1. Sunat Mencukur Rambut Bayi dan Bersedekah Dengan Nilai Perak Berdasarkan Berat Rambutnya
عن أنس بن مالك أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أمر برأس الحسن والحسين يوم سابعهما فحلقا وتصدق بوزنه فضة
Mafhumnya: “Daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW mencukur kepala al-Hasan dan al-Husain pada hari ke-tujuh kelahiran mereka berdua, dan baginda bersedekah perak berdasarkan berat timbangan rambut tersebut.” (HR al-Tirmizi, al-Baihaqi dan al-Hakim)
- Cukur kepada bayi didahulukan sebelum menyembelih korban. Al-Imam Ibn al-Qayyim berkata: “Untuk dibezakan dengan ibadah haji, dimana di dalam haji disunatkan menyembelih korban selepas itu baru bercukur.”
- Dilarang dari melakukan al-Qaza’[1] (القَزَعُ). Daripada ‘Umar bin Nafi’, daripada bapanya, daripada Ibn ‘Umar radhiyallahu ‘anhu yang berkata:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن القزع
Mafhumnya: Rasulullah SAW melarang dari melakukan al-Qaza’ (القَزَعُ). Kata ‘Umar bin Nafi’, saya bertanya kepada Nafi’: “Apakah itu al-Qaza’?”. Beliau menjawab: “Dicukur sebahagian (rambut) kepala bayi, dan ditinggalkan sebahagian.”[2] (HR al-Bukhari dan Muslim)
Al-Imam Ibn al-Qayyim berkata:
Al-Qaza’ ada empat jenis:
1. Mencukur dibeberapa tempat (di kepala) dan membiarkan rambut di tempat yang lain seperti tompokan awan.
2. Mencukur rambut di bahagian tengah kepala dan membiarkan di kedua bahagian tepi kepala.
3. Mencukur rambut di bahagian tepi kepala dan membiarkan rambut di tengah-tengah kepala (seperti Punk)
4. Mencukur di bahagian depan dan membiarkan rambut di sebelah belakang. Semua empat jenis ini termasuk al-Qaza’ yang dilarang oleh Nabi SAW.
· Kemungkinan besar empat jenis al-Qaza’ yang disebut oleh al-Imam Ibn al-Qayyim ini adalah yang berlaku di zaman beliau. Namun sebahagian umat Islam hari ini ada yang mencukur rambut anak-anak mereka di bahagian belakang dan meninggalkan rambut di bahagian depan atau ubun-ubun. Ini juga termasuk al-Qaza’ yang dilarang oleh Nabi SAW, berdasarkan maksud yang diberikan oleh Nafi’. Wallahu a’lam.
[1] Al-Qaza’ (القزع) ialah perbuatan mencukur sebahagian rambut kepala dan meninggalkan sebahagian.
[2] Lihat Syarh Sahih Muslim oleh al-Nawawi
0 comments:
Post a Comment