Al-Bid’ah Bertujuan Melampau Dalam Beribadah
Berikutnya beliau (al-Syatibi) menyatakan di dalam definasinya:
يُقْصَدُ بِالسُّلُوْكِ عَلَيْهَا الْمُبَالَغَةُ فِيْ التَّعَبُّدِ لِلّهِ سُبْحَانَهُ
Maksudnya: “…dimaksudkan menempuh jalan itu (jalan bid’ah yang direka itu) adalah untuk berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah yang maha suci.”
Iaitulah orang-orang yang mereka-cipta bid’ah kebiasaannya bertujuan melampau/berlebih-lebihan dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah. Ini kerana mereka merasakan tidak memadai apa yang ada di dalam Syarak, lalu mereka mahu menambahkannya. Mereka seolah-olah mahu memperbaiki apa yang didatangkan oleh Syarak. Mereka juga seolah-olah mahu menyempurnakan (kononnya) kekurangan yang ada di dalam Syarak, lalu mereka mencipta sesuatu dari sisi mereka.
Apakah niat yang baik ini dapat memberi syafaat kepada mereka? Tidak… Tidak dapat memberi syafaat kepada mereka. Kerana kami telah nyatakan, (setiap ibadah) mesti memiliki dua perkara: iaitulah Niat yang baik (ikhlas) dan al-Mutaba’ah… yang merupakan neraca zahir, iaitu hendaklah berdasarkan arahan (tunjuk-ajar) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam:
مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
Maksudsudnya: “Sesiapa yang melakukan satu amalan yang bukan dari petunjuk kami, maka amalan itu tertolak.”
Maka inilah yang dikatakan al-Bid’ah di dalam agama. Bid’ah dengan maksud ini adalah satu kesesatan seperti yang nyatakan di dalam hadith al-‘Irbath bin Sariah:
فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ
Maksudnya: “…Maka setiap yang bid’ah itu adalah sesat.”[1]
[1] Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban di dalam Sahihnya dan Ahmad. Al-Tirmizi berkata: Hadith ini Hasan Sahih. (al-Muntaqa min Kitab al-Targhib wa al-Tarhib: 1/110, hadith 24)
0 comments:
Post a Comment