Thursday, October 29, 2009

Hukum Solat Sunat Sebelum Musafir

Soalan:


Apa hukum sembahyang sunat sebelum musafir?

Jawapan:

Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat sunat menunaikan solat sunat sebelum bermusafir. Sebahagian mereka berdalilkan dengan hadith di bawah:

حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ الْأَوْزَاعِيِّ عَنْ الْمُطْعِمِ بْنِ مِقْدَامٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا خَلَفَ عَبْدٌ عَلَى أَهْلِهِ أَفْضَلَ مِنْ رَكْعَتَيْنِ يَرْكَعُهُمَا عِنْدَهُمْ حِينَ يُرِيْدُ سَفَرًا

Maksudnya: "Menceritakan kepada kami 'Isa bin Yunus, daripada al-Auza'ie, daripada al-Mut'im bin Miqdam katanya, telah bersabda Rasulullah S.A.W.: "Tidak ada yang lebih afdhal ditinggalkan oleh seseorang untuk keluarganya berbanding 2 rakaat yang ditunaikannya di sisi mereka ketika dia hendak keluar untuk bermusafir."

Namun hadith ini telah dihukumkan sebagai LEMAH (ضعيف) oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Dhaiefah.

Walaupun begitu, terdapat hadith lain yang secara umum menggalakkannya iaitulah:


إذا دخلت منزلك فصل ركعتين تمنعانك مدخل السوء وإذا خرجت من منزلك فصل ركعتين تمنعانك مخرج السوء

Maksudnya: "Apabila kamu masuk ke dalam rumah-mu, maka tunaikanlah solat 2 rakaat, ianya menghalang kamu dari kemasukan sesuatu keburukan, dan demikian juga jika kamu keluar daripada rumah-mu, solatlah 2 rakaat, ianya menghalang kamu dari kemasukan sesuatu keburukan."

Hadith ini dinilai para perawinya sebagai thiqah di dalam Majma' al-Zawa-id, dan dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami'

wallahu a'lam.

Monday, October 26, 2009

Hukum Membeli Kereta Ada lambang Salib seperti Kereta Chevrolet


Fatwa oleh: al-Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (Salah seorang ulama Saudi)
Penterjemah: Abdul Kadir

Soalan:
Apakah hukum membeli kereta import yang logo jenamanya berbentuk salib seperti kereta keluaran Chevrolet?


Jawapan:

“Terdapat beberapa bentuk dan jenis salib yang berbeza disebabkan berbezanya masa, tempat dan penganut kristian. Salib digunakan dalam bentuk yang berbagai, sebahagiannya sering digunakan sebagai salib dan sebahagiannya digunakan untuk salib dan bukan dengan maksud salib, seperti tanda campur (+). Pada pandangan kami, hukum perkara ini adalah seperti berikut:

1. Jika logo itu dibuat sememangnya dimaksudkan logo salib (kristian). Maka ia tidak boleh dibawa, dipakai, dijual beli dan dilukis oleh seorang muslim. Sebab pengharaman ini adalah untuk menjauhi dari menyerupai kristian dan membesarkan lambang agama yang batil. Sebab pengharaman ini berlaku ke atas setiap bentuk salib yang dikenalpasti oleh penganut kristian apabila bantuk itu digunakan adalah untuk membesar dan sebagai lambang agama mereka.

2. Adapun jika dilukis sesuatu hiasan tertentu, atau dibuat sesuatu alat perumahan atau suatu alat-alat (kegunaan) biasa, kemudian secara kebetulan ia menghasilkan bentuk seperti bentuk salib, maka ia perlu dilihat:

i. Jika ia nyata/jelas bagi orang yang melihatnya kali pertama sebagai salib yang masyhur digunakan hari ini dikebanyakan gereja-gereja dan dikalangan penganut kristian. Iaitulah bentuk dua garisan (bersilang), salah satunya menegak dan satu lagi melentang, dimana garisan melingtang itu berada dalam kedudukan membahagikan garisan menegak kepada bahagian atasnya lebih pendek daripada bahagian bawah. Inilah bentuk salib yang paling masyhur semenjak ia direka oleh penganutnya, sepeti bentuk kayu yang digunakan untuk menyalib orang yang hendak dibunuh. Maka jika bentuk ini yang jelas kelihatan bagi orang yang melihatnya buat kali pertama, maka wajib membuang bentuk itu dan menghilangkannya. Atau menggantikan bentuk itu dengan menjadikannya bentuk lain. Ini kerana Nabi S.A.W.



لَمْ يَكُنْ يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصَالِيبُ إِلَّا نَقَضَهُ



Maksudnya: “Tidak membiarkan sesuatu di dalam rumahnya yang berbentuk salib, melainkan baginda memusnahkannya.” (H.R. al-Bukhari)

ii. Jika bentuk salib itu tidak jelas/nyata, dan dia terhasil dari ukiran/hiasan secara tidak sengaja, atau ia merupakan binaan yang mempunyai peranannya, atau ia merupakan simbol metematik, seperti simbol tambah atau darab. Maka bentuk-bentuk sebegini tidak perlu dibuang dan dihilangkannya, maka tidak salah membuat bentuknya, menjual untuk tujuan ini, disebabkan tidak adanya sebab larangan iaitulah menyerupai kaum kuffar.

Oleh itu, kami (al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Munajjid) menyatakan: “Bentuk yang ada pada kereta Chevrolet bukanlah bentuk salib yang masyhur (digunakan bermaksud salib kristian). Barangkali bentuk itu memaksudkan salib (kristian) dan barangkali juga dimaksudkan lain. Maka ketika itu dilihat tujuan syarikat tersebut menjadikannya lambnagnya sedemikian rupa, jika mereka memaksudkan salib, maka hukumnya adalah hukum salib, orang yang membeli kereta itu hendaklah membuang lambing tersebut atau mengubah bentuknya. Tetapi jika pihak syarikat memaksudkan lambing itu dengan maksud yang lain, hukumnya bukan hukum salib. Kami (al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Munajjid) telah melakukan kajian tentang maksud lambing kereta Chevrolet, dan kami dapati ada pendapat yang berbagai yang tidak dapat diputuskan samaada ia bermaksudkan salib atau bermaksudkan lain dari salib. wallahu a’lam. "
----tamat terjemahan fatwa----

Tekas asal fatwa:



يقول الشيخ محمد صالح المنجد ـ من علماء المملكة العربية السعودية:
للصليب أشكال وأنواع كثيرة ، تنوعت عبر الزمان والمكان واختلاف الطوائف النصرانية ، فاتخذ صورا متنوعة منها ما غلب استعماله على أنه صليب ، ومنها ما يستعمل في الصليب وفي غيره كعلامة الجمع (+).
والذي يظهر لنا في حكم رسم وتعليق هذه الأنواع والأشكال ما يلي:
1- إذا كان قد رسم على أنه صليب ، فهذا لا يجوز للمسلم حمله ولا لبسه ولا شراؤه ولا بيعه ولا رسمه ؛ لأن علة تحريم رسم الصليب ولبسه هي البعد عن مشابهة النصارى وتعظيم رموزهم الدينية الباطلة، وهذه العلة واقعة في كل شكل من أشكال الصليب التي تعرفها طوائف النصارى إذا كانت وضعت على أنها صليب لتعظم وترمز لما يريدون.

2- أما إذا رسمت زخرفة معينة ، أو صنعت بعض الأشياء المنزلية والأدوات العادية ، فوافق أن نتج عنها شكل من أشكال الصليب السابقة ، فهذا ينظر فيه :
أ‌- فإن كان يظهر للناظر لأول وهلة أنه رسم الصليب المشهور اليوم في معظم الكنائس ولدى أكثر النصارى ، وهو عبارة عن خطين أحدهما طولي والآخر عرضي ، بحيث يقطع الخط العرضي الخط الطولي ، وتكون الجهة العلوية أقصر من السفلية ، وهو الشكل الأشهر للصليب منذ أن أحدثه النصارى ، مأخوذ من الخشبة التي يصلب عليها من يُراد قتله ، فإن كان يظهر للناظر من الوهلة الأولى هذا الأمر ، وجب نقضه وإزالته ، أو تعديله بما يخرجه عن كونه صليبا ، وقد كان النبي صلى الله عليه وسلم (لَمْ يَكُنْ يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصَالِيبُ إِلَّا نَقَضَهُ) رواه البخاري (5952) .
ب‌- أما إذا لم تكن صورة الصليب ظاهرة ، وإنما نتج عن زخرفة غير مقصودة ، أو كان البناء بالهندسة المتقاطعة أنفع وأكثر مرونة ، أو استعمل لرموز رياضية معينة ، كرمز الجمع أو الضرب في علم الحساب ، ففي هذه الحال لا يجب نقضه ولا إزالته ، ولا حرج في صنعه ولا في بيع ما احتوى عليه ، لانتفاء العلة ، وهي التشبه بالكفار وتعظيم رموزهم.
وبناء على ذلك نقول : الشعار الموجود على سيارة الشفرولية ليس على شكل الصليب المشهور ، ويحتمل أن يكون صليبا ويحتمل أن يراد به شيء آخر، وحينئذ يُنظر في وضع الشركة له وهدفها منه ، فإن أرادت الصليب ، كان له حكم الصليب ، وعلى من اشترى هذه السيارة أن يزيل الصليب أو يغير هيئته ، وإن أرادت الشركة الرمز إلى شيء آخر ، لم يأخذ حكم الصليب .
وقد بحثنا عن معنى شعار شركة شيفروليه فوجدنا كلاماً مختلفاً لا يمكن الجزم به، أنه يمكن أن يكون مأخوذاً من الصليب ، ويمكن أن يكون مأخوذاً من غيره .
والله أعلم .


Berbagai Jamaah Islam Ada Kebaikan Untuk Umat Islam


هل تعتبر قيام جماعات إسلامية في البلدان الإسلامية لاحتضان الشباب وتربيتهم على الإسلام من إيجابيات هذا العصر؟
جـ 6 : وجود هذه الجماعات الإسلامية فيه خير للمسلمين ، ولكن عليها أن تجتهد في إيضاح الحق مع دليله وأن لا تتنافر مع بعضها ، وأن تجتهد بالتعاون فيما بينها ، وأن تحب إحداهما الأخرى ، وتنصح لها وتنشر محاسنها ، وتحرص على ترك ما يشوش بينها وبين غيرها ، ولا مانع أن تكون هناك جماعات إذا كانت تدعو إلى كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه وسلم .


Soalan: “Apakah dengan kewujudan berbagai jamaah islami di negara-negara orang Islam yang mendidik pemuda-pemuda ke arah Islam termasuk perkara-perkara yang positif?”

Jawapan: al-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz R.H.
Penterjemah: Abdul Kadir

Mafhum Fatwa: “Kewujudan jemaah-jemaah islamiah ini ada kebaikan kepada umat Islam. Akan tetapi mereka hendaklah bersungguh-sungguh menerangkan kebenaran bersama dengan buktinya dan mereka jangan saling berbalah sesama sendiri. Mereka juga hendaklah saling tolong menolong sesama mereka, mengasihi, menasihati sesama mereka. mereka juga hendaklah bersungguh meninggalkan perkara-perkara yang mengganggu (kesatuan) mereka. Maka tidak ada larangan wujudnya jamaah-jamaah, jika kesemuanya menyeru kepada al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah S.A.W.” ----tamat petikan----

Sunday, October 25, 2009

Akhlak Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah Dengan Orang Yang Telah Mati


Oleh: al-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jibrin R.H.
Penterjemah: Abdul Kadir


هناك قوم اشتغلوا ببعض الأموات، مثل: سيد قطب، وحسن البنا. الواجب أنهم يُلخّصون أخطاءهم ويُحذِّرون منها، وأما حسناتهم فلا يدفنوها، ولا يَقدح فيهم لأجل تلك الأخطاء أو تلك الزلات، لأن لهم حسنات.. إذا كانوا يذكرون السيئات، وينسون الحسنات؛ صدق عليهم قول الشاعر:
ينسى من المعروف طوداً شامخاً…. وليس ينسى ذرة ممن أساء
فيجب أ ن تُلخَّص الأخطاء، وأن يُحذَّر منها، وبقية علومهم يُستفاد منهم .
سماحة الشيخ عبدالله بن عبدالرحمن الجبرين
Maksud: “Terdapat sekumpulan manusia yang sibuk memperkatakan tentang orang-orang yang telah meninggal dunia seperti Syed Qutb dan Hasan al-Banna… Yang sepatutnya mereka hendaklah perbetulkan kesilapan-kesilapan orang itu dan memberi peringatan darinya. Adapun kebaikan-kebaikan orang-orang yang telah meninggal dunia itu, jangan ditimbuskan terus. Jangan juga mencela mereka disebabkan kesilapan-kesilapan mereka itu, kerana mereka juga memiliki kebaikan… kalaulah orang-orang ini hanya menyebutkan keburukan dan melupakan kebaikan-kebaikan orang-orang yang meninggal itu, merekalah yang dimaksudkan di dalam syair Arab:

“Dia melupakan kebaikan yang sebesar gunung… tetapi dia tidak lupa kesalahan yang sebesar zarah.”

Maka sepatutnya diperbaiki kesilapan-kesilapan yang ada, dan memberi peringatan daripadanya, adapun ilmu-ilmu orang-orang yang sudah meninggal itu diambil manfaat daripadanya.”
----tamat nukilan-----

Saturday, October 24, 2009

Hukum Wanita Bermusafir Tanpa Mahram


Ibn ‘Abbas R.H. meriwayatkan daripada Nabi S.A.W. yang bersabda di dalam khutbah baginda:



‏لَا تُسَافِرْ الْمَرْأَةُ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ وَلَا يَدْخُلُ عَلَيْهَا رَجُلٌ إِلَّا وَمَعَهَا مَحْرَمٌ فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَخْرُجَ فِي جَيْشِ كَذَا وَكَذَا وَامْرَأَتِي تُرِيدُ الْحَجَّ فَقَالَ اخْرُجْ مَعَهَا


Maksudnya: “Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama dengan mahram. Dan jangan bersendirian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan bersama wanita itu mahramnya.” Tiba-tiba seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku akan keluar untuk berperang, dan isteri-ku pula hendak pergi menunaikan haji.” Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab: “Pergilah kamu bersama isteri-mu (menunaikan haji).” (H.R. al-Bukhari. Bil: 1729)

Dari hadith ini dan hadith-hadith yang lain lagi, para ulama mengharamkan wanita keluar bersendirian bermusafir melainkan bersama suami ataupun mahram. Dalam pada itu, mereka berbeza pandangan tentang hukum wanita yang terpaksa bermusafir namun dia tidak mempunyai mahram yang boleh menemaninya.

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah dinyatakan:



اتفق الفقهاء على أنه يحرم على المرأة أن تسافر بمفردها، وأنه لا بد من وجود محرم أو زوج معها. لقول النبي صلى الله عليه وسلم: لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تسافر مسيرة يوم وليلة ليس معها حرمة. ولحديث ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعاً: لا تسافر المرأة إلا مع ذي محرم، ولا يدخل عليها رجل إلا ومعها محرم، فقال رجل: يا رسول الله إني أريد أن أخرج في جيش كذا وكذا، وامرأتي تريد الحج، قال: اخرج معها. وأجاز المالكية والشافعية للمرأة أن تسافر للحج الواجب مع الرفقة المأمونة، وألحق المالكية بالحج سفرها الواجب، فيجوز لها أن تسافر مع الرفقة المأمونة من النساء الثقات في كل سفر يجب عليها


Maksudnya: “Para fuqaha’ bersepakat, haram hukumnya ke atas wanita bermusafir sendirian, hendaklah bersamanya mahram atau suaminya berdasarkan sabdaan Nabi S.A.W. (bermaksud): “Tidak dihalalkan bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari kiamat untuk dia bermusafir dalam jarak sehari semalam perjalanan tanpa mahram,” dan demikian juga berdasarkan hadith Ibn ‘Abbas R.A. secara marfu’ (bermaksud): ““Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama dengan mahram. Dan jangan bersendirian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan bersama wanita itu mahramnya.” Tiba-tiba seorang lelaki dan bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku akan keluar untuk berperang, dan isteri-ku pula hendak pergi menunaikan haji.” Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab: “Pergilah kamu bersama isteri-mu (menunaikan haji).” Para ulama mazhab Maliki dan Syafie mengharuskan seorang wanita bermusafir untuk menunaikan haji yang wajib bersama kumpulan yang dipercayai (الرفقة المأمونة), dan ulama mazhab Maliki menyamakan permusafiran wajib yang lain dengan haji, maka harus bagi seorang wanita bermusafir bersama kumpulan yang dipercayai terdiri dari kalangan para wanita yang dipercayai dalam setiap permusafiran yang wajib ke atasnya.”

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pula telah mengharuskan seorang wanita bermusafir tanpa mahram pada ketika suasana aman atau bersama dengan para wanita lain yang dipercayai.

Dr. Muhammad Sa’di di dalam fatwanya menyebut:



وعلى هذا فالأصل في المسألة رأي الجمهور، الذين ذهبوا إلى منع المرأة من السفر دون محرم، فإذا كانت المرأة ليست تحت ‏ضرورة ملجئة فعليها التخلي عن هذا السفر المؤدي إلى الوقوع في هذا المحظور.‏ أما إن كانت المرأة تحت ضرورة ملجئة وتحتاج لهذا العمل لنفع نفسها وبيتها وأسرتها، ولا تستطيع أن تتخلى عنها ، فيسعها قول من أجاز لها السفر دون محرم مشترطا عليها وجود الرفقة المأمونة ووجود الأمن وانتفاء الريب، وإلا حرم سفرها


Maksudnya: “Oleh itu, asal dalam permasaalahan ini ialah sepertimana pandangan majority ulama yang melarang wanita bermusafir tanpa mahram. Jika seseorang wanita itu tidak ada keperluan yang mendesak untuk bermusafir, maka hendaklah dia tidak melakukan musafir itu yang boleh menyebabkan dia terjebak dalam larangan ini. Adapun sekiranya seseorang wanita itu berada dalam keperluan yang mendesak, dan dia perlu bermusafir untuk kebaikan dirinya, rumah atau keluarganya, dan dia tidak dapat mengelak daripadanya, maka dia boleh mengambil pandangan ulama yang mengharuskan dia bermusafir tanpa mahram, dengan syarat bersamanya kumpulan yang dipercayai dan berada dalam keadaan yakin selamat. Jika tidak musafirnya itu adalah haram.”

Wallahu a’lam.

sumber fatwa: islamonline.net

Thursday, October 15, 2009

Hukum Menyusukan Anak Lebih Dari 2 Tahun

Soalan:
Oleh: Karina:

Salam Ustaz, tempoh penyusuan ibu menurut islam adalah 2 thn utk anaknya jika dia mampu; Soalan saya: Apakah hukumnya jika ibu menyusukan anaknya lebih dari 2 thn? terima kasih ustaz

Jawapan:

Tak ada masaalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dgn kerelaan sisuami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain.

Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan: “Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

Wallahu a’lam.

Tuesday, October 13, 2009

Nazar Ketika Masih Kufur Perlu Bayar?


Soalan:

Seorang wanita musyrik bernazar hendak menyembelih seekor kambing pada setiap tahun kerana Allah, akan tetapi dia masih belum melakukannya, setelah itu dia dihidayahkan oleh Allah S.W.T. dan memeluk Islam, apakah yang dia perlu lakukan?

Jawapan:
Jawapan: Dr. Abdullah bin Muhammad al-Tayyar
Pensyarah Fiqh di Uni. al-Qasim
Penterjemah: Abdul Kadir


Nazar melakukan ketaatan wajib ditunaikan berdasarkan sabda Nabi S.A.W. :


من نذر أن يطيع الله فليطعه، ومن نذر أن يعصيه فلا يعصه

Maksudnya: “Sesiapa yang bernazar melakukan ketaatan kepada Allah, maka hendaklah dia lakukannya, dan sesiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat, maka jangan dia lakukannya.”

Nazar wanita ini, diketika dia masih musyrik (kafir), apabila ianya merupakan suatu ketaatan, maka setelah dia memeluk Islam, wajib dia menunaikan nazar tersebut. Sekiranya dia bernazar: “Aku bernazar, sekiranya Allah menyembuhkan-ku dari sakit ku ini, aku akan menyembelih seekor kambing setiap tahun, maka wajib dia menunaikan nazarnya itu, melainkan sekiranya dia tidak mampu, maka wajib ke atasnya kafarah sumpah, (setelah menunaikan kafarah sumpah), maka dia terlepas dari nazarnya. Allah S.W.T. memuji orang-orang yang menunaikan nazar mereka dengan berfirman:

يُوفُونَ بِالنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا

Maksudnya: “Mereka menunaikan nazar dan mereka takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana.” (al-Insan: 7)

Adapun jika dia bernazar melakukan maksiat, seperti katanya: “Jika Allah menyembuhkan aku dari sakitku ini, aku akan menyembelih seekor kambing di kubur fulan.” Maka nazar sebegini tidak boleh dia tunaikannya, wanita sebegini dia perlu melaksanakan kafarah sumpah dengan memberi makan 10 orang miskin atau memberi pakaian kepada mereka, jika dia tidak mampu hendaklah dia berpuasa 3 hari berturut-turut berdasarkan firman Allah S.W.T:

فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ

Maksudnya: “Maka kafarahnya ialah dengan memberi makan 10 orang miskin dari makanan yang biasa kamu berikan kepada ahli keluarga kamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba. Barangsiapa yang tidak sanggup melakukan yang demikian itu, maka hendahklah dia berpuasa 3 hari, yang demikian itu merupakan kafarah sumpah kamu apabila kamu bersumpah (dan kamu langgar).” (al-Maidah: 89)

wallahu a'lam.
Sumber: islamtoday.net