Monday, October 31, 2011

Sepuluh Hari Pertama Bulan Zulhijjah

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أَفْضَلُ أَيَّامِ الْدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ، يَعْنِي عَشْرُ ذِي الحْجَّةِ"


Mafhumnya: “Daripada Jabir bin Abdillah katanya: Sabda Rasulullah SAW: hari yang paling afdhal adalah 10 hari pertama bulan Zulhijjah.” (Dikeluarkan oleh al-Bazzar seperti di dalam Kasyf al-Astar (2/28, bil: 1128). Kata al-Haithami (4/17): Periwayat-periwayat hadis ini thiqat.” Hadis ini juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’. Daripada Abu Hurairah RA pula, Rasulullah SAW bersabda:


مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا


Mafhumnya: “Sesiapa yang memiliki keluasan, namun tidak melakukan korban, maka jangan dia menghampiri masjid kami.” (Dikeluarkan oleh Ibn Majah (2/1044, bil: 3123). Al-Hakim (4/28, bil:7565) dan berkata: Hadis ini Isnadnya Sahih. Hadis ini juga di nilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, bil:6490.


Al-‘Allamah al-Sindi di dalam Syarh Sunan Ibn Majah berkata: Sabda baginda:


“sesiapa yang memiiliki keluasan”, iaitulah memiliki keluasan untuk akan datang dan sekarang. Dikatakan juga iaitulah sesiapa yang memiliki nisab zakat.


“Maka jangan dia menghampiri masjid kami.” Bukan membawa maksud solat mereka tidak sah sehinggalah mereka melakukan korban, sebaliknya ia merupakan hukuman bagi yang memiliki keluasan namun tidak melakukan korban sehingga dijauhkan dari majlis-majlis kebaikan.


Daripada Ummu Salamah – isteri Nabi SAW – katanya: Rasulullah SAW bersabda:


"مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ"


Mafhumnya: “Sesiapa yang akan berkorban, apabila masuk bulan Zulhijjah, maka jangan dia mengambil (memotong atau mengerat) bulu dan kukunya sedikitpun, sehinggalah dia melakukan korban.” (Dikeluarkan oleh Muslim 3/1565, bil: 1977. Al-Nasaie 7/212, bil: 4364. Ibn Majah 2/1052, bil: 3149. Dikeluarkan juga oleh al-Syafie 1/175. Al-Humaidi 1/140, bil: 293. Al-Darimi 2/104, bil: 1948. Abu ‘Iwanah 5/61, bil: 7787. Al-Baihaqi 9/266, bil: 18820)


Al-Hafiz Ibn al-Qayyim RH memberi komentarnya di dalam Sunan Ibn Majah:


Maksudnya: “Nabi SAW lebih menyukai membiarkan rambut dan kuku baginda pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, untuk digunting bersama dengan korban, perkara itu termasuk dari kesempurnaan di sisi Allah, perkara ini dapat diperhatikan juga, dimana baginda telah mensyariatkan umatnya bagi menyembelih akikah untuk seorang bayi yang dilahirkan, dan dicukur juga rambut bayi tersebut. Perkara ini menunjukkan mencukur kepala bersama dengan menyembelih binatang korban adalah afdhal dan lebih utama.”

Sunday, October 30, 2011

Tafsir Surah al-Naba’ (1)

Oleh: Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak


Firman Allah SWT:

سورة النبأ

{1} عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ

{2} عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ

{3} الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ

{4} كَلَّا سَيَعْلَمُونَ

{5} ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ

Mafhum ayat: “Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? (1). Tentang berita yang besar (2), Yang mereka perselisihkan tentangnya (3). Sekali-kali jangan; kelak mereka akan mengetahui (4), kemudian sekali-kali jangan; kelak mereka akan mengetahui (5).”


Tafsir Ayat: 1 - 5


Ketika Nabi SAW menyampaikan seruan Islam kepada masyarakat ‘Arab Jahiliyyah, ia menimbulkan berbagai persoalan di kalangan mereka. Antara perkara yang dipersoalkan oleh mereka ialah perkara yang disentuh di dalam ayat ini.


Para ulama tafsir berbeza pandangan, apakah yang dimaksudkan dengan al-Naba’ (berita besar) yang menjadi pertikaian masyarakat Qurasy ketika itu. Mujahid berkata berita besar tersebut ialah al-Quran itu sendiri. Manakala Qatadah dan Ibn Zaid berkata berita besar yang menjadi pertikaian masyarkat Qurasy ketika itu ialah berita tentang hari kebangkitan semula atau hari kiamat yang dibawa oleh Nabi SAW, dan inilah pandangan yang lebih jelas seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab tafsirnya al-Quran al-‘Azim. Justeru apabila Nabi SAW mengkhabarkan kepada mereka bahawa dunia dan alam semesta ini, demikian juga setiap yang ada akan dihancurkan oleh Allah SWT sebelum manusia dihidupkan semula di akhirat untuk diberi balasan bersesuai dengan amalan yang mereka kerjakan, orang-orang musyrikin berasa pelik dan mustahil. Lalu sesama mereka saling mempersoalkan kemunasabahan perkhabaran Nabi SAW tersebut. Sebahagian mereka membenarkan perkhabaran Nabi tentang hari pembalasan, namun dalam cara faham mereka tersendiri, sebahagian yang lain meraguinya, manakala sebahagian lagi menafikannya sama sekali.


Oleh yang demikian, sebagai mencerca dan bertujuan memberi ancaman kepada masyarakat Jahiliyyah yang masih meragui sesuatu yang amat jelas dan pasti berlaku. Allah SWT mempersoalkan tindakan mereka dengan berfirman: “Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? (1) tentang berita yang besar (2)…?”


Hairan bagaimana musyrikin Mekah masih bertanya sesama mereka tentang perkara yang amat jelas kebenarannya. Jelas bagi mereka kerana Rasulullah SAW merupakan seorang yang dikenali sebagai orang yang dipercayai di kalangan masyarakat Quraisy, maka mustahil baginda akan membohongi mereka. Demikian juga jelasnya al-Quran itu dari Allah SWT bagi masyarakat Quraisy kerana mereka sememangnya mengenali Nabi Muhammad sejak kecil, dimana baginda bukan seorang yang reti membaca dan menulis untuk baginda mampu membina ayat-ayat al-Quran yang begitu indah dan hebat. Namun apabila datang hidayah yang berupa al-Quran dari baginda Nabi SAW, mereka mendustainya kerana kedegilan dan keengganan mereka menerima hidayah daripada Allah SWT.


Para ulama sekali lagi berbeza pandangan tentang maksud ayat ke-3 dari surah ini, yang maksudnya berbunyi: (3.) “yang mereka perselisihkan tentangnya.” Siapakah yang saling berselisih pendapat tentang hari kebangkitan ini? Sebahagian ulama berpandangan mereka yang berselisih pendapat itu ialah antara orang yang beriman kepada Nabi SAW yang mempercayai hari pembalasan dengan orang-orang yang mengkufuri Nabi SAW yang mengkufuri hari pembalasan. Sebahagian ulama lain berpendapat yang berselisih pendapat ini ialah di kalangan orang-orang musyrik dan kafir itu sendiri. Hal ini demikian kerana di kalangan orang-orang musyrik dan kafir sendiri ada yang mempercayai hari pembalasan, namun dalam cara yang salah, ada pula yang meraguinya dan ada pula yang mengingkarinya dan menolaknya terus. Perkara ini diperakui di dalam al-Quran. Tentang golongan musyrik dan kafir yang mempercayai akan berlakunya hari pembalasan dengan cara faham yang salah, al-Quran menyebut:

{80} وَقَالُوا لَنْ تَمَسَّنَا النَّارُ إِلَّا أَيَّامًا مَعْدُودَةً

Maksudnya: “dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari saja…." (al-Baqarah: 80)


Berkenaan orang-orang musyrik yang meragui hari pembalasan al-Quran menyatakan:


Maksudnya: “dan jika Kami merasakan kepadanya sesuatu rahmat dari Kami sesudah dia ditimpa kesusahan, pastilah dia berkata: "Ini adalah hakku, dan aku tidak yakin bahwa hari kiamat itu akan datang. dan jika aku dikembalikan kepada Tuhanku maka sesungguhnya aku akan memperoleh kebaikan pada sisiNya." Maka Kami benar-benar akan memberitakan kepada orang-orang kafir apa yang telah mereka kerjakan dan akan Kami rasakan kepada mereka azab yang keras.” (Fussilat: 50)


Berkenaan orang-orang musyrik yang tidak mempercayai hari pembalasan pula, al-Imam Ibn Kathir menyebut satu kisah di dalam tafsirnya tentang Ubai bin Khalaf yang datang kepada Nabi SAW dengan membawa di dalam tangannya tulang yang telah dihancurkannya sendiri, kemudian di menaburkannya ke udara, lalu dia berkata: “Wahai Muhammad, apakah kamu mendakwa bahawasanya Allah akan membangkitkan semula tulang itu? Nabi SAW menjawab: “Ya, Allah Ta’ala akan mematikan kamu, setelah itu Dia akan menghidupkan kamu semula dan Dia akan menghimpunkan kamu ke dalam neraka.” Setelah itu turunlah ayat al-Quran:

{77} أَوَلَمْ يَرَ الْإِنْسَانُ أَنَّا خَلَقْنَاهُ مِنْ نُطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ

{78} وَضَرَبَ لَنَا مَثَلًا وَنَسِيَ خَلْقَهُ قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ

Maksudnya: “Dan Apakah manusia tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), Maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata! Dan ia membuat perumpamaan bagi kami; dan Dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?" (Yasin: 77-78)


Setelah demikian halnya golongan musyrikin Mekah, Allah SWT memberi ancaman keras terhadap sikap mereka tersebut dengan menyatakan orang-orang musyrik dan kafir itu kelak akan mengetahui kebenaran perkhabaran Nabi SAW tersebut dan mereka juga akan mengetahui akibat sikap buruk mereka terhadap perkhabaran hari pembalasan yang dibawa oleh baginda SAW. Wallahu a’lam,

Saturday, October 29, 2011

al-Syeikh Hamud 'Uqala: Perkataan Yang Benar Terhadap Syed Qutb

Perkataan Yang Benar Terhadap Syed Qutb

Oleh: Fadhilah al-Syeikh Hamud bin ‘Uqala’ al-Syu’aibiy

Penterjemah: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak untuk http://bin-sahak.blogspot.com


Soalan:


Banyak pandangan tentang Syed Qutb RH. Ada yang memujanya sehingga menafikan kesalahannya. Ada pula yang menggolongkan beliau dari kalangan penjenayah bahkan sampai ke tahap mengkafirkannya. Apakah yang sebenarnya dalam persoalan ini?


Jawapan:

Segala pujian milik Allah Rabb sekelian alam, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang tiada lagi nabi selepas baginda. Wa ba’d:


Sesungguhnya seorang pemikir Islami dan seorang penulis, Syed Qutb RH mempunyai musuh yang ramai, kesemua mereka memiliki cara, tujuan dan matlamat yang berbeza dalam mencerca beliau. Namun mereka memperolehi maslahah yang sama. Sebelum saya membongkarkan kepalsuan dan kesalahan para pencemuh dan pencela Syed Qutb RH, saya akan jelaskan terlebih dahulu, mengapa disasarkan kepada Syed Qutb semata-mata? Dan apakah faedah dari menjatuhkan kedudukan beliau?


Sesungguhnya Syed Qutb RH pada zamannya merupakan salah seorang tokoh dari tokoh-tokoh penentang kezaliman. Beliau dari kalangan individu yang tiada bandingan dalam menyeru orang ramai mengabdikan diri kepada tuhan mereka, dan penyeru kepada seruan mentauhidkan berhukum kepada hukum Allah. Maka seruannya ini menyebabkan musuh-musuh Allah seperti Jamal ‘Abdul Naser dan seumapanya tidak boleh tidur. Dan tiada seorangpun yang bergembira dengan hukuman bunuh yang dijatuhkan kepadanya sama seperti gembiranya orang-orang ini (Jamal ‘Abdul Naser dan seumpamanya), Sesungguhnya orang-orang ini tiada keupayaan menghadapi si pejuang yang berani ini, ketika mereka menyangka mereka telah membunuhnya, akan tetapi dengan darahnya telah menghidupkan pula manhaj beliau dan menyemarakkan lagi seruan beliau, sehingga bertambah penerimaan umat Islam terhadapnya, dan tersebarnya kitab-kitab beliau, lalu mereka (musuh-musuhnya) berusaha untuk mengulangi cemuhan terhadapnya dengan harapan berupaya mematikan manhaj beliau, akan tetapi bagaimanakah perkara ini (boleh berlaku).


Maka sasaran kepada Syed Qutb sebenarnya bukanlah semata-mata sasaran kepada keperibadinya, kerana beliau bukanlah satu-satunya ulama yang ada kesilapan, sememangnya terdapat padanya beberapa kesilapan yang kami tidak mengingkarinya, akan tetapi celaan kepadanya bukan semata-mata hendak menjatuhkan beliau sahaja, sedangkan beliau telah mempersembahkan nyawanya kepada tuhannya, dan kita memdoakan syahid untuk beliau, akan tetapi yang sentiasa membimbangkan para musuh beliau dan pengikut-pengikut mereka ialah manhaj beliau yang dibimbangi tersebar di kalangan umat Islam.


Saya, apabila mendengar celaan terhadap Syed Qutb RH, saya tidak berasa pelik, kerana Allah SWT telah berfirman:


وكذلك جعلنا لكل نبي عدوا


Mafhumnya: “Demikianlah kami telah jadikan bagi setiap Nabi itu musuhnya.” (al-An’am: 112, al-Furqan: 31)


Maka setiap orang yang bersama dengan cahaya para Nabi (petunjuk para Nabi) akan memiliki musuh juga dari kalangan pendokong kebatilan bersesuaian dengan petunjuk para Nabi yang diwarisinya.


Celaan para pencela tidaklah memberi apa-apa kesan kepada Syed Qutb, sebaliknya celaan tersebut telah meningkat dan menambahkan lagi pahala beliau. akan tetapi yang menghairankan saya ialah perbuatan golongan yang mendakwa mengikut kebenaran, dalam masa yang sama mengurangkan pertimbangan dan tidak melakukan pemerhatian yang terperinci, Allah SWT berfirman:


ويل للمطففين الذين إذا اكتالوا على الناس يستوفون وإذا كالوهم أو وزنوهم يخسرون


Mafhumnya: “Kecelakaan besarkan bagi orang-orang yang mengurangkan timbangan, iaitulah orang yang apabila meminta pertimbangan dari orang lain, mereka minta dipenuhi, akan tetapi apabila mereka menimbang orang lain, mereka menguranginya.” (al-Mutaffifin: 1-3)


Mereka ini jika mahu memuji seseorang yang menjadi rujukan mereka, tidaklah orang itu lebih berlipat kali ganda dari Syed Qutb, mereka akan menyatakan: “Kesalahan orang ini tenggelam di dalam lautan kebaikannya yang banyak.” Mereka juga berkata: “(sepertimana) Air jika sampai dua kolah, ia tidak mengandungi najis.” Dan seumpamanya. Namun apabila mereka mahu mencela orang seperti Syed Qutb RH yang termasuk sebagai Mujaddid dalam bab penyeru kepada “Tiada hukum selain dari hukum Allah”, mereka menempuh jalan golongan Khawarij, mereka mengkafirkan beliau disebabkan beberapa kesalahan dan ketergelinciran.


Syed Qutb RH, kami tidak mendakwa beliau itu maksum dari kesalahan, bahkan kami katakan, beliau sememangnya memiliki beberapa kesalahan yang bukanlah di sini untuk diperincikan, akan tetapi kesalahan-kesalahannya itu tidak mencacatkan asal dakwa dan manhajnya, sama sepertimana orang selain beliau juga memiliki kesalahan-kesalahan yang tidak perlu di cela pada kedudukan mereka, sebagai contoh Ibn Hajar, al-Nawawi, Ibn al-Jauzi dan Ibn Hazm, mereka semua ada beberapa kesalahan di dalam akidah, namun kesalahan-kesalahan mereka tidak menghalang umat Islam dan tokoh-tokoh umat Islam dari mengambil faedah dari sumbangan mereka, atau mengurangkan hak mereka dan mengingkari kelebihan mereka, mereka adalah para imam (pemimpin) kepada umat Islam, melainkan dalam perkara yang mereka tersalah. Sama seperti Syed Qutb RH, kesalahan yang ada padanya, tidak perlu dicela asas manhaj dan dakwah beliau kepada Tauhid al-Hakimiyah, dan menjadikan manusia beribadah kepada Allah SWT.


Kaedah yang mesti diperakui dalam persoalan seumpaman ini ialah seperti yang boleh diambil pengajaran dari firman Allah SWT:


يسألونك عن الخمر والميسر قل فيهما إثم كبير ومنافع للناس وإثمهما أكبر من نفعهما


Mafhumnya: “Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang arak dan judi, katakan kepada mereka, pada kedua-duanya (arak dan judi itu) terdapat dosa yang besar dan terdapat juga manfaat kepada manusia, dan dosa yang ada pada kedua-duanya adalah lebih besar dari manfaat yang ada pada kedua-duanya.” (al-Baqarah: 219).


Maka sesiapa yang melaksanakan perkara-perkara yang wajib di laksanakan dari asas agama, dilihat selepas itu manhajnya, jika kesalahannya lebih banyak dari kebenarannya, keburukan lebih banyak dari manfaatnya, maka diabaikan perkataannya, ditutup kitabnya dan tidak perlu disebarkan. Oleh yang demikian perkataan sebenar terhadap Syed Qutb RH bahawa kesalahan-kesalahan beliau tenggelam di dalam kelebihan-kelebihan dan pembelaan beliau terhadap dakwah Lailaha illa Allah (لا إله إلا الله) terutamanya, beliau telah memperaktikkan asas-asas keyakinan yang sahih, sekalipun beliau ada mengucapkan perkataan-perkataan yang kami tidak menyetujuinya RH.


Sebagai penutup:


Tidak mungkin bagiku, melainkan untuk daku katakan bahawasanya aku mengira Syed Qutb - dan hakikatnya Allahlah yang menilainya – beliau termasuk di dalam sabda Nabi SAW:


سيد الشهداء حمزة، ورجل قام عند سلطان جائر فأمره ونهاه فقتله


Mafhumnya: “Penghulu para syuhada adalah Hamzah, dan seorang lelaki yang berdiri terhadap pemerintah yang jahat, lalu lelaki itu menyuruh pemerintah tersebut melakukan ma’ruf dan mencegahnya dari kemungkaran lalu dia dibunuh oleh pemerintah tersebut.”


Maka aku mengira Syed Qutb RH telah memenuhi syarat tersebut, dimana dia telah mengucapkan perkataan yang benar kepada pemerintah yang jahat, lalu pemerintah itu membunuhnya. Aku nukilkan perkataan beliau RH beberapa ketika sebelum dilaksanakan hukuman bunuh terhadapnya, perkataan beliau itu mengejutkan salah seorang pegawai polis yang ada di situ, beliau gembira sebaik sahaja mendengar berita hukuman bunuh yang dijatuhkan, pegawai tersebut kehairanan kerana beliau tidak bersedih dan tidak bermuram, lalu pegawai itu bertanya:


أنت تعتـقد أنك ستكون شهيدا فما معنى شهيد عندك؟


Maksudnya: “Apakah anda percaya yang anda akan menjadi seorang syahid, apakah pula makna syahid di sisi anda?” Beliau RH menjawab dengan berkata:

الشهيد هو الذي يقدم شهادة من روحه ودمه أن دين الله أغلى عنده من حياته


Maksudnya: “Orang yang mati syahid adalah orang yang mempersembahkan penyaksian dari jiwa dan darahnya bahawa agama Allah lebih tinggi di sisinya berbanding kehidupannya.”


Oleh kerana itu beliau telah mencurahkan jiwa dan kehidupannya sebagai tebusan untuk agama Allah.


Syed Qutb RH memiliki beberapa pendirian dan perkataan yang tidak diragukan beliau seorang yang mengetahui kebenaran, pendirian dan perkataan yang keluar dari jantung hati yang telah penuh dengan kecintaan kepada Allah dan rasulullah SAW, dan dia suka menjadi korban untuk agamanya. Kami memohon kepada Allah agar merahmatinya dan memberi kemaafan kepada kita dan beliau.


Selawat dan salam ke atas Nabi kita Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda kesemuanya.

Hamud ‘Uqala al-Syu’aibi 16/5/1421 H

Teks asal:

--------------------------

كلمة حق في سيد قطب

فضيلة الشيخ حمود بن عقلاء الشعيبي حفظه الله :


كثرت الأقوال في سيد قطب رحمه الله ، فهذا ينـزهه من كل خطأ، وذاك يجعله في عداد الفاجرين بل الكافرين فما هو الحق في ذلك ؟

الجواب :


الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على من لا نبي بعده .
وبعد :
فإن المفكر الأديب سيد قطب رحمه الله له أعداء كثيرون، يختـلفون في كيفية النقد وأهدافه والغايات منه، ويتـفـقون في مصالح مشتركة، وقبل أن أكشف بطلان مثالب الجراحين والمطاعن الموجهة إلى سيد رحمه الله ، أبين أولا لماذا يستهدف سيد قطب خاصة ؟ ومن المستفيد من إسقاطه ؟

إن سيدا رحمه الله يعد في عصره علما من أعلام أصحاب منهج مقارعة الظالمين والكفر بهم ، ومن أفذاذ الدعاة إلى تعبيد الناس لربهم والدعوة إلى توحيد التحاكم إلى الله ، فلم يقض إلا مضاجع أعداء الله ورسوله كجمال عبدالناصر وأمثاله .. وما فرح أحد بقتله كما فرح أولئك، ولقد ضاق أولئك الأذناب بهذا البطل ذرعا، فلما ظنوا أنهم قد قتلوه إذا بدمه يحيي منهجه ويشعل كلماته حماسا، فزاد قبوله بين المسلمين وزاد انتشار كتبه، لأنه دلل بصدقه وإقدامه على قوة منهجه، فسعوا إلى إعادة الطعن فيه رغبة منهم لقتل منهجه أيضا وأنى لهم ذلك.

فاستهداف سيد قطب رحمه الله لم يكن استهدافا مجردا لشخصه، فهو ليس الوحيد من العلماء الذي وجدت له العثرات، فعنده أخطاء لا ننكرها، ولكن الطعن فيه ليس لإسقاطه هو بذاته فقد قدم إلى ربه ونسأل الله له الشهادة، ولكن الذي لا زال يقلق أعداءه وأتباعهم هو منهجه الذي يخشون أن ينتشر بين أبناء المسلمين .

وإني إذ أسمع الطعن في سيد قطب رحمه الله لا أستغرب ذلك لقوله الله تعالى: ﴿ وكذلك جعلنا لكل نبي عدوا فكل من معه نور من النبوة أيضا له أعداء من أهل الباطل بقدر ما معه من ميراث نبينا محمد عليه الصلاة والسلام ، فما يضير سيدا طعن الطاعنين، بل هو رفعة له وزيادة في حسناته، ولكن الذي يثير الاستغراب هو فعل أولئك القوم الذين يدّعون اتباع الحق ومع ذلك ينقصون الميزان ولا يزنون بالقسطاس المستقيم والله يقول: ﴿ ويل للمطففين الذين إذا اكتالوا على الناس يستوفون وإذا كالوهم أو وزنوهم يخسرون , فأولئك إذا أرادوا مدح أحد عليه من المآخذ ما يفوق سيدا بأضعاف قالوا كلمتهم المشهورة "تغمس أخطاؤه في بحر حسناته" وقالوا "إذا بلغ الماء قلتين لم يحمل الخبث" وغير ذلك، وإذا أرادوا ذم آخر كسيد رحمه الله الذي يعد مجددا في باب ( إن الحكم إلا لله ) سلكوا معه طريق الخوارج وكفروه بالمعاصي والزلات .

وسيد رحمه الله لا ندعي له العصمة من الخطأ، بل نقول إن له أخطاء ليس هذا مجال تفصيلها، ولكنها لا تخل بأصل دعوته ومنهجه، كما أن عند غيره من الأخطاء التي لم تقدح في منـزلتهم وعلى سبيل المثال ابن حجر والنووي وابن الجوزي وابن حزم، فهؤلاء لهم أخطاء في العقيدة إلا أن أخطاءهم لم تجعل أحدا من أبناء الأمة ولا أعلامها يمتـنع من الاستفادة منهم أو يهضمهم حقهم وينكر فضائلهم ، فهم أئمة إلا فيما أخطئوا فيه، وهذا الحال مع سيد رحمه الله فأخطاؤه لم تقدح في أصل منهجه ودعوته لتوحيد الحاكمية وتعبيد الناس لربهم.

والقاعدة التي يجب أن تقرر في مثل هذه الحالات هي ما يستفاد من قول الله تعالى ﴿ يسألونك عن الخمر والميسر قل فيهما إثم كبير ومنافع للناس وإثمهما أكبر من نفعهما فكل من حقق ما يجب تحقيقه من أصل الدين، ينظر بعد ذلك في سائر منهجه فإن كان خطؤه أكثر من صوابه وشره يغلب على نفعه فإنه يهمل قوله وتطوى كتبه ولا تروى ، وعلى ذلك فالقول الفصل في سيد رحمه الله أن أخطاءه مغمورة في جانب فضائله ودفاعه عن ( لا إله إلا الله )، لا سيما أنه حقق أصول المعتقد الصحيح ، وإن كان عليه بعض المآخذ وعبارات أطلقها لا نوافقه عليها رحمه الله .

وختاما :


لا يسعني إلا أن أذكر أنني أحسب سيدا والله حسيبه يشمله قوله عليه الصلاة والسلام (( سيد الشهداء حمزة، ورجل قام عند سلطان جائر فأمره ونهاه فقتله )) فنحسب أن سيدا رحمه الله قد حقق ذلك الشرط حيث قال كلمة حق عند سلطان جائر فقتله .. وأنقل كلمة له رحمه الله قبل إعدامه بقليل عندما أعجب أحد الضباط بفرح سيد قطب وسعادته عند سماعه نبأ الحكم عليه بالإعدام "الشهادة" وتعجب لأنه لم يحزن ويكتئب وينهار ويحبط فسأله قائلا : أنت تعتـقد أنك ستكون شهيدا فما معنى شهيد عندك؟ أجاب رحمه الله قائلا : الشهيد هو الذي يقدم شهادة من روحه ودمه أن دين الله أغلى عنده من حياته، ولذلك يبذل روحه وحياته فداء لدين الله .

وله رحمه الله من المواقف والأقوال التي لا يشك عارف بالحق أنها صادرة عن قلب قد مليء بحب الله وحب رسوله صلى الله عليه وسلم، وحب التضحية لدينه، نسأل الله أن يرحمنا ويعفو عنا وإياه.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
قاله ؛ حمود بن عقلاء الشعيبي 16/5/1421هـ

Friday, October 28, 2011

Kewajipan Mendidik, Mengajar dan Berlaku Adil Sesama Anak (14)

1. Kewajipan Mendidik, Mengajar dan Berlaku Adil Sesama Anak

Allah subhanahu wa taala berfirman:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#þqè% ö/ä3|¡àÿRr& ö/ä3Î=÷dr&ur #Y$tR $ydߊqè%ur â¨$¨Z9$# äou$yfÏtø:$#ur $pköŽn=tæ îps3Í´¯»n=tB ÔâŸxÏî ׊#yÏ© žw tbqÝÁ÷ètƒ ©!$# !$tB öNèdttBr& tbqè=yèøÿtƒur $tB tbrâsD÷sムÇÏÈ

Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (al-Tahrim: 6)

‘Ali bin Abi Tolib RA berkata: “Firman Allah (Yang bermaksud) Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, bermaksud: Didiklah mereka dengan adab dan ajarkanlah mereka (tuntutan-tuntutan agama).” Mujahid pula berkata tentang ayat ini: “Bertakwalah kamu semua kepada Allah, dan pesankanlah kepada keluarga kamu supaya mereka bertakwa kepada Allah.”[1]

Sabda Nabi sallallah ‘alaih wa sallam:

كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته

Mafhumnya: “Setiap kamu semua adalah pemimpin, dan setiap kamu semua akan dipertanggungjawabkan tentang orang yang dipimpinnya.” (HR al-Bukhari)

Berlaku Adil Sesama Anak

Termasuk dalam tuntutan agama kepada ibu dan bapa ialah berlaku adil sesama anak dalam pemberian dan laragan. Nabi sallallah ‘alaih wa sallam bersabda:

اعدلوا بين أبنائكم، اعدلوا بين أبنائكم، اعدلوا بين أبنائكم

Mafhumnya: “Berlaku adillah antara anak-anak kamu semua, Berlaku adillah antara anak-anak kamu semua, Berlaku adillah antara anak-anak kamu semua.” (HR Abu Daud dan dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud)

Daripada al-Nu’man bin Basyir yang menceritakan:

أَنَّ أَبَاهُ انْطَلَقَ بِهِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَحْمِلُهُ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنِّي أُشْهِدُكَ أَنِّي قَدْ نَحَلْتُ النُّعْمَانَ كَذَا وَكَذَا ، فَقَالَ : أَكُلَّ وَلَدِكَ نَحَلْتَ ؟ قَالَ : لا ، قَالَ : فَأَشْهِدْ غَيْرِي ، ثُمَّ قَالَ : أَلَيْسَ يَسُرُّكَ أَنْ يَكُونُوا فِي الْبِرِّ سَوَاءً ؟ قَالَ : بَلَى ، قَالَ : فَلا إِذًا

Mafhumnya: “Bahawa bapa beliau pernah membawa beliau kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: Wahai Rasulullah, saya mahu menjadikan engkau saksi, sesungguhnya saya telah memberikan beberapa pemberian kepada al-Nu’man. Baginda bersabda: Apakah kepada setiap anak, engkau berikan pemberian?” dia menjawab: tidak. Sabda baginda (SAW): Oleh itu carilah orang lain sebagai saksi.” Seterusnya baginda bersabda: Apakah tidak menggembirakan kamu, sekiranya dijadikan, kesemua mereka sama-rata dalam memperolehi kebaikan (pemberian). Beliau menjawab: Sudah tentu (saya menyukainya). Baginda menjawab: Jika begitu jangan lakukan seperti yang kamu lakukan sekarang.” (HR al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad, dan dinilai Sahih oleh al-Albani)

Di dalam lafaz yang lain baginda sallallah ‘alaih wa sallam bersabda:

لا تشهدني على جور

Makhhumnya: “Jangan kamu menjadikan aku saksi dalam perkara dosa (tidak berlaku adil kepada semua anak)” (HR al-Bukhari)

Di dalam sahih Muslim ada menceritakan tentang seorang lelaki bernama Basyir yang datang bertemu Nabi sallallah ‘alaih wa sallam dan bertanya:

إن زوجته سألته أن يعطي ابنها غلاماً عبدا ويشهد رسول الله فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم : أله إخوة؟ قال : نعم. قال: أفكلهم أعطيته مثل ما أعطيته؟ قال: لا. قال: "فليس يصلح هذا وإني لا أشهد إلا علي حق

Mafhumnya: “Sesungguhnya isterinya meminta dia memberikan kepada seorang anaknya hamba, lelaki itu hendak menjadikan Rasulullah sebagai saksi. Baginda bertanya: Apakah budak itu ada saudara kandung yang lain? Jawab lelaki itu: Ya. Baginda bersabda: Apakah setiap mereka kamu berikan perkara yang sama, seperti yang kamu berikan kepada anak kamu yang seorang ini? Jawab lelaki itu: tidak. Baginda bersabda: Tidak betul apa yang engkau lakukan ini, dan sesungguhnya aku tidak menjadi saksi melainkan di atas perkara yang benar.”

Sekian

Wallahu a’lam.



[1] Lihat Tafsir Ibn Kathir