Thursday, March 1, 2012

Persoalan Kedua: Pengertian Ijtihad

PERSOALAN KEDUA: PENGERTIAN IJTIHAD


Al-Ijtihad (الإجتهاد) dari sudut bahasa bermaksud:


بَذْلُ الْوُسْعِ وَالطَّاقَةِ


Bermaksud: “Mengerahkan upaya dan kemampuan.”


Ia (kalimah Ijtihad) tidak digunakan melainkan dalam perkara yang memerlukan kesungguhan dan kesulitan. Dikatakan: “Seseorang berijtihad (bersungguh-sungguh) mengangkat batu pengisar itu.” Tidak boleh dikatakan: “Seseorang itu berijtihad (bersungguh-sungguh) mengangkat sebutir biji benih.”[1]


Dari sudut Istilah pula Ijtihad bermaksud:


بَذْلُ الْوُسْعِ فِيْ نَيْلِ حُكْمِ شَرْعِيٍّ عَمَلِيٍّ بِطَرِيْقِ الْاِسْتِنْبَاطِ


Bermaksud: “Mengerahkan upaya untuk mengetahui hukum syarak amali dengan jalan istinbath.”[2]


Pengertian ini merangkumi ciri-ciri berikut:


Pertama: Perkataan “Mengerahkan upaya” bermaksud merasai ketidakmampuan lagi untuk menambah pencarian, dalam bentuk tiada lagi sikap tercela dalam mengambil mudah.


Kedua: Meletakkan ciri hukum sebagai “Hukum Syarak Amaliy” mengecualikan hukum bahasa, hukum akal dan hukum deria, maka hukum-hukum ini (hukum bahasa, akal dan deria) tidak dinamakan di sisi ulama fekah sebagai mujtahid. Kerana itu orang yang mengerahkan upayanya untuk mengetahui hukum syarak ‘ilmiy tidak dinamakan mujtahid di sisi ulama fekah sekalipun ia dikira mujtahid di sisi ulama kalam.


Ketiga: ungkapan “Dengan jalan istinbath” mengeluarkan perbuatan mengerah upaya untuk mengetahui hukum-hakam tersebut (hukum-hakam syarak amali) dari zahir nas-nas atau melalui hafalan persoalan-persoalan dan memperolehi maklumat dari makna atau memperolehinya melalui penemuan dari kitab-kitab. Sekalipun orang seperti ini telah melakukan ijtihad (bersungguh-sungguh) dari sudut bahasa bukan dari sudut istilah.




[1] Sila lihat: al-Misbah al-Munir: 1/112, dan Muzakkirah al-Syanqiti: 113

[2] Sila lihat: al-Bahr al-Muhith: 6/197

0 comments: