Oleh: MOhamad Abdul Kadir bin Sahak
Takrif:
I’tikaf (الإعتكاف) dari segi Syara’ membawa maksud المكث في المسجد iaitulah menetap di masjid, على سبيل القربة untuk beribadah kepada Allah, من شخص مخصوص بصفة مخصوص dari seseorang tertentu dengan sifat yang tertentu.
Dalil pensyariatan
1. Berdasarkan firman Allah s.w.t.:
… …
Maksudnya: “… dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid…” (al-Baqarah: 187)
2. Berdasarkan hadith daripada ‘A-isyah r.’anha yang berkata:
كان صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان حتى توفاه الله عز وجل ثم اعتكف أزواجه من بعده
Maksudnya: “Dahulunya baginda s.a.w. akan beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dalam bulan Ramadhan sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda beri’tikaf selepas kewafatan baginda.”
Hukum
1. Hukum I’tikaf adalah sunat, melainkan bagi orang yang bernazar. Ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w.:
من نذر أن يطيع الله فليطعه
Maksudnya: “Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatiNya (dengan melakukan ketaatan tersebut).”
Ibn ‘Umar r.’anhuma pula berkata:
يا رسول الله إني نذرت أن أعتكف ليلة في المسجد الحرام فقال النبي صلى الله عليه وسلم: أوف بنذرك
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah bernazar untuk beri’tikaf di masjid al-Haram. Maka sabda Nabi s.a.w.: Tunaikan nazar mu itu.”
2. Hukum ini sama antara lelaki dan wanita. Ini berdasarkan perkataan Sayyidah Sofiah r.’anha:
كان النبي صلى الله عليه وسلم معتكفا في المسجد في العشر الأواخر من رمضان فأتيته أزوره ليلا وعنده أزواجه
Maksudnya: “Dahulunya Nabi s.a.w. beri’tikaf di dalam masjid ketika sepuluh hari yang akhir dalam bulan Ramadhan, maka saya datang menziarahinya pada suatu malam dan bersama dengan bginda beberapa orang isteri baginda.”
Perlu diperhatikan, hukum sunat kepada wanita beri’tikaf hendaklah memenuhi beberapa syarat antaranya:
i. Mendapat keizinan dari bapa atau suami
ii. Selamat dari sebarang fitnah (keburukan)
iii. Selamat dari percampuran antara lelaki dan wanita
Syarat-syarat ini berdasarkan kaedah:
درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
Maksudnya: “Menolak keburukan didahulukan berbanding mengambil kebaikan.”
Waktu I’tikaf
Boleh beri’tikaf pada sebarang hari dalam setahun. Inilah pandangan Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Ahmad.
1. I’tikaf dalam bulan Ramadhan terutamanya ketika sepuluh hari yang akhir adalah lebih diutamakan sebagai mencontohi perbuatan Nabi s.a.w. dan bersungguh untuk mendapatkan Malam al-Qadr (Lailatul Qadr).
2. Sunat memulakan I’tikaf selepas menunaikan solat Subuh kerana ‘A-isyah r.’anha ada meriwayatkan tentang baginda s.a.w. dengan katanya:
كان إذا أراد أن يعتكف صلى الفجر ثم دخل معتكفه
Maksudnya: “Adalah Nabi s.a.w. apabila hendak beri’tikaf baginda menunaikan solat Subuh seteleh itu baginda akan memasuki tempat I’tikaf baginda.”
Al-Qadhi Abu Ya’la berpendapat baginda melakukan perbutan tersebut pada hari ke-duapuluh. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin pula berkata:
Maksudnya: “Majoriti ulama berpendapat permulaan I’tikaf (bagi yang hendak beri’tikaf sepuluh hari penuh ialah) pada malam duapuluh satu bukan pada fajar hari duapuluh satu, sekalipun sebahagian ulama berpandangan permulaan I’tikaf pada fajar (selepas Subuh) hari duapuluh satu berdasarkan hadith ‘A-isyah oleh al-Bukhari (seperti hadith di atas). Akan tetapi majoriti ulama menjawab dengan mengatakan Rasulullah s.a.w. menyendiri dari orang ramai (memasuki tempat I’tikaf) selepas Subuh. Adapun memulakan niat I’tikaf (dengan memasuki masjid) baginda lakukan pada permulaan malam, kerana malam sepuluh yang akhir bermula dari tenggelamnya matahari pada hari keduapuluh.”
Al-Imam al-Nawawi berkata di dalam al-Majmu’ :
Maksudnya: “Berkata al-Syafie dan al-Ashab: Sesiapa yang hendak mencontohi Nabi s.a.w. beri’tikaf pada sepuluh hari akhir bulan Ramadhan. Hendaklah dia memasuki masjid sebelum tenggelamnya matahari pada malam duapuluh satu, agar dia tidak terluput sesuatu, dan dia keluar selepas tenggelamnya matahari malam hari raya, samaada bulan Rmadhan sempurna (30 hari) atau kurang. Dan yang Afdhal dia terus berada di masjid pada malam hari raya sehingga dia solat hari raya. Atau dia keluar dari masjid ketika dia keluar menuju ke Musolla (tempat solat hari raya di padang), jika solat hari raya di lakukan di Musolla.”
Tempoh Paling Kurang Melakukan I’tikaf
1. Seketika. Inilah pandangan majoriti ulama termasuk Mazhab Hanafi, Syafie dan Ahmad. Majoriti ulama berhujah dengan beberapa dalil antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah daripada Ya’la bin Umaiyah r.a. yang berkata:
إني لأمكث في المسجد الساعة ، وما أمكث إلا لأعتكف
Maksudnya: “Sesungguhnya aku akan tinggal di dalam masjid seketika, aku tidak tinggal di dalamnya melainkan untuk beri’tikaf.” Ibn Hazm berhujjah dengan hadith ini dan hadith ini juga disebut oleh al-Hafidz Ibn Hajar di dalam al-Fath dan beliau tidak memberi sebarang ulasan tentangnya.
2. Sehari, berdasarkan satu riwayat Abu Hanifah dan sebahagian pandangan ulama Mazhab Malik.
Tempat I’tikaf
1. Tidak SAH I’tikaf melainkan di masjid berdasarkan firman Allah s.w.t.:
... ...
Maksudnya: “…dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid…” (al-Baqarah: 187)
Kata al-Hafidz Ibn Hajar tentang ayat ini: “Sekiranya boleh (beri’tikaf) selain dari masjid, Allah tidak akan mengkhususkan larangan bersetubuh dengannya. Ini kerana jima’ menafikan I’tikaf dengan kesepakatan ulama. Maka diketahui dari sebutan masjid (dalam ayat di atas) membawa maksud tidak dilakukan melainkan di dalam masjid…”
I’tikad tidak terhad kepada tiga buah masjid sahaja (Masjid al-Haram, Nabawi dan al-Aqsa) berdasarkan pandangan majoriti ulama. Bahkan boleh dilakukan dimana-mana masjid. Al-Imam al-Bukhari ada mengisyaratkan perkara ini dari bab yang diletakkannya di dalam kitab Sahih beliau iaitulah:
“Bab I’tikaf Pada Sepuluh Yang Akhir dan I’tikaf di Semua Masjid berdasarkan firman Allah: “…dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid…”
Al-Syeikh Muhammad bin Solah al-‘Uthaimin pula berkata: “…Firman Allah: “…dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid…” lafaz masjid di dalam ayat ini adalah umum kepada semua masjid di seluruh alam. Ayat ini pula datang pada akhir ayat puasa yang merangkumi hukumnya kepada semua umat di seluruh alam, ia berupa bicara kepada sesiapa yang ditujukan puasa… maka jauh sekali (dari memungkinkan) untuk Allah mengajukan bicara kepada umat (semuanya) dengan bicara yang tidak merangumi (semua mereka) melainkan jumlah yang paling sedikit dari kalangan mereka… adapun hadith dari Huzaifah bin al-Yaman r.a. yang menyebut: “Tidak ada I’tikaf melainkan di tiga buah masjid” ia membawa maksud tidak ada I’tikaf yang paling baik dan sempurna, hadith ini tidak menafikan sah I’tikaf di selain tiga masjid tersebut.”
Beberapa Petunjuk Nabi Ketika Beri’tikaf
1. Baginda tidak keluar dari masjid melainkan kerana hajat yang perlu dilakukan oleh seseorang insan. Seperti buang air dan seumpamanya.
2. Baginda sentiasa menjaga kebersihan diri ketika berada di dalam masjid. Termasuk dibenarkan kepada orang yang beri’tikaf mandi, mengenakan wangian, mencukur, berhias kemas, menyikat rambut. Majoriti Ulama mengatakan tidak dimakruhkan apapun melainkan perkara yang dimakruhkan di dalam masjid.
3. Baginda tidak menziarahi orang sakit dan jenazah ketika beri’tikaf, demikian juga tidak bersama dengan isteri dan baginda tidak akan keluar dari masjid melainkan jika ada keperluan mendesak sahaja.
4. Kadang-kadang isteri baginda akan datang ke masjid menziarahi baginda, mereka berbicara. Apabila isteri baginda hendak pulang, baginda akan bangun dan menghantar ke pintu masjid.
Wassalam.
Monday, August 30, 2010
Wednesday, August 18, 2010
Siapa Kita Berbanding Abdullah ibn al-Mubarak (w 181H)
وقال القاسم بن محمد: كنا نسافر مع ابن المبارك فكثيرا ما كان يخطر ببالي فأقول في نفسي: بأي شيء فضل علينا هذا الرجل حتى اشتهر في الناس هذه الشهرة، إن كان يصلي إنا لنصلي، ولئن كان يصوم إنا لنصوم، وإن كان يغزو فإنا لنغزو، وإن كان يحج إنا لنحج، قال: فكنا في بعض مسيرنا في طريق الشام نتعشى في بيت إذ طفيء السراج، فقام بعضنا فأخذ السراج وأخذ يبحث عما يوقد به المصباح، فمكث هنيهة، ثم جاء بالسراج فنظرت إلى وجه ابن المبارك ولحيته قد ابتلت من الدموع فقلت في نفسي: بهذه الخشية فضل هذا الرجل علينا، ولعله حين فقد السراج فصار إلى الظلمة ذكر القيامة
al-Qasim bin Muhammad menceritakan: "Satu ketika kami pernah keluar bermusafir bersama Ibn al-Mubarak. Sering terlintas difikiranku, sehingga aku bercakap di dalam hati: Apakah kelebihan lelaki ini berbanding kami sehingga dia menjadi masyhur di kalangan orang ramai. Jika disebabkan solatnya, kami juga menunaikan solat, jika disebabkan puasanya, kami juga menunaikan puasa, jika disebabkan turut sertanya dalam peperangan, kamijuga turut serta dalam peperangan, jika disebabkan hajinya kami juga menunaikan haji. Katanya lagi: "Dikesempatan yang lain, kami bersama dalam permusafiran dalam perjalanan ke Sham, kami berhenti untuk makan malam di sebuah rumah. Tiba-tiba lampu terpadam, lalu sebahagian daripada kami bangun untuk menyalakan semula lampu tersebut, ia mengambil masa yang seketika sahaja. Kemudian lampupun dinyalakan, lalu aku melihat ke muka Ibn al-Mubarak (r.h.), aku dapati janggutnya telah basah disebabkan tangisan. Aku berkata di dalam hatiku: Disebabkan rasa takut inilah yang menyebabkan beliau dilebihkan daripada kami, barangkali ketika ketiadaan lampu tadi, dimana suasana sekeliling menjadi gelap-gelita, beliau terus teringatkan hari kiamat."
Monday, August 16, 2010
Balasan Puasa Org Mukmin dan Muhtasib
Org yg berpuasa hanya sekadar memenuhi rukun dan syarat sah. Dlm masa yg sama tidak menjauhi perkara2 haram ketika berpuasa adalah org yg hanya layak bebas dr ancaman azab kerana tidak berpuasa.
Sedang org yg berpuasa dan menjauhi perkara2 haram lain adalah mereka yg berhak mendapat pahala dan kelebihan berpuasa.
Tahukah anda apa kelebihan berpuasa...?
Allah akan memberi ganjaran pahala yg tiada had sempadannya. Kerana itu Nabi s.a.w. bersabda:

كل عمل ابن أدم له وقال الله تعالى: إلا الصيام فإنه لي وأنا أجزي به
Maksudnya: "Setiap amalan anak Adam itu untuknya, dan firman Allah s.w.t.: "Melainkan puasa, sesungguhnya puasa itu untukKu dan Aku yg akan memberi balasan denganny."
Seperti biasa apabila Allah menisbahkan sesuatu kepadanya ia menunjukkan keagungan dan kemuliaan. Jika satu-satu amalan baik yg lain akan digandakan pahalanya hingga ke-10 dan akan berlipat ganda ke-700 kali gandaan berdasarkan hadith Nabi s.a.w.:
كل عمل ابن أدم له يضاعف الحسنة بعشر أمثالها, إلى سبعمائة ضعف إلا الصيام فإنه لي وأنا أجزي به, يدع طعامه وشرابه وشهوته من أجلي
Maksudnya: "Setiap amalan anak adam itu adalah untuknya, digandakan sesuatu kebaikan dengan 10 kali gandaan seumpamanya sehingga menjangkaui 700 kali gandaan, melainkan puasa. (Firman Allah): Sesungguhnya puasa itu untukKu dan Aku yg akan memberi balasan dgnnya., dia meninggalkan makan, minum dan shahwatnya kerana-KU."
Kata Ibn Rejab sebagai komentarny terhadap hadith ini:
الأعمال كلها تضاعف بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف , إلا الصيام فإنه لا ينحصر تضعيفه في هذا العدد, بل يضاعفه الله عز وجل أضعافا كثيرة بغير حصر عدد , فإن الصيام من الصبر, وقد قال الله تعالى
Maksudnya: "Semua amalan akan digandakan (ganjarannya) sebanyak 10 kali gandaan yg seumpanaya, sehinggalh meningkat ke 700 kali gandaan, melainkan puasa, Kerana puasa itu tiada batas gandaannya seumpama bilangan ini, bahkan Allah melipat-gandakan (pahala puasa) dengan gandaan yg banyak tanpa batasan bilangan, kerana sesungguhnya puasa termasuk dalam kesabaran. Firman ALlah: إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ (Maksudnya: Sesungguhnya hanya org2 yg bersbar itu akan ditunaikan kepadanya ganjaran yang tidak ada batasan" al-Zumar:15)" (Lata-if al-Ma'arif: 283-284)
Oleh itu tidak hairanlah apabila al-Imam Sufiyah bin 'Uyainah berkata:
إذا كان يوم القيامة يحاسب الله عبده ويؤدي ما عليه من المظالم من سائر عمله حتى لا يبقى إلا الصوم فيتحمل الله عز وجل ما بقي عليه من المظالم , ويدخله بالصوم الجنة
Maksudnya: "Apabila pada hari kiamat, Allah akan menghisab kezaliman-kezalimah yg dilakukan oleh hambanya dengan seluruh amalannya (kezalimah yg dilakukan perlu dibayar dgn pahala) sehinggalah hbis semuanya dan yg tinggal hanyalah puasa. Maka Allah azza wa jalla akan menanggungkan kesalahan-kesalahannya yg msih ada ke atas puasa tersebut dan Allah akan memasukkan dia ke dalam Syurga dgn puasanya itu." (Dikeluarkan oleh al-Baihaqi di dlm Syu'bul Iman)
Perhatikan hadith ini pula: dari Tolhah bin Ubaidillah:
أن رجلين من بلي قدما على رسول الله صلى الله عليه وسلم وكان إسلامهما جميعا فكان أحدهما أشد اجتهادا من الآخر فغزا المجتهد منهما فاستشهد ثم مكث الآخر بعده سنة ثم توفي قال طلحة فرأيت في المنام ب...ينا أنا عند باب الجنة إذا أنا بهما فخرج خارج من الجنة فأذن للذي توفي الآخر منهما ثم خرج فأذن للذي استشهد ثم رجع إلي فقال ارجع فإنك لم يأن لك بعد فأصبح طلحة يحدث به الناس فتعجبوا لذلك فبلغ ذلك رسول الله صلى الله عليه وسلم وحدثوه الحديث فقال من أي ذلك تعجبون فقالوا يا رسول الله هذا كان أشد الرجلين اجتهادا ثم استشهد ودخل هذا الآخر الجنة قبله فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم أليس قد مكث هذا بعده سنة قالوا بلى قال وأدرك رمضان فصام وصلى كذا وكذا من سجدة في السنة قالوا بلى قال رسول الله صلى الله عليه وسلم فما بينهما أبعد مما بين السماء والأرض )
Maksudnya: "Suatu hari 2 org lelaki dari Suku Baliyy datang bertemu Rasulullah s.a.w., dan kedua-dua mereka memeluk islam dengan serentak. Salah seorang dari mereka berdua lebih bersemangat berjihad berbanding yang seorang lagi, lalu dia menyertai peperangan, dan dia memperoleh syahid. Kemudian yg seorang lagi terus hidup selepasnya selama setahun kemudian diapun meninggal dunia. Berkata Tolhah: Satu hari aku bermimpi dan, ketika aku berada di pintu syurga bersama dua org lelaki ini, kemudian keluar malaikat dr syurga lalu mengizinkan lelaki yg mati kemudian memasuki syurga, kemudian malaikat tadi keluar lagi dan mengizinkan lelaki yg gugur syahid itu memasuki surga, kemudian dia datang semula kepadaku dan berkata: "Engkau pulanglah, kerana giliranmu memasuki syurga masih belum sampai. Apabila pagi hari Tolhah menceritakan apa yg dilihatnya di dalam mimpi kepada org ramai, semua mereka hairan dgn mimpinya. Lalu perkara itu sampai kpd Rasulullah s.a.w. dan mereka menceritakannya kepada baginda. Tanya baginda: Apa yg menghairankan kamu semua? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah s.a.w. lelaki ini lebih bersemangat berjihad berbanding seorang lagi, kemudian dia memperoleh syahid, akan tetapi kawannya yg mati selepasny lebih dahulu memasuki syurga. Jawab Nabi s.a.w: BUkanlah lelaki ini telah hidup selepasnya kawannya yg mati syahid itu setahun? Jawab mereka: Benar. Sambung baginda lagi: Bukankah dia telah mendapati bulan Ramadhan dan berpuasa di dalamnya dan telah mendirikan banyak rakaat solat dalam setahun itu? Jawab mereka: Benar. Sabda Nabi s.a.w.: Maka beza antara mereka lebih jauh dari langit dan bumi." (H.R. Ibn Majah dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah. Demikian juga dianggap Mahfuz oleh Ibn 'Abd al-Barr di dalam al-Tamhid)
Allahu Akbar..... amat besar ganjaran ALlah...
Ya Allah jadikan kami dari kalangan yg ENgkau terima Puasa mereka. Amin...
wallahu a'lam.
Thursday, August 5, 2010
Hukum-hakam Puasa: Guna Inhaler
Diterjemah dan diolah oleh: M.A. Kadir Sahak
Sumber: Mufattirat al-Siyam al-Mu’asarah oleh Dr. Ahmad bin Muhammad al-Khalil. Pembantu Profesor Fakulti Fiqh Universiti al-Qasim.
-----------------------------
Para ulama semasa berbeza pandangan tentang penggunaan Inhaler bagi orang yang berpuasa.
Pandangan pertama: TIDAK MEMBATALKAN PUASA. Inilah juga pandangan al-Syeikh ‘Abd al-‘Aziz ‘Abdullah bin Baz r.h., al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin r.h., al-Syeikh ‘Abdullah bin Jibrin r.h., al-Syeikh Dr. al-Siddiq al-Dharir, dan Dr. Muhammad al-Khayyath, demikian juga Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi.
Bukti Penghujahan:
1. Unsur yang masuk ke tekak ketika penggunaan inhaler, kemudian terus masuk ke perut terlalu sedikit. Perkara ini tidak membatalkan puasa dengan dikiaskan kepada lebihan atau air yang masih berbaki di dalam mulut kerana berkumur (al-Madhmadhah) dan menyedut air ke hidung (al-Isyintinsyaq) ketika berwudhu.
Penjelasan:
- Satu-satu inhaler mengandungi 10 ml cecair yang mengandungi ubat. Kuantiti sebanyak ini secara asasnya akan mengeluarkan 200 semburan. Ini bermakna setiap semburan akan keluar sebahagian dari 1 ml. Ini menunjukkan setiap semburan terbentuk kurang dari satu titisan. Satu titis ini pula akan terbahagi kepada beberapa bahagian yang kebanyakannya akan masuk ke alat pernafasan tubuh, dan sebahagian kecil yang lain akan tertinggal di dinding tekak mulut, dan yang selebihnya akan turun ke perut. Jumlah yang amat sedikit ini termasuk perkara yang dimaafkan dengan dikiaskan kepada air yang berbaki selepas berkumur dan menyedut air ke hidung ketika berwudhu. Bahkan air yang berbaki dari berkumur dan menghisap air ke hidung ketika berwudhu itu lebih banyak jika dibandingkan dengan air yang berbaki dari semburan inhaler.
2. Masuknya sesuatu ke dalam perut hasil dari penggunaan inhaler bukan sesuatu yang pasti, sebaliknya ia sekadar sangkaan, barangkali ia masuk ke dalam perut dan barangkali juga tidak, kerana kadar cecair yang digunakan terlalu sedikit. Oleh kerana itu puasa orang yang menggunakan inhaler dikira SAH dan TIDAK batal berdasarkan kaedah yang menyebut: “Perkara yang yakin tidak boleh dihilangkan dengan keraguan”
3. Penggunaan inhaler tidak menyamai makan dan minum.
4. Para Doktor mengesahkan bahawa siwak mengandungi 8 jenis bahan kimia yang berperanan membersihkan gigi dan kotoran yang penyebab sakit. Dan unsur kimia ini akan meresap bersama air liur dan akan masuk ke dalam tekak. Sedangkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari menunjukkan Nabi s.a.w. sentiasa bersiwak ketika berpuasa. Daripada ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. bersiwak ketika baginda berpuasa, dalam kekerapan yang tidak boleh dihitung.” (H.R. al-Bukhari secara ta’lik di dalam Bab Siwak)
Oleh itu, unsur kimia yang masuk ke dalam badan ketika bersiwak termasuk perkara yang dimaafkan disebabkan jumlah yang sedikit dan tidak dimaksudkan. Maka penggunaan inhaler juga adalah termasuk dalam perkara yang sama.
Pandangan Kedua: Penggunaan inhaler MEMBATALKAN PUASA, tidak boleh menggunakannya dalam bulan Ramadhan melainkan ketika ada keperluan bagi pesakit dan puasa hari tersebut hendaklah diganti pada bulan lain. Inilah pandangan Dr. Fadhal Hasan ‘Abbas, al-Syeikh Muhammad al-Mukhtar al-Salamiy, Dr. Muhammad al-Alfiy, al-Syeikh Muhammad Taqiyuddin al-‘Uthmaniy dan Dr. Wahbah al-Zuhailiy.
Bukti Penghujahan:
1. Kandungan inhaler atau semburan akan sampai atau masuk ke dalam perut melalui mulut. Maka ia membatalkan puasa.
Namun hujah ini dijawab dengan hujjah pertama dari pandangan pertama. (Sila rujuk di bahagian atas)
Kata Dr. Ahmad bin Muhammad al-Khalil: “Aku tidak dapati bagi golongan yang kedua ini bukti yang lain salain dari yang ini.” Seterusnya beliau melakukan tarjih (pemilihan pendapat yang terkuat) dengan berkata:
“Yang jelas, Allah sahaja yang lebih mengetahui, Inhaler TIDAK membatalkan puasa. Ini kerana apa yang dinyatakan (hujah) oleh mereka yang berpendapat TIDAK batal puasa adalah terserlah. Dan kias yang mereka gunakan terhadap berkumur dan bersiwak adalah kias yang benar. Dan Allah sahaja yang lebih mengetahui.”

wallahu a'lam. bs
Subscribe to:
Posts (Atom)