Wednesday, August 18, 2010

Siapa Kita Berbanding Abdullah ibn al-Mubarak (w 181H)

وقال القاسم بن محمد: كنا نسافر مع ابن المبارك فكثيرا ما كان يخطر ببالي فأقول في نفسي: بأي شيء فضل علينا هذا الرجل حتى اشتهر في الناس هذه الشهرة، إن كان يصلي إنا لنصلي، ولئن كان يصوم إنا لنصوم، وإن كان يغزو فإنا لنغزو، وإن كان يحج إنا لنحج، قال: فكنا في بعض مسيرنا في طريق الشام نتعشى في بيت إذ طفيء السراج، فقام بعضنا فأخذ السراج وأخذ يبحث عما يوقد به المصباح، فمكث هنيهة، ثم جاء بالسراج فنظرت إلى وجه ابن المبارك ولحيته قد ابتلت من الدموع فقلت في نفسي: بهذه الخشية فضل هذا الرجل علينا، ولعله حين فقد السراج فصار إلى الظلمة ذكر القيامة

al-Qasim bin Muhammad menceritakan: "Satu ketika kami pernah keluar bermusafir bersama Ibn al-Mubarak. Sering terlintas difikiranku, sehingga aku bercakap di dalam hati: Apakah kelebihan lelaki ini berbanding kami sehingga dia menjadi masyhur di kalangan orang ramai. Jika disebabkan solatnya, kami juga menunaikan solat, jika disebabkan puasanya, kami juga menunaikan puasa, jika disebabkan turut sertanya dalam peperangan, kamijuga turut serta dalam peperangan, jika disebabkan hajinya kami juga menunaikan haji. Katanya lagi: "Dikesempatan yang lain, kami bersama dalam permusafiran dalam perjalanan ke Sham, kami berhenti untuk makan malam di sebuah rumah. Tiba-tiba lampu terpadam, lalu sebahagian daripada kami bangun untuk menyalakan semula lampu tersebut, ia mengambil masa yang seketika sahaja. Kemudian lampupun dinyalakan, lalu aku melihat ke muka Ibn al-Mubarak (r.h.), aku dapati janggutnya telah basah disebabkan tangisan. Aku berkata di dalam hatiku: Disebabkan rasa takut inilah yang menyebabkan beliau dilebihkan daripada kami, barangkali ketika ketiadaan lampu tadi, dimana suasana sekeliling menjadi gelap-gelita, beliau terus teringatkan hari kiamat."

0 comments: