1. Disyariatkan solat menghadap sutrah
i. Daripada Ibn ‘Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إذا كان أحدكم يصلي، فلا يدع أحداً يمر بين يديه، فإن أبي فليقاتله فإن معه قرين
Mafhumnya: “Apabila seseorang daripada kamu hendak menunaikan solat, maka jangan biarkan seseorang lain melintas di hadapannya, jika orang itu enggan (tetap hendak melintas), maka halanglah ia, kerana sesungguhnya Qarin bersama dengannya.” (HR Muslim)
ii. Daripada Musa bin Tolhah, daripada bapanya yang berkata: Sabda Nabi SAW:
إذا وضع أحدكم بين يديه مثل مؤخرة الرحل فليصل ولا يبال من مرَّ وراء ذلك
Mafhumnya: “Sekiranya seseorang dari kamu meletakkan sesuatu seumpama pelana tunggangan, maka dia boleh solat tanpa menghiraukan sesiapa yang melalui belakang pelana tersebut.” (HR Muslim)
iii. Daripada Sahl bin Sa’ad RA katanya:
كان بين مصلَّى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وبين الجدار ممر شاة
Mafhumnya: “Jarak diantara tempat solat (tempat sujud) Rasulullah SAW ke dinding ialah sekadar laluan seekor kambing.” (HR al-Bukhari)
2. Disyariatkan solat dengan memakai kasut, khuf atau seumpamanya jika bersih
Daripada Abu Maslamah, Sa’id bin Yazid al-Azdi katanya:
سألت أنس بن مالك: أكان النبي - صلى الله عليه وسلم - يصلي في نعليه؟ قال: نعم
Mafhumnya: “Saya bertanya kepada Anas bin Malik: Apakah dahulunya Nabi SAW pernah solat dengan memakai kasut baginda?” beliau menjawab: “Ya” (HR al-Bukhari 386)
al-‘Allamah Ibn ‘Uthaimin RH di dalam fatwanya (12/386): “Solat dengan memakai kasut itu adalah sunnah.”
3. Memulakan dengan dua rakaat Tahiyyatul Masjid ketika masuk ke dalam masjid sebelum memberi salam kepada orang yang berada di dalamnya.
Daripada Abu Hurairah RA:
أن النبي - صلى الله عليه وسلم - دخل المسجد فدخل رجل فصلى ثم جاء فسلَّم على النبي - صلى الله عليه وسلم - فرد النبي - صلى الله عليه وسلم - عليه السلام، فقال: ارجع فصلِّ فإنك لم تصلِ (ثلاثاً) فقال: والذي بعثك بالحق فما أُحسنُ غيره فعلمني...
Mafhumnya: “Bahawa Nabi SAW masuk ke dalam masjid, kemudian seorang lelaki lain masuk pula ke dalam masjid dan terus menunaikan solat, setelah itu dia pergi berjumpa dengan Nabi SAW dan memberi salam kepada baginda, baginda menjawab salam lelaki tersebut, lalu bersabda: “Ulangilah solat kamu, kerana sesungguhnya kamu masih belum menunaikan solat (perkara itu berlaku sebanyak tiga kali). Setelah itu lelaki itu berkata: “Demi jiwa yang mengutus engkau dengan kebenaran, bagaimanakah cara yang lebih baik selain dari cara yang saya lakukan itu, ajarkanlah kepada saya…” (HR al-Bukhari 793)
al-Imam Ibn al-Qayyim berkata: “Baginda mengingkari (cara) solat lelaki itu, akan tetapi baginda tidak mengingkari perbuatan lelaki itu melewatkan memberi salam sehingga selepas solat.”
4. Meluruskan Saf dan ramainya para imam yang tidak memberi perhatian dalam perkara ini
Daripada Anas bin Malik RA katanya: “Setelah diiqamatkan untuk solat, lalu Rasulullah SAW menghadapkan muka baginda kepada kami seraya bersabda:
أقيموا صفوفكم وتراصوا، فإني أراكم من وراء ظهري
“Perbetulkanlah saf-saf kamu semua, dan perelokkanlah, kerana sesungguhnya saya dapat melihat anda semua dari belakang saya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Ibn Mas’ud RA: Adalah Nabi SAW memegang bahu-bahu kami ketika hendak menunaikan solat dan bersabda:
استوا ولا تختلفوا فتختلف قلوبكم
Mafhumnya: “Luruskan saf dan jangan kamu berselerak, nanti akan memecah-belahkan hati-hati kamu semua.” (HR al-Bukhari 723 dan Muslim 433)
Daripada al-Nu’man bin Bisyir RA katanya: Saya pernah mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda:
لتسوُّن صفو فكم أو ليخالفن الله بين وجوهكم
Mafhumnya: “Hendakklah kamu semua meluruskan saf-saf, atau Allah akan memecah-belahkan kamu semua.” (al-Bukhari 717 dan Muslim 436)
5. Bacaan di dalam dua rakaat Sunat Subuh
Bacaan yang dibaca di dalam dua rakaat solat sunat subuh ialah:
Pertama: Membaca surah al-Kafirun dan al-Ikhlas, berdasarkan riwayat daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW membaca dalam dua rakaat solat sunat Subuh dengan (šcrãÏÿ»x6ø9$#$pkš‰r'¯»tƒ@è%)
ödan (ُ‰ymr& !$# uqèd @è% ) (HR Muslim)
Kedua: Membaca (al-Baqarah: 136)
(#þqä9qè% $¨YtB#uä «!$$Î/ !$tBur tAÌ“Ré& $uZøŠs9Î) !$tBur tAÌ“Ré& #’n<Î) zO¿Ïdºtö/Î) Ÿ@ŠÏè»oÿôœÎ)ur t,»ysó™Î)ur z>qà)÷ètƒur ÅÞ$t6ó™F{$#ur !$tBur u’ÎAré& 4Óy›qãB 4Ó|¤ŠÏãur !$tBur u’ÎAré& šcq–ŠÎ;¨Y9$# `ÏB óOÎgÎn/§‘ Ÿw ä-ÌhxÿçR tû÷üt/ 7‰tnr& óOßg÷YÏiB ß`øtwUur ¼çms9 tbqãKÎ=ó¡ãB ÇÊÌÏÈ |
dan (Ali Imran: 64)
ö@è% Ÿ@÷dr'¯»tƒ É=»tGÅ3ø9$# (#öqs9$yès? 4’n<Î) 7pyJÎ=Ÿ2 ¥ä!#uqy™ $uZoY÷t/ ö/ä3uZ÷t/ur žwr& y‰ç7÷ètR žwÎ) ©!$# Ÿwur x8ÎŽô³èS ¾ÏmÎ/ $\«ø‹x© Ÿwur x‹Ï‚Gtƒ $uZàÒ÷èt/ $³Ò÷èt/ $\/$t/ö‘r& `ÏiB Èbrߊ «!$# 4 bÎ*sù (#öq©9uqs? (#qä9qà)sù (#r߉ygô©$# $¯Rr'Î/ šcqßJÎ=ó¡ãB ÇÏÍÈ |
Berdasarkan hadirh riwayat Imam Muslim daripada Ibn ‘Abbas.
6. Berbaring di atas rusuk kanan selepas sunat Subuh
Daripada ‘A-isyah R’anha:
كان النبي - صلى الله عليه وسلم - إذا صلى ركعتي الفجر اضطجع على شقه الأيمن
Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW, apabila selesai solat sunat sebelum Subuh, baginda akan berbaring di atas rusuk kanan baginda.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Al-‘Allamah Ibn al-Qayyim RH berkata: “Nabi SAW berbaring di atas rusuk kanan selepas menunaikan solat sunat subuh adalah thabit di dalam dua kitab sahih (al-Bukhari dan Muslim) daripada ‘A-‘isyah R’anha.”
7. Disyariatkan kepada Imam untuk menjaharkan bacaan sebahagian ayat di dalam solat sirriyyah
Daripada Abi Qatadah RA katanya:
كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يُصلِّي بنا فيقرأ في الظهر والعصر-في الركعتين الأوليين - بفاتحة الكتاب وسورتين ويسمعنا الآية أحياناً،و يطول الركعة الأولى ويقرأ في الأخرييين بفاتحة الكتاب
Maksudnya: “Pernah Rasulullah SAW menunaikan solat bersama dengan kami, dan baginda membaca di dalam solat Zohor dan ‘Asar – dalam dua rakaat yang awal – dengan surah al-Fatihah dan dua surah, kadang-kadang baginda memperdengarkan bacaan kepada kami, baginda juga memanjangkan rakaat yang awal, dan baginda membaca pada dua rakaat yang akhir dengan al-Fatihah.”
al-‘Allamah Bin Baz berkata: “Dan disunatkan – iaitu bagi imam – kadang-kadang untuk dia menjelaskan bacaan sebahagian ayat di dalam solat sirriyyah, kerana Nabi SAW melakukannya berdasarkan riwayat al-BUkhari dan Muslim dari hadith Abi Qatadah al-Ansori RA.” (Majmu’ Fatawa Bin Baz)
8. Berdoa, bertasbih dan membaca Isti’azah ketika membaca ayat-ayat yang berkaitan
Daripada Huzaifah bin al-Yaman katanya:
صليت مع النبي - صلى الله عليه وسلم - ذات ليلةٍ فافتتح البقرة فقلت: يركع عند المائة،ثم مضى فقلت: يصلي بها في ركعةٍ فمضى،فقلت: يركع بها،ثم افتتح النساء فقرأها، ثم افتتح آل عمرآن فقرأها.يقرأ مترسِّلاً. إذا مر بأيةٍ بها تسبيح سبّح. وإذا مر بسؤال سأل.وإذا مر بتعوذٍ تعوذ...
Mafhumnya: “Suatu hari saya solat bersama dengan Nabi SAW, lalu baginda memulakan solat dengan membaca surah al-Baqarah, saya berkata: barangkali baginda akan rukuk apabila sampai ayat ke seratus, kemudian baginda melepasinya, lalu saya berkata: baginda akan membahagikan surah al-Baqarah di dalam dua rakaat, kemudian baginda melepasi surah al-Baqarah, saya berkata baginda akan rukuk, (namun baginda meneruskan) kemudian baginda membuka surah al-Nisak dan membacanya, kemudian Ali Imran, baginda membacanya dengan perlahan-lahan, apabila baginda melalui ayat yang ada tasbih, baginda akan bertasbih, apabila baginda melalui ayat yang ada permohonan, baginda meminta permohonan, apabila baginda melalui ayat yang ada perlindungan, baginda memohon perlindungan…”
Al-Imam al-Nawawi berkata di dalam Syarh Sahih Muslim (3/320): “Hadith ini menunjukkan sunatnya perkara-perkara tersebut bagi setiap yang membaca (al-Quran) di dalam solat dan di luar solat, dan berdasarkan mazhab kami – iaitulah mazhab al-Syafie – sunatnya perkara ini bagi imam, makmum mahupun orang yang solat bersendirian.”
Ibn Baz berkata di dalam fatwanya: “Adalah Nabi SAW apabila melalui ayat tasbih, baginda akan bertasbih ketika solat malam, apabila melalui ayat ancaman, baginda akan memohon perlindungan, apabila baginda melalui ayat kurniaan, baginda akan memohonnya, perkara ini diriwayatkan oleh Huzaifah RA dari Nabi SAW, ia juga merupakan perbuatan baginda SAW, yang merupakan sunnah baginda, berdoa apabila melalui ayat-ayat harapan (kurniaan), meminta perlindungan apabila melalui ayat-ayat ketakutan (ancaman) dan bertasbih apabila melalui ayat-ayat yang mengandungi nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT.”
9. Kadang-kadang Membaca surah al-Ikhlas bersama dengan bacaan surah pada setiap rakaat
Daripada ‘A-isyah R’anha:
أن رسول الله بعث رجلاً على سرية فكان يقرأ لأصحابه في صلاتهم بــ ( قل هو الله أحد ) [الإخلاص] فلما رجعوا ذكروا ذلك لرسول الله، فقال: سلوه: لأي شيءٍ يصنع ذلك؟ فسألوه: فقال: لأنها صفة الرحمن عز وجل فأنا أحب أن أقرأ بها، فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - «أخبروه أن الله تعالى يحبه
Mafhumnya: “bahawa Rasulullah SAW pernah mengutuskan seorang lelaki mengetuai sepasukan tentera, dan beliau sering membaca di dalam solat bersama sahabat-sahabatnya dengan surah al-Ikhlas. Apabila mereka pulang (ke Madinah), mereka memberitahu perkara itu kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Tanyakan kepadanya, mengapa dia melakukan sedemikian itu?” lalu merekapun bertanya kepada lelaki tersebut, dan lelaki itu menjawab: “Kerana surah itu merupakan sifat (tuhan) al-Rahman, maka saya suka untuk membacanya. Sabda Rasulullah SAW: “Khabarkan kepadanya, bahawa Allah SWT juga mencintainya.” (HR al-Bukhari)
Ibn Daqiq al-‘Ied berkata: “Perkataan mereka, dia menutup dengan surah al-Ikhlas menunjukkan lelaki itu membaca surah al-Ikhlas bersama dengan surah yang lainnya. Dari sudut zahir menunjukkan dia membaca surah al-Ikhlas bersama dengan surah yang lain dalam satu rakaat, dan dia menutup bacaan itu dengan surah al-Ikhlas di dalam rakaat tersebut, sekalipun lafaz hadith juga mengandungi maksud dia menutup rakaat terakhir yang dibaca surah dengan surah al-Ikhlas. Maka berdasarkan kefahaman yang pertama, ia menjadi dalil keharusan menghimpunkan (membaca) dua surah dalam satu rakaat.” (Ihkam al-Ahkam Syarh ‘Umdah al-Ahkam 2/1918)
10. Meluruskan belakang badan ketika rukuk
Hasil pemerhatian kepada kebanyakan orang yang menunaikan solat, terdapat sebahagian daripada mereka mengangkat kepala lebih dari paras belakangnya, dan sebahagian mereka pula ada yang terlampau menundukkan kepala mereka dari paras belakangnya. Al-Imam al-Bukhari telah membuat satu bab (2/322):
استواء الظهر في الركوع، وقال أبو حميدٍ في أصحابه: ركع النبي - صلى الله عليه وسلم - ثم هصر ظهره
Mafhumnya: “Bab menyamakan belakang ketika rukuk, dan telah berkata Abu Hamid kepada sahabatnya: Nabi SAW rukuk, kemudian baginda menyamakan belakang baginda.”
0 comments:
Post a Comment