Ada tak doa yg di panggil Selawat Al-Fatih yang datang dari Rasulullah SAW yang berbunyi:
اللهم صل على سيدنا محمد ن الفاتح لما اغلق والخاتم لما سبق والنا صر الحق. والهادي الى صراط مستقيم وعلى اله وصحبه حق قدره ومقداره العظيم
ertinya : Ya Allah, rahmatilah dan berilah kesejahteraan serta keberkataan keatas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, pembuka bagi apa jua yang tertutup dan penamat bagi apa jua yang telah berlalu, penolong bagi yang hak, penunjuk ke jalan yang lurus. Dan ke atas ahli keluarga serta para sahabat baginda yang selayaknya untuknya sesuai dengan darjat kedudukannya yang tinggi dan besar.
Doa ini ada dalam kitab YASIN. Minta penjelasan adakah sahih dari Rasulullah.
Jawapan:
Selawat yang dinamakan sebagai Selawat al-Fatih seperti yang ditanya memiliki maksud yang benar. Namun ia TIDAK THABIT dari Nabi s.a.w.
Dan ada kesamaran apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan الفاتح لما أغلق
Lafaz selawat yg terbaik ialah lafaz yang diajar oleh Nabi s.a.w. iaitulah selawat yang dibaca selepas bacaan tasyahhud dlm tahiyyat akhir dan sebelum salam.
Sesungguhnya kebaikan itu ada pada mengikut sunnah Nabi s.a.w. dan menjauhi rekaan org-org kemudian.
semak juga jawapan kedua di sini: http://bin-sahak.blogspot.com/2010/07/selawat-al-fatih-2.html
Wallahu a'lam.
M.A. Kadir Sahak
Wallahu a'lam.
M.A. Kadir Sahak
0 comments:
Post a Comment