Friday, October 8, 2010

Perumpamaan Kepada manusia

عنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْأَنْصَارِيَّ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ: "إِنِّي رَأَيْتُ فِي الْمَنَامِ كَأَنَّ جِبْرِيلَ عِنْدَ رَأْسِي وَمِيكَائِيلَ عِنْدَ رِجْلَيَّ يَقُولُ أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ: اضْرِبْ لَهُ مَثَلًا، فَقَالَ: اسْمَعْ سَمِعَتْ أُذُنُكَ وَاعْقِلْ عَقَلَ قَلْبُكَ إِنَّمَا مَثَلُكَ وَمَثَلُ أُمَّتِكَ كَمَثَلِ مَلِكٍ اتَّخَذَ دَارًا ثُمَّ بَنَى فِيهَا بَيْتًا ثُمَّ جَعَلَ فِيهَا مَائِدَةً ثُمَّ بَعَثَ رَسُولًا يَدْعُو النَّاسَ إِلَى طَعَامِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَجَابَ الرَّسُولَ وَمِنْهُمْ مَنْ تَرَكَهُ فَاللَّهُ هُوَ الْمَلِكُ وَالدَّارُ الْإِسْلَامُ وَالْبَيْتُ الْجَنَّةُ وَأَنْتَ يَا مُحَمَّدُ رَسُولٌ فَمَنْ أَجَابَكَ دَخَلَ الْإِسْلَامَ وَمَنْ دَخَلَ الْإِسْلَامَ دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ دَخَلَ الْجَنَّةَ أَكَلَ مَا فِيهَا". أخرجه البخاري معلَّقا (6/115) ، وابن سعد (1/172) ، والحاكم (2/369 ، رقم 3299) وقال : صحيح الإسناد . وأخرجه أيضًا : الترمذي (5/145 ، رقم 2860) ، وقال : هذا حديث مرسل. والبيهقي فى الدلائل (1/370). وصححه الألباني (صحيح الجامع ، رقم 2465).

Maksudnya: “Daripada Jabir bin ‘Abdillah al-Ansori r.a. katanya: “Suatu hari Rasulullah s.a.w. keluar menemui kami dan bersabda: “Saya melihat di dalam mimpi, Jibril berada di bahagian kepala, manakala Mikail berada di bahagian kedua kaki saya, salah satu malaikat berkata kepada kawannya: “Berikan contoh kepadanya (Nabi s.a.w.). lalu salah satu malaikat berkata: “Dengarlah sebaiknya dengan kedua telingamu dan perhatikan sebaiknya dengan mata hatimu, sesungguhnya perumpamaanmu dengan umatmu, seperti seorang raja yang mengambil satu kawasan, kemudian dia membina rumah di kawasan itu, seterusnya dia menyediakan makanan dan mengutus seorang utusan untuk memanggil orang ramai untuk menjamah makanan tersebut. Di kalangan orang ramai itu ada yang memenuhi jemputan utusan tersebu, ada pula yang tidak memenuhi jemputan. Maka (sebagai perumpamaan) Allah itu adalah raja tersebut, adapun kawasan itu adalah agama Islam, manakala rumah itu adalah syurga, dan Nabi Muhammad adalah utusan tersebut. Sesiapa yang memenuhi seruanmu (Muhammad) dia akan memeluk Islam, dan sesiapa yang memeluk Islam dia akan memasuki syurga, sesiapa yang memasuki syurga dia akan menjamah makanan yang ada di dalamnya.” (H.R. al-Bukhari secara ta’liq, Ibn Sa’ad, al-Hakim, dan beliau berkata: Sahih al-Isnad. Diriwayatkan juga oleh al-Tirmizi, dan beliau berkata: Hadith ini Mursal. Diriwayatkan juga oleh al-Baihaqi di dalam al-Dala-il, disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)

1 comments:

AZNI said...
This comment has been removed by a blog administrator.