PERSOALAN KETIGA: GARIS-GARIS KETETAPAN PERSOALAN IJTIHAD
Khilaf itu terbahagi kepada dua bahagian: Khilaf yang diterima atau harus dan khilaf yang tercela.[1]
Bahagian pertama: Khilaf yang harus atau yang dibenarkan. Iaitulah khilaf yang terjadi dalam persoalan-persoalan ijtihadiyah, iaitulah persoalan-persoalan yang boleh berijtihad di dalamnya dan boleh berlakunya khilaf.
Ibn al-Qayyim berkata: “Mereka yang menempuh jalan ini, apabila berbeza pandangan, maka perbezaan mereka adalah perbezaan yang membawa rahmat dan petunjuk, sesama mereka saling memperakui dan saling menyokong dan membantu. Ia termasuk di dalam bab tolong-menolong dan bahas-membahas yang tidak boleh dielakkan dalam kehidupan manusia samada dalam urusan agama mahupun dunia. Melalui perbahasan dan pembincangan, mereka menggunakan kekuatan pandangan dan mengolah pemikiran untuk memperoleh sebab-sebab yang dapat membawa kepada dasar kebenaran. Setiap mereka akan mendatangkan cetusan pemikirannya dan dia dapat memperolehi kekuatan hujahnya. Maka apabila bertemu antara pandangan-pandangan dan pendapat-pendapat yang berbeza, kemudian dibentangkan kepada hakim yang adil iaitulah al-Quran dan al-Sunnah, dan setiap pemerhati bebas dari taasub, semangat kepuakan, dan dia bersungguh-sungguh mengerahkan upayanya dan tujuannya untuk mentaati Allah dan rasulNya, maka amat kurang yang masih tidak jelas kepadanya kebenaran dari pendapat-pendapat tersebut atau yang lebih hampir kepada kebenaran, atau masih tidak jelas kepadanya kesalahan atau pendapat yang lebih hampir kepada kesalahan. Ini kerana sesungguhnya pendapat-pendapat yang berbeza tidak akan terlepas dari ada diantaranya benar dan hampir kepada kebenaran atau tersalah dan hampir kepada kesalahan, peringkat hampir dan jauh itu pula berbeza-beza. Ini merupakan jenis perbezaan yang tidak sewajarnya wujud permusuhan dan perpecahan dan memecah-belahkan kesatuan.”[2]
Garis-garis ketetapan dalam persoalan-persoalan ijtihad hendaklah persoalan itu tidak terdapat ijmak atau nas yang qat’ie, hanyasanya nas yang ada dalam persoalan tersebut – jika terdapat nas – berbentuk ada kebarangkalian dan boleh menerima takwilan.[3]
Bukti dalam perkara ini adalah hadith Mu’az RadhiyalLahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallah ‘Alaih wa Sallam ketika mengutusnya ke Yaman, baginda bersabda:
كَيْفَ تَقْضِيْ إِذَا عُرِضَ لَكَ قَضَاءٌ؟ قال: أَقْضِيْ بِكِتَابِ اللهِ، قاَلَ: فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فِيْ كِتَابِ اللهِ؟ قَالَ: فَبِسُنَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فِيْ سُنَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا فِيْ كِتَابِ اللهِ؟ قَالَ: أَجْتَهِدُ رَأْيِيْ وَلَا آلُوْ، فَضَرَبَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدْرَهُ وَقَالَ: اَلْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِيْ وَفَّقَ رَسُوْلَ رَسُوْلِ اللهِ لِمَا يُرْضِي رَسُوْلَ اللهِ
Mafhumnya: “Bagaimana engkau berhukum jika dikemukakan kepada mu permasalah.? ” jawab Mu’az: Saya akan berhukum dengan kitab Allah. Baginda bertanya lagi: Jika kamu tidak dapati dari kitab Allah? Jawab Mu’az: Saya akan berhukum dengan sunnah Rasulullah Sallallah ‘Alaih wa Sallam. Baginda bertanya lagi: Jika kamu tidak dapati dari sunnah Rasulullah Sallallah ‘Alaih wa Sallam dan dari kitab Allah? Jawab Mu’az: Saya akan berijtihad dan saya tidak akan meninggal atau mengurangkan ijtihad untuk memperolehi kebenaran. Lalu Rasulullah Sallallah ‘Alaih wa Sallam menepuk dada Mu’az seraya bersabda: Segala pujian untuk Allah yang telah memberi taufiq kepada utusan Rasul dengan perkara yang meredhakan Rasulullah Sallallah ‘Alaih wa Sallam.”[4] Di dalam hadith ini baginda telah menjadikan ijtihad pada kedudukan yang terakhir, jika tidak terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah.
Antara contoh dalam persoalan ijtihad iaitulah sabdaan Nabi SallalLah ‘alaih wa Sallam:
لَا يُصَلِّيَنَّ أَحَدُكُمْ الْعَصْرَ إِلاَّ فِيْ بَنِيْ قُرَيْظَة
Mafhumnya: “Jangan sama sekali seseorang dari kalangan kamu semua menunaikan solat ‘Asar melainkan di perkampungan Bani Quraizah.”[5]
Maka sebahagian para Sahabat memahami ucapan hadith ini secara zahir (tekstual) yang merupakan arahan baginda supaya menunaikan solat ‘Asar di perkampungan Bani Quraizah sekalipun setelah jauh terkeluar dari waktunya. Manakala sebahagian para Sahabat yang lain memahami ucapan baginda dalam bentuk yang lain dimana mereka memahami arahan Nabi itu merupakan rangsangan agar bersegera atau cepat dalam pergerakan beserta menunaikan solat ‘Asar di dalam waktunya di perkampungan Bani Quraizah. Nabi SallalLah ‘Alaih wa Sallam tidak mengingkari kedua-dua kefahaman tersebut, dan baginda juga tidak mencela apa yang dilakukan oleh kedua-dua kumpulan Sahabat tersebut.[6]
Contoh lain dalam perbezaan pendapat di kalangan Sahabat RadhiyalLah ‘anhum iaitulah dalam permasalahan bahagian Faraid bagi seseorang yang meninggal dunia sedangkan datuk dan adik-beradiknya masih hidup, dalam permasalahan kemerdekaan seorang hamba yang telah melahirkan anak dengan tuannya yang meninggal dunia, jatuhkah talak tiga dengan satu lafaz, permasalahan al-Khaliyyah (اَلْخَلِيَّةُ), al-Bariyyah (اَلْبَرِيَّةُ), dan al-Battah (اَلْبَتَّةُ), dalam sebahagian permasalahan Riba, sebahagian perkara yang membatalkan Wudhu’, perkara-perkara yang mewajibkan mandi dan sebahagian permasalah Faraid.[7]
Bahagian kedua: Khilaf yang tercela, iaitulah khilaf yang berlaku dalam persoalan-persoalan yang bukan persoalan ijtihadiah dan ia merupakan persoalan-persoalan yang tidak boleh ada ijtihad dan khilaf.
Ibn al-Qayyim berkata:
وَهَذَا النَّوْعُ هُوَ الَّذِيْ وُصِفَ أَهْلُهُ بِالْبَغْيِ، وَهُوَ الَّذِيْ يُوْجِبُ الفُرْقَةَ وَالاخْتِلَافَ وَفَسَادَ ذَاتِ الْبَيْنِ، وَيُوْقَعُ التَّحَزُّبَ وَالْتَّبَايُنَ
Mafhumnya: “bahagian ini merupakan bahagian yang disifatkan pelakunya sebagai melampui batas, kerana ia menimbulkan perpecahan, perselisihan dan kerosakan antara kamu, ia menyebabkan berlakunya kepuakan dan perbezaan.”[8]
Garis-garis ketetapan bagi persoalan-persoalan yang bukan ijtihadiah ialah: Apa yang selain dari persoalan-persoalan ijtihadiah itu sendiri, ia merupakan persoalan-persoalan yang telah berlaku ijmak atau memiliki nas yang qat’ie, maka yang wajib dalam persoalan seumpama ini, ialah mengikut apa yang ditunjukkan oleh Ijmak atau nas itu, dan tidak boleh menyalahinya, bahkan jika menyalahinya ia termasuk di dalam perbezaan yang tercela.[9]
Bukti dalam perkara ini ialah firman Allah Ta’ala:
y7tRqä9ω»pgä† ’Îû Èd,ysø9$# y‰÷èt/ $tB tû¨üt7s? … ÇÏÈ
Mafhumnya: “Mereka membantahmu dalam kebenaran sesudah (kebenaran itu) nyata...” (al-Anfal: 6)
Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:
$tBur s-§xÿs? tûïÏ%©!$# (#qè?ré& |=»tGÅ3ø9$# žwÎ) .`ÏB ω÷èt/ $tB ãNåkøEuä!%y` èpuZÉit7ø9$# ÇÍÈ
Mafhumnya: “dan tidaklah berpecah-belah orang-orang yang didatangkan Al kitab (kepada mereka) melainkan sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata.” (al-Bayyinah: 4)
Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:
Ÿwur (#qçRqä3s? tûïÏ%©!$%x. (#qè%§xÿs? (#qàÿn=tF÷z$#ur .`ÏB ω÷èt/ $tB æLèeuä!%y` àM»oYÉit6ø9$# 4 y7Í´¯»s9'ré&ur öNçlm; ë>#x‹tã ÒOŠÏàtã ÇÊÉÎÈ
Mafhumnya: “dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. mereka Itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat.” (Ali Imran: 105)
Ibn al-Qayyim berkata:
وَهَذَا النَّوْعُ هُوَ الَّذِيْ وُصِفَ أَهْلُهُ بِالْبَغْيِ، وَهُوَ الَّذِيْ يُوْجِبُ الفُرْقَةَ وَالاخْتِلَافَ وَفَسَادَ ذَاتِ الْبَيْنِ، وَيُوْقَعُ التَّحَزُّبَ وَالْتَّبَايُنَ
Mafhumnya: “bahagian ini merupakan bahagian yang disifatkan pelakunya sebagai melampui batas, kerana ia menimbulkan perpecahan, perselisihan dan kerosakan antara kamu, ia menyebabkan berlakunya kepuakan dan perbezaan.”[10]
Antara contoh persoalan fiqh yang terdapat perbezaan pandangan tentangnya, dan ia pula bukan dari persoalan-persoalan ijtihadiah bahkan ia termasuk dalam persoalan-persoalan khilafiah disebabkan dalil yang ada tentangnya bersifat qat’ie atau hampir kepada qat’ie[11]:
· ‘Iddah wanita yang hamil ialah setelah melahirkan anak.
·
· Mandi junub menjadi wajib hanya apabila berlaku kemasukan (memasukkan zakar ke dalam faraj) sekalipun tidak berlaku Inzal.
· Keharaman Riba al-Fadhal
· Keharaman nikah Mut’ah.
· Keharaman Nabiz (Tuak) yang memabukkan.
· Keharusan menyapu di atas Khuf ketika bermusafir dan tidak bermusafir.
Dengan itu, jelaslah perbezaan antara persoalan-persoalan ijtihadiah dengan persoalan-persoalan kilafiah. Dimana persoalan-persoalan Khilafiah merangkumi setiap persoalan yang berlaku padanya khilaf (perbezaan pandangan), samada khilaf itu khilaf yang diterima atau yang tercela. Berbeza dengan persoalan-persoalan Ijtihadiah, dimana ia dimaksudkan khusus kepada bahagian tertentu dari khilaf, iaitulah khilaf yang diterima.
Justeru itu, persoalan-persoalan al-Khilafiah adalah lebih umum secara mutlak dari persoalan-persoalan ijtihadiah, dimana hubungan keduanya adalah antara umum dan khusus yang mutlak. Maka setiap persoalan ijtihadiah adalah persoalan khilafiah, sebaliknya bukan setiap persoalan khilafiah itu dikira sebagai persoalan ijtihadiah.
[1] Sila lihat: Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim: 1/126 – 144, dan al-Sowa’iq: 2/514 - 631
[2] Al-Sowa’iq: 2/516 - 517
[3] Lihat: Jami’ Bayan al-‘Ilm wa Fadhlihi: 2/55, dan al-Faqih wa al-Mutafaqqih: 1/206, dan I’lam al-Muwaqqi’ien: 2/279, dan Muzakkirah al-Syanqiti: 314, 315
[4] Hadith dengan lafaz ini dikeluarkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya (3/303) bilangan (3592), dikeluarkan juga oleh al-Tirmizi (3/616) bilangan (1327). Hadith ini dihukum Sahih oleh al-Khatib al-Baghdadi dengan berkata: Berdasarkan bahawa para ulama telah menerimanya dan berhujjah dengannya, maka kami berpada dengannya yang menunjukkan hadith ini sahih di sisi mereka (ulama). al-Faqih wa al-Mutafaqqih (1/189). Cuma sebahagian ulama hadith telah menghukum hadith ini sebagai Lemah dari sudut Sanad, di samping mereka memperakui maknanya yang Sahih. Lihat pandangan terhadap hadith ini di dalam I’lam al-Muwaqqi’ien (1/202), dan Tuhfah al-Tolib (151), dan al-Mu’tabar oleh al-Zarkasyi (63), dan al-Ibtihaj bi Takhrij Ahadith al-Minhaj (210). Syeikh al-Albani berpandangan hadith ini Sanadnya Lemah, dan di dalam Matannya ada penyanggahan dengan asas penting iaitulah tidak boleh membezakan di dalam pensyariatan antara al-Kitab (al-Quran) dan al-Sunnah, sebaliknya wajib mengambil kedua-duanya bersamaan. Sila lihat Manzilah al-Sunnah fi al-Islam wa Bayan Annahu La Yastaghniy ‘Anha bi al-Quran (21,22), dan Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah (2/273) bilangan (881).
[5] Dikeluarkan oleh al-Bukhari (7/407) bilangan (4119)
[6] Lihat Majmu’ al-Fatawa: 3/344
[7] Al-Sowa’iq: 2/516-517
[8] Al-Sowa’iq: 2/516-517
[9] Sila lihat: al-Risalah: 560 dan Majmu’ al-Fatawa: 20/259 dan al-Sowa’iq: 2/514
[10] Al-Sowa’iq: 2/516-517
[11] Lihat: I’lam al-Muwaqqi’ien: 3/288-289
0 comments:
Post a Comment