Thursday, October 27, 2011

Mengingkari Dan Memerangi Bid'ah Dapat Memelihara Agama Islam (13)

MENGINGKARI DAN MEMERANGI BID’AH, DAPAT MEMELIHARA AGAMA ISLAM

Untuk itu wahai saudara sekelian, mengingkari bid’ah dan mengingkari rekaan bid’ah mampu memelihara agama dan kerangka Islam sehingga ke hari ini, sehingga ia tidak terhapus sepertimana terhapusnya agama-agama yang lain.

Benar, telah timbul banyak bid’ah dan ramai orang-orang yang mencipta bid’ah di kalangan umat Islam. Telah timbul juga Syaitan dan pengikut-pengikutnya, pemimpin-pemimpin jahil yang tidak berilmu, memberi fatwa kepada orang ramai tanpa ilmu, menyebabkan mereka tersesat dan menyesatkan orang ramai. Akan tetapi sentiasa ada di setiap zaman golongan yang berusaha membawa tajdid kepada umat Islam (mengembalikan umat kepada agamanya).[1] Sentiasa ada tokoh-tokoh yang menghidupkan sunnah dan memusnahkan bid’ah.[2]

Sekurang-kurangnya perkara sunnah itu sentiasa diketahui umum, dan tidak berlaku kesepakatan umat ini di atas kesesatan[3], atau mereka memperakui bid’ah sehingga ia menjadi sebahagian dari agama mereka.

Mengingkari bid’ah telah memelihara rukun-rukun asas. Solat masih kekal lima waktu hingga ke hari ini dengan waktu-waktu dan tatacara yang masih kekal. Puasa tidak berpindah ke bulan selain Ramadhan sepertimana yang telah dilakukan oleh Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian), masih kekal puasa itu bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Haji masih kekal sebagai Haji, Zakat masih kekal sebagai zakat. Dasar-dasar Islam masih kekal seperti asal, sekalipun berlaku bid’ah dan mengikut hawa nafsu di sepanjang zaman.

Oleh itu, yang memelihara dasar-dasar Islam adalah prinsip ini. Bid’ah itu tertolak pada pandangan Islam. Saya percaya bahawa agama Islam dengan prinsip inilah yang merupakan agama yang agung dan bersifat mantik (logika). Ia bersesuaian dengan mantik yang sebenarnya. Oleh itu, setelah agama Islam melepasi empat belas kurun, apabila kita dapati masih ada orang yang menulis artikel bertajuk: Mengingkari Bid’ah dan Membenci Perkara Baharu: Pendirian Islamiy atau Jahiliy? Apakah yang patut kita katakan lagi?

Lihatlah usaha untuk memperdayakan kita yang ada dalam tajuk artikel itu, penulisnya menambah: Meningkari bid’ah dan Membenci perkara baharu…maha suci Allah… siapa yang kata mengingkari bid’ah bermakna membenci perkara baharu!? Umat Islam – samaada yang sunnah atau yang membuat bid’ah – menggunakan perkara-perkara yang baharu. Bahkan orang yang paling bersangatan mengikut sunnnah juga menaiki kenderaan, menggunakan telepon, pembesar suara, dan menaiki kapal terbang. Tidak ada walau seorang yang berkata: “Menaiki kapal terbang itu adalah bid’ah, dan kita sepatutnya menaiki unta seperti yang dilakukan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam”

Oleh itu, apakah maksud tajuk artikel tersebut: Mengingkari Bid’ah dan Membenci Perkara Baharu: Pendirian Islamiy atau Jahiliy? Tidak lain ia hanyalah usaha untuk mengeliru dan mentertawakan umat Islam. Penulis artikel ini berkata:

“Sesungguhnya Islam itu sendiri adalah bid’ah pada ukuran Jahiliyyah, iaitulah suatu yang baharu. Sekiranya kita berpandukan mantik ini, iaitu apabila mengingkari bid’ah, bermakna kita pasti juga mengingkari Islam sepertimana kaum Jahiliyyah mengingkari Islam, kerana Islam merupakan suatu yang baharu.”

Maha suci Allah… (sebenarnya) Jahiliyyah itu sendiri adalah rekaan baru. Apa yang dibuat oleh kaum Jahiliyyah adalah mereka-cipta agama, kerana mereka merubah agama Ibrahim dengan rekaan yang mereka cipta di dalamnya. (sedangkan) Agama Ibrahim adalah agama Hanifiyyah. Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

$tB tb%x. ãNŠÏdºtö/Î) $wƒÏŠqåku Ÿwur $|ÏR#uŽóÇnS `Å3»s9ur šc%x. $ZÿÏZym $VJÎ=ó¡B $tBur tb%x. z`ÏB tûüÏ.ÎŽô³ßJø9$# ÇÏÐÈ

Maksudnya: “Tidaklah Ibrahim itu seorang Yahudi atau Nasrani, akan tetapi baginda adalah seorang yang lurus (akidah) dan muslim, dan baginda bukanlah dari kalangan orang musyrik.” (Ali Imran: 67)

Akan tetapi (kaum Jahiliyyah) telah memasukkan ke dalam agama yang lurus ini perkara-perkara yang direka (bid’ah), sudah pasti mereka sememangnya memaksudkanya untuk berlebihan dalam melakukan ibadah. Mengapa mereka menyembah berhala-berhala? Al-Quran merakamkan perkataan mereka (kaum Jahiliyyah) yang berkata:

$tB öNèdßç6÷ètR žwÎ) !$tRqç/Ìhs)ãÏ9 n<Î) «!$# #s"ø9ã ÇÌÈ

Maksudnya: “Kami tidak menyembah berhala-berhala itu, melainkan untuk berhala itu mendekatkan kami kepada Allah sedekat-dekatnya.” (al-Zumar: 3)

Demikian juga golongan yang menambah beberapa perkara dalam ibadah Haji, mengapa mereka menambahnya? Mereka berkata: “Sesungguhnya kami tidak layak bertawaf dengan pakaian kami, kerana kami telah menderhakai Allah,” Lalu mereka tawaf dalam keadaan bertelanjang.

Semua kerosakan dan pencemaran Jahiliyyah, hakikatnya berlaku disebabkan melakukan bid’ah dalam urusan agama yang diturunkan oleh Allah di dalam kitabNya dan yang diutuskan melalui RasulNya yang memberi khabar gembira (dengan Syurga) dan memberi peringatan (dari Neraka). Agama Islam hanya kembali kepada asal, kembali kepada agama fitrah yang ditetapkan oleh Allah ke atas manusia. Ia adalah agama yang diseru oleh Ibrahim. Firman Allah Subhanahu wa Taala:

ô`tBur ß`|¡ômr& $YYƒÏŠ ô`£JÏiB zNn=ór& ¼çmygô_ur ¬! uqèdur Ö`Å¡øtèC yìt7¨?$#ur s'©#ÏB zOŠÏdºtö/Î) $ZÿÏZym 3 ÇÊËÎÈ

Maksudnya: “Dan siapakah yang lebih baik agamanya berbanding orang yang menyerah dirinya kepada Allah, dan dia melakukan kebaikan, dan mengikut agama Ibrahim yang lurus.” (al-Nisa’: 125)

Hakikatnya apa yang ditulis oleh penulis tersebut sarat dengan kesalahan. Akan tetapi saya suka untuk mengembalikan semua perkara kepada dasarnya, sehingga kita berjaya menerangkan pendirian yang benar tentang sunnah dan bid’ah.

Saya mengakhiri ucapan ini dengan saya memohon keampunan daripada Allah Taala untuk saya dan untuk anda semua. Selawat dan salam ke atas Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda. Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh.



[1] Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إن الله يبعث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah akan mengutuskan pada setiap penghujug seratus tahun, sesiapa yang akan memperbaharukan untuk umat Islam agama mereka.” Riwayat Abu Daud, al-Hakim, al-Baihaqi dan selain mereka. Hadith ini disahihkan oleh al-‘Iraqi dan al-Suyuthi. Yang dimaksudkan dengan Tajdid agama (memperbaharukan agama) di dalam hadith ialah memperbaharukan fahaman, keimanan dan beramal dengan agama. Al-Qaradhawi telah menghuraikan hadith ini secara terperinci di dalam bukunya Min Ajl Sohwah Rasyidah Tujaddid al-Din wa Tanhidh al-Dunya. Hal: 9-36. Maktabah al-Islami, Beirut.

[2] Ibn Jarir di dalam Fawa-idnya, Ibn ‘Adiy dan selain mereka meriwayatkan:

يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله، ينفون عنه تحريف الغالين، وانتحال المبطلين، وتأويل الجاهلين

Maksudnya: “Hendaklah memikul ilmu ini dari setiap generasi orang-orang yang adil di kalangan mereka. Mereka menafikan penyelewengan golongan yang melampau, penyimpangan golongan batil dan takwilan golongan jahil.” Lihat penjelasan kepada hadith ini di dalam al-Madkhal li Dirasah al-Sunnah al-Nabawiah oleh al-Qaradhawi, Hal: 95 – 98.

[3] Diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إن الله لا يجمع أمتي - أو قال أمة محمد صلى الله عليه وسلم – على ضلالة، ويد الله مع الجماعة، ومن شذّ شذّ إلى النار

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpunkan umatku – atau baginda menyebut: Umat Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam – di atas kesesatan, dan tangan Allah bersama dengan al-Jama’ah, sesiapa yang menyendiri, dia akan menyendiri ke neraka.” Riwayat al-Tirmizi

0 comments: