MENGAPA ISLAM SERIUS TERHADAP BID’AH?
Mengapa Islam amat serius terhadap perkara bid’ah, sehingga menganggapnya sebagai satu kesesatan, pelakunya akan dimasukkan ke dalam neraka dan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam memberi ancaman yang keras?
Petama: Pembuat Bid’ah bermakna mengangkat dirinya sebagai pembuat Syariat dan sekutu bagi Allah.
Hakikat mengapa Islam memberi ancaman kepada bid’ah ialah kerana pembuat bid’ah – seperti yang saya telah isyaratkan – bertindak seolah-olah seorang yang berhak membuat penelitian semula terhadap agama Tuhannya. Seolah-olah dia menjadikan kita menyangka atau dia sendiri menyangka, dia mengetahui apa yang tidak diketahui oleh Allah. Dia seolah-olah berkata:
“Sesungguhnya apa yang Engkau syariatkan itu wahai Tuhan, tidak memadai bagi kami. Maka kami tambah atas apa yang telah Engkau syariatkan.”
Ketika ini dia telah menjadikan dirinya sebagai pembuat Syariat, dan dia telah memberikan kepada dirinya hak membuat syariat. Sedangkan hak membuat syariat adalah hak Allah Subhanahu wa Taala sahaja. kerana Allah berfirman di dalam al-Quran:
÷Pr& óOßgs9 (#às¯»Ÿ2uŽà° (#qããuŽŸ° Oßgs9 z`ÏiB ÉúïÏe$!$# $tB öNs9 .bsŒù'tƒ ÏmÎ/ ª!$# 4 ÇËÊÈ
Maksudnya: “Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah?...” (al-Syura: 21)
Maka pensyariatan yang tidak diizinkan oleh Alah itu adalah satu kemerbahayaan. Ini kerana insan telah menjadikan dirinya sebagai sekutu bagi Allah Subhanahu wa Taala, dia boleh membuat syariat dan mencipta sesuatu (dalam agama), dan dia boleh membuat tambahan dalam agama Allah. Perkara ini boleh mendatangkan bahaya yang besar, boleh menjadi sebab manusia sampai ke perbuatan mensyirikkan Allah tabaraka wa Taala. Inilah yang telah merosakkan agama-agama terdahulu.
Apakah yang telah merosakkan agama-agama dahulu? Yang merosakkannya ialah pintu-pintu bid’ah yang terbuka untuk direka-cipta oleh pesaing-pesaingnya, lalu mereka menjadikan diri mereka memiliki hak untuk melakukan tambahan dalam agama Allah, mereka berikan hak ini (membuat syariat) kepada para Pope/Paus, Paderi dan Pendeta mereka. Lalu jadilah agama bukan agama sebenarnya. Inilah yang dibantah oleh Islam, Islam merakamkannya di dalam kitab al-Quran, firman Allah Subhanahu wa Taala:
(#ÿrä‹sƒªB$# öNèdu‘$t6ômr& öNßguZ»t6÷dâ‘ur $\/$t/ö‘r& `ÏiB Âcrߊ «!$# yx‹Å¡yJø9$#ur šÆö/$# zNtƒötB !$tBur (#ÿrãÏBé& žwÎ) (#ÿr߉ç6÷èu‹Ï9 $Yg»s9Î) #Y‰Ïmºur ( Hw tm»s9Î) žwÎ) uqèd 4 ¼çmoY»ysö7ß™ $£Jtã šcqà2Ìô±ç„ ÇÌÊÈ
Maksudnya: “Mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai sekutu-sekutu selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.” (al-Taubah: 31)
Maka al-Quran menganggap mereka sebebai orang-orang yang musyrik.
Ketika ‘Adiy bin Hatim al-To-ie (عدي بن حاتم الطائي) – Dahulunya beliau seorang Kristian di zaman Jahiliyyah – menemui Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan membacakan ayat:
(#ÿrä‹sƒªB$# öNèdu‘$t6ômr& öNßguZ»t6÷dâ‘ur $\/$t/ö‘r& `ÏiB Âcrߊ «!$#
Maksudnya: “Mereka (Ahli Kitab) menjadikan pendita-pendita dan para rahib mereka sebagai sekutu-sekutu selain dari Allah…”
Beliau berkata kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya mereka tidak menyembah para pendita dan rahib mereka.”
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Bahkan sesungguhnya para pendeta dan rahib mereka mengharamkan perkara yang halal, dan menghalalkan perkara yang haram, lalu mereka semua mengikutinya, demikian itulah pengibadatan mereka kepada para paderi dan rahib.”[1]
‘Adiy bin Hatim memahami, ibadah ialah yang berupa syiar semata-mata, seperti Solat, Rukuk, Sujud dan seumpamanya. Lalu Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam memahamkan beliau, bahawasanya tidak semestinya seperti itu. Ibadah itu memiliki makna yang sangat luas, termasuklah ketaatan mutlak terhadap apa yang para pendera dan rahib lakukan, apa yang mereka halalkan, apa yang mereka cipta dan ada-adakan di dalam urusan agama juga adalah ibadah. Ini kerana al-Rububiyyah ialah yang memiliki hak untuk membuat syariat, hak menghalal dan hak mengharamkan, demikian juga yang memiliki al-Rububiyyah itu, diabdikan diri oleh manusia seperti yang dikehendakinya, dan bukan hak sesiapa untuk dia beribadat berdasarkan kehendak dia sendiri.
Maka pembuat bid’ah, selah-olah mengangkat dirinya sebagai pembuat syariat dan sekutu bagi Allah tabaraka wa Taala, dan dia sebagai seorang yang berhak memperbaiki apa yang telah ditetapkan oleh Allah.
Kedua: Pembuat bid’ah melihat agama itu ada kekurangan, lalu dia mahu menyempurnakannya.
Dari sudut yang lain – ia juga merupakan cabang dari yang pertama – bahawa pembuat bid’ah, seolah-olah melihat agama itu ada kekurangan, jesteru, dia mahu menyempurnakan kekurangan itu. Sebaliknya agama telah dicukupkan oleh Allah Subhanahu wa Taala sebagai nikmat kepada kita dengan kesempurnaannya. Allah berfirman:
tPöqu‹ø9$# àMù=yJø.r& öNä3s9 öNä3oYƒÏŠ àMôJoÿøCr&ur öNä3ø‹n=tæ ÓÉLyJ÷èÏR àMŠÅÊu‘ur ãNä3s9 zN»n=ó™M}$# $YYƒÏŠ
Maksudnya: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu semua agama kamu, dan telah Aku cukupkan nikmatKu kepada kamu semua, dan telah Aku redha Islam itu sebagai agama.” (al-Maidah: 3)
Oleh yang demikian Ibn al-Majisyun (ابن الماجشون) meriwayatkan daripada al-Imam Malik – Imam Dar al-Hijrah – yang berkata:
مَنْ ابْتَدَعَ فِيْ الإِسْلامِ بِدْعَةً يَرَاهَا حَسَنَةً، فَقَدْ زَعَمَ أَنَّ مُحَمَّدًا صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَانَ الرِّسَالَةَ، لأَنَّ اللهَ تَعَالى يَقُوْلُ: 4 tPöqu‹ø9$# àMù=yJø.r& öNä3s9 öNä3oYƒÏŠ فَمَا لَمْ يَكُنْ يَوْمَئِذٍ دِيْنًا، فَلا يَكُوْنُ الْيَوْمَ دِيْنًا.
Maksudnya: “Sesiapa yang mencipta satu bid’ah di dalam Islam yang dilihatnya sebagai satu yang baik, sesungguhnya dia telah beranggapan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam telah mengkhianati al-Risalah, ini kerana Allah Subhanahu wa Taala berfirman: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu semua agama kamu.” Maka apa-apa yang bukan agama pada hari tersebut, ia juga bukan agama pada hari ini.”[2]
Maka melakukan bid’ah di dalam agama merupakan satu tohmahan kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, dengan mengatakan baginda telah khianat dan tidak menyampaikan al-Risalah dengan sempurna. Sedangkan Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
* $pkš‰r'¯»tƒ ãAqß™§9$# õ÷Ïk=t/ !$tB tAÌ“Ré& šø‹s9Î) `ÏB y7Îi/¢‘ ( bÎ)ur óO©9 ö@yèøÿs? $yJsù |Møó¯=t/ ¼çmtGs9$y™Í‘ 4 ÇÏÐÈ
Maksudnya: “Wahai Rasul! sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (apa yang diperintahkan itu, bererti), kamu tidak menyampaikan amanahNya.” (al-Maidah: 67)
Sesungguhnya agama telah sempurna. Maka tidak ada keperluan untuk anda tambahkan sesuatu di dalamnya, kerana sesuatu yang sempurna tidak menerima sebarang penambahan dalam apa keadaan sekalipun. Sebaliknya yang menerima tambahan adalah sesuatu yang ada kekurangan, maka barulah anda boleh menambah sesuatu di dalamnya. Jika anda memakai pakaian yang dapat menutupi tubuh anda dengan sempurna, sekiranya ditambah sesuatu padanya, hasilnya anda membuatkan pakaian itu terjuntai ke tanah.
Kerana itu para Sahabat, para Imam dan sesiapa yang mengikut mereka dengan baik, akan menentang perkara bid’ah, kerana bid’ah itu merupakan tohmahan kepada agama sebagai memiliki kekurangan, dan tohmahan kepada al-Rasul (Sallallahu ‘alaihi wasallam) sebagai berlaku khianat.
Ketiga: Membuat bid’ah menyukarkan agama dan menghilangkan tabiat kelapangannya.
Dari sudut yang ketiga pula, sesungguhnya agama telah disyariatkan oleh Allah sebagai memberi kemudahan. Allah mengutuskan NabiNya dengan membawa kesederhanaan/kemurnian dan kelapangan. Kesederhanaan/kemurnian di dalam ‘Akidah (jauh dari kesyirikan) dan memberi kelapangan di dalam bebanan amalan. Allah berfirman:
3 ߉ƒÌムª!$# ãNà6Î/ tó¡ãŠø9$# Ÿwur ߉ƒÌムãNà6Î/ uŽô£ãèø9$# … ÇÊÑÎÈ
Maksudnya: “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.” (al-Baqarah: 185)
Di dalam surah al-Hajj Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
$tBur Ÿ@yèy_ ö/ä3ø‹n=tæ ’Îû ÈûïÏd‰9$# ô`ÏB 8ltym ãÇÐÑÈ
Maksudnya: “…dan Dia tidak menjadikan untuk kamu menanggung susah payah dalam agama,” (al-Hajj: 78)
Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:
فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِيْنَ وَلَمْ تُبْعَثُوْا مُعَسِّرِيْنَ
Maksudnya: “Sesungguhnya kamu semua diutuskan untuk memudahkan bukan untuk menyusahkan.”[3]
Jesteru itu, agama telah dimudahkan untuk orang ramai. Orang-orang yang mencipta bid’ah di dalam agama, akan mengeluarkan agama dari tabiatnya yang lapang, memudah dan dimudahkan. Mereka akan memberi kesukaran dan kesempitan kepada orang ramai, sehingga mewujudkan bebanan-bebanan dan belenggu-belenggu. Sedangkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam datang untuk menghilangkan bebanan-bebanan dan belenggu-belenggu yang ditimpakan ke atas umat-umat terdahulu. Sifat baginda ini dinyatakan di dalam Taurat dan Injil, yang dirakamkan di dalam al-Quran:
‘@Ïtä†ur ÞOßgs9 ÏM»t6Íh‹©Ü9$# ãPÌhptä†ur ÞOÎgøŠn=tæ y]Í´¯»t6y‚ø9$# ßìŸÒtƒur öNßg÷Ztã öNèduŽñÀÎ) Ÿ@»n=øñF{$#ur ÓÉL©9$# ôMtR%x. óOÎgøŠn=tæ ÇÊÎÐÈ
Maksudnya: “…dan dia (Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam) menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.” (al-A’raf: 157)[4]
Selain itu, termasuk di dalam doa yang diajarkan di dalam al-Quran:
4 $oY/u‘ Ÿwur ö@ÏJóss? !$uZøŠn=tã #\ô¹Î) $yJx. ¼çmtFù=yJym ’n?tã šúïÏ%©!$# `ÏB $uZÎ=ö6s% 4 ÇËÑÏÈ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum daripada kami”. (al-Baqarah: 286)
Orang-orang yang mencipta bid’ah mahu mengembalikan belenggu agama-agama terdahulu kepada agama Islam, dan menambahkan bebanan-bebanan untuk menyukarkan orang ramai.
Sedangkan taklif-taklif agama amat ringan dan mudah. Sebagai contoh, Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
¨bÎ) ©!$# ¼çmtGx6Í´¯»n=tBur tbq=|Áム’n?tã ÄcÓÉ<¨Z9$# 4 $pkš‰r'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#q=|¹ Ïmø‹n=tã (#qßJÏk=y™ur $¸JŠÎ=ó¡n@ ÇÎÏÈ
Maksundya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (al-Ahzab: 56)
Dan bentuk selawat yang paling sempurna ialah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلىَ آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلىَ إِبْرَاهِيْم، وَعَلىَ آلِ إبْرَاهِيْم، إنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلىَ آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إبْرَاهِيْم، وَعَلىَ آلِ إبْرَاهِيْم، إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
Maksudnya: “Ya Allah berilah rahmat kepada Muhammad, dan kepada keluarga Muhammad, sepertimana Engkau telah memberi rahmat kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Ya Allah berkatilah Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, sepertimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.”
Untuk membaca selawat ini, anda perlukan berapa minit? Sekadar satu perempat atau setengah minit sahaja. Akan tetapi ada manusia-manusia yang menulis beberapa buku tentang selawat dan salam kepada Nabi, dalam berbagai bentuk (rekaan) yang membebankan, yang tidak diizinkan oleh Allah. Saya melihat orang ramai membacanya, sebaliknya mereka tidak memahami apa-apapun dari lafaz-lafaz selawat tersebut.
Begitu juga dengan lafaz-lafaz doa, mereka mencipta untuk orang ramai Awrad (wirid-wirid) dan Ahzab (hizib-hizib). Ketika saya masih kecil, apabila saya ke masjid sebelum masuk waktu Subuh, saya dapati orang ramai menghafal wirid yang dinamakan sebagai ‘Wirid al-Bukra’ , yang merupakan susunan doa-doa berdasarkan huruf Hija-iyyah, dimulakan doa pertama dengan huruf Hamzah, kedua dengan huruf Ba’, ketiga dengan huruf Ta’, dan demikianlah seterusnya. Contohnya doa dengan huruf ‘Ghain ada dinyatakan:
إلَهِيْ غِنَاكَ مُطْلَقٌ وَغِنَانَا مُقَيَّدٌ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya kekayaanMu adalah mutlak dan kekayaan kami adalah muqayyad.”
Sekiranya anda bertanya kepada salah seorang dari mereka, apakah maksud Mutlak dan Muqayyad itu? (Saya percaya) mereka tidak memahaminya langsung.
Wahai saudara sekelian, apakah ada doa yang lebih utama, lebih indah dan lebih mudah dari doa-doa al-Quran dan sunnah? Doa dari al-Quran contohnya:
!$oY/u‘ $oYÏ?#uä ’Îû $u‹÷R‘‰9$# ZpuZ|¡ym ’Îûur ÍotÅzFy$# ZpuZ|¡ym $oYÏ%ur z>#x‹tã Í‘$¨Z9$# ÇËÉÊÈ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.” (al-Baqarah: 201)
Doa dari Sunnah pula contohnya:
اللّهُمَّ أَصْلِحْ لِيْ دِيْنِيْ الَّذِيْ هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِيْ، وَأَصْلِحْ دُنْيَايَ الَّتِيْ فِيْهَا مَعَاشِيْ، وَأَصْلِحْ آخِرَةَ الَّتِيْ إِلَيْهَا مَعَادِيْ، وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِيْ فِيْ كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِيْ مِنْ كُلِّ شَرٍّ
Maksudnya: “Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku yang memelihara urusanku, dan perbaikilah duniaku yang menjadi tempat hidupku, dan perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku, dan jadikanlah kehidupan itu pertambahan untukku dalam semua kebaikan, dan jadikanlah kematian itu, sebagai kerehatanku dari setiap kejahatan.”[5]
Oleh itu, mengapa perlunya bebanan? Mengapa kita menyukarkan orang ramai dan mahu mereka menghafal doa-doa ini (hizib-hizib yang direka)?
Satu ketika saya pernah bertanya kepada seseorang, setelah saya melihat dia tidak menunaikan solat: “Mengapa kamu tidak solat?”
Orang itu menjawab: “Saya tidak tahu berwudhu.”
Saya kata kepadanya: “Kamu tidak tahu membasuh muka dan dua tangan, menyapu kepala dan membasuh dua kaki?”
Orang itu menjawab: “Yang itu saya tahu, akan tetapi saya tidak menghafal bacaan-bacaan ketika membasuh setiap anggota.”
Orang itu memaksudkan, dia tidak tahu bacaan-bacaan ketika permulaan wudhu (seperti bacaan rekaan yang dibaca oleh sebahagian orang), yang berbunyi:
الْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ جَعَلَ الْمَاءَ طُهُوْرًا، وَالإسْلامَ نُوْرًا
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air itu untuk bersuci, dan Islam itu sebagai agama.”
Ketika al-Istinsyaq[6] pula dengan bacaan (rekaan):
اللّهُمَّ ارْحَمْنِيْ بِرَائِحَةِ الْجَنَّةِ وَأَنْتَ عَنِّيْ رَاضٍ
Maksudnya: “Ya Allah rahmatilah daku dengan bauan syurga , dan Engkau redha terhadapku.”
Ketika membasuh muka pula dengan bacaan (rekaan):
اللّهُمَّ بَيِّضْ وَجْهِيْ يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوْهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوْهٌ
Maksudnya: “Ya Allah, putihkanlah mukaku, pada hari menjadi putih dan menjadi hitam muka-muka (hambaMu).”
Katika membasuh dua tangan hingga ke siku pula dengan bacaan (rekaan):
اللّهُمَّ أَعْطِنِيْ كِتَابِيْ بِيَمِيْنِيْ، وَاجْعَلْ مُحَمَّدًا شَفِيْعِيْ وَضَمْنِيْ
Maksudnya: “Ya Allah, berilah kitab catitan amalanku dengan tangan kananku, dan jadikanlah Nabi Muhammad itu memberi syafaat dan jaminan kepadaku.”
Ketika menyapu kepada pula dengan bacaan (rekaan):
اللّهُمَّ حَرِّمْ شَعْرِيْ وَبَشَرَتِيْ عَلىَ النَّارِ
Maksudnya: “Ya Allah, halangilah rambut dan kulitku dari neraka.”[7]
Setiap satu perbuatan mereka letakkan doa padanya, sehingga lelaki yang perlu disimpati ini menyangka ia satu kemestian – agar solat dan wudhunya sah – untuk menghafal doa-doa yang banyak ini.
Perhatikan juga dengan Azan. Sudah tentu anda akan dapati ia satu perkara yang senang dan mudah:
اَلله ُأَكْبَرُ، الله ُأَكْبَرُ
Sehinggalah seterusnya… berapa masa yang diperlukan? Seminit atau satu setengah minit. Akan tetapi jika kita jadikan ia seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang (tukang azan) hari ini:
حَيَّ عَلَى الصَّلا ......... ةِ
حَيَّ عَلىَ الفّلا ......... حِ
Berapa lama masa yang mereka perlukan untuk melaungkan Azan? Bukankah ia telah menjadi lebih dari
Mereka pula melazimikan laungan al-Falah hendaklah lebih panjang dari laungan al-Solah, demikian juga laungan kedua hendaklah lebih panjang dari laungan pertama. Kemudian tidak memadai dengan yang ini, bahkan mereka akan letakkan pula berbagai selawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam untuk dibaca selepas Azan.
Wahai saudara sekelian. Tuhan kita yang telah mensyariatkan lafaz-lafaz ini (lafaz Azan), kemudian diwahyukannya kepada Nabi kita melalui jalan mimpi[8] (dari salah seorang sahabat) yang diakui oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
Azan ini merupakan suatu yang dimaksudkan, iaitulah dalam lafaz-lafaz azan itu ada laungan kebesaran untuk Allah Taala, manakala Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam ada peruntukan dalam kadar tertentu. Bagaimana anda datang dan menambah berbagai selawat dan kalimat (untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam), sehingga anda menjadikan habuan untuk Nabi yang mulia di dalam azan, menjadi lebih banyak berbanding untuk Tuhan kita Tabaraka wa Taala? Bukan di sini tempatnya wahai saudara, jangan kamu reka-cipta dari sisimu.
Wahai saudara sekelian.
Islam berdiri menentang rekaan bid’ah. Agar manusia tidak memasukkan perkara-perkara yang menyukarkan ke dalam agama, dan menambah perkara-perkara lain sehingga menjadikan agama berlipatkali-ganda dari apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Hasilnya orang ramai akan merasai keberatan dengan taklif-taklif agama dan mereka tidak akan mampu melakukannya.
Keempat: Melakukan Bid’ah di dalam agama akan mematikan sunnah.
Diriwayatkan dari generasi Salaf secara Mauquf dan Marfu’ ungkapan:
مَا أَحْيَا قَوْمٌ بِدْعَةً إلاَّ أَمَاتُوْا مِثْلَهَا مِنْ السُّنَّةِ
Maksudnya: “Tidak ada satu kaum yang menghidupkan satu bid’ah, melainkan mereka akan mematikan satu sunnah yang seumpamanya.”
Ini merupakan perkara lumrah, merupakan peraturan, iaitulah peraturan alam dan peraturan bermasyarakat. Seperti ungkapan: “Tidak saya dapati adanya pembaziran, melainkan disampingnya ada pula hak yang diabaikan.” Iaitulah dengan maksud apabila anda melihat adanya satu pembaziran, maka semestinya pula di sudut yang lain anda akan dapati ada pula kesempitan. Apabila insan menumpukan kemampuannya untuk melakukan bid’ah, maka sudah semestinya kemampuannya akan gugur untuk melakukan sunnah, kerana manusia memiliki kemampuan yang terhad.
Jesteru itu, anda akan dapati para pembuat bid’ah akan bersemangat dan bersegera melakukan bid’ah, manakala untuk perkara-perkara sunnah mereka akan menjadi lemah dan tidak bersemangat.
Saya masih ingat, ketika saya masih di peringkat sekolah menengah, Ma’had al-Azhar, di Tanta. Di Tanta ada satu makam yang terkenal (Kubur Sayyid al-Badawi).
“Wahai tuan syeikh, orang ramai telah meringankan sunnah ini (menyembelih korban). Sekarang orang yang melakukan sunnah korban amat sedikit.”
Saya percaya para syeikh memiliki tanggungjawab dalam perkara ini, dan mereka memiliki kemampuan untuk memperingatkan orang ramai tentang sunnah ini.
Beliau menjawab: “Sesungguhnya orang ramai hari ini, kurang berkemampuan dari sudut material (harta dan wang ringgit).”
Lalu saya berkata: “Akan tetapi di kesempatan lain, mereka mampu melakukan korban, sedangkan melakukan korban ketika itu bukanlah sunnah.”
Syeikh saya terus bertanya: “Apa yang kamu maksudkan?”
Saya menjawab: “Saya maksudkan, orang ramai mampu menyembelih binatang korban pada hari kelahiran al-Sayyid (Sayyid al-Badawi). Bila tiba hari kelahiran al-Sayyid, akan disembelih puluhan bahkan ratusan dan ribuan kambing. Sebaliknya ketika ‘Ied al-Adha, sedikit sekali yang melakukan korban, sekiranya para syeikh dapat membimbing mereka untuk melakukan sunnah ini, sebagai ganti dari melakukan korban untuk al-Sayyid (di kuburnya), mereka akan melakukan korban pada ‘Ied al-Adha, mereka akan menghidupkan sunnah, sekalipun mereka tidak bersedekah sedikitpun dari sembelihan mereka itu. Ini kerana, sekadar menumpahkan darah korban pada hari raya Adha, sudah merupakan kerja menghidupkan satu syiar dari syiar-syiar Islam, seperti firman Allah:
Èe@|Ásù y7În/tÏ9 öptùU$#ur ÇËÈ
Maksudnya: “Maka dirikanlah solat dan lakukanlah korban (pada ‘Ied al-Adha)” (al-Kauthar: 2)
Rupanya apa yang saya katakan ini menimbulkan kemarahan kepada beliau, lalu beliau mengarahkan saya keluar dari kelas, dan menganggap saya sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan seorang yang bencikan para wali dan orang-orang saleh.
Kejadian ini mengingatkan saya, bahawa tidak ada satu kaum yang menghidupkan satu bid’ah, dan menyebukkan diri melakukannya, melainkan mereka akan mematikan satu sunnah yang seumpama dengannya. Inilah rahsia di sebalik Islam mengingkari bid’ah.
Kelima: Melakukan bid’ah dalam agama, memalingkan manusia dari mencipta rekaan dalam urusan dunia
Dari sudut lain, seperti yang telah saya sentuh di awal bicara ini, iaitulah apabila orang ramai menumpukan kesungguhan dan kecergasan mereka kepada tambahan-tambahan dalam agama, mereka sama-sekali akan tiada keupayaah untuk mencipta rekaan dalam urusan dunia dan hal-hal yang berkaitan dengannya.
Bid’ah seperti yang kita nyatakan adalah: “Satu jalan dalam agama yang direka.” Sebenarnya rekaan hendaklah dilakukan dalam urusan dunia. Akan tetapi apabila manusia masih melakukan rekaan dalam urusan agama, mereka sama-sekali tidak akan mencipta rekaan dalam urusan dunia.
Generasi umat Islam yang awal, mereka mencipta rekaan dalam urusan dunia, mereka melakukan banyak perkara (dalam urusan dunia) yang belum dilakukan oleh orang lain. Lantaran itu, tertegaknya tamadun yang megah di bawah lembayung agama mereka, yang menghimpunkan antara ilmu dan keyakinan, antara agama dan dunia. Dahulunya ilmu-ilmu Islam seperti ilmu Kosmologi (ilmu tentang alam semesta), ilmu Matematik, ilmu kedoktoran, ilmu Astronomi dan ilmu Fizik, semuanya merupakan ilmu-ilmu yang dipelajari di serata dunia dari umat Islam.
Umat Islam dahulu, agama merupakan pendorong kepada mereka untuk meneroka dalam kebanyakan bidang ilmu pengetahuan (keduniaan). Adakah anda semua sedar, ilmu Algebra yang dinisbahkan kepada al-Khawarizmi, apakah yang mendorong beliau untuk menciptanya? Dorongan itu ialah untuk menyelesaikan permasaalahan-permasaalahan tertentu dalam persoalan al-Wasiah (Wasiat) dan al-Mirath (Pewarisan). Al-Mirath (ilmu pewarisan), sebahagian darinya merupakan ilmu Matematik, demikian juga dengan al-Wasiah. Oleh kerana itu, terdapat dua bahagian dalam buku Algebra yang ditulis oleh al-Khawarizmi. Satu bahagian tentang al-Wasoya dan al-Mawarith, dan satu bahagian lagi berkenaan penyelesaian dan keseimbangan (الجبر والمقابلة).
Dr. Musa Ahmad dan kumpulan yang melakukan penilaian terhadap kitab ini, telah memberi komentar kepada bahagian yang berkaitan dengan Penyelesaian (الجبر), adapun untuk bahagian Fiqh yang bersambung dengan al-Wasoya (wasiat) dan al-Mawarith (pewarisan) mereka berkata: “Kami tidak mampu untuk memahami sedikitpun dari isi kandungannya.”
Ilmu pengetahuan (keduniaan) di zaman awal (umat Islam) memiliki hubungan dengan agama, sama sekali tidak ada pemisahan antara keduanya[9]. Dahulunya kebanyakan para cendiakawan dan para doktor merupakan ulama dalam bidang agama. Ibn Rusyd (ابن رشد) penulis kitab al-Kulliyyat (الكلّيّات) dalam bidang perubatan merupakan seorang Qadhi (hakim mahkamah negara Islam), beliau juga pengarang kitab Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid (بداية المجتهد ونهاية المقتصد) dalam bidang Fiqh, ia merupakan sebuah kitab yang paling agung ditulis dalam bidang Fekah Perbandingan (الفقه المقارن) dengan diberi penumpuan, rumusan dan setiap permasalahan dikembalikan ke asal-usulnya.
Apa yang ingin saya nyatakan bahawa, umat Islam di zaman yang awal, mereka berpada dengan nas dan sunan (ayat al-Quran dan Sunnah) dalam urusan agama. Sebaliknya mereka mencipta, melakukan rekaan, perubahan dan pembaikan dalam urusan-urusan kehidupan. Namun ketikamana kita jauh dari agama – di zaman-zaman kemunduran – berlaku yang sebaliknya. Umat Islam di zaman kemunduran mereka-cipta terlalu banyak perkara dalam urusan agama. Sebaliknya mereka bersikap jumud dalam urusan dunia. Mereka mendakwa:
“Umat Islam yang awal tidak meninggalkan sesuatupun untuk umat Islam hari ini lakukan, dan kita tidak mampu lagi melakukan ciptaan dan rekaan sepertimana mereka dahulu lakukan.”
Jadilah kehidupan umat Islam hari ini berada dalam keadaan jumud dan kaku, seperti air bertakung yang membosankan.
Jesteru itu, mengingkari bid’ah di dalam agama bermakna menumpukan keupayaan orang ramai untuk melakukan rekaan dan perubahan dalam urusan kehidupan (dunia).
Keenam: Melakukan bid’ah dalam agama, memecah-belahkan ummah dan merobek kesatuan mereka
Perkara keenam iaitulah berpegang-teguh dengan sunnah, akan menyatu-padukan ummah di atas kalimah yang satu, menjadikan mereka berdiri teguh dalam satu barisan di belakang kebenaran yang dijelaskan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Ini kerana sunnah itu satu, manakala bid’ah itu tiada penghujungnya. Kebenaran itu satu, sedangkan kebatilan itu berbagai-bagai. Jalan Allah itu satu, akan tetapi jalan-jalan Syaitan itu terlalu banyak. Kerana itu ada hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud[10] yang berkata:
خَطَّ لَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ الله ُعَلَيْهِ وَسَلّم خَطاّ، ثُمَّ قَالَ: هَذَا سَبِيْلُ اللهِ، ثُمَّ خَطَّ خُطُوْطاً عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ،وَقَالَ: هَذِهِ سُبُلٌ، عَلىَ كُلِّ سَبِيْلٍ مِنْهَا شَيْطَانٌ يَدْعُوْ إِلَيْهِ، وَقَرَأَ: ¨br&ur #x‹»yd ‘ÏÛºuŽÅÀ $VJŠÉ)tGó¡ãB çnqãèÎ7¨?$$sù ( ÇÊÎÌÈ
Maksudnya: “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam satu ketika, melakarkan satu garisan kepada kami (di atas pasir), seraya bersabda: “Ini adalah jalan Allah (yang satu)” kemudian baginda melakar beberapa garisan di kanan dan kiri garisan yang satu tadi, seraya bersabda: “(adapun) jalan-jalan ini, disetiap jalan ada syaitan yang menyeru ke arahnya. Lalu baginda membaca (firman Allah Subhanahu wa Taala): “Dan inilah dia jalanKu yang lurus, maka hendaklah kamu semua mengikutinya.” (al-An’am: 153)
Oleh yang demikian, selama-mana umat Islam berada di belakang sunnah, mereka akan bersatu-padu. Namun apabila timpulnya puak-puak di kalangan umat Islam sehingga melebihi tujuh puluh puak. Setiap satu dari puak itu pula terbahagi kepada beberapa kumpulan, dan setiap mereka beranggapan merekalah yang berada di atas landasan agama, lalu mereka mencipta beberapa perkara bid’ah dari diri mereka sendiri, sebahagian yang mereka cipta itu dalam persoalan ‘akidah, yang kadang-kala boleh sampai ke peringkat kufur, seperti contoh, orang-orang yang mengingkari ilmu Allah. Mereka mendakwa: “Sesungguhnya setiap satu perkara itu adalah baharu,[11] iaitulah Allah tidak mengetahui sesuatu perkara sebelum berlakunya. Golongan ini, Ibn ‘Omar berlepas diri dari mereka, dan beliau berkata:
لَوْ جَاءَ أَحَدُهُمْ بِمِثْلِ جَبَلِ أُحُدٍ مِنْ العَمَلِ لَمْ يَقْبَلْهُ الله ُتَبَارَكَ وَتَعَالىَ
Maksudnya: “Seandainya salah seorang dari mereka datang membawa amalan baik umpama sebesar bukit Uhud, tidak akan diterima oleh Allah yang maha berkat dan maha tinggi.”[12]
يَحْقِرُ أَحَدُكُمْ صَلاتَهُ إِلىَ صَلَاتِهِمْ، وَقِيَامَهُ إِلىَ قِيَامِهِمْ، وَقِرَاءَتَهُ إِلىَ قِرَاءَتِهِمْ
Maksudnya: “Seseorang daripada kamu akan merasa kecil solatnya berbanding dengan solat mereka (golongan Khawarij), Solat malamnya berbanding solat malam mereka dan bacaan al-Qurannya berbanding bacaan al-Quran mereka.”[13]
Timbul pula selepas itu golongan Tasawwuf, mereka mendatangkan perkataan-perkataan yang tidak dibenarkan oleh Allah seperti:
§ Berhukum dengan perasaan dan gerak hati nurani, bukan berhukum dengan Syarak.
§ Bukan kemestian untuk setiap orang merujuk kepada hukum Tuhannya, sebaliknya dia hanya perlu merujuk kepada hukum hatinya.
Sehingga antara mereka ada yang berkata dengan bangga:
حَدَّثَنِيْ قَلْبِيْ عَنْ رَبِّيْ
Maksudnya: “Hatiku menceritakan kepadaku dari tuhanku.”
Dengan anggapan dia mengambil sesuatu hukum secara langsung dari tuhan melalui hatinya!!! Kerana itu jika dikatakan kepada salah seorang dari mereka: “Mari kita membaca kitab hadith Musannaf ‘Abd al-Razzaq.” Dia akan menjawab: “Apa yang boleh dibuat dengan ‘Abd al-Razzaq, berbanding dia yang mengambil dari al-khallaq (Tuhan yang maha pencipta).” Iaitu dia mengambil sesuatu ilmu secara terus dari tuhannya tanpa perantaraan.
Sebahagian mereka (dari golongan Tasawwuf) yang lain pula berkata:
تَأْخُذُوْنَ عِلْمَكُمْ مَيِّتاً عَنْ مَيِّتٍ، وَنَحْنُ نَأْخُذُ عَنْ الْحَيِّ الَّذِيْ لا يَمُوْتُ، مَالِكٌ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ، مَاتَ هَؤُلاءِ
Maksudnya: “Anda semua mengambil imu dari orang yang telah mati, dari orang yang telah mati. Adapun kami (golongan Tasawwuf), mengambil ilmu terus dari Yang Maha Hidup dan tidak mati. (riwayat) Malik, daripada Nafi’, daripada Ibn ‘Umar, (bukankah) kesemua mereka ini telah mati.”
Riwayat dari Malik, dari nafi’, dari Ibn ‘Umar ini di sisi ulama hadith dikenali dengan al-Silsilah al-Zahabiah (Silsilah yang berkeemasan), namun di sisi mereka (golongan Tasawwuf) ia merupakan silsilah yang telah berkarat, tidak mendatangkan suatu manfaat.
Antara perkara lain yang mereka (golongan Tasawwuf) rekakan, iaitulah konsep al-Hakikat dan al-Syari’ah. Mereka beranggapan orang-orang Syari’ah lihat dari sudut zahir, adapun orang-orang hakikat, mereka mengetahui rahsia-rahsia dan perkara batin. Kerana itu mereka akan berkata:
مَنْ نَظَرَ إِلى َالْخَلْقِ بِعَيْنِ الشَّرِيْعَةِ مَقَتَهُمْ، وَمَنْ نَظَرَ إِلَيْهِمْ بِعَيْنِ الْحَقِيْقَةِ عَذَرَهُمْ
Maksudnya: “Sesiapa yang melihat makhluk (yang melakukan kesalahan) dari pandangan syariah, dia akan marah kepadanya, akan tetapi sesiapa yang melihat mereka dengan pandangan hakikat, dia akan memaafkan mereka.”
Seorang penzina, pemabuk tegar, peminum arak, yang zalim, pelampau, dan yang telah menyiksa dan membunuh ratusan bahkan ribuan orang awam, memusnahkan begitu banyak bandar. Jika anda melihat mereka semua dengan pandangan Syari’ah, anda akan marah kepada mereka. Kerana Syariah akan murka kepada kemungkaran, kezaliman dan kepada pelakunya. Akan tetapi jika anda melihat mereka semua dengan pandangan hakikat, anda akan memaafkan mereka, kerana sekalipun mereka semua tidak melaksanakan arahan Allah, namun mereka melaksanakan kehendak Allah. Kerana Allahlah yang menghendaki mereka jadi sedemikian.. mereka hambaNya yang melaksanakan apa yang dikehendaki olehNya. (mereka mendakwa) Apakah anda mahu mengatur kerajaan Allah? Biarkanlah kerajaan itu kepada pemiliknya, biarkanlah makhluk kepada penciptanya. Akhirnya perkara-perkara negatif dibiarkan di hadapan orang-orang jahat dan melampau dan unsur-unsur negatif dibiarkan dalam pendidikan, akan merosakkan keperibadian insan. Mereka (golongan Tasawwuf) juga berkata: “Seorang Murid di hadapan Syeikhnya, sama seperti mayat berada di hadapan tukang mandinya… sesiapa yang berkata kepada syeikhnya: Mengapa? Dia tidak akan berjaya…
Umat Islam, jika dibiar melakukan bid’ah, tidak mungkin mereka akan dapat bersatu dan membentuk satu barisan. Sesungguhnya umat Islam hanya akan bersatu sekiranya mereka berada di belakang Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan mengikut ketetapan dari kitab Allah dan Sunnah RasulNya. Perkara ini tidak akan menghalang untuk mereka berbeza pendapat dalam persoalan cabang. Perbezaan sebegini tidak akan merosakkan ukhwah islamiyyah dan tidak juga menghalang kesatuan Islam. Para Sahabat juga berbeza pandangan dalam persoalan cabang,[14] akan tetapi mereka sentiasa bersaudara dan berada sebagai umat Islam yang satu.
[1] Potongan dari hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Jarir dari beberapa jalan daripada ‘Adiy bin Hatim. Sila lihat Tafsir Ibn Kathir 2/348. cetakan Dar al-Da’wah,
[2] Disebut oleh al-Syatibi di dalam al-I’tisom 1/49
[3] Riwayat al-Bukhari daripada Abi Hurairah Radhiallahu ‘anh. Lafaz hadith yang lengkap ialah:
قام أعرابي فبال في المسجد فتناوله الناس فقال لهم النبي صلى الله عليه وسلم دعوه وهريقوا على بوله سجلا من ماء أو ذنوبا من ماء فإنما بعثتم ميسرين ولم تبعثوا معسرين
Maksudnya: “Seorang Arab Badwi telah kencing di dalam masjid (Nabawi), maka orang ramai mengherdiknya. Lalu Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Biarkan ia, kemudian jiruskan ke atas najis kencingnya dengan satu bekas air, seusngguhnya kamu semua diutuskan untuk memudahkan bukan untuk menyusahkan.” Sila lihat Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu, Bab Sobb al-Ma’ ‘ala al-Baul fi al-Masjid.
[4] [Tambahan penterjemah] Ayat al-Quran tersebut adalah seperti berikut:
tûïÏ%©!$# šcqãèÎ7Ftƒ tAqß™§9$# ¢ÓÉ<¨Z9$# ¥_ÍhGW{$# “Ï%©!$# ¼çmtRr߉Ågs† $¹/qçGõ3tB öNèdy‰YÏã ’Îû Ïp1u‘öqG9$# È@‹ÅgUM}$#ur NèdããBù'tƒ Å$rã÷èyJø9$$Î/ öNßg8pk÷]tƒur Ç`tã Ìx6YßJø9$# ‘@Ïtä†ur ÞOßgs9 ÏM»t6Íh‹©Ü9$# ãPÌhptä†ur ÞOÎgøŠn=tæ y]Í´¯»t6y‚ø9$# ßìŸÒtƒur öNßg÷Ztã öNèduŽñÀÎ) Ÿ@»n=øñF{$#ur ÓÉL©9$# ôMtR%x. óOÎgøŠn=tæ 4 šúïÏ%©!$$sù (#qãZtB#uä ¾ÏmÎ/ çnr⑨“tãur çnrã|ÁtRur (#qãèt7¨?$#ur u‘q‘Z9$# ü“Ï%©!$# tAÌ“Ré& ÿ¼çmyètB y7Í´¯»s9'ré& ãNèd šcqßsÎ=øÿßJø9$# ÇÊÎÐÈ
Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia (Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam) menyuruh mereka perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka dari melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. maka orang-orang yang beriman kepadaNya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut Nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.” (al-A’raf: 157)
[5] Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anh.
[6] [Tambahan penterjemah] Menghisap air ke dalam hidung dan mengeluarkannya
[7] Lihat juga Fatawa al-Mu’asarah oleh Dr. al-Qaradhawi tentang doa-doa yang Ma’thur dan tidak ma’thur ketika berwudhu. Jilid pertama. Hal: 213 - 214
[8] Mimpi Abdullah bin Zaid seperti hadith yang dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud dan disahihkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Khuzaimah. Sila lihat Subul al-Salam oleh al-San’ani pada bab Azan.
[9] Wujudnya pemisahan antara ilmu pengetahuan (berkaitan dunia) dan agama ini sendiri merupakan bid’ah yang asing, tidak ada di dalam Islam. Bukanlah tabiat Islam untuk berpisah dengan dunia. Sila lihat al-Mustaqbal lihaza al-Din oleh Sayyid Qutb
[10] Sanad hadith ini Hasan. Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam al-Musnad, al-Tobari, al-Hakim dan beliau menSahihkannya dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Syarh al-Sunnah oleh al-Baghawi dengan Tahkikan oleh al-Syawaish dan al-Arn’auth: 1/196-197, hadith bilangan 97.
[11] [Tambahan penterjemah] Ini adalah keyakinan golongan Qadariah yang pertama: أن الأمر أُنُفٌ bermaksud “Sesungguhnya setiap satu perkara itu adalah baharu” iaitulah setiap perkara baharu terjadi/bermula tanpa ada Qada’ dan Qadar dari Allah Subhanahu wa Taala. Sila lihat Ikmal al-Mu’lim bi Fawa-id Muslim. Jilid 1, Cet. Dar al-Wafa. Nota kaki hal: 198
[12] [Tambahan penterjemah] Asal hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahih beliau, iaitulah:
عن يحيى بن يعمر قال كان أول من قال في القدر بالبصرة معبد الجهني فانطلقت أنا وحميد بن عبد الرحمن الحميري حاجين أو معتمرين فقلنا لو لقينا أحدا من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم فسألناه عما يقول هؤلاء في القدر فوفق لنا عبد الله بن عمر بن الخطاب داخلا المسجد فاكتنفته أنا وصاحبي أحدنا عن يمينه والآخر عن شماله فظننت أن صاحبي سيكل الكلام إلي فقلت: أبا عبد الرحمن إنه قد ظهر قبلنا ناس يقرءون القرآن ويتقفرون العلم وذكر من شأنهم وأنهم يزعمون أن لا قدر وأن الأمر أنف قال فإذا لقيت أولئك فأخبرهم أني بريء منهم وأنهم برآء مني والذي يحلف به عبد الله بن عمر لو أن لأحدهم مثل أحد ذهبا فأنفقه ما قبل الله منه حتى يؤمن بالقدر
Maksudnya: “Daripada Yahya bin Ya’mar katanya: “Orang yang pertama berkata (menolak) tentang al-Qadar di Basrah ialah Ma’bad al-Juhani (معبد الجهني). Suatu ketika saya dan Humaid bin ‘Abdul Rahman al-Humyari pergi melakukan Haji atau Umrah, kami berkata: “Sekiranya kita bertemu dengan salah seorang sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, kita akan bertanya kepadanya tentang perkataan golongan ini tentang al-Qadar. Lalu kami ditemukan dengan ‘Abdullah bin ‘Umar bin al-Khattab di dalam masjid. Lalu saya dan sahabat saya melingkari beliau, dimana salah seorang dari kami di sebelah kanan beliau dan seorang lagi di sebelah kiri. Saya menganggap sahabat saya akan mewakilkan saya untuk bercakap kepada Ibn ‘Umar, lalu saya memulakan bicara: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, sesungguhnya telah keluar dari tempat kami segolongan manusia yang membaca al-Quran dan mencari-cari rahsia tersembunyinya.” Kemudian Yahya bin Ya’mar menyebut sifat golongan itu kepada Ibn ‘Umar, (antaranya): “Mereka beranggapan tidak adanya Qadar, dan setiap satu perkara itu adalah baharu (tidak mempunyai Qada’ dan Qadar)”. Jawab Ibn ‘Umar: “Sekiranya kamu bertemu dengan mereka, khabarkan kepada mereka sesungguhnya aku (Ibn ‘Umar) berlepas diri dari mereka dan mereka berlepas diri dari aku. Demi zat yang ‘Abd al-Allah bin ‘Umar bersumpah dengan namaNya, sekiranya seseorang dari mereka memiliki emas umpama sebesar bukit Uhud, kemudian dia menafkahkannya (ke jalan Allah), tidak akan diterima oleh Allah sehinggalah dia beriman dengan al-Qadar.” (Lihat Ikmal al-Mu’lim bi Fawa-id Muslim. Jilid 1. Cetakan Dar al-Wafa’. Hal: 196-202.)
[13] [Tambahan penterjemah] Asal hadith ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Lafaz al-Bukhari seperti berikut:
أن أبا سعيد الخدري رضي الله عنه ، قال : بينما نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يقسم قسما أتاه ذو الخويصرة وهو رجل من بني تميم ، فقال : يا رسول الله اعدل ، فقال : " ويلك ومن يعدل إذا لم أعدل قد خبت وخسرت ، إن لم أكن أعدل " فقال عمر : يا رسول الله ائذن لي فيه فأضرب عنقه ، فقال : " دعه فإن له أصحابا يحقر أحدكم صلاته مع صلاتهم وصيامه مع صيامهم يقرءون القرآن لا يجاوز تراقيهم يمرقون من الدين كما يمرق السهم من الرمية ينظر إلى نصله فلا يوجد فيه شيء ، ثم ينظر إلى رصافه فما يوجد فيه شيء ، ثم ينظر إلى نضيه وهو قدحه فلا يوجد فيه شيء ، ثم ينظر إلى قذذه فلا يوجد فيه شيء قد سبق الفرث والدم آيتهم رجل أسود إحدى عضديه مثل ثدي المرأة أو مثل البضعة تدردر ويخرجون على حين فرقة من الناس " ، قال أبو سعيد : فأشهد أني سمعت هذا الحديث من رسول الله صلى الله عليه وسلم وأشهد أن علي بن أبي طالب قاتلهم وأنا معه فأمر بذلك الرجل فالتمس فأتي به حتى نظرت إليه على نعت النبي صلى الله عليه وسلم الذي نعته
Maksudnya: “Abu Sa’id al-Khudri berkata: “ketika kami bersama dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang sedang membahagikan harta rampasan perang. Datang seorang lelaki dari Bani Tamim digelar Dzu al-Khuwaisirah. Tiba-tiba dia berkata: “Wahai Muhammad berlaku adillah engkau”. Jawab Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam: “Binasalah engkau, siapakah yang akan berlaku adil jika aku masih belum berlaku adil?, sesungguhnya akan rugilah aku jika aku tidak berlaku adil.” Lalu ‘Umar berkata: “Wahai Rasulullah izinkan untuk aku memenggal kepalanya!” Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam: “Biarkan dia, sesungguhnya dia mempunyai pengikut-pengikut yang seseorang daripada kamu akan merasakan solat dan puasanya kecil jika dibandingkan dengan solat dan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, akan tetapi bacaan mereka tidak sampai ke hati, mereka terkeluar dari agama seperti anak panah terkeluar dari sasarannya, dia melihat pada mata anak panahnya, ikatan mata anak panahnya, batang dan bulu anak panahnya, tiada sebarang kesan darah dan kotoran, anak panah itu terlalu cepat, sehingga darah dan kotoran tidak sempat melekat padanya. (perumpamaan golongan ini terlalu cepat terkeluar dari agama) Tanda mereka, adanya seorang lelaki hitam, pada lengannya terdapat lebihan daging seperti payu dara wanita atau seperti seketul daging yang bergerak-gerak. Golongan ini akan keluar ketika orang-ramai berpecah-belah. Kata Abu Sa’id: “Saya bersaksikan bahawa saya mendengar hadith ini daripada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan saya bersaksikan bahawa saya dan ‘Ali bin Abi Tolib telah memerangi dan membunuh mereka, kemudian beliau (‘Ali Radhiallahu ‘anh) mengarahkan dicari lelaki yang disifatkan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu dibawakan mayat lelaki itu, dan saya melihat ciri-cirinya sama seperti yang disifatkan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam”
[14] Kata Khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz: “Tidak menggembirakan daku sekiranya para Sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak berbeza pandangan, kerana sekiranya mereka tidak berbeza pandangan, sudah tentu tidak ada rukhsah (keringanan) untuk kita.”
0 comments:
Post a Comment