Thursday, July 2, 2009

Bila Tamatnya Waktu 'Isya?



Para ulama membahagikan waktu solat kepada waktu ikhtiariy (الإختياري) dan waktu al-Idhtiroriy (الإضطراري). Waktu al-Ikhtiyari bagi solat ‘isya ialah sehingga sebahagian malam. Manakala waktu al-Idhtiroriy pula berlanjutan sehingga terbitnya fajar sidik.

Maksud waktu al-Ikhtiariy: ialah waktu yang dibenarkan solat di dalamnya tanpa makruh, samaada di awal waktu ikhtiyari ini atau di akhirnya.

Manakala maksud waktu al-Idhtiroriy: ialah waktu yang tidak boleh dilewatkan solat sehingga masuk waktunya melainkan bagi orang-orang yang berada dalam keuzuran seperti orang gila yang normal setelah berlalunya waktu al-Ikhtiyariy, wanita yang suci daripada haid selepas waktu ikhtiyariy, orang yang tertidur dan terjaga selepas waktu ikhtiyariy, terlupa dan teringat selepas waktu ikhtiyariy, org kafir yang baru memeluk islam atau budak yang baru baligh selepas waktu ikhtiyariy.

Ini menunjukkan tidak boleh melewatkan solat ‘isya sehingga habisnya waktu al-Ikhtiyari melainkan bagi orang-orang yang memiliki keuzuran seperti yang disebut di atas.

Perkara ini berdasarkan hadith Nabi S.A.W.

وَوَقْتُ صَلَاةِ الْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ الْأَوْسَطِ

Maksudnya: “Dan waktu solat ‘isya ialah sehingga sebahagian malam yang pertengahan.”
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut, maksudnya hadith ini ialah: “waktu menunaikannya dlm waktu al-Ikhtiyariy.” (5/111)
Badan Fatwa Arab Saudi di dalam fatwa mereka menyebut:

ووقت العشاء من غيبوبة الشفق الأحمر إلى نصف الليل ، وهذا وقت الاختيار لها ، ووقت الاضطرار من نصف الليل إلى طلوع الفجر

Maksudnya: “Waktu ‘isya itu bermula dari luputnya awan merah (habis waktu maghrib) sehingga pertengahan malam, ini adalah waktu al-Ikhtiyar, manakala waktu al-Idhthiror bermula dari sebahagian malam sehingga terbitnya fajar.” (6/113)
Al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz menyebut:

فإذا غاب الشفق - وهو : الحمرة في جهة المغرب - انتهى وقت المغرب ، ودخل وقت العشاء إلى نصف الليل ، وما بعد نصف الليل وقت ضرورة لوقت العشاء ، فلا يجوز التأخير لما بعد نصف الليل ولكن ما بين غروب الشفق إلى نصف الليل كله وقت اختياري للعشاء ، فلو صلاها بعد نصف الليل أداها في الوقت ، لكن يأثم ؛ لأنه أخرها إلى وقت الضرورة

Maksudnya: “Apabila telah hilangnya awan merah – iaitu awan merah sebelah barat – tamatlah waktu maghrib dan masuknya waktu ‘isya sehingga pertengahan malam. Dan apa yang selepas pertengahan malam adalah waktu dhorurah (al-Idhthirar) bagi solat ‘isya, tidak boleh melewatkan solat ‘isya sehingga selepas pertengahan malam, antara hilangnya awan merah sehingga pertengahan malam itu adalah waktu al-Ikhtiyariy bagi solat ‘isya, jika seseorang menunaikan solat ‘isya selepas pertengahan malam (selepas tamatnya waktu al-Ikhtiyariy) dia telah menunaikan solat itu di dalam waktunya, akan tetapi dia dikira berdosa, kerana melewatkan solat ‘isya sehingga masuk waktu dharurah.” (Fatwa Bin Baz 10/384)

wallahu a'lam.

3 comments:

dbest09 said...

Assalamualikum ww...mf mgggu..sy ingin bertanya...adkah solat isya' pad pkul 5.20 atau yang seangkatan dengannya telah termasuk dlam waktu darurah????dah waktu darurah itu dlm jgkaan pukul berapa???adakah kita berdosa jika solat diwaktu itu???

bin sahak said...

binsahak: Ya, jam 5.20 pagi itu sudah masuk waktu dharurat. org yang SENGAJA melewatkan isyak hingga ke waktu itu melakukan kesalahan (dosa). Mlm bermula apabila tenggelamnya matahari (masuk waktu maghrib) dan tamat sehingga terbitnya fajar (masuk subuh). Utk mengetahui bila waktu dharurat, kira berapa jam dari maghrib ke subuh, kemudian bahagikan dua... maka bahagian yg kedua itu adalah waktu dharurat.

dyla_zam said...

bagaimana jika seseorang wanita itu dlm haid,kemudian dia sedar yang darah haidnya berhenti masa waktu isya.dia tidak yakin sama ada darah itu betul betul berhenti atau tidak.jadi dia mandi wajib pada mlm itu juga dlm pukul 11 lebih.kemudian dia berusaha menunaikan solat isyak sebelum pukul 12 kerana takut termasuk dlm waktu darurat.tetapi,dia mengalami masalah dgn wuduknya.wuduknya asyik batal.dia gelisah.kemudian,sudahpun pukul 12 mlm,msuk waktu darurat?adakah dia dikira berdosa?