Tuesday, August 12, 2008

Perbezaan diantara Khimar, Niqab dan Hijab


Oleh: al-Syeikh 'Athiah Saqr

- Khimar (الخِمَار), banyaknya ialah Khumur (الخُمُر) sepertimana firman Allah SWT di dalam surah al-Nuur ayat 31. Ianya ialah penutup kepala dalam apa-apa bentuk sekalipun.

- Niqab (النقاب), Apa yang dipakai oleh wanita untuk menutup muka mereka. Dinamakan juga al-Burqu’ (البُرقُع) atau al-Nasif (النَّصِيف).

- Hijab (الحجاب), dari sudut bahasa membawa maksud penutup, seperti firman Allah di dalam surah al-Ahzab ayat 53 dan surah Maryam ayat 17. dari sudut syara’ ia membawa maksud apa yang menghalang daripada fitnah diantara lelaki dan perempuan. Praktiknya ialah dengan menutup aurat dan merendahkan pandangan, menjauhi berdua-duaan dan melunak-lunakkan suara sesama lelaki dan perempuan.

0 comments: