PENDAHULUAN
AL-SUNNAH DAN AL-BID’AH
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Saya memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Sesungguhnya segala pujian adalah untuk Allah, kami memuji, memohon bantuan dan memohon keampunan daripadaNya. Kami memohon perlindungan dengan Allah Taala dari kejahatan diri kami sendiri, dan dari kejelekan amal-perbuatan kami. Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah, maka tidak ada yang dapat menyesatkanya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada yang dapat memberi hidayah kepadanya. Saya bersaksikan tidak ada Ilah yang sebenar-benarnya melainkan Allah dan saya juga bersaksikan bahawa Muhammad itu adalah hamba dan Rasul Allah, Selawat dan Salam kepada baginda, Ahli keluarga dan para Sahabat baginda, dan kepada sesiapa yang menyeru dengan seruan baginda, berpegang teguh dengan sunnah baginda dan berjihad dengan jihad baginda sepanjang zaman hingga ke hari kiamat.
Sebaik-baik ucapan salam yang diberikan – wahai saudara yang dikasihi sekelian – ialah ucapan salam Islam, dan ucapan salam Islam itu ialah:
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bicara kita pada malam yang diberkati ini berlegar sekitar persoalan al-Sunnah dan al-Bid’ah. Kita memohon kepada Allah tabaraka wa Taala untuk menaungi kita pada malam ini dengan rahmatNya, menyelubungi kita dengan para malaikatNya, menurunkan kepada kita ketenanganNya, dan menyebut kita dalam perhimpunan para malaikat di sisiNya.
Pemilihan tajuk ini merupakan saranan dari saudara al-Syeikh Mu’jib,[1] semoga Allah memelihara dan memberi manfaat kepadanya, berikutan tersebarnya satu tulisan di dalam majalah yang diterbitkan di negara kita dengan tajuk yang tidak masuk akal iaitulah: Mengingkari Bid’ah dan Membenci Perkara Baharu: Pendirian Islami atau Jahili?. Sebenarnya tulisan ini mahu menyatakan bahawa menolak perkara bid’ah merupakan pendirian Jahiliah! Maka sepatutnya kita tidak perlu menolak perkara bid’ah dan kita biarkan sahaja orang ramai mengada-adakan sebarang amalan yang dihendaki oleh hawa nafsu atau syaitan-syaitan mereka dari kalangan manusia mahupun jin.
Oleh kerana itu, kami ingin membawa persoalan ini kembali kepada asas utamanya, supaya kita memasuki rumah dari pintunya, dan supaya kita mengenal pasti konsep yang sebenarnya, kerana memastikan konsep yang sebenar dalam persoalan ini adalah perkara yang amat serius. Membiarkan ia tanpa batas panduan dan penjelasan bermakna membiarkan ia dalam keadaan terumbang-ambing. Keadaan ini menjadikan sesiapa sahaja bebas memberi tafsiran sesuka hati, dan keadaan ini amat merbahaya.
Jesteru itu, semestinya kita mengetahui terlebih dahulu makna al-Sunnah dan makna al-Bid’ah. Apakah pula pendirian Islam tentang Bid’ah? Mengapa Islam membantah bid’ah? Dan apakah membantah bid’ah itu bermakna membantah perkara yang baharu? Apakah pula makna perkara baharu itu? Sehinggalah pendirian dan hujah menjadi jelas dan tertegak dan hilangnya kesamaran. Agar binasalah sesiapa yang tidak mahukan bukti yang jelas dan sejahteralah sesiapa yang bersama dengan bukti yang jelas.
[1] Beliau ialah al-Syeikh Mu’jib al-Dausari (الشيخ معجب الدوسري), Mudir al-Markaz al-Islami li al-Da’wah wa al-Irsyad,
0 comments:
Post a Comment