Abu ‘Ubaidah al-Jarrah di dalam syurga.” (HR al-Tirmizi)
Berikut, sebahagian para
ulama yang menghukum hadis ini sebagai Hasan atau Sahih:
1. Al-Hafiz
Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam Takhrij Misykah al-Masabih 5/436.
2. Al-Suyuthi
di dalam al-Jami’ al-Saghir, bil: 73.
3. Ahmad
Syakir di dalam Musnad Ahmad. 3/136.
4. Al-Albani
di dalam Takhrij Misykah al-Masabih. Bil: 6064. Dan ramai lagi selain
mereka.
Perlu diperingatkan juga
bahawa selain 10 orang sahabat ini terdapat pula sahabat lain yang dijamin
syurga oleh Nabi SAW seperti Khadijah binti Khuwailid, ‘Abdullah bin Salam, ‘Ukkasyah
bin Mihsan dan lain-lain lagi. Namun 10 orang sahabat tersebut lebih dikenali
sebagai al-‘Asyarah al-Mubassyirin bi al-Jannah (10 orang yang diberikan
berita gembira dengan syurga) kerana nama mereka disebut dalam satu hadis. Ia tidak
menafikan para sahabat lain juga merupakan Ahli Syurga.
Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment