1. Meninggalkan janji melakukan sesuatu perkara kerana maslahah dan diikuti dengan membayar kafarah.
عن أبي هريرة - رضي الله عنه- قال: أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم- قال: «من حلف على يمين فرأى غيرها خيراً منها فليكفر عن يمينه وليفعل) .مسلم والترمذي (
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesiapa yang berjanji atas sesuatu, setelah itu dia melihat perkara lain lebih baik dari yang telah dijanjikannya, maka hendaklah dia membayar kafarah atas janji yang telah dilakukannya itu seterusnya dia melakukan perkara yang dilihatnya lebih baik itu.” (HR Muslim dan al-Tirmizi)
2. Melakukan Sujud syukur ketika mendapat sesuatu yang disenangi atau terhindar dari sesuatu yang tidak disukai.
al-Baghawi menyebut dalam syarah sunnah 3/316:
سجود الشكر سنة عند حدوث نعمة طالما كان ينتظرها، أو اندفاع بلية ينتظر انكشافها
Mafhumnya: “Sujud syukur adalah sunat ketika memperolehi sesuatu nikmat (kebaikan) yang telah lama dinantikannya, atau terhindar dari musibah yang dinantikan tersingkap.”
Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad 1/360:
وكان من هديه - صلى الله عليه وسلم - وهدي أصحابه، سجود الشكر عند تجدد نعمة تسر، أو اندفاع نقمة
Adalah termasuk dari petunjuk baginda SAW dan para sahabat RA, melakukan sujud syukur ketika memperolehi nikmat yang menggembirakan atau terhindar dari musibah.
3. Mengucapkan tahniah kepada orang yang mendapat kebaikan agama atau duniawi.
Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan tentang kisah taubat Ka`ab ibnu Malik RA katanya:
فقام إليّ طلحة بن عبيد الله يُهرول حتى صافحني وهنَّاني
Mafhumnya: “Talhah bin ‘Ubaidillah berdiri lalu datang dengan tergesa-gesa kepadaku lalu bersalaman dan mengucapkan tahniah kepadaku.”
Ibn al-Qayyim menyebut dalam Zad al-Ma`ad: “Dan di dalamnya dalil menunjukkan keharusan mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang mendapat kebaikan agama, berdiri apabila berjumpa dan bersalaman dengannya. Ini adalah sunnah yang digalakkan.”
4. Menunaikan solat dua rakaat ketika bertaubat daripada dosa besar.
جاء من رواية أسماء بن الحكم الفزاري عن علي - رضي الله عنه -عن أبي بكر الصديق - رضي الله عنه - أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: «ما من رجلٍ يذنب ذنباً، ثم يقوم فيتطهر، ثم يصلي - وفي رواية ركعتين - ثم يستغفر الله إلاّ غفر الله له
Daripada Asma binti al-Hakam al-Fizari daripada Ali RA, daripada Abu Bakar As-Siddiq RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Tiadalah seseorang lelaki yang melakukan dosa, kemudian dia bangun berwuduk kemudian menunaikan solat – di dalam satu riwayat mengatakan solat dua rakaat - kemudian dia memohon keampunan daripada Allah melainkan Allah akan memberi keampunan kepadanya.”
5. Bersedekah ketika bertaubat
Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan kisah Ka`ab RA yang berkata:
قلت يا رسول الله إن من توبتي أنَّ أنخلع من مالي صدقة إلى الله وإلى رسوله قال رسول الله: أمسك عليك بعض مالك فهو خيرٌ لك
Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya termasuk dari taubatku, aku akan memberi sedekah dari hartaku ke jalan Allah dan rasulNya. Rasulullah bersabda: Simpanlah sebahagian dari hartamu itu, maka ia adalah lebih baik bagimu.”
Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad 3/585-586: Perkataan Ka`ab, Wahai Rasulullah sesungguhnya termasuk dari taubatku, bahawa aku akan memberi sedekah dengan hartaku, merupakan dalil sunatnya bersedekah ketika bertaubat dengan apa yang mampu dari harta.”
6. Bertakbir dan Bertasbih Ketika Kehairanan dan Keingkaran
Daripada Abu Hurairah RA katanya:
أنه لقيه النبي - صلى الله عليه وسلم - في بعض طرق المدينة، وهو جنب فانسل، فذهب فاغتسل، فتفقده النبي - صلى الله عليه وسلم - فلما جاء قال: أين كنت يا أبا هريرة؟ قال: يا رسول الله لقيتني وأنا جنب، فكرهت أن أجالسك حتى أغتسل، فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم- : «سبحان الله ! إن المسلم لا ينجس»
Mafhumnya: “Beliau pernah berjumpa dengan Nabi SAW di jalan-jalan di Madinah, sedangkan beliau berada dalam keadaan berjunub, lalu beliau berpaling dan pergi untuk mandi janabah, kemudian beliau mendapatkan Nabi SAW, ketika beliau sampai, baginda bertanya: Kemana engkau wahai Abu Hurairah? Beliau menjawab: Wahai Rasulullah, Engkau bertemu dengan ku, sedangkan aku dalam keadaan berjunub, lalu aku tidak suka untuk bersama denganmu dalam keadaan demikian sehingga aku mandi (janabah) terlebih dahulu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Maha Suci Allah, sesungguhnya seorang muslim itu tudak najis.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
وإني لأرجو أن تكونوا ربع أهل الجنة فكبرنا، ثم قال: ثلث أهل الجنة فكبرنا، ثم قال: شطر أهل الجنة فكبرنا
Mafhumnya: “Dan sesungguhnya aku, benar-benar mengharapkan kamu semua (umat baginda SAW) menjadi satu perempat dari ahli syurga” lalu kami bertakbir, kemudian baginda bersabda: “satu pertiga dari Ahli Syurga.” Lalu kami bertakbir, kemudian baginda bersabda: “Satu perdua ahli syurga.” Lalu kami bertakbir.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
7. Sunat menulis wasiat.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda
ما حق امرىء مسلم لـه شيء يوصي به؟» وفي رواية: «له شيء يريد أن يوصي به» أن يبيت ليلتين وفي رواية: «ثلاث ليالٍ» إلا ووصيته مكتوبة عنده
Mafhumnya: “Tidak patut bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan – di dalam riwayat yang lain – baginya ada sesuatu yang hendak diwasiatkan, untuk dia bermalam selama dua malam – dalam riwayat yang lain – selama tiga malam, melainkan wasiatnya tertulis di sisinya.”
8. Peminjam memulangkan lebih dari kuantiti dan kualiti apa yang dipinjamnya tanpa ada sebarang syarat yang terdahulu.
Daripada Abu Hurairah RA katanya:
كان لرجل على النبي - صلى الله عليه وسلم - جملٌ ٍسنٌ من الإبل، فجاءه يتقاضاه فقال: (أعطوه) فطلبوا سنه، فلم يجدوا إلا سناً فوقها، فقال أعطوه) فقال: أوفيتني أوفى الله بك. فقال النبي - صلى الله عليه وسلم-: إن خياركم أحسنكم قضاء
Mafhumnya: “Dahulunya ada seorang lelaki yang meminjamkan Nabi SAW seekor unta dengan usia yang tertentu, suatu hari dia datang meminta dipulangkan semula unta yang dipinjam tersebut. Baginda bersabda: Berikan kepadanya, maka para sahabat mencari unta dengan usia tersebut, akan tetapi mereka tidak mendapatinya melainkan unta yang lebih besar usianya. Lalu baginda (SAW) bersabda: Berikan kepadanya. Kata lelaki itu: kamu telah memenuhi (membayar hutangmu) kepadaku, semoga Allah memenuhi (janjiNya) kepadamu.” Lalu Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang lebih baik di kalangan kamu adalah orang yang lebih baik dalam menunaikan hutang.” (HR al-Bukhari)
9. Termasuk dari petunjuk Nabi S.A., baginda tidak menarik tangan ketika bersalaman sehingga orang lain yang terlebih dahulu menariknya.
Daripada Anas bin Malik RA katanya:
كان إذا صافح رجلاً لم يترك يده حتى يكون هو التارك ليد رسول الله - صلى الله عليه وسلم
Mafhumnya: “Adalah baginda (SAW) apabila bersalaman dengan seseorang lelaki, baginda tidak akan menarik tangan, sehinggalah lelaki itu yang terlebih dahulu menarik tangannya.” (HR Imam Muslim, Ibnu Majah, al-Baghawi dalam syarah sunnah dan Ibnu Hibban serta selain mereka. Hadith ini telah disahihkan oleh al-Albani di dalam kitab al-Silsilah as-Sahihah.)
10. Mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut dan mendahulukan kaki kiri ketika menanggalkannya.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إذا انتعل أحدكم فليبدأ باليمين، وإذا انتزع فليبدأ بالشمال، لتكن اليمنى أولهما تَنْعَل وآخرهما تنزع
Mafhumnya: “Apabila seseorang dari kamu memakai kasut, maka mulakan dengan sebelah kanan, apabila hendak mencabutnya mulakan dengan sebelah kiri. Jadikan kaki kanan itu permulaan ketika memakai kasut dan yang akhir ketika menanggalkannya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Al-Imam al-Nawawi menyebut dalam syarah Sahih Muslim 2/163: “Ini merupakan kaedah yang berterusan dalam syara`, setiap perkara yang termasuk di dalam bab menghormati dan memuliakan seperti memakai baju, seluar dan juga khuf, memasuki masjid, bersiwak, memakai celak, memotong kuku, memendekkan misai, menyikat rambut, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut, memberi salam dari solat, membasuh anggota ketika bersuci, keluar dari tandas, makan dan minum, bersalaman dan melakukan Istilam kepada Hajar al-Aswad, dan selainnya yang termasuk dalam maknanya (menghormati dan memuliakan), disunatkan memulakan dengan kanan. Adapun apa yang berlawanan denganya seperti memasuki tandas, keluar dari masjid, mengeluarkan lender (dari hidung), istinja’, membuka baju, seluar dan khuf, dan seumpamanya, disunatkan memulakan dengan kiri. Semua ini kerana disebabkan kemuliaan kanan dan Allahlah yang lebih mengetahui.”
11. Kadang-kadang berjalan tanpa memakai kasut
عن عبد الله بن بريدة أن رجلاً من أصحاب النبي - صلى الله عليه وسلم - رحل إلى فضالة بن عبيد وهو بمصر فقدم عليه، فقال : أما إني لم آتك زائراً، ولكني سمعت أنا وأنت حديثاً من رسول الله - ? - رجوت أن يكون عندك من علم قال: وما هو ؟ قال: كذا وكذا قال : فما لي أراك شعثاً وأنت أمير الأرض ؟ قال: إن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان ينهانا عن كثير من الإرفاه. قال :لا أرى عليك حذاءً ؟ قال: كان النبي - صلى الله عليه وسلم - يأمرنا أن نحتفي أحياناً
Mafhumnya: “Daripada Abdullah bin Buraidah, bahawasanya seorang lelaki dari kalangan sahabat Nabi SAW, pergi menemui Fadholah bin `Ubaid di Mesir. Ketika bertemu dengannya, lelaki itu berkata: Saya bukan datang untuk menziarahimu, akan tetapi saya mendengar bahawa saya dan anda pernah mendengar satu hadith dari Rasulullah SAW, saya berharap anda memiliki maklumat tentangnya. Fadholah berkata: apakah perkara itu? Lelaki itu berkata: demikian dan demikian, lalu dia berkata lagi: mengapa saya melihat keadaan kamu tidak terurus, sedangkan kamu adalah pemimpin di tanah ini? Fadholah menjawab: sesungguhnya Rasulullah SAW melarang kami daripada banyak berhias. Lelaki itu bertanya lagi: aku melihat kamu tidak memakai kasut. Fadholah menjawab: Nabi SAW pernah menyuruh kami agar tidak memakai kasut sekali-sekala.”
12. Menghalang kanak-kanak keluar rumah ketika maghrib dan menutup bekas makanan dan minuman pada waktu malam.
Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya:
قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : «إذا جُنح [جُنح الليل: ظلامه[الليلُ أو - أمسيتم - فكفوا صبيانكم، فإن الشيطان ينتشر حينئذٍ
Mafhumnya: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya hampir waktu malam, maka halanglah anak-anak kamu (dari keluar rumah), kerana sesungguhnya syaitan bertebaran pada ketika itu.”
13. Membiarkan tubuh badan terkena air hujan ketika hujan turun
Daripada Thabit al-Banani, daripada Anas RA yang berkata:
أصابنا ونحن مع رسول الله - صلى الله عليه وسلم - مطرٌ. قال: فحسر [أي كشف كما في مختار الصحاح ص135] رسول الله - صلى الله عليه وسلم- ثوبه حتى أصابه من المطر فقلنا: يا رسول الله لم صنعت هذا؟ قال: «لأنه حديث عهد بربه تعالى»
Mafhumnya: “Kami pernah dituruni hujan ketika bersama dengan Rasulullah SAW, beliau (Anas) berkata: Maka Rasulullah SAW membuka sebahagian dari bajunya agar terkena air hujan. Lalu kami bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah, kenapa Rasulullah berbuat demikian? Baginda menjawab: Kerana ia baru diciptakan oleh Allah taala.” (HR Muslim)
Al-Imam al-Nawawi menyebut dalam syarahnya 3/464: “Pada hadith ini adanya petunjuk terhadap pandangan sahabat kami yang mengatakan sunat ketika hujan baru turun untuk membuka anggota yang bukan aurat supaya disentuh air hujan tersebut, dan mereka berdalilkan dengan hadith ini, padanya juga menunjukkan seseorang yang mafdhul (yang dilebihkan), jika melihat dari seseorang al-Fadhil (yang mememiliki kelebihan) sesuatu yang tidak diketahuinya, hendaklah dia bertanya tentang perkara tersebut, agar orang itu mengajarkan kepadanya, sehingga dia boleh mengamalkannya dan mengajarkan pula kepada orang lain.
14. Menziarahi masjid Quba dan menunaikan solat di dalamnya setiap minggu
Daripada Nafi`, daripada Ibnu Umar RA:
أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان يزور قباء راكباً وماشياً. وفي رواية «كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يأتي قباء راكباً وماشياً فيصلي فيه ركعتين
Mafhumnya: “Bahawa Rasullullah SAW menziarahi Masjid Quba dengan menaiki tunggangan atau dan berjalan kaki.” Di dalam riwayat yang lain: Adalah Rasullullah SAW menziarahi masjid Quba dengan menaiki tunggangan dan berjalan kaki, dan baginda akan menunaikan solat dua rakaat didalamnya.”
Dalam riwayat daripada Abdullah bin Dinar, bahawa Ibnu Umar sentiasa pergi ke Masjid Quba’ pada setiap hari sabtu dan beliau berkata:
رأيت النبي- صلى الله عليه وسلم - يأتيه كلَّ سبتٍ
Mafhumnya: “Saya melihat Nabi SAW pergi ke Masjid Quba pada setiap hari Sabtu.”
Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment