Friday, August 8, 2008

Siapakah al-Khulafa' al-Rasyidun

Soalan:

Apakah yang dimaksudkan dengan khulafar ar-Rasyidin ? Siapakah mereka dan siapakah yang menetapkan mereka? Adakah gelaran tersebut pernah di sebut oleh Rasulullah SAW?

Jawapan :
Khulafa' ar-Rasyidun (الخلفاء الراشدون) ialah mereka yang menggantikan Nabi saw dalam memimpin Ummah. Ar-Rasyidun ialah sifat yang berlawanan dengan kesesatan dan mengikut hawa nafsu. Maka ar-Rasyidun ialah sifat mereka yang tetap berada di atas petunjuk Nabi saw dalam urusan pemerintahan ummah dan sentiasa memelihara manhaj yang datang dari Nabi saw di dalam berdakwah, jihad, menegakkan keadilan, al-Amr bil ma'ruf, dan an-nahyu 'an al-Mungkar. Mereka ialah Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Tolib r.'anhum.
Nabi saw menyebut tentang al-Khulafa' ar-Rasyidun di dalam hadith baginda, antaranya:

…" عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين من بعدي ، عضوا عليها بالنواجذ ، وإياكم ومحدثات الأمور"

Maksudnya: "Ke atas kamu semua sunnah ku, dan sunnah al-Khulafa' al-Rasyidun al-Mahdiyyun selepas daripada ku. Gigitlah ia dengan geraham (berpegang teguh), dan jaga-jaga kamu dari perkara yang diada-adakan....." (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan beliau mensahihkannya). Nabi s.a.w. bersabda lagi:

خِلَافَةُ النُّبُوَّةِ ثَلَاثُوْنَ سَنَة

Maksudnya : "Khilafah an-Nubuwwah itu berlansung selama 30 tahun.." (Al-Albani di dalam Syarh at-Tohawiyah mengatakan hadith ini Hasan)

Berkata Safinah : "Berlalu Khilafah Abu Bakar selama 2 tahun, Khilafah Omar 10 tahun, Khilafah Uthman 12 tahun, dan Khilafah Ali 6 tahun." (Ibn Sa'ad. at-Tobaqaat al-Kubra)

wallahu a'lam.

2 comments:

Abu Nashiruddin said...

Assalam ustadz, apakah yg dikategorikan sbg Khalifah al-Rasyidhuun hanya terbatas kpd Abu Bakr, Umar al-Khattab, Utsman al-Affan n Ali? Mengapa sahabah seperti Mu'awiyyah Ibn Abu Sufyan tak termasuk dlm gelaran 'al-Rasyidhuun'?

bin sahak said...

Ya hanya 4 orang sahaja al-khulafa' al-Rasyidun berdasarkan hadith "Khilafah an-Nubuwwah itu berlansung selama 30 tahun.."

Adapun selepas 'Ali mereka tidak termasuk sebagai khalifah al-Rasyidin.

Namun tidak termasuknya mereka ke dalam senarai al-Khulafa al-Rasyidun tidaklah menafikan keadilan dan ketakwaan mereka seperti mu'awiyah R.A.

wallahu a'lam.