Wednesday, December 7, 2011

Tipudaya Syaitan Supaya Manusia Melakukan Syirik

عَنْ زَيْنَبَ امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَتْ: كَانَ عَبْدُ اللَّهِ إِذَا جَاءَ مِنْ حَاجَةٍ فَانْتَهَى إِلَى الْبَابِ تَنَحْنَحَ وَبَزَقَ كَرَاهِيَةَ أَنْ يَهْجُمَ مِنَّا عَلَى شَيْءٍ يَكْرَهُهُ قَالَتْ وَإِنَّهُ جَاءَ ذَاتَ يَوْمٍ فَتَنَحْنَحَ، قَالَتْ: وَعِنْدِي عَجُوزٌ تَرْقِينِي مِنْ الْحُمْرَةِ فَأَدْخَلْتُهَا تَحْتَ السَّرِيرِ فَدَخَلَ فَجَلَسَ إِلَى جَنْبِي فَرَأَى فِي عُنُقِي خَيْطًا قَالَ: مَا هَذَا الْخَيْطُ؟ قَالَتْ: قُلْتُ: خَيْطٌ أُرْقِيَ لِي فِيهِ قَالَتْ: فَأَخَذَهُ فَقَطَعَهُ ثُمَّ قَالَ: إِنَّ آلَ عَبْدِ اللَّهِ لَأَغْنِيَاءُ عَنْ الشِّرْكِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: "إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ" قَالَتْ: فَقُلْتُ لَهُ: لِمَ تَقُولُ هَذَا وَقَدْ كَانَتْ عَيْنِي تَقْذِفُ فَكُنْتُ أَخْتَلِفُ إِلَى فُلَانٍ الْيَهُودِيِّ يَرْقِيهَا وَكَانَ إِذَا رَقَاهَا سَكَنَتْ، قَالَ: إِنَّمَا ذَلِكَ عَمَلُ الشَّيْطَانِ كَانَ يَنْخُسُهَا بِيَدِهِ فَإِذَا رَقَيْتِهَا كَفَّ عَنْهَا إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكِ أَنْ تَقُولِي كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا"


Mafhumnya: Daripada Zainab isteri ‘Abdullah bin Mas’ud RA katanya: “Dahulunya ‘Abdullah apabila pulang dari menunaikan hajatnya, apabila sampai di pintu rumah dia akan berdehem dan meludah (sebagai isyarat) kerana tidak mahu dia mendapati kami dalam keadaan yang tidak disukainya. Kata Zainab: Suatu hari beliau pulang ke rumah, lalu berdehem, sedangkan bersamaku ada seorang wanita tua sedang menjampi kerana bengkak yang ada di badanku. Lalu aku menyembunyikan wanita tersebut di bawah katil, lalu beliau masuk ke dalam rumah dan duduk di sebelahku. Beliau terlihat di leherku simpulan benang, lalu bertanya: Benang apakah ini? Zainab menjawab: Benang yang dijampi untukku. Zainab bercerita: Lalu beliau mengambil dan memutuskannya dan berkata: Sesungguhnya keluarga ‘Abdullah semestinya bebas dari kesyirikan, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya tangkal dan pengasih adalah syirik. Kata Zainab lagi: lalu aku berkata kepadanya: mengapa kamu kata demikian? Sesungguhnya sebelum ini mata aku pernah mengalami kesakitan, lalu aku pergi berjumpa dengan seorang Yahudi, lalu dia menjampiku, setelah itu ia sembuh. Kata Ibn Mas’ud: Sesungguhnya demikian itu adalah perbuatan syaitan, dia yang menikam matamu dengan tangannya, apabila kamu menjampinya dia berhenti dari menikam. Sebaliknya hanya memadai, dengan engkau membaca seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW:


أَذْهِبْ الْبَأسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا


Mafhumnya: “Wahai Tuhan yang mencipta, yang memiliki dan mengatur urusan sekelian manusia, hilangkan kesakitan dan sembuhkanlah, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Penyembuh, tiada penyembuhan melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan kesakitan lain.” (Abu Daud 3883, Ibn Majah 3530, Ibn Hibban 1412, Ahmad 1/381. Dinilah Sahih oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah 1/584)

0 comments: