Soalan:
Ustaz, Minta tolong ustaz jelaskan perkara ni sat:
Malam tadi saya pi Majlis bacaan yassin dan solat hajat utk anak saya UPSR kat sekolah.
1. Saya jadi confuse sebab mola majlis tu ustaz suruh budak2 tu bawa mai botol ayaq penuh bersusun-susun kat saf depan tu, sampai ada yg sedikit tertumpah basah. Celah2 tu ustaz kata: "Ha, nu ada lima enam tong (dlm 10 liter kot) air zam zam terus dari Mekah....lepas yasin ni, sapa-sapa nak beli boleh la...RM70 setong!!" Semua botol dan tong tong tu ustaz suruh bukak penutup...nak bagi bacaan yasin tu masuk... Saya dok penin sebab dlm kepala saya ada sekurang2nya 3 soalan: 1. Kalau x bukak penutup, bacaan yasin tu x masuk ka?
2. Kalau nak baca yasin pasal pa kena baca kat air dlm botol, jug etc saja...tak leh ka kita pakat ramai ramai pi ke empangan kenyir ka, empangan mengkuang ka mana ka....baca sekali gus...semua org dapat minum.
3. Anak saya hat x bawa botol dan pak dia x bagi bawa air botol boh depan majlis yasin tu...x leh dapat 5A UPSR ka Ustaz?
4. Mai pulak Majlis Solat Hajat. Ustaz suruh semua murid dan waris niat sekian sekian....ikut Imam. Saya confuse la ustaz, Solat Hajat ni boleh ikut Imam ka ustaz....nabi beysa buat ka? So, saya niat solat sendiri ja la x ikut Imam...boleh ke tak tau...
p.s: masa dlm keta nak balik tu anak saya tanya "abah x bawa botol ayaq ka?" Segan nak habag kat dia kata saya x berapa pasti boleh ka tidak buat benda tu, cuma saya kata setakat yg abah tau Nabi tak pernah la buat.....betoi ka Ustaz?
Jawapan:
Oleh: bin Sahak
Bismillah.
Baca Yasin bagi jadi pandai :
1. Asal membaca Yasin adalah harus pada bila-bila masa yang dikehendaki, TANPA ditetapkan atau dikhususkan pada sesuatu masa dan tempat kerana perbuatan mengkhususkannya pada masa dan tempat tertentu tidak pernah diajarkan oleh Nabi saw. Apabila kita menetapkan dan mengkhususkannya pada sesuatu masa, kemudian kita reka-ciptakan pula kelebihan-kelebihannya, maka perbuatan ini adalah menyalahi sunnah. Disamping itu siapalah yang berani memberi jaminan kelebihan-kelebihan tersebut, siapa pula berani melebihkan pahala baca yasin pada malam-malam tertentu sedangkan Allah dan Rasul tidak pernah mengkhabarkannya ?
2. TIDAK ADA sama sekali petunjuk dari Nabi saw mahupun para sahabat, membaca Yasin pada air itu boleh menjadi sebab kepada pandai dan lulus periksa, tidak ada juga ia menjadi sebab kepada memperoleh hidayah dari Alah swt.
Kalau sekiranya benar membaca Yasin itu boleh menjadikan seseorang pandai dan lulus periksa, maka sudah tentu Nabi dan para sahabat akan mendahului kita melakukannya. Ini kerana di kalangan sahabat juga ada yang kuat hafalan dan ingatannya dan ada pula yang lemah dan kurang kuat ingatannya. al-Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya meriwayatkan kisah Abu Syah yang mendengar khutbah Nabi saw, tetapi beliau tidak mampu menghafalnya, lalu beliau meminta Nabi saw menuliskan untuk beliau isi kandungan khutbah tersebut, Nabi sawpun bersabda:
اكتبوا لأبي شاه
maksudnya : "Tulislah kamu semua (isyarat kepada sahabat yang lain) untuk Abu Syah."
Ini menunjukkan Nabi mengarahkan kepada usaha yang boleh membantu ingatan dan hafalan iaitulah dengan menulis. Abu Syah bukanlah seorang yang boleh menulis, walaupun demikian Nabi saw tidak pernah penyuruh beliau membaca Yasin pada air zam-zam (atau air yang lain) untuk menguatkan hafalan dan ingatannya, sebaliknya Nabi saw menyuruh sahabat lain menulis untuknya. Kalau baca Yasin pada air itu boleh bagi seseorang itu pandai, kuat ingatan dan hafalan sudah tentu Nabi saw akan lakukannya atau menyuruh Abu Syah melakukannya.
Solat Hajat lulus periksa
Para ulama berbeza pendapat tentang kedudukan solat Hajat. Sebahagian mengatakannya ada dan disyariatkan, dan sebahagian yang lain mengatakan solat Hajat itu tidak ada.
Golongan yang mengatakan solat hajat itu ada, menjadikan dalil antaranya dari hadith yang menceritakan kisah seorang sahabat yang buta yang meminta Nabi saw mendoakan disembuhkannya. Lalu Nabi saw meminta beliau mengambil wudhu dan menunaikan solat Dua rakaat. Kata para ulama yang pertama ini dua rakaat tersebut adalah dua rakaat solat Hajat.
Golongan yang kedua pula, yang mengatakan solat Hajat itu tidak ada memahami dua rakaat tersebut adalah dua rakaat mutlak yang diarahkan oleh Nabi saw, agar sahabat tersebut melakukan sesuatu kebaikan (solat) sebelum memohon dicelikkan matanya oleh Allah swt.
Secara ringkasnya kedua-dua golongan ulama ini memiliki hujah masing-masing yang kuat. Dalam isu sebegini kita tidak boleh menyalahkan mana-mana golongan. Maka siapa yang hendak lakukan solat hajat, kita katakan silakan..., dan siapa yang tidak mahu lakukan solat hajat, maka kita katakan silakan kamu buat amalan-amalan lain dan perbanyakkanlah doa.
Cuma tidak ada ulama yang mengharuskan solat hajat dilakukan secara berjamaah, melainkan segelintir tokoh agama kemudian yang mengharuskan solat hajat dilakukan secara berjamaah degan alasan apabila kita ada hajat yang sama, seperti nak lulus periksa, nak memang dalam pilihan raya dan seumpamanya.
Namun pandangan yang melarang dilakukan solat Hajat secara berjamaah adalah LEBIH KUAT. Ini kerana alasan golongan yang mengharuskanya tertolak berdasarkan sirah Nabi saw. Baginda dan para sahabat telah melalui berbagai peperangan, dan kesemua mereka memiliki hajat yang sama iaitulah untuk menang di dalam setiap peperangan, namun tidak pernah walau sekali mereka menunaikan solat Hajat secara berjamaah untuk memohon diberikan kemenangan. Kisah perjanjian Hudaibiyyah sebagai contoh yang lain, betapa Nabi dan para sahabat amat rindu untuk pulang ke tanah air mereka Mekah, kemudian mereka dihalang oleh puak musyrikin, dan berlakulah peristiwa perlantikan Uthman sebagai wakil rundingan dengan penduduk Mekah, dan beliau ditangkap oleh penduduk mekah. Timbul bermacam spekulasi. Walaupun demikian Nabi saw dan para sahabat tidak pernah menunaikan solat hajat berjamaah di Hudaibiah, meminta pertolongan dari Allah memperkenankan hajat mereka yang sama.
Ini semua membuktikan solat hajat, jika kita ambil pendapat ulama yang mengatakan ianya disyariatkan, hendaklah kita lakukannya secara berseorangan.
Kalau orang kata apa salahnya kita lakukannya secara berjamaah, bukankah itu juga baik ??? Kita jawab kepada mereka, soal ibadat ini tidak ada ruang untuk akal mengetahui baik buruknya. Samalah halnya dengan solat sunat lain seperti Tahiyyatul masjid, sunat qabliyah dan ba'diayah, apa salahnya kalah kita tunaikan solat tahiyyatul masjid atau qabliyah dan ba'diyah secara berjamaah. Bukankah ini juga baik pada akal fikiran kita ? tapi kenapa kamu semua tidak lakukannya. Bukankah jawapannya kami tidak lakukan tahiyyatul masjid dan solat sunat yang lain dengan berjemaah kerana nabi saw tidak pernah melakukannya secara berjamaah. Maka hal yang sama sepatutnya kamu lakukan terhadap solat hajat.
Sesunguhnya dalam soal ibadat, apabila tidak ada petunjuk dari Nabi saw, maka ianya menunjukkan perkara itu tidak ada. Ini sepertimana kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama iaitulah :
maksudnya : "Asal di dalam ibadah itu adalah terbatal" sehingga adanya dalil yang menunjukkannya.
wallahu a'lam.

4 comments:
jawapan yg sgt baik.. islam sgt mudah..tpi manusia suka tambah2 ..baca yasin la.. tahlil la dan mcm2..
Yasin tu kalamullah ustaz.. Nabi dan para sahabat pny iman xmcm kita.. Kita nk bc quran setahun sekali pun ssh.. So, ape slh klau kita kumpul rmai2, zikir sama2, bc quran sama2.. Xjd mslh pun..nk srh buat baik, igt Allah pun jd isu ke?
sokong,buat kebaikan pun nak jadi isu, dapat ganjaran pahala bukan dosa pun kalau baca yassin dan sebagainya
Ramai pakai alasan, "apa salahnya..kan baik..". Mereka tak nampak mengapa Nabi Muhammad SAW diutuskan. Baginda diturunkan untuk mengajar kita cara beibadat kepada Allah SWT. Yg baginda rasul buat itulah dia cara-cara beribadat yang wajib kita buat. Yang baginda tak ajar, tak buat, tak suruh jangan duk reka-reka kononnya benda baik..apa salahnya. Awak bukan nabi nak reka-reka ibadah baru! Yang nabi duk buat tu dah cukup, dah lengkap dah sempurna. Tak perlu nak tambah-tambah baik. kalau awak tokok tambah maknanya yang nabi ajar tu belum cukup sempurnalah ya? Ingat, perbuatan mereka-reka ibadah baru dalam amalan islam adalah satu penghinaan kepada nabi sendiri. Seolah-olah baginda tak cukup ajar. Nauzubillah.
Kalimah La illaha illallah bermaksud tiada syirik. yg ini ramai faham. tetapi kalimah "Muhammadurrasulullah" ramai yang tidak tahu ia membawa maksud tiada bidaah. Maknanya nabi muhammadlah ikutan yang benar. Tiada apa-apa ibadah baru yang boleh dicipta selepas baginda.
Post a Comment