Menyerupai Jalan Syariat
Berikutnya al-Imam al-Syatibi menyebut di dalam definasinya kepada Bid’ah:
تُضَاهِيْ الشَّرِيْعَة
Maksudnya: “…Menyerupai Syariat...”
Iaitulah ia (perkara yang dinamakan bid’ah itu) menyerupai/menyamai jalan syariat, (Namun) pada hakikatnya ia bukanlah begitu.
Terdapat beberapa perkara yang direka oleh orang ramai, yang ia tidak memiliki asal-usulnya di dalam Syarak. Sebaliknya ia hanya memiliki bentuk persamaan, iaitulah kerana ia sejenis pengabdian diri kepada Allah Subhanahu wa Taala. Oleh itu, ia (bid’ah yang direka itu) memiliki persamaan dengan jalan Syariat, ia memiliki persamaan dari satu sudut tersebut. Inilah yang dianggap/dikatakan sebagai baik (Hasanah) oleh pembuat-pembuat bid’ah dan pengikut-pengikut mereka. Sekiranya ia tidak memiliki persamaan dengan jalan-jalan Syarak sudah pasti akan ditolak oleh orang ramai. Hanya sesungguhnya mereka menganggap baik perkara tersebut (bid’ah yang direka), kerana ia memiliki persamaan dengan jalan-jalan Syarak.
0 comments:
Post a Comment