Sunday, October 31, 2010

Hukum Tidur Meniarap

Soalan dari: Marzuuk Hassan

assalam.ust, nk tnya. ada ke hadis mgatakan org yg tidur meniarap adalah ahli neraka..

Jawapan:

Ya, sememangnya ada. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Dakhfah bin Qais al-Ghifari ( ضخفة بن قيس الغفاري) yang menceritakan beliau pernah tidur meniarap di dalam masjid nabi s.a.w. Lalu baginda datang mengg...erakkan beliau seraya berkata:

إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ

Maksudnya: "Sesungguhnya tidur dengan meniarap ini dimurkai oleh Allah."

Dalam riwayat Ibn Majah pula, Nabi s.a.w. bersabda: "Hanyasanya ini adalah keadaan meniarap ahli neraka."

Hukum Hadith

Ulama berbeza pandangan tentang hukum hadith ini. Sebahagian kata Sahih seperti Ahmad Syakir dan al-Albani. Manakala sebahagian yg lain kata Dhaif seperti al-Imam al-BUkhari, al-Daraqutni, Ibn Abi Hatim dan Ibn Rejab.

Wallahu a'lam, al-Syeikh 'Abdul 'Aziz Abdillah bin Baz berpendapat hukum tidur meniarap sekurang-kurangnya adalah makruh yang bersangatan. Maka sewajarnya dijauhi, disamping kajian perubatan moden juga membuktikan ia boleh membawa mudharat.

wallahu a'lam.

1 comments:

Amanina's Blog said...

syukran ust atas maklumat tersebut..