Friday, August 24, 2012

Hukum Memakan Beberapa Makanan Serentak

Soalan:

Assalamualaikum ustaz, sya amat meminati blog hukum-hakam. terima kasih kerana memberi informasi berguna disitu. Ustaz, disini saya mempunyai beberapa pertanyaan. Baru-baru ini telah tersebar risalah tentang gaya diet Rasulullah SAW dalam media massa terutama fb. Antara yang disebutkan adalah seperti berikut:

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh: Koktel)

Saya sudah pun bertanya kpada beberapa ustaz, tetapi saya masih tidak berpuas hati dgn jawapan tersebut kerana tiada sebarng dalil drpada Al-quran dan Hadis yg disandarkannya. oleh, itu, sya berharap ustaz dpt merungkaikannya. 

terima kasih.

Jawapan:

Terima kasih kerana menjadikan blog hukum hakam sebagai salah satu sumber rujukan hukum. Semoga ada kebaikan yang disumbangkan. 


Hukum asal dalam persoalan makan dan minum adalah harus, melainkan setelah tertegaknya dalil yang menunjukkan sebaliknya.

Dalam persoalan yang diajukan, dalil yang menunjukkan larangan tidak ada. Cuma al-Imam Ibn al-Qayyim di dlm Zad al-Ma'ad ada menyebut tentang pemakanan Nabi SAW, dimana baginda tidak menggabungkan antara Laban dan Ikan, Laban dgn benda masam lain dan seumpamanya, namun beliau juga tidak menyertakan sebarang dalil. 

Wallahu a'lam perkara seumpama ini dikembalikan kpd pakar pemakanan, jika terdapat kajian yg membuktikan ia boleh membawa mudharat maka ketika itu ia termasuk dlm perkara yang dilarang.

Jika menggabungkan makanan tersebut mndatangkan mudharat kpd sebahagian kecil orang, tidak pada sebahagian besar yang lain. Maka hukum umumnya ketika itu tetap harus, kerana sesuatu hukum dibina di atas Ghalib (kebiasaan berlaku) bukan Nadir (jarang2 brlaku).

wallahu a'lam.

5 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum wr wb, ustad saya mau bertanya, sebenarnya hukum memakan ulat sagu itu haram atau tidak? demikian ustad

Mr Zairi Saleh said...

Tq

Mr Zairi Saleh said...

Jawapan ustaz terbaik

Mr Zairi Saleh said...

Jawapan ustaz terbaik

Mr Zairi Saleh said...

Tq