Friday, September 30, 2011

Hukum Terlibat Di Dalam Sukan Yang Merbahaya

Soalan:


Apakah hukum terbabit dengan sukan yang merbahaya seperti melintas di atas tali yang tinggi, terjun dari tempat tinggi atau tinggal bersama ular di dalam sangkar.


Jawapan:


Agama Islam mengarahkan penganutnya untuk memelihara tubuh badan dari sebarang kemudharatan. Lantaran itu agama mengharamkan setiap perkara yang boleh membawa kepada kemudharatan. Allah SWT berfirman:


Mafhumnya: “dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (al-Baqarah: 195)

Para ulama telah membicarakan tentang hukum terbabit dalam permainan yang merbahaya. Di dalam Kitab al-Dur al-Mukhtar dinyatakan:

وكذا يحل كل لعب خطر لحاذق تغلب سلامته ، كرمي لرام ، وصيد لحية ، ويحل التفرج عليهم حينئذ

Maksudnya: “dan demikian juga dibenarkan setiap permainan yang merbahaya bagi pemain mahir yang terjamin keselamatannya seperti pemanah/penembak atau pemburu ular, maka boleh menyaksikan mereka ketika itu.” (Lihat al-Dur al-Mukhtar: 6/404)

Di dalam buku Qadhaya al-Lahw wa al-Tarfih menyebut beberapa syarat yang perlu dipenuhi dalam sukan yang merbahaya, iaitulah:


Syarat Pertama: Terlatih, memiliki kemahiran dan skill yang sempurna dalam sukan-sukan tersebut, yang tidak dapat diperolehi melainkan setelah melalui banyak latihan dan berulangan sehingga menjadi terlatih dan mahir. Sekiranya dalam melakukan latihan tersebut menyebabkan terabainya kefardhuan dan perkara sunat, maka pandangan yang mengharamkannya lebih kuat. Adapun sekiranya latihan yang diadakan tidak menggangu perkara-perkara tersebut maka pandangan yang mengharuskannya adalah lebih tepat, dan demikian juga hukum menyaksikannya.


Syarat Kedua: Terjamin keselamatannya. Sekiranya ada kemungkinan yang sedikit untuk tidak selamat atau ada keraguan akan keselamatannya, maka ketika itu permainan atau sukan tersebut adalah haram kerana ia membawa kepada kebinasaan, kerana kita dilarang untuk mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan seperti ayat 195 dari surah al-Baqarah.

Syarat Ketiga: Sukan atau permainan yang merbahaya tersebut tidak dilakukan untuk memperolehi bayaran. Diharamkan bertujuan mendapat imbalan balik dalam sukan atau permainan yang merbahaya ini. Kerana ia termasuk memakan harta orang lain secara batil kerana dari sudut tidak ada faedah yang diperolehi dari permainan atau sukan yang merbahaya tersebut. (sila lihat juga buku Bughyah al-Musytaq fi Hukm al-Lahw wa al-La’b wa al-Sibaq, hal: 156 – 157)


Sukan dan permainan merbahaya ini juga hanya boleh diadakan pada hari kebesaran dan perayaan sahaja. hal ini demikian kerana alasan untuk menguatkan keharusan sukan dan permainan merbahaya ini disandarkan kepada hadis yang menceritakan orang-orang Habasyah yang bermain pedang di dalam masjid, dan keadaan itu hanya berlaku pada hari raya, maka ia termasuk hari kebesaran dan perayaan.


Demikian juga disyaratkan keharusan sukan dan permainan merbahaya ini tidak perlaku percampuran antara lelaki dan wanita yang ajnabi dan para pemain tidak menzahirkan aurat mereka. Diharamkan juga permainan yang melibatkan sihir. (Sila lihat kitab Qadhaya al-Lahw wa al-Tarfih. Hal: 295)

Saturday, September 24, 2011

Ringkasan Fatwa al-Qaradhawi Tentang Kumpulan Ahbash

Penterjemah: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak (Bin Sahak)


Semenjak beberapa tahun yang lalu aku (Dr. Yusuf al-Qaradhawi) ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lubnan, ia menimbulkan masaalah kepada umat Islam di Lubnan dengan pandapat-pendapat yang pelik dan menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fiqh dan akhlak. Sehingga mereka menggugurkan kewajipan zakat bagi individu yang memiliki sampinan wang yang banyak dari matawang kertas yang digunakan pada hari ini, mereka juga mengharuskan wang tersebut berurusan dengan riba, mereka mendakwa matawang kertas bukanlah matawang yang syar'ie yakni bukan Emas dan Perak. Mereka mengharuskan orang yang memakan bawang atau meletakkannya di dalam poket tidak menunaikan solat Jumaat, dan mereka mengharuskan percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batas.

Dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dari kalangan umat Islam hari ini atau yang dahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti Mujaddid Tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, sepertimana mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-'Allamah al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya. Aku (al-Qaradhawi) telah menyebut di dalam buku-ku (al-Sofwah al-Islamiyyah Baina al-Juhud wa al-Tatorruf) bahawa terjatuh ke dalam lubang menghukum kafir adalah tanda-tanda yang paling serius terhadap pemikiran ekstrim dan melampau dalam beragama.

Golongan Ahbash yang pelampau dan penyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abi al-Hasan al-'Asy'ariy di dalam aqidah, dan mazhab al-Imam al-Syefie di dalam Fiqh, dan mengikut tarikat al-Rifa'iyyah di dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka mereka amat jauh dari manhaj para imam ini kesemuanya samaada dalam pemikiran, adab dan akhlak.

Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lubnan, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah mereka dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belakkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini.

Aku ingin memohon maaf dari saudara-saudara kita ahli Habashah yang lain dan kepada penghulu ahli Habashah Sayyidina Bilal r.a. Mereka (golongan Ahbash) telah merosakkan nama Habashah dan al-Ahbash yang sebenarnya. Mereka (golongan Ahbash) bukanlah dari ahli Habashah yang baik sedikitpun, mereka ahli Habashah berlepas diri dari kesalahan-kesalahan golongan Ahbash - yang telah membawa nama mereka secara salah - seperti berlepas dirinya serigala (dalam kisah saudara-saudara Nabi Yusuf) dari darah anak Nabi Ya'kub. Mereka (golongan Ahbash) sejauh-jauh manusia dari adab dan akhlak Bilal r.a.

Sesungguhnya, pada awalnya aku tawaqquf dari menyebut tentang mereka, dan aku tidak membenarkan setiap perkara yang aku dengar tentang mereka, aku juga menahan lidah dan pena-ku dari menyebut tentang mereka, aku tidak menyentuh mereka walau dalam satu kalimat. Sehinggalah jelas kepadaku kebenaran dan (seperti) jelasnya subuh bagi orang yang memiliki dua mata, dan tuduhan-tuduhan terhadap mereka diketahui dimerata tempat, maka tidak wajar aku senyap. lalu aku sentuh tentang mereka dalam beberapa kitabku yang kemudian dengan cara yang lembut dan aku kritik mereka dengan kritikan yang ringan. Aku juga menjawab dalam beberapa seminar kepada orang yang bertanya tentang sebahagian pendapat-pendapat mereka yang ganjil seperti pendapat mereka dalam keharusan merokok secara mutlak, keharusan bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan dan selainnya, sebagai menjelaskan kesalahan mereka dalam ijtihad-ijtihad mereka seperti ini, tanpa aku melontarkan tuduhan kafir dan fasiq kepada mereka, kerana cara itu bukanlah jalanku.

Akan tetapi, kritikan yang lembut dan ringan ini, seperti membunuh bagi mereka, menghentam dan menggilakan mereka, mereka datang kesemuanya dan mereka kerahkan pasukan-pasukan berkuda dan berjalan kaki (kiasan mereka kerahkan semua kekuatan mereka) yang berada dalam kelalaian, mereka hendak mengganggu program al-Syari'ah wa al-Hayah di siaran al-Jazirah di Qatar. Mereka juga menghalakan anak-anak panah mereka dari setiap arah. Apabila mereka tidak berjaya, mereka menghantar surat kepada Pengarah al-Jazirah, meminta diadakan perdebatan dengan aku (al-Qaradhawi). Kalaulah aku menerima cara ini, sudah tentu aku akan izinkan sebahagian anak murid kepada anak muridku untuk berdebat dengan mereka. Akan tetapi mereka (golongan Ahbash) terlaku kecil dan terlaku rendah untuk berdebat dengan mereka, mereka tidak memiliki nilai ilmu untuk mengizinkan mereka memasuki nilai perdebatan, walaupun untuk berdebat dengan murid yang paling rendah.

Sebahagian saudara-saudaraku dari kalangan ahli ilmu telah membaca surat yang mereka (Ahbash) hantarkan kepada al-Jazirah untuk memohon diadakan perdebatan tersebut, lalu mereka ceritakan setiap perkara (isi kandungan surat tersebut) termasuk penghinaan mereka, termasuk tuduhan mereka (Ahbash) yang mengatakan bahawasanya aku (al-Qaradhawi) telah terkeluar dari agama yang hanif ini, aku berlindung dengan Allah (dari tuduhan tersebut). Lalu saudara-saudaraku mengharapkan aku menjawab tuduhan-tuduhan tersebut yang mereka himpunkan di dalam surat tersebut yang berupa perkara-perkara utama kepada tuduhan dan kecaman mereka. Disebabkan harapan daripada saudara-saudara ku, aku menerima untuk menulis jawapan ini untuk mengendurkan kesamaran, menyatakan kebenaran dan melenyapkan kebatilan walaupun orang-orang yang berdosa tidak menyukainya.

Yang mengejutkan, mereka ini (Ahbash) menyibukkan diri mereka untuk mengganggu rancangan-rancangan ku di television dengan kecaman-kecaman dan pembohongan-pembohongan, sepertimana yang berlaku dalam program al-Syari'ah wa al-Hayah di siaran al-Jazirah dan program Syu'bu al-Imam di siaran satelit Qatar. Aku menghadapi adab buruk mereka dengan kelembutan, tidak mahu menjawab dan berpaling dari mereka seperti yang di firmankan oleh Allah swt: "(dan (orang-orang beriman itu) apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpalig daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amalan-amalan kami dan bagimu amalan-amalanmu, kesejahteraan ke atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang yang jahil." (al-Qasas: 55)

Akan tetapi perbuatan mereka itu melampau dan berterusan, mereka bertambah agresif dan mereka menyangkakann kelembutan itu berupakan kelemahan, dan demi Allah ianya bukanlah kelemahan, akan tetapi aku tidak mahu menyempitkan/mensia-siakan waktu dan tumpuanku untuk menyemarakkan api perselisihan diantara umat Islam. Sedang mereka (Ahbash) paling fakir dari mahukan kesatuan dan keharmonian. Akan tetapi disebabkan mereka melampaui batas dan berterusan dan menyerang dengan cara yang batil, ia membuatkan aku menjawab tuduhan-tuduhan mereka , sedang perkara ini seperti aku nyatakan ianya tidak aku sukai, akan tetapi sepertimana firman Allah: "Telah difardhukan ke atas kamu semua peperangan sedangkan ianya tidak disukai olehmu, barangkali kamu tidak mengukai sesuatu sedangkan ianya baik untukmu dan barangkali kamu sukakan sesuatu sedangkan ianya tidak baik untukmu, dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini Wahhabi dan taasub dengan para imam Wahhabi, seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma' dalam persoalan ini dan itu, dalam masa yang sama ikhwah al-Wahabiyyun atau al-Salafiyyun mengedarkan beberapa edaran yang menyerangku di Jeddah, Riyadh dan lain-lain bandar di Saudi. Aku bukanlah hamba kepada seseorang melainkan kepada Allah semata-mata, aku tidak mengambil melainkan daripada al-Kitab dan al-Sunnah, dan aku sayangkan semua ulama yang mendalam ilmunya, akan tetapi aku tidak mensucikan mereka dan tidak mendakwa mereka memiliki ismah atau bersifat maksum.

Golongan Ahbash ini bersikap angkuh, mereka meminta aku berdebat dengan mereka, dan mereka mendesak dengan permintaan ini. Akan tetapi aku balingkan permintaan mereka ini ke dinding, dan bukanlah setiap permintaan itu ada nilainya - walau tanpa dengan kebenaran - aku menjawab: Aku tidak akan memperkenankan untuk berdebat secara lisan yang mereka inginkan itu kerana beberapa sebab:

1. Mereka hendak popular di siaran-siaran television atas namaku dan aku sama sekali tidak akan memberi peluang kepada mereka. bahkan aku katakan kepada mereka: "matilah kamu dengan kemarahanmu itu."

2. Mereka akan berkata kepada orang-orang yang sangsikan mereka: "Lihatlah kami telah berdebat dengan al-Qaradhawi."

3. Kebanyakan perkara yang mereka hendak berdebat dengan ku itu adalah perkara yang berkaitan persoalan-persoalan di dalam buku-buku ku. Perkara ini tidak perlu kepada perdebatan, bahkan memadai dijawab penulisan buku dengan buku yang seumpamanya jika mereka mampu.

4. Perdebatan sepatutnya terjadi diantara yang setanding, sedangkan mereka (golongan Ahbash) bukanlah setanding dengan-ku, tidak dari sudut usia, tidak juga dari sudut hasil ilmu. Barangkali aku akan menerima berdebat dengan mereka kalau aku melihat adanya faedah. Aku juga boleh memanggil mereka berdebat jika aku mahu dengan murid ku yang paling kecil, dan murid ku itu mampu - dengan bantuan daripada ALlah - untuk mematahkan hujah mereka dengan sekali pukulan sahaja.

5. Aku telah cuba dengan cara perdebatan, akan tetapi aku tidak mendapatinya bermanfaat, aku telah cuba dengan golongan sekularis, dan kami memenangi ke atas mereka alhamdulillah, akan tetapi mereka (golongan sekularis) tidak berganjak juga dengan pendirian mereka.

6. Aku akan berdebat dengan mereka (golongan Ahbash) dengan cara lain, iaitu dengan pena bukan dengan lisan, kerana itu aku menulis lembaran-lembaran ini, aku akan bongkarkan kejahilan murakkab mereka dan aku akan jelaskan pembohongan mereka. Aku hanya mengatakan seperti perkataan Nabi Syuaib: "Aku tidak bermaksud melainkan untuk pembaikan selama aku masih mampu, dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah, hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepadanya aku kembali." (Fatawa al-Muasarah. Cet ke-3 (2003), Dar al-Qalam, Jld 3, ms: 685-686)

Perbanyakkan Doa

Drpd Ubadah bin Somit r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

مَا عَلَى الْأَرْضِ مُسْلِمٌ يَدْعُو اللَّهَ بِدَعْوَةٍ إِلَّا آتَاهُ اللَّهُ إِيَّاهَا أَوْ صَرَفَ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهَا مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ

Maksudnya: "Tiada di muka bumi seorg muslim yg meminta kpd Allah dgn satu permintaan, melainkan Allah s.w.t. akan memakbulkan permintaannya, atau Allah akan menghilangkan drpdnya keburukan (bala terhadap agamanya, dunia atau tubuhnya) yang setanding dgn permohonannnya itu, selamamana dia tidak memohon melakukan dosa atau memutuskan silaturrahim."


Seorg lelaki berkata: إِذًا نُكْثِرُ،

Maksudnya: "Kalau begitu kami akan perbanyakkan doa." Jawab Nabi SAW.:


اللَّهُ أَكْثَرُ


Maksudnya: "Allah lebih banyak akan memakbulkan doa." (H.R. al-Tirmizi dan katanya: Hasan Sahih Gharib)


al-Tibiy berkata: "Allah lebih banyak akan memakbulkan doa kamu semua. Dikatakan juga maksud ungkapan akhir ini ialah: Allah lebih banyak memberikan pahala dan pemberian berbanding permohonan yg ada di sisi kamu semua, oleh kerana itu perbanyakkanlah (permohonan) apa yang kamu mahu, kerana sesungguhnya Allah s.w.t. menyediakan untuk permohonan kamu semua dengan perkenan yang lebih banyak dari apa yg kamu mampu pinta"



Perbezaan Yang Membuahkan Perpecahan Bukan Dari Ajaran Islam

Abu al-Muzaffar al-Sam’ani berkata:



فَكُلُّ مَسْأَلَةٍ حَدَثَتْ فِيْ الْإِسْلَامِ، فَخَاضَ فِيْهَا النَّاسُ، فَتَفَرَّقُوْا وَاخْتَلَفُوْا، فَلَمْ يُوْرِثْ ذَلِكَ الْاِخْتِلَافُ بَيْنَهُمْ عَدَاوَةً وَلَا بَغْضًا وَلَا تَفَرُّقًا، وَبَقِيَّةُ بَيْنَهُمْ الْأُلْفَةُ وَالنَّصِيْحَةُ وَالْمَوَدَّةُ وَالرَّحْمَةُ وَالشَّفَقَةُ، عَلِمْنَا أنَّ ذَلِكَ مِنْ مَسَائِلِ الْإِسْلَامِ: يَحِلُّ النَّظَرُ فِيْهَا، وَالْأَخْذُ بِقَوْلٍ مِنْ تِلْكَ الْأَقْوَالِ، لَا يُوْجِبُ تَبْدِيْعًا وَلَا تَكْفِيْرًا، كَمَا ظَهَرَ مْثْلُ هَذَا الْاِخْتِلَافِ بَيْنَ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِيْنَ مَعَ بَقَاءِ الْأُلْفَةِ وَالْمَوَدَّةِ. وَكُلُّ مَسْأَلَةٍ حَدَثَتْ، فَاخْتَلَفُوْا فِيْهَا، فَأَوْرَثَ الْاِخْتِلَافُهُمْ فِيْ ذَلِكَ التَّوَلِّيْ وَالْإِعْرَاضَ وَالتَّدَابُرَ وَالتَّقَاطُعَ، وَرُبَّمَا ارْتَقَى إِلَى التَّكْفِيْرِ، عَلِمْتَ أنَّ ذَلِكَ لَيْسَ مِنْ أَمْرِ الدِّيْنِ فِيْ شَيْءٍ، بَلْ يَجِبُ عَلَى كَلِّ ذِيْ عَقْلٍ أنْ يَجْتَنِبَهَا، وَيُعْرِضَ عَنْ الْخَوْضِ فِيْهَا، لِأَنَّ اللهَ شَرَطَ فِيْ تَمَسُّكِنَا بِالْإِسْلَامِ أنَّا نُصْبِحُ فِيْ ذَلِكَ إخْوَانًا، فَقَالَ تَعَالَى: (#rãä.ø$#ur |MyJ÷èÏR «!$# öNä3øn=tæ øÎ) ÷LäêZä. [ä!#yôãr& y#©9r'sù tû÷üt/ öNä3Î/qè=è% Läêóst7ô¹r'sù ÿ¾ÏmÏFuK÷èÏZÎ/ $ZRºuq÷zÎ) ÷


Mafhumnya: “Setiap persoalan yang timbul dalam agama Islam, dan orang ramai berbicara tentangnya, lalu mereka berbeza pandangan, namun ia tidak menyebabkan mereka bermusuh dan berpecah-belah, sebaliknya sesama mereka tetap bersikap lunak, menasihati, berkasih-sayang, rahmat dan berlemah-lembut, kita dapat ketahui bahawa ia dari ajaran agama Islam, boleh memberi perhatian kepadanya, dan boleh mengambil salah satu pandangan dari pandangan-pandangan yang ada, tidak boleh menghukum bid’ah dan kafir, hal ini sepertimana perbezaan yang berlaku dikalangan para sahabat dan tabien, namun sikap lunak dan berkasih-sayang masih tetap terjalin sesama mereka. Manakala setiap persoalan yang timbul dan umat Islam saling berbeza pandangan, dan perbezaan pandangan itu menghasilkan permusuhan, berpaling, bersengketa dan saling memutuskan hubungan sesama mereka, bahkan hingga ke tahap menghukum kafir, anda dapat katahui bahawa ia bukan dari ajaran Islam sama sekali, bahkan bagi orang yang memiliki akal, wajib menjauhinya dan berpaling dari terlibat dari berbicara persoalan tersebut, hal ini kerana Allah telah mensyaratkan untuk kita berpegang teguh dengan Islam, dengan kita menjadi bersaudara, firmanNya: “Dan ingatlah akan nikmat Allah ke atas kamu semua, ketika kamu semua dahulu (semasa Jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati-hati kamu semua, lalu jadilah kamu semua dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara.”[1]


[1] Ali Imran: 103. Sawn al-Mantiq wa al-Kalam: 169. Lihat juga Mukhtasar al-Sowa'iq al-Mursalah 'ala al-Jahmiyyah wa al-Mu'attilah oleh al-Imam Ibn al-Qayyim

Akhlak Salaf al-Soleh


فَلَا يَنْبَغِيْ لِأَحَدٍ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ أَنْ يَتَّخِذَ مِنْ الْخِلَافِ فِيْ هَذِهِ الْمَسْأَلَةِ وَأشْبَاهِهَا وَسِيْلَةً إِلَى النِّزَاعِ وَالتَّهَاجُرِ وَالْفُرْقَةِ، فَإنَّ ذَلِكَ لَا يَجُوْزُ لِلْمُسْلِمِيْنَ، حَتَّى لَوْ قِيْلَ: إِنَّ الْقَبْضَ وَاجِبٌ، كَمَا اخْتَارَهُ الشَّوْكَانِي فِيْ النَّيْلِ... وَقَدْ بَلَغَنِيْ عَنْ كَثِيْرٍ مِنْ إِخْوَانِيْ الْمُسْلِمِيْنَ فِيْ أَفْرِيْقَيّا وَغَيْرِهَا أَنَّهُ يَقَع بَيْنَهُمْ شَحْنَاءٌ كَثِيْرَةٌ وَتَهَاجُرٌ بِسَبَبِ مَسْأَلَةِ اْلقَبْضِ وَالْإِرْسَالِ، وَلَا شَكَّ أَنَّ ذَلِكَ مُنْكَرٌ لَا يَجُوْز وُقُوْعُهُ مِنْهُمْ، بَلْ الوَاجِبُ عَلَى الْجَمِيْعِ التَّنَاصُح وَالتَّفَاهُم فِيْ مَعْرِفَةِ الْحَقِّ بِدَلِيْلِهِ مَعَ بَقَاءِ الْمَحَبَّةِ وَالصَّفَاءِ وَالْأُخْوَةِ الْإِيْمَانِيَّةِ ، فَقَدْ كَانَ أَصْحَابُ الرَّسُوْلِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ وَالْعُلَمَاءُ بَعْدهُمْ رَحِمَهُمُ اللهُ يَخْتَلِفُوْنَ فِيْ الْمَسَائِلِ الْفَرْعِيَّةِ وَلَا يُوْجِبُ ذَلِكَ بَيْنَهُمْ فُرْقَةً وَلَا تَهَاجُرًا لِأَنَّ هَدْفَ كُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ هُوَ مَعْرِفَةِ الْحَقِّ بِدَلِيْلِهِ، فَمَتَى ظَهَرَ لَهُمْ اِجْتَمَعُوْا عَلَيْهِ وَمَتَى خَفِيَ عَلَى بَعْضِهِمْ لَمْ يُضَلِّلْ أَخَاهُ وَلَمْ يُوْجِبْ لَهُ ذَلِكَ هَجْرَهُ وَمُقَاطَعَتَهُ وَعَدَمَ الصَّلَاةِ خَلْفَهُ ، فَعَلَيْنَا جَمِيْعًا مَعْشَرَ الْمُسْلِمِيْنَ أَنْ نَتَّقِيْ اللهَ سُبْحَانَهُ وَأَنْ نَسِيْرَ عَلَى طَرِيْقِ السَّلَفِ الصَّالِحِ قَبْلَنَا فِيْ التَّمَسُّكِ بِالْحَقِّ وَالْأُخْوَةِ الْإِيْمَانِيَّةِ وَعَدَمِ التَّقَاطُعِ وَالتَّهَاجُرِ مِنْ أَجْلِ مَسْأَلَةٍ فَرْعِيَّةٍ قَدْ يَخْفَى فِيْهَا الدَّلِيْلُ عَلَى بَعْضِنَا فَيَحْمِلُهُ اجْتِهَادُهُ عَلَى مُخَالَفَةِ أَخِيْهِ فِيْ الْحُكْمِ


’afhumnya: “Maka tidak sewajarnya bagi seseorang muslim menjadikan perbezaan dalam persoalan ini dan seumpamanya sebagai satu jalan untuk perbalahan, bermusuhan dan perpecahan, kerana sesungguhnya perkara ini tidak boleh dilakukan oleh umat Islam, sekalipun jika dikatakan: berdekap tangan ketika I’tidal itu wajib seperti pendapat yang dipilih oleh al-Syaukani di dalam kitabnya Nail al-Awtar… telah sampai berita kepada saya berkaitan ramai saudara-saudara kita di Afrika dan di beberapa tempat lain, dimana berlaku persengketaan yang banyak dan pertengkaran hanya disebabkan persoalan sama ada berdekap tangan ketika I’tidal ataupun meluruskannya. Tanpa diragukan lagi bahawa keadaan demikian adalah satu kemungkaran, tidak sepatutnya ia berlaku, bahkan yang wajib ke atas semua mereka ialah saling nasihat menasihati dan saling faham-memahami dalam mengenal pasti kebenaran berdasarkan dalilnya, dengan memastikan kekalnya perasaan kasih-sayang, ketenteraman dan persaudaraan iman. Sungguh dahulunya para sahabat Rasulullah SAW dan para ulama selepas mereka juga telah berbeza pandangan dalam beberapa persoalan cabang, dan perkara ini tidak membawa kepada perpecahan dan pertengkaran sesama mereka, hal demikian kerana tujuan setiap mereka adalah untuk mengenal pasti kebenaran berdasarkan dalilnya. Maka apabila menjadi jelas sesuatu kebenaran kepada mereka, kesemuanya bersepakat menerima kebenaran tersebut, sebaliknya jika kebenaran itu terselindung kepada sebahagian yang lain, mereka tidak menyesatkan saudara (semuslim) mereka, perkara ini juga tidak membawa kepada persengketaan, permusuhan dan tidak menunaikan solat bersama. Oleh demikian semestinya kita semua wahai sekelian umat Islam untuk kita bertakwa kepada Allah SWT, dan kita bergerak berdasarkan contoh dari al-Salaf al-Soleh sebelum kita dalam sikap berpegang teguh dengan kebenaran dan menyeru orang ramai kepada kebenaran, demikian juga untuk kita saling nasihat-menasihati sesama kita, bersungguh-sungguh untuk mengenal pasti kebenaran berdasarkan dalilnya, dalam masa yang sama kita mengekalkan rasa kasih sayang dan persaudaraan iman, tanpa perlu bermusuhan dan bersengketa disebabkan persoalan cabang yang kadang-kala dalilnya terselindung pada sebahagian kita, seterusnya membawa ijtihadnya berbeza dengan saudaranya yang lain dalam menentukan sesuatu hukum. ”[1]

[1] Majmu’ Fatawa Samahah al-Syeikh Abdul 'Aziz Abdillah bin Baz: 4/230-231

Friday, September 23, 2011

Sebahagian Sunnah yang dilupakan (10)

1. Meninggalkan janji melakukan sesuatu perkara kerana maslahah dan diikuti dengan membayar kafarah.

عن أبي هريرة - رضي الله عنه- قال: أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم- قال: «من حلف على يمين فرأى غيرها خيراً منها فليكفر عن يمينه وليفعل) .مسلم والترمذي (

Daripada Abu Hurairah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesiapa yang berjanji atas sesuatu, setelah itu dia melihat perkara lain lebih baik dari yang telah dijanjikannya, maka hendaklah dia membayar kafarah atas janji yang telah dilakukannya itu seterusnya dia melakukan perkara yang dilihatnya lebih baik itu.” (HR Muslim dan al-Tirmizi)

2. Melakukan Sujud syukur ketika mendapat sesuatu yang disenangi atau terhindar dari sesuatu yang tidak disukai.

al-Baghawi menyebut dalam syarah sunnah 3/316:

سجود الشكر سنة عند حدوث نعمة طالما كان ينتظرها، أو اندفاع بلية ينتظر انكشافها

Mafhumnya: “Sujud syukur adalah sunat ketika memperolehi sesuatu nikmat (kebaikan) yang telah lama dinantikannya, atau terhindar dari musibah yang dinantikan tersingkap.”

Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad 1/360:

وكان من هديه - صلى الله عليه وسلم - وهدي أصحابه، سجود الشكر عند تجدد نعمة تسر، أو اندفاع نقمة

Adalah termasuk dari petunjuk baginda SAW dan para sahabat RA, melakukan sujud syukur ketika memperolehi nikmat yang menggembirakan atau terhindar dari musibah.

3. Mengucapkan tahniah kepada orang yang mendapat kebaikan agama atau duniawi.

Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan tentang kisah taubat Ka`ab ibnu Malik RA katanya:

فقام إليّ طلحة بن عبيد الله يُهرول حتى صافحني وهنَّاني

Mafhumnya: “Talhah bin ‘Ubaidillah berdiri lalu datang dengan tergesa-gesa kepadaku lalu bersalaman dan mengucapkan tahniah kepadaku.”

Ibn al-Qayyim menyebut dalam Zad al-Ma`ad: “Dan di dalamnya dalil menunjukkan keharusan mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang mendapat kebaikan agama, berdiri apabila berjumpa dan bersalaman dengannya. Ini adalah sunnah yang digalakkan.”

4. Menunaikan solat dua rakaat ketika bertaubat daripada dosa besar.

جاء من رواية أسماء بن الحكم الفزاري عن علي - رضي الله عنه -عن أبي بكر الصديق - رضي الله عنه - أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: «ما من رجلٍ يذنب ذنباً، ثم يقوم فيتطهر، ثم يصلي - وفي رواية ركعتين - ثم يستغفر الله إلاّ غفر الله له

Daripada Asma binti al-Hakam al-Fizari daripada Ali RA, daripada Abu Bakar As-Siddiq RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Tiadalah seseorang lelaki yang melakukan dosa, kemudian dia bangun berwuduk kemudian menunaikan solat – di dalam satu riwayat mengatakan solat dua rakaat - kemudian dia memohon keampunan daripada Allah melainkan Allah akan memberi keampunan kepadanya.”

5. Bersedekah ketika bertaubat

Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan kisah Ka`ab RA yang berkata:

قلت يا رسول الله إن من توبتي أنَّ أنخلع من مالي صدقة إلى الله وإلى رسوله قال رسول الله: أمسك عليك بعض مالك فهو خيرٌ لك

Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya termasuk dari taubatku, aku akan memberi sedekah dari hartaku ke jalan Allah dan rasulNya. Rasulullah bersabda: Simpanlah sebahagian dari hartamu itu, maka ia adalah lebih baik bagimu.”

Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad 3/585-586: Perkataan Ka`ab, Wahai Rasulullah sesungguhnya termasuk dari taubatku, bahawa aku akan memberi sedekah dengan hartaku, merupakan dalil sunatnya bersedekah ketika bertaubat dengan apa yang mampu dari harta.”

6. Bertakbir dan Bertasbih Ketika Kehairanan dan Keingkaran

Daripada Abu Hurairah RA katanya:

أنه لقيه النبي - صلى الله عليه وسلم - في بعض طرق المدينة، وهو جنب فانسل، فذهب فاغتسل، فتفقده النبي - صلى الله عليه وسلم - فلما جاء قال: أين كنت يا أبا هريرة؟ قال: يا رسول الله لقيتني وأنا جنب، فكرهت أن أجالسك حتى أغتسل، فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم- : «سبحان الله ! إن المسلم لا ينجس»

Mafhumnya: “Beliau pernah berjumpa dengan Nabi SAW di jalan-jalan di Madinah, sedangkan beliau berada dalam keadaan berjunub, lalu beliau berpaling dan pergi untuk mandi janabah, kemudian beliau mendapatkan Nabi SAW, ketika beliau sampai, baginda bertanya: Kemana engkau wahai Abu Hurairah? Beliau menjawab: Wahai Rasulullah, Engkau bertemu dengan ku, sedangkan aku dalam keadaan berjunub, lalu aku tidak suka untuk bersama denganmu dalam keadaan demikian sehingga aku mandi (janabah) terlebih dahulu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Maha Suci Allah, sesungguhnya seorang muslim itu tudak najis.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

وإني لأرجو أن تكونوا ربع أهل الجنة فكبرنا، ثم قال: ثلث أهل الجنة فكبرنا، ثم قال: شطر أهل الجنة فكبرنا

Mafhumnya: “Dan sesungguhnya aku, benar-benar mengharapkan kamu semua (umat baginda SAW) menjadi satu perempat dari ahli syurga” lalu kami bertakbir, kemudian baginda bersabda: “satu pertiga dari Ahli Syurga.” Lalu kami bertakbir, kemudian baginda bersabda: “Satu perdua ahli syurga.” Lalu kami bertakbir.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

7. Sunat menulis wasiat.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda

ما حق امرىء مسلم لـه شيء يوصي به؟» وفي رواية: «له شيء يريد أن يوصي به» أن يبيت ليلتين وفي رواية: «ثلاث ليالٍ» إلا ووصيته مكتوبة عنده

Mafhumnya: “Tidak patut bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan – di dalam riwayat yang lain – baginya ada sesuatu yang hendak diwasiatkan, untuk dia bermalam selama dua malam – dalam riwayat yang lain – selama tiga malam, melainkan wasiatnya tertulis di sisinya.”

8. Peminjam memulangkan lebih dari kuantiti dan kualiti apa yang dipinjamnya tanpa ada sebarang syarat yang terdahulu.

Daripada Abu Hurairah RA katanya:

كان لرجل على النبي - صلى الله عليه وسلم - جملٌ ٍسنٌ من الإبل، فجاءه يتقاضاه فقال: (أعطوه) فطلبوا سنه، فلم يجدوا إلا سناً فوقها، فقال أعطوه) فقال: أوفيتني أوفى الله بك. فقال النبي - صلى الله عليه وسلم-: إن خياركم أحسنكم قضاء

Mafhumnya: “Dahulunya ada seorang lelaki yang meminjamkan Nabi SAW seekor unta dengan usia yang tertentu, suatu hari dia datang meminta dipulangkan semula unta yang dipinjam tersebut. Baginda bersabda: Berikan kepadanya, maka para sahabat mencari unta dengan usia tersebut, akan tetapi mereka tidak mendapatinya melainkan unta yang lebih besar usianya. Lalu baginda (SAW) bersabda: Berikan kepadanya. Kata lelaki itu: kamu telah memenuhi (membayar hutangmu) kepadaku, semoga Allah memenuhi (janjiNya) kepadamu.” Lalu Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang lebih baik di kalangan kamu adalah orang yang lebih baik dalam menunaikan hutang.” (HR al-Bukhari)

9. Termasuk dari petunjuk Nabi S.A., baginda tidak menarik tangan ketika bersalaman sehingga orang lain yang terlebih dahulu menariknya.

Daripada Anas bin Malik RA katanya:

كان إذا صافح رجلاً لم يترك يده حتى يكون هو التارك ليد رسول الله - صلى الله عليه وسلم

Mafhumnya: “Adalah baginda (SAW) apabila bersalaman dengan seseorang lelaki, baginda tidak akan menarik tangan, sehinggalah lelaki itu yang terlebih dahulu menarik tangannya.” (HR Imam Muslim, Ibnu Majah, al-Baghawi dalam syarah sunnah dan Ibnu Hibban serta selain mereka. Hadith ini telah disahihkan oleh al-Albani di dalam kitab al-Silsilah as-Sahihah.)

10. Mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut dan mendahulukan kaki kiri ketika menanggalkannya.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إذا انتعل أحدكم فليبدأ باليمين، وإذا انتزع فليبدأ بالشمال، لتكن اليمنى أولهما تَنْعَل وآخرهما تنزع

Mafhumnya: “Apabila seseorang dari kamu memakai kasut, maka mulakan dengan sebelah kanan, apabila hendak mencabutnya mulakan dengan sebelah kiri. Jadikan kaki kanan itu permulaan ketika memakai kasut dan yang akhir ketika menanggalkannya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Imam al-Nawawi menyebut dalam syarah Sahih Muslim 2/163: “Ini merupakan kaedah yang berterusan dalam syara`, setiap perkara yang termasuk di dalam bab menghormati dan memuliakan seperti memakai baju, seluar dan juga khuf, memasuki masjid, bersiwak, memakai celak, memotong kuku, memendekkan misai, menyikat rambut, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut, memberi salam dari solat, membasuh anggota ketika bersuci, keluar dari tandas, makan dan minum, bersalaman dan melakukan Istilam kepada Hajar al-Aswad, dan selainnya yang termasuk dalam maknanya (menghormati dan memuliakan), disunatkan memulakan dengan kanan. Adapun apa yang berlawanan denganya seperti memasuki tandas, keluar dari masjid, mengeluarkan lender (dari hidung), istinja’, membuka baju, seluar dan khuf, dan seumpamanya, disunatkan memulakan dengan kiri. Semua ini kerana disebabkan kemuliaan kanan dan Allahlah yang lebih mengetahui.”

11. Kadang-kadang berjalan tanpa memakai kasut

عن عبد الله بن بريدة أن رجلاً من أصحاب النبي - صلى الله عليه وسلم - رحل إلى فضالة بن عبيد وهو بمصر فقدم عليه، فقال : أما إني لم آتك زائراً، ولكني سمعت أنا وأنت حديثاً من رسول الله - ? - رجوت أن يكون عندك من علم قال: وما هو ؟ قال: كذا وكذا قال : فما لي أراك شعثاً وأنت أمير الأرض ؟ قال: إن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان ينهانا عن كثير من الإرفاه. قال :لا أرى عليك حذاءً ؟ قال: كان النبي - صلى الله عليه وسلم - يأمرنا أن نحتفي أحياناً

Mafhumnya: “Daripada Abdullah bin Buraidah, bahawasanya seorang lelaki dari kalangan sahabat Nabi SAW, pergi menemui Fadholah bin `Ubaid di Mesir. Ketika bertemu dengannya, lelaki itu berkata: Saya bukan datang untuk menziarahimu, akan tetapi saya mendengar bahawa saya dan anda pernah mendengar satu hadith dari Rasulullah SAW, saya berharap anda memiliki maklumat tentangnya. Fadholah berkata: apakah perkara itu? Lelaki itu berkata: demikian dan demikian, lalu dia berkata lagi: mengapa saya melihat keadaan kamu tidak terurus, sedangkan kamu adalah pemimpin di tanah ini? Fadholah menjawab: sesungguhnya Rasulullah SAW melarang kami daripada banyak berhias. Lelaki itu bertanya lagi: aku melihat kamu tidak memakai kasut. Fadholah menjawab: Nabi SAW pernah menyuruh kami agar tidak memakai kasut sekali-sekala.”

12. Menghalang kanak-kanak keluar rumah ketika maghrib dan menutup bekas makanan dan minuman pada waktu malam.

Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya:

قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : «إذا جُنح [جُنح الليل: ظلامه[الليلُ أو - أمسيتم - فكفوا صبيانكم، فإن الشيطان ينتشر حينئذٍ

Mafhumnya: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya hampir waktu malam, maka halanglah anak-anak kamu (dari keluar rumah), kerana sesungguhnya syaitan bertebaran pada ketika itu.”

13. Membiarkan tubuh badan terkena air hujan ketika hujan turun

Daripada Thabit al-Banani, daripada Anas RA yang berkata:

أصابنا ونحن مع رسول الله - صلى الله عليه وسلم - مطرٌ. قال: فحسر [أي كشف كما في مختار الصحاح ص135] رسول الله - صلى الله عليه وسلم- ثوبه حتى أصابه من المطر فقلنا: يا رسول الله لم صنعت هذا؟ قال: «لأنه حديث عهد بربه تعالى»

Mafhumnya: “Kami pernah dituruni hujan ketika bersama dengan Rasulullah SAW, beliau (Anas) berkata: Maka Rasulullah SAW membuka sebahagian dari bajunya agar terkena air hujan. Lalu kami bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah, kenapa Rasulullah berbuat demikian? Baginda menjawab: Kerana ia baru diciptakan oleh Allah taala.” (HR Muslim)

Al-Imam al-Nawawi menyebut dalam syarahnya 3/464: “Pada hadith ini adanya petunjuk terhadap pandangan sahabat kami yang mengatakan sunat ketika hujan baru turun untuk membuka anggota yang bukan aurat supaya disentuh air hujan tersebut, dan mereka berdalilkan dengan hadith ini, padanya juga menunjukkan seseorang yang mafdhul (yang dilebihkan), jika melihat dari seseorang al-Fadhil (yang mememiliki kelebihan) sesuatu yang tidak diketahuinya, hendaklah dia bertanya tentang perkara tersebut, agar orang itu mengajarkan kepadanya, sehingga dia boleh mengamalkannya dan mengajarkan pula kepada orang lain.

14. Menziarahi masjid Quba dan menunaikan solat di dalamnya setiap minggu

Daripada Nafi`, daripada Ibnu Umar RA:

أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان يزور قباء راكباً وماشياً. وفي رواية «كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يأتي قباء راكباً وماشياً فيصلي فيه ركعتين

Mafhumnya: “Bahawa Rasullullah SAW menziarahi Masjid Quba dengan menaiki tunggangan atau dan berjalan kaki.” Di dalam riwayat yang lain: Adalah Rasullullah SAW menziarahi masjid Quba dengan menaiki tunggangan dan berjalan kaki, dan baginda akan menunaikan solat dua rakaat didalamnya.”

Dalam riwayat daripada Abdullah bin Dinar, bahawa Ibnu Umar sentiasa pergi ke Masjid Quba’ pada setiap hari sabtu dan beliau berkata:

رأيت النبي- صلى الله عليه وسلم - يأتيه كلَّ سبتٍ

Mafhumnya: “Saya melihat Nabi SAW pergi ke Masjid Quba pada setiap hari Sabtu.”

Wallahu a’lam.

Sebahagian Sunnah yang dilupakan (9)

1. Bernafas tiga kali luar dari cawan ketika minum.

Daripada Anas RA katanya:

كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يتنفس في الشراب ثلاثاً ويقول: «إنه أروى وأبرأ وأمرأ

Mafhumnya: “Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum[1], beliau bersabda: Sesungguhnya ia lebih menghilangkan dahaga, terhindar dari penyakit dan lebih selesa untuk perut.”

2. Mencampurkan Laban (susu masam) dengan Air

Daripada Anas RA katanya:

أتي بلبنٍ قد شيب بماء، وعن يمينه أعرابيٌ، وعن يساره أبو بكر، فشرب ثم أعطى الأعرابي وقال: «الأيمنُ فالأيمنُ»

Baginda pernah dibawakan Laban yang telah dicampurkan dengan air, sebelah kanan baginda ada seorang Arab Badawi dan sebelah kiri baginda Abu Bakar. Lalu baginda minum setelah itu menyerahkannya kepada Arab Badawi tersebut dan bersabda: Dahulukan yang sebelah kanan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

3. Berdoa Selepas Meminum Laban

Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya:

دخلت مع رسول الله - صلى الله عليه وسلم - أنا و خالد بن الوليد على ميمونة، فجاءتنا بإناءٍ من لبنٍ، فشرب رسول الله، وأنا على يمينه وخالد على شماله، فقال لي: «الشربة لك فإن شئت آثرت بها خالداً» فقلت: ما كنت أوثر على سؤرك أحداً، ثم قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم- : «من أطعمه الله الطعام فليقل: اللهم بارك لنا فيه، وأطعمنا خيراً منه. ومن سقاه الله لبناً فليقل: اللهم بارك لنا فيه وزدنا منه» وقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: «ليس شيء يجزئ مكان الطعام والشراب غير اللبن

Mafhumnya: “Saya masuk bersama Rasulullah SAW dan juga Khalid bin al-Walid menemui Maimunah. Lalu Maimunah mendatangkan sebekas berisi Laban, lalu Rasulullah SAW minum, ketika itu saya berada di sebelah kanan baginda dan Khalid berada di sebelah kiri baginda. Lalu baginda bersabda kepada saya: “minuman berikutnya untuk mu, Jika kamu mahu kamu boleh menyerahkannya kepada Khalid.” Saya menjawab: “Saya tidak akan serahkan bekas minumanmu kepada seseorang yang lain.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang diberi makan oleh Allah, hendaklah dia mengucapkan:

اللهم بارك لنا فيه، وأطعمنا خيراً منه

Maksudnya: “Ya Allah berkatikanlah kami pada makanan ini, dan berikanlah makanan yang lebih baik daripadanya.” Dan sesiapa yang Allah beri minum kepadanya, maka hendaklah dia ucapkan:

اللهم بارك لنا فيه وزدنا منه

Mafhumnya: “Ya Allah berkatikanlah kami padanya, dan tambahkan lagi kepada kami.” Sabda Rasulullah SAW: “Tiada sesuatu yang lebih dapat memenuhi makan dan minum selain Laban.”

4. Sunat Berkumur Selepas Meminum Laban dan seumpamanya yang lain.

Daripada Ibn ‘Abbas RA:

ان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - شرب لبنًا فمضمض وقال: إن لـه دسمًا

Mafhumnya: “Bahawa Rasulullah SAW meminum Laban, kemudian baginda berkumur, dan bersabda: Sesungguhnya padanya ada lebihan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

5. Sunat bagi orang yang bersin untuk memuji Allah sekalipun ketika Solat.

Daripada Mu’awiyah bin al-Hakam al-Sulami katanya:

بينما أنا أصلي مع رسـول الله - صلى الله عليه وسلم-. إذ عطس رجلٌ من القوم فقلت:يرحمك الله، فرماني القوم بأبصارهم! فقلت: واثُكل أُمِّياه ما شأنكم؟ تنظرون إليِّ فجعلوا يضربون بأيديهم على أفخاذهم.فلما رأيتهم يُصمتونني لكني سكتُّ. فلما صلى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فبأبي هو وأمي ما رأيت معلماً قبله ولا بعده أحسن تعليماً منه فو الله ما كهرني ولا ضربني ولا شتمني قال: «إن هذه الصلاة لا يصلح فيها شيء من كلام الناس، إنما هو التسبيح والتكبير وقراءة القرآن

Mafhumnya: “Ketika saya sedang menunaikan solat bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba seorang lelaki bersin, saya ucapkan kepadanya Yarhamukallah. Lalu semua orang melihat kepada saya, sayapun bertanya: Mengapa kamu semua melihat saya?” merekapun menepuk tangan mereka ke peha saya, saya lihat mereka semua menghendaki saya diam. Apabila selesai solat, Sungguh saya tidak pernah melihat seorang guru sebelum dan selepas baginda yang lebih baik pengajarannya daripada Baginda, demi Allah baginda tidak memasamkan muka kepada saya, tidak memukul dan tidak mengata saya, baginda bersabda: Sesungguhnya bagi solat itu, tidak wajar di dalamnya dimasukkan perkataan manusia, sebaliknya hanyalah untuk tasbih, takbir dan bacaan al-Quran.” (HR Muslim)

6. Berdoa selepas Wudhu’ dengan membaca: سبحانك اللهم وبحمدك لا إله إلا أنت أستغفرك وأتوب إليك

Daripada Abi Sa’id al-Khudri katanya: Sabda Rasulullah SAW:

من توضأ فقال: سبحانك اللهم وبحمدك لا إله إلا أنت، أستغفرك وأتوب إليك، كتب بمارق ثم جعلت في طابع فلم يكسر إلى يوم القيامة

Mafhumnya: “Sesiapa yang berwudhu, kemudian menyebut:

سبحانك اللهم وبحمدك لا إله إلا أنت أستغفرك وأتوب إليك

Mafhumnya: “Maha suci Engkau ya Allah dan segala pujian untuk Mu, tidak ada tuhan melainkan Engkau, saya memohon keampunan dan bertaubat kepadaMu.”, akan dicatit di atas kertas putih, kemudian akan ditempa dan ia tidak akan pecah hingga ke hari kiamat.”

Al-‘Allamah al-Albani berkata di dalam al-Irwa’ 1/135: “Faedah: Disunatkan juga selepas berwudhu untuk membaca bacaan di atas berdasarkan hadith Abi Sa’id…”

7. Berdoa ketika mendengar kokokan Ayam dan beristi’azah ketika mendengar rengekan Keldai dan salakan anjing.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Sabda Rasulullah SAW:

إذا سمعتم صياح الديكة فاسألوا الله من فضله، فإنها رأت ملكاً. وإذا سمعتم نهيق الحمار، فتعوذوا بالله من الشيطان، فإنه رأى شيطاناً

Mafhumnya: “Apabila kamu mendengar kokokan ayan jantan, maka mintalah daripada Allah kelebihannya, kerana sesungguhnya dia melihat malaikat, dan apabila kamu mendengar rengekan keldai, maka mintalah perlindungan dengan Allah dari syaitan, kerana sesungguhnya ketika itu dia melihat syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

8. Doa ketika angin kencang dan perihal Nabi pada ketika itu.

Daripada Aisyah R.A. beliau berkata: Jika sekiranya angin bertiup kencang, Rasulullah akan berdoa:

اللهم إني أسألك خيرها وخير ما فيها وخير ما أرسلت به وأعوذ بك من شرها وشر ما فيها وشر ما أرسلت به

Mafhumnya: “Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan yang ada di dalamnya serta kebaikan dari apa yang diutuskan dengannya, dan aku berlindung dengan Engkau dari keburukannya dan keburukan yang ada di dalamnya serta keburukan dari apa yang diutuskan dengannya.”

Aisyah berkata:

وإذا تخيلت السماء تغير لونه وخرج ودخل وأقبل وأدبر فإذا مطرت سُري عنه فعرفت ذلك في وجهه

Mafhumnya: “Apabila langit berawan gelap dan berubah warnanya, baginda keluar dan masuk ke dalam rumah, pergi ke hadapan dan ke belakang (seperti dalam kebimbangan), apabila hujan turun kebimbangan baginda itu hilang, perkara itu dikenali dari raut wajah baginda.

‘A-isyah berkata: Lalu saya bertanya kepada baginda, lalu baginda menjawab:

لعله يـا عائشة كما قـال قوم عـاد

Mafhumnya: “Barangkali ia wahai ‘A-isyah sepertimana yang dikatakan oleh kaum ‘Aad:

$£Jn=sù çn÷rr&u $ZÊÍ%tæ Ÿ@Î6ø)tGó¡B öNÍkÉJtƒÏŠ÷rr& (#qä9$s% #x»yd ÖÚÍ%tæ $tRãÏÜøÿE 4 ö@t/ uqèd $tB Läêù=yf÷ètGó$# ¾ÏmÎ/ ( ÓxƒÍ $pkŽÏù ë>#xtã ×LìÏ9r& ÇËÍÈ

Mafhumnya: “Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: "Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami". (Bukan!) bahkan Itulah azab yang kamu minta supaya datang dengan segera (yaitu) angin yang mengandung azab yang pedih.” (al-Ahqaf: 24 – HR al-Bukhari dan Muslim)

9. Doa orang yang mengumpulkan sedekah kepada orang yang memberi sedekah

Allah ta`ala berfirman:

õè{ ô`ÏB öNÏlÎ;ºuqøBr& Zps%y|¹ öNèdãÎdgsÜè? NÍkŽÏj.tè?ur $pkÍ5 Èe@|¹ur öNÎgøn=tæ ( ¨bÎ) y7s?4qn=|¹ Ö`s3y öNçl°; 3 ª!$#ur ììÏJy íOŠÎ=tæ ÇÊÉÌÈ

Mafhumnya: “ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah kepada mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui. (al-Taubah: 103)

Ibnu kathir berkata: (Firman Allah yang bermaksud): “berdoalah kepada mereka” membawa maksud: Berdoa dan pintalah keampunan untuk mereka.”

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibni Abi Aufa R.A yang berkata: “sekiranya ada satu kaum datang memberi sedekah, Rasulullah akan berdoa: Èاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِمْ, apabila ayahku Abi Aufa R.A. datang membawa sedekahnya, Beliau berdoa: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ أَبِيْ أَوْفَى (HR Muslim 6078)

Imam nawawi berkata: “Dan mazhab kami yang masyhur (pandangan yang masyhur) dan mazhab ulama keseluruhannya, berdoa untuk orang yang mengeluarkan zakat adalah sunnah dan sunat bukan wajib.”

10. Memperbanyakkan memohon keampunan dalam sesuatu majlis (majlis zikir atau ilmu).

عن عبد الله بن عمر - رضي الله عنهما - قال: «إن كنا نعد لرسول الله - صلى الله عليه وسلم - في المجلس الواحد مائة مرة: رب اغفر لي. وتب عليَّ إنك أنت التواب الرحيم»

Daripada Abdullah ibni Umar RA berkata: “Sesungguhnya kami mengira di dalam satu majlis Rasulullah SAW membaca sebanyak seratus kali: Wahai tuhan, ampunilah daku, berilah taubat kepadaku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.” (HR Abu Daud dan al-Tirmizi)



[1] Iaitu bernafas di luar bekas minum. – Pent.