Soalan:
Salam...harap
ustaz dapat menolong menyelesaikan masalah saya. Saya benar-benar buntu dimana
saya takut hendak menggunakan ijazah yang ada untuk memohon pekerjaan kerana saya
meniru dalam peperiksaan saya dan akhirnya lulus. Saya sangat-sangat menyesal dengan
apa yang telah saya lakukan. Kawan-kawan sering bertanya mengapa saya masih
tidak memohon pekerjaan yang lebih baik. Saya sering mencipta alasan.
Untuk pengetahuan
ustaz, saya kini bekerja baru setahun hanya menggunakan diploma saya.
Soalan saya: Adakah
boleh saya gunakan ijazah tersebut ustaz? bagaimana harus saya teruskan hidup
ini? Saya sangat mengharap ustaz dapat membantu.. Terima kasih.
Jawapan:
Meniru
di dalam peperiksaan termasuk di dalam penipuan yang tergolong dari dosa-dosa
besar. Wajib bertaubat dari kesalahan tersebut. Adapun tentang gaji bulanan
yang diperolehi, selama-mana kerja yang menjadi tanggungjawab dilaksanakan,
maka gaji tersebut adalah halal untuknya. Di bawah ini kami terjemahkan fatwa yang
bolehi dijadikan panduan oleh tuan.
Pernah
ditanya kepada al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdullah bin Baz RH, Mufti Arab Saudi
yang lalu tentang seorang pelajar yang memperolehi ijazah dari sebuah
universiti, namun ketika peperiksaan dia sering melakukan beberapa bentuk
penipuan seperti meniru dari nota atau dari rakannya. Dari ijazah tersebut dia berjaya mendapatkan
pekerjaan, dan sudah tentu dia akan menerima gaji bulanan, persoalannya apakah
gaji yang diterimanya itu halal ataupun haram?
Al-Syeikh Bin Baz
menjawab:
عليه
التوبة إلى الله مما فعل والندم، وأما
الوظيفة فصحيحة وما أخذه صحيح، ما دام يؤدي المهمة التي أسندت إليه ويقوم بها،
والحمد لله، ولكن كما قلنا عليه التوبة إلى الله من هذا العمل السيء المنكر،
والتوبة تجبُّ ما قبلها
Maksudnya: “Dia
wajib bertaubat kepada Allah dari perbuatan menipu dalam peperiksaan yang telah
dia lakukannya itu dan menyesal dari perbuatan tersebut, adapun kerja dan gaji
yang diperolehinya adalah halal, selama-mana dia melaksanakan tugas yang
dipikulkan ke atasnya, segala pujian untuk Allah. Akan tetapi seperti yang
telah kami nyatakan, dia wajib bertaubat kepada Allah dari perbuatan yang buruk
dan mungkar itu, dan taubah dapat menghapuskan dosa-dosa yang lalu.”
Wallahu a’lam.
1 comments:
Assalamualaikum, saya mohon maaf tumpang berbicara. Saya juga mempunyai masalah yang sama. Setelah 2 tahun kerja atas lulusan diploma, saya berasa menyesal dan insaf dari perbuatan jahil saya masa lampau dulu. Saya sering meniru dalam peperiksaan diploma saya, tidak kesemua subjek saya buat perbuatan meniru tersebut. Hati saya rasa gelisah dan bersalah kerana takut gaji yang diperoleh tidak berkat fan halal. Hal ini kerana saya menanggung sarahidup mak dan ayah serta adik beradik. Mohon pencerahan lagi ustaz.
Post a Comment