Thursday, April 24, 2008

Tentang Hadith Mimpi Sebahagian daripada Kenabian


Hadith diriwayatkan di dalam al-Bukhari dan Muslim, terdapat beberapa lafaz yang berbeza, antaranya:

ذا اقترب الزمان لم تكد رؤيا المؤمن أن تكذب ، وأصدقهم رؤيا أصدقهم حديثا ، والرؤيا ثلاث : فالرؤيا الصالحة بشرى من الله ، والرؤيا تحزين من الشيطان ، ورؤيا مما يحدث به المرء نفسه ، فإذا رأى أحدكم ما يكره فليقم فليصل ولا يحدث بها الناس .
Maksudnya: “Apabila telah menghampiri zaman, mimpi seseorang yang beriman itu hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya. Mimpi itu ada 3: Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihan daripada Syaitan dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri. Maka apabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakan kepada orang lain." (HR Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud)

Di dalam sahih al-Bukhari pula dengan lafaz:

إذا اقترب الزمان لم تكد رؤيا المؤمن تكذب ، ورؤيا المؤمن جزء من ستة وأربعين جزءا من النبوة

Maksudnya: “Apabila telah menghampiri zaman, mimpi seseorang yang beriman itu hampir tidak dusta, dan mimpi orang yang beriman itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian…”

Hadith-hadith tentang bab ini, ia berbeza-beza dari sudut menyebut bilangan. Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith dalam bab ini menyebut beberapa riwayat yang berbagai. Sebahagian riwayat menyebut: “mimpi yang baik itu satu bahagian daripada 70 kenabian..” seperti di dalam riwayat Muslim sendiri, di dalam muslim juga ada riwayat yang menyebut sebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Riwayat yang masyhur menyebut 46. Selain dari riwayat muslim ada riwayat dari Ibn ‘Abbas dengan 40 bahagian, ada juga 49 bahagian, dari riwayat al-‘Abbas 50 bahagian, riwayat daripada Ibn ‘Umar 26 bahagian, riwayat ‘Ubadah menyebut 44 bahagian.

Sebahagian ulama berpendapat perbezaan ini merujuk kepada perbezaan keadaan orang yang mengalami mimpi tersebut. Sebagai contoh seorang yang benar-benar soleh, mimpinya lebih benar berbanding orang yang fasik. Antara yang menyatakan pendapat ini ialah al-Imam al-Tobari.

Namun apakah maksud mimpi itu satu bahagian daripada kenabian?

Al-Syeikh Muhammad al-Munajjid di dalam laman islamweb.net berkata, Kenabiah itu ada bahagian yang berbagai, ada bahagian tentang pensyariatan dan hukum hakam, ada bahagian tentang khabar-khabar dahulu dan akan datang yang termasuk perkara-perkara ghaib, demikian juga ada bahagian tentang khabar gembira dan ancaman, dan mu’jizat.

Al-Syeikh Muhammad al-Munajjid menyambung: Mimpi yang benar itu, mungkin menunjukkan suatu yang akan berlaku akan datang, samaada ia berbentuk khabar gembira atau sebagai peringatan, samaada ianya suatu yang baik atau tidak, atau tentang suatu keburukan yang akan berlaku, agar seorang mukmin dapat bersedia berhadapan dengan perkara keburukan yang akan berlaku itu. Mimpi juga mungkin berlaku sebagai pengkharan-pengkhabaran sesuatu yang akan berlaku akan datang, sepertimana kenabian, satu bahagian daripadanya adalah pengkhabaran-pengkharan, maka mimpi menjadi satu bahagian daripada kenabian dalam bab ini.

Pandangan beliau Ini dikuatkan dengan hadith Nabi saw:

‏لَمْ يَبْقَ مِنْ النُّبُوَّةِ إِلَّا الْمُبَشِّرَاتُ قَالُوا وَمَا الْمُبَشِّرَاتُ قَالَ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ

Maksudnya: “Tidak akan kekal dari kenabian melainkan al-Mubassyiraat, para sahabat bertanya: apakah mubassyiraat itu, Jawab baginda: Mimpi yang benar.” (HR al-Bukhari)

Al-Imam Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadith ini menyertakan sama sebuah hadith bagi Abu Ya’la daripada Anas bin Malik:


إِنَّ الرِّسَالَة وَالنُّبُوَّة قَدْ اِنْقَطَعَتْ وَلَا نَبِيّ وَلَا رَسُول بَعْدِي وَلَكِنْ بَقِيَتْ الْمُبَشِّرَات قَالُوا : وَمَا الْمُبَشِّرَات ؟ قَالَ : رُؤْيَا الْمُسْلِمِينَ جُزْء مِنْ أَجْزَاء النُّبُوَّة

Maksudnya: “Sesungguhnya risalah dan kenabian itu telah terhenti, tidak ada nabi lagi dan tidak ada rasul lagi selepas-ku, akan tetapi akan kekal al-Mubassyiraat. Sahabat bertanya: Apakah al-Mubassyiraat itu?” Jawab baginda: Mimpi orang muslim satu bahagian daripada bahagian-bahagian kenabian.”

Ibn al-Tiin (اِبْن التِّين) berkata: “Maksud hadith ini ialah bahawasanya wahyu akan terhenti dengan kematian-ku (Nabi saw), dan tidak akan kekal apa yang diketahui daripadanya apa yang akan berlaku, melainkan mimpi.”

Al-Syeikh Masyhur Hasan Salman pula berkata tentang hadith ini (http://www.almenhaj.net) ketika ditanya dengan soalan:

“Apakah maksud hadith: “Mimpi yang benar itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian?”

Jawapan beliau: “Hadith ini mempunyai dua maksud. Maksud yang aku lihat lebih benar dan yang masyhur, dan yang ditarjihkan oleh al-Hafidz Ibn Hajar di dalam al-fath ialah, tentang tempoh kenabian (Nabi saw) iaitu selama 23 tahun, tempoh penurunan wahyu kepada Nabi saw melalui mimpi yang benar selama 6 bulan. Maka hadith itu menceritakan nisbah mimpi yang benar dari bahagian-bahagian kenabian menyamai 1 dari 46 (bahagian). Inilah pendapat yang lebih benar, lebih zahir dan lebih selamat.

Wallahu a’lam.

Wednesday, April 23, 2008

Tentang Hadith Keutamaan Zikir

Soalan:

Minta jasa baik ustaz untuk takhrij hadis di bawah:

Sabda Nabi: "Mahukah kamu aku tunjukkan satu amal yang paling baik paling suci di sisi Tuhanmu paling tinggi kedudukannya. lebih baik dari sedekahkan harta wang dan harta, lebih baik dari bergerak menggempur musuh, lebih baik dari membunuh atau terbunuh. Ketahuilah perbuatan itu ialah ZIKRULLAH" [Riwayat Tirmizi, Ibnu Majjah dan al-Hakim bersumberkan Abi Darda']
Jawapan:
Teks Hadith yang saudara maksudkan ialah:
ألا أدلكم على خير أعمالكم وأزكاها عند مليككم وأرفعها في درجاتكم وخير لكم من إنفاق الذهب والفضة وخير لكم من أن تلقوا عدوكم فتضربوا أعناقهم ويضربوا أعناقكم، قالوا: بلى يا رسول الله، قال: ذكر الله تعالى

Maksudnya: “Mahukah kamu semua aku tunjukkan amalan yang lebih baik dan lebih suci di sisi Tuhan-mu dan yang lebih tinggi kedudukannya? Lebih baik bagi kamu berbanding menginfakkan emas dan perak? Lebih baik dari kamu bertempur dengan musuh, kamu memancung mereka dan mereka memancung kamu?” para sahabat menjawab: “Bahkan wahai Rasulullah,” baginda bersabda: “Zikrullah taala.”

Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmizi (3377), Ibn Majah (3790), Ahmad (5/195), al-Tobrani di dalam al-Dua' (1872), al-Hakim (1/496), al-Baihaqi di dalam al-Da'awaat (20), dan al-Syu’b (516), Ibn 'Abd al-Barr (al-Tamhid: 6/58), Ibn Nu'aim (al-Hilyah: 2/11), al-Baghawi (Syarh al-Sunnah: 1244), al-Asbahaniy (al-Targhib: 1324) dan selain mereka dari jalan Abdullah bin Sa'ied bin Abi Hind (عبد الله بن سعيد بن أبي هند), menceritakan kepada aku Ziyad bin Abi Ziyad (زياد بن أبي زياد) daripada Abi Bahriyyah ( أبي بحرية) daripada Abi al-Darda'. Hadith ini di sahihkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak. Akan tetapi Imam Malik di dalam al-Muwattho’ menganggapnya sebagai mauquf.

Namun al-Syeikh Abdullah al-Sa’d dalam muqaddimahnya kepada kitab al-Mustofa min Azkar al-Mustofa yang ditulis oleh al-Syeikh Khalid bin Abdillah al-Dabijiy berpendapat hadith seumpama ini bukan dari pandangan sahabat, kerana teks matannya berbunyi: “Mahukah kamu semua aku tunjukkan amalan yang lebih baik dan lebih suci di sisi tuhan-mu…” maka hukum hadith ini adalah hukum marfu’.

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata: “Terdapat tiga kedudukan, pertama: Zikir (mengingati Allah) dan jihad, ia adalah kedudukan yang peling tinggi. Allah berfirman:

يا أيها الذين آمنوا إذا لقيتم فئة فأثبتوا واذكروا الله كثيراً لعلكم تفلحون
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.” (al-Anfal: 45)

Kedua: “Zikir (mengingati Allah) tanpa jihad, ini lebih rendah dari yang awal. Ketiga: Jihad tanpa zikir, ini yang paling rendah dari dua di atas. Dan orang yang berzikir lebih utama daripada jihad tanpa zikir ini, ini kerana disyariatkan jihad itu untuk zikirullah (mengingati Allah), maka maksud daripada jihad itu ialah mengingati Allah, diabdikan diri kepadaNya sahaja dan mentauhidkanNya, maka mentauhidkanNya, mengingatinya dan ibadah kepadanya adalah tujuan penciptaan.” (sila lihat Hasyiah Ibn al-Qayyim 7/126)

Al-Son’ani berkata: “Hadith ini tidak bertentangan dengan hadith-hadith tentang kelebihan jihad, dan bahawasanya jihad itu lebih utama daripada zikir, ini kerana yang dimaksudkan dengan zikir yang lebih afdhal daripada jihad ini adalah zikir lisan, hati dan memikirkan/menghayati maknanya, dan merasai kebesaran Allah taala. Maka jika begini dia lebih afdhal daripada jihad, manakala jihad lebih afdhal daripada semata-mata zikir dengan lisan sahaja. Kata Ibn al-‘Arabi: “Sesungguhnya tidak ada satu amalan saleh melainkan zikir adalah syarat dalam penerimaannya, sesiapa yang tidak mengingati Allah (zikirullah) ketika bersedekah, puasa, solat atau haji, maka amalannya bukanlah amalan yang sempurna, kerana itu jadilah al-Zikr (mengingati Allah) amalan yang lebih afdhal pada pertimbangan ini. (sila lihat Subul al-Salam 8/296).
wallahu a'lam.
----------------------
نص تخريج الشيخ عبد الله السعد لهذا الحديث مستل من تقديمه لكتاب المصطفى من أذكار المصطفى – صلى الله عليه وسلم – إعداد خالد بن عبد الله الدبيخي
.قال الشيخ عبد الله السعد – حفظه الله ورعاه - :
أخرجه الترمذي (3377) وابن ماجه (3790) وأحمد (5/ 195) والطبراني في الدعاء (1872) والحاكم (1/ 496) والبيهقي في الدعوات (20) وفي الشُعب (516) وابن عبد البر (التمهيد: 6/ 58) وأبو نعيم (الحلية: 2/ 11) والبغوي (شرح السنة: 1244) والأصبهاني (الترغيب: 1324) وغيرهم من طرق عن عبد الله بن سعيد بن أبي هند حدثني زياد بن أبي زياد عن أبي بحرية عن أبي الدرداء فذكره، وهذا إسناد رجاله ثقات، ولكن اختلف في هذا الحديث على زياد، فرواه مالك (الموطأ: 1/ 211) وموسى بن عقبة عند أحمد (5/ 195 و 6/ 447) وعبد العزيز ابن أبي سلمة عند أحمد (5/ 139) عن زياد عن أبي الدرداء بإسقاط أبي بحرية، وخالفوا في ذلك رواية عبد الله بن سعيد بن أبي هند وهو الصواب لأمرين: الأول: لأنهم أكثر. الثاني: لأن فيهم من هو أحفظ من عبد الله بن سعيد فيكون هذا الإسناد مُنقطعاً لأن زياداً لم يُدرك أبا الدرداء فضلاً أن يكون سمع منه. ووقع في رواية عبد العزيز بن أبي سلمة: عن معاذ بن جبل، والصواب عن أبي الدرداء كما في رواية الجماعة، وقد اختلف في هذا الحديث اختلافا آخر على زياد فقد رواه مالك عنه موقوفاً وأما الباقون فقد رفعوه وهو الأرجح في هذا الإسناد لأمرين: الأول: لأنهم أكثر. الثاني: أن الإمام مالك – رحمه الله تعالى – أحياناً يُرسل الأخبار الموصولة ويُسقط بعض الرواة من الإسناد فلعله هنا تعمد وقف هذا الخبر، والله – تعالى - أعلم. ولهذا الخبر طريق آخر أخرجه ابن أبي شيبة (13/ 308) وابن جرير في التفسير (20/ 157) وأبو نعيم في الحلية (1/ 219) وابن حجر في نتائج الأفكار (1/96) من طريق جعفر الفريابي – ولعله في كتابه الأذكار – كلهم من طريق أبي أسامة عن عبد الحميد بن جعفر حدثني صالح بن أبي عريب عن كثير بن مرة الحضرمي قال: سمعت أبا الدرداء فذكره موقوفاً وهذا إسناد لا بأس به، ورجاله كلهم ثقات سوى صالح فهو مُقل من الرواية وليس بالمشهور، ذكره ابن حِبان في الثقات ومثله ابن خلفون في ثقاته ونقل عن أبي جعفر السبتي قوله عنه شامي شيخ ا.هـ، وصحح له ابن خزيمة وابن حِبان والحاكم كما في إكمال تهذيب الكمال، وروى عنه بعض الكبار كالليث بن سعد وحيوة بن شريح وابن لهيعة بالإضافة إلى عبد الحميد بن جعفر، فمثله صالح لا بأس به، لذا قال ابن حجر عن هذا الإسناد: رجاله ثقات كما في نتائج الأفكار (1/ 97).
طريق آخر: قال الحسين بن الحسن المروزي في زيادته على زهد ابن المبارك (1129) أخبرنا سفيان عن ليث قال: قال أبو الدرداء فذكره موقوفا، وهذا إسناد لا يصح، لأن ليثاً وهو ابن أبي سليم لا يُحتج به وهو مُنقطع. والذي يظهر لي أن هذا الخبر ثابت عن أبي الدرداء لمجموع طرقه الثلاثة ولكنه موقوف، وإن كان الراجح في رواية زياد بن أبي زياد الرفع كما تقدم، لكن الإسناد الثاني وهو أقوى أسانيد هذا الخبر موقوف مع الإسناد الثالث، ولكن مثله لا يُقال من قبل الرأي: لأنه يحتاج إلى توقيف من الشارع فيكون له حكم الرفع وسياق المتن يؤيد ذلك في قوله: «ألا أنبئكم بخير أعمالكم وأزكاها عند مليككم». وقد صحح هذا الحديث الحاكم، وقال ابن عبد البر في التمهيد (6/ 57) وهذا يُروى مُسنداً من طريق جيد عن أبي الدرداء عن النبي ا.هـ وحسَّنه البغوي في شرح السُّنة والمنذري في الترغيب والترهيب.اهـ

Friday, April 18, 2008

Apa yang perlu diucapkan jika kita terlupa sesuatu?


Kita sering mendengar dan melihat sebahagian orang apabila terlupakan sesuatu dan dia ingin mengingatinya semula, dia akan berselawat kepada Nabi saw. Apakah amalan ini ada sandarannya daripada sunnah atau apakah ada sebarang bacaan lain ketika kita terlupa?

Sebenarnya tidak ada sebarang bacaan yang khusus apabila kita terlupakan sesuatu dan kita berusaha mengingatnya semula. Sebaliknya bagi setiap muslim sepatutnya dia memohon pertolongan daripada Allah swt dengan berdoa kepada-Nya supaya diingatkan kembali perkara yang dilupainya itu.

Para ulama menyebut dua perkara yang bermanfaat diketikamana kita terlupa:

1. Mengingati Allah, dengan membanyakkan bertahlil, bertasbih atau bertakbir atau sebarang zikir yang lain. Ini kerana lupa itu adalah daripada syaitan, manakala mengingati Allah dengan berzikir berperanan sebagai pengusir syaitan. Para ulama membina pendapat mereka ini berdasarkan dalil daripada al-Quran, firman Allah swt:


وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا


Maksudnya: “Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: “sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi.” Kecuali dengan menyebut insyaallah, dan ingatlah kepada Tuhan-mu jika kamu lupa dan katakanlah: mudah-mudahan Tuhan-ku akan memberi petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada yang ini.” (al-Kahf: 23-24)

Para ulama ini berkata firman Allah (وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ : dan ingatlah kepada Tuhan-mu jika kamu lupa) membawa maksud jika kamu terlupa sesuatu, maka ingatilah Allah dengan berzikir kepada-Nya, Allah akan mengingatkan kamu perkara yang kamu lupakan itu.

Antara para ulama yang menyatakan pandangan ini ialah al-Mawardi (الماوردي) di dalam al-Naktu wa al-‘Uyun (النكت والعيون), demikian juga dengan al-Qurtubi di dalam tafsirnya dan Ibn al-Jauzi di dalam Zad al-Masir (زاد المسير).

Al-Syeikh Muhammad Amin al-Syanqiti di dalam kitab tafsirnya Adwa’ al-Bayan berkata:

“Pada ayat yang mulia ini (ayat di atas) terdapat dua pandangan ulama tafsir:

Pertama: ayat yang mulia ini berkaitan dengan ayat sebelumnya dengan maksud apabila kamu berkata, esok aku akan melakukan sedemikian, sedangkan kamu lupa untuk mengatakan insyaallah, kemudian kamu teringat (utk mengatakan insyaallah) maka katakanlah insyaallah. Pendapat ini yang zahir, kerana beedasarkan firman Allah:


وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ


Maksudnya: Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: “sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi.” Kecuali dengan menyebut insyaallah” (al-Kahf:23)

Inilah pandangan kebanyakan ulama (jumhur), antara yang mengatakannya ialah Ibn ‘Abbas, al-Hasan al-Basri, Abu al-‘Aliyah dan selain mereka.

Kedua: (berpendapat) ayat itu tidak berkait dengan ayat sebelumnya, sebaliknya maknanya ialah, jika kamu terlupa sesuatu, maka ingatilah Allah (dengan berzikir kepada-Nya), kerana lupa itu adalah daripada syaitan, berdasarkan firman Allah swt kepada pemuda bersama Nabi Musa:


وَمَآ أَنْسَانِيهُ إِلاَّ الشيطان أَنْ أَذْكُرَهُ


Maksudnya: “Dan tidaklah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan.” Demikian juga dengan firman Allah swt:


اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشيطان فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ الله


Maksudnya: “Syaitan telah menguasai mereka, lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah.” (al-Mujadilah: 19) dan firman Allah:


وَإِمَّا يُنسِيَنَّكَ الشيطان فَلاَ تَقْعُدْ بَعْدَ الذكرى مَعَ القوم الظالمين


Maksudnya: “dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan itu), maka jangan kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat.” (al-An’am: 68)

Maka mengingati Allah itu boleh mengusir syaitan, ini dikuatkan dengan petunjuk daripada firman Allah swt:


وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرحمن نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَاناً فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ


Maksudnya: “Barangsiapa yang berpaling dari mengingati al-rahman (tuhan yang maha pemurah), kami akan adakan baginya syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.” (al-Zukhruf: 36) Firman Allah taala lagi:


قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الناس مَلِكِ الناس إله الناس مِن شَرِّ الوسواس الخناس


Maksudnya: “Katakanlah aku berlindung kepada tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia, raja manusia, sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi..”

Iaitu bisikan ketika lalai dari megingati Allah, apabila syaitan diusir maka hilanglah lupa. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin pernah ditanya dengan soalan di bawah:

“Apakah dibenarkan seseorang jika dia terlupa sesuatu, dia mengingati Allah (dengan berzikir) dalam bentuk yang tidak dikhususkan, seperti dia mengucapkan:

- Lailaha illalaah (لا إله إلا الله)
- Astaghfirullah (أستغفر الله)
- (لا إله إلا الله والله أكبر ، لا إله إلا الله ولا حول ولا قوة إلا بالله)

Kemudian dia mengucapkan:


عَسَى رَبِّيْ أنْ يَهْدِيَنِيْ لَأقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا




Maksudnya: “mudah-mudahan Tuhan-ku akan memberi petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada yang ini.” Sebagai mengikuti apa yang terdapat di dalam surah al-Kahf, firman Allah:


وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا


Maksudnya: dan ingatlah kepada Tuhan-mu jika kamu lupa dan katakanlah: mudah-mudahan Tuhan-ku akan memberi petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada yang ini.” (al-Khaf: 24) Atau apakah ayat ini khusus berkait dengan ayat sebelumnya?

Jawapan al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin adalah seperti berikut:

‘Jika seseorang lupakan sesuatu hajat, maka hendaklah dia memohon kepada Allah taala untuk menginagtkannya semula dengan berkata/berdoa:


اللّهُمَّ ذَكِّرْنِيْ مَا نَسِيْتُ ، وَعَلِّمْنِيْ مَا جَهِلْتُ


Maksudnya: ‘Ya Allah, ingatkanlah aku apa yang telah aku lupa dan ajarkanlah daku, apa yang aku tidak ketahui.” Atau apa-apa bacaan/doa yang seumpama dengannya.

Adapun tentang bentuk zikir (tertentu) ketika lupa yang boleh mengingatkan semula (perkara tersebut), aku (al-Syeikh Muhammad bin soleh al-‘Uthaimin) tidak mengetahui tentangnya. Dan ayat yang disebut itu ada mengandungi maksudnya: ingatlah Tuhan kamu jika kamu terlupa, kerana Allah taala berfirman:


وَلا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَداً . إِلاَّ أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ


Maksudnya: “Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: “sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi.” Kecuali dengan menyebut insyaallah, dan ingatlah kepada Tuhan-mu jika kamu lupa” (al-Kahf: 23-24)

Yakni kecualikan dengan kamu menyebut: “Melainkan jika dikehendaki oleh Allah,” jika kamu lupa mengatakannya (insyaallah) ketika mengucapkan: sesungguhnya aku akan mengerjakan perkara itu esok pagi.” (Sila lihat Fatwa Nur ‘Ala al-Darb)

2. Selawat ke atas Nabi saw

Terdapat hadith yang menyebut perkara ini, namun hadith itu sangan lemah (ضعيف جدا), maka tidak boleh beramal dengannya. Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Musa al-Madiniy (أبو موسى المديني), dan al-Hafidz Ibn al-Qayyim menyebutnya di dalam kitab Jala’ al-Afham di tempat ke-32 dari tempat selawat ke atas Nabi saw: Jika terlupa sesuatu dan hendak mengingatnya semula, dengan berkata:

“Abu Musa al-Madiniy menyebut, dia riwayatkannya dari sanad Muhammad ‘Uttab al-marwazi (محمد بن عتّاب المروزي), menceritakan kepada kami Sa’dan bin Ubadah Abu Said al-Marwazi, menceritakan kepada kami Ubaidullah bin Abdullah al-‘Atkiy, menceritakan kepada kami Anas bin Malik r.a. sabda Nabi saw:


إذا نسيتم شيئا فصلوا عليّ تذكروه إن شاء الله


Maksudnya: “Jika kamu semua terlupa sesuatu, maka berselawatlah kepada-ku, kamu semua akan mengingatinya, insyaallah.” – tamat kalam Ibn al-Qayyim

Sanad hadith ini lemah (ضعيف) disebabkan:

1. Ubaidullah bin Abdullah al-‘Atkiy, di dalam Tahzib al-Tahzib sebagai memperkenalkannya menyebut, al-Bukhari berkata: “Dia meriwayatkan hadith-hadith yang mungkar.” (عنده مناكير), Abu Ja’fat al-‘Aqiliy berkata: “Hadithnya tidak diambil.” al-Baihaqi pula berkata: ‘Tidak dijadikan hujah dengan hadithnya.”


2. Sa’dan bin Ubadah al-Qadahiy (سعدان بن عبدة القداحي), Ibn ‘Adiy di dalam al-Kamil berkata: “Dia tidak dikenali.” Disebabkan ini, al-Hafidz al-Sakhawi telah melemahkan hadith ini di dalam al-Qaul al-Badi’


Kesimpulan

Tidak ada sebarang bacaan atau zikir yang khusus jika terlupa sesuatu. Sebaliknya hendaklah berdoa dan memohon kepada Allah demikian juga dengan mengingati Allah dan memperbanyakkan zikir kepadanya.

Wallahu a’lam.

Wednesday, April 16, 2008

Kemusykilan Tentang Solat Qasar

Soalan:

assalamualaikum

1. apakah sempadan yg menentukan seseorg itu jadi musafir?adakah sekadar keluar rumah saja sudah dikira musafir,atau keluar bandar,daerah atau bagaimana?

2. apakah perbezaan antara watan asli dan watan hakiki?

3. adakah boleh dijamakqasarkan solat jika anak pergi ke rumah ayahnya yg tidak tinggal sekali dengannya (sudah bercerai dgn ibu)?

Jawapan:

Wa'alaikumussalam warahmatullah

1- Seseorang boleh melakukan solat qasar dan apa-apa sahaja keringanan bagi yang bermusafir apabila dia telah melepasi kawasan kampungnya (عامر القرية).

2- Watan Asli (الوطن الأصلي) di sisi al-Hanafiah ialah tempat kelahiran insan atau tempat perkahwinannya atau tempat yang dia berazam hendak menetap disitu, dan tidak berpindah dari situ walaupun dia tidak berkahwin disitu.

Di sisi al-Syafi'iyyah dan al-Hanabilah al-Watan ialah tempat yang seseorang bermukim disitu, dia tidak berpindah dari situ sama ada ketika musim panas mahupun sejuk, melainkan ketika keperluan sahaja seperti untuk perniagaan atau ziarah. (al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah, jzk: 44, m.s. 57).

Watan terbahagi kepada Watan Asli (seperti yang dijelaskan di atas), Watan Iqamah dan Watan Sukna ( سُكْنَى ). Di bahagian lain di dalam al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah dinyatakan al-Watan al-Asli ialah tempat yang seseorang menetap di dalamnya dengan isterinya, samaada tempat itu tempat lahirnya ataupun negeri lain. Dia ada rumah disitu, dia duduk bersama isteri dan anaknya, dia tidak berhasrat untuk berhijrah daripadanya, bahkan dia jadikan tempat tinggalnya disitu.

Watan asli ini tidak memerlukan niat untuk Iqamah/bermukim. Watan Asli ini boleh jadi satu atau boleh juga lebih (seperti orang yang berpoligami). Apabila dia bermusafir dari satu rumah iaterinya ke rumah isterinya yang lain di negeri lain, maka apabila dia masuk sahaja ke kampung isteri yang berikutnya dia dikira bermukim, tanpa dia perlu bernia bermukim. Watan Asli ini pula boleh berubah dari satu tempat ke tempat yang lain apabila dia berpindah dan menetap disitu bersama isterinya. Dan negeri yang ditinggalkannya (watan asli yang lalu) tidak lagi menjadi watan aslinya. Ini seperti yang berlaku kepada Nabi saw dan para sahabat baginda, dimana watan asli baginda adalah Mekah, kemudian baginda berhijrah ke Madinah, dan Mekah tidak lagi menjadi Watan Asli bagi baginda. Kerana itu apabila baginda solat di Mekah, baginda melakukan solat musafir, apabila baginda mengimami solat di Mekah bersama penduduk Mekah baginda akan qasar solat dan bersabda:

أتموا يا أهل مكة صلاتكم فإنا قوم سفر

Maksudnya: "Sempurnakan solat kamu wahai penduduk mekah, sesungguhnya kami orang yang berada dalam musafir." (Utk keterangan lanjut tentang persoalan Watan ini bersama khilaf dan syarat-syaratnya sila rujuk al-mausu'ah al-Fiqhiyyah. jld 27. m.s 266)

3- Yer dia boleh menjamakkan solatnya jika ada keperluan dan dia boleh menqasarkan atau jamakqasarkan solatnya jika dia berada dalam keadaan musafir.

wallahu a'lam.

Monday, April 14, 2008

Hukum Membuka Aurat Ketika Mengurut atau Massage



Soalan:


Apakah hukum membuka aurat yakni bahagian sulitnya ketika mengurut atau massage? dengan menganggap mengurut itu juga salah satu proses penrubatan? Disamping pengurut itu akan menyentuh aurat ketika proses pengurutan. Apakah perkara ini harus dengan menganggap ia termasuk di dalam dharurat, dan apakah pula had dharurat di sini? apakah boleh dikira mengurut seperti ini merupakan satu proses perubatan? dan apakah orang yang melakukan tugas ini dikira seperti doktor?


Jawapan:


oleh: al-Syeikh Dr. Salman bin Fahd al-'Audah

Membuka aurat suatu perbuatan yang tidak dibenarkan melainkan kepada isteri atau hamba, kecuali disebabkan dharurat yang tidak dapat dielakkan.

Tidak ada keraguan bahawasanya mengurut bukanlah satu dharurat yang membolehkan membuka aurat. Kerana itu, tidak boleh seseorang menyentuh aurat orang lain berdasarkan firman Allah swt:
قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم ويحفظوافروجهم ذلك أزكى لهم إن الله خبير بما يصنعون وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن


Maksudnya: "Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya ALlah maha mengetahui apa yang mereka lakukan, dan katakanlah kepada orang-orang wanita yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka." (al-Nuur: 30-31)

Dan di dalam sahih Muslim (338):


نهى رسول الله – صلى الله عليه وسلم - أن ينظرالرجل إلى عورة الرجل, أو تنظر المرأة إلى عورة المرأة


Maksudnya: "Rasulullah saw melarang seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, atau seorang perempuan melihat aurat perempuan yang lain."

Maka larangan di sini menunjukkan pengharaman. Jika seorang lelaki dilarang dari melihat aurat lelaki yang lain, maka termasuk dalam perkara yang lebih utama, dia juga dilarang dari melihat aurat seorang perempuan yang lain, demikian juga halnya dengan perempuan."

----------------------------



السؤال
:

ماحكم كشف العورة، أي: مؤخرة المرء أثناء عمل ما يسمى بالتدليكأو المساج؟ وذلك على أساس أن هذا التدليك بمثابة تطبيب

ومع العلم أن المدلك أو الذي يقوم بهذا الأمر يلمس العورة المذكورة أثناءعمله، فهل هذا جائز باعتبار أنها ضرورة؟ وما هو حد الضرورة هنا؟ وهل يعتبرالتدليك تطبيباً؟ وهل يعد القائم بهذا الأمر كالطبيب؟

المستشار : الشيخ د.سلمان بن فهد العودة الجواب كشف العورة لا يجوز إلا للزوج، أو ملك اليمين, إلا لضرورة لا بد منها.

ولا شك أن التدليك الطبي ليس بضرورة تبيح كشف العورة.وكذلك لا يجوز لأحد أنيلمس عورة غيره، لقوله –تعالى-:"قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم ويحفظوافروجهم ذلك أزكى لهم إن الله خبير بما يصنعون وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهنويحفظن فروجهن" الآية، [النور : 30 – 31].

وفي صحيح مسلم (338) " نهى رسول الله – صلى الله عليه وسلم - أن ينظرالرجل إلى عورة الرجل, أو تنظر المرأة إلى عورة المرأة ", والنهيللتحريم.وإذا كان الرجل منهياً عن النظر إلى عورة الرجل, فهو منهي من باب أولىعن النظر إلى عورة المرأة، وهكذا المرأة

المصدر : موقع يا له من دين

Thursday, April 10, 2008

Tolak Jodoh = Tolak Takdir ???

Soalan :

Assalamu’alaikum warahmatullah Ustaz, saya ada soalan seperti di bawah:

1) Adakah jodoh kita telah ditaqdirkan? Maka kita hanya menerima sahaja siapa sahaja jodoh kita? Jika begitu adakah menjejaskan kita dengan "Aqidah hanya menerima taqdir"?

2) Begitu pula sebaliknya dengan orang yang tidak dapat menerima jodohnya adakah menjejaskan aqidahnya dengan "Aqidah menolak Taqdir?"

3)Adakah sahih dari Nabi saw yang menyuruh kita Ikhtiarkan jodoh? Bagaimana dengan perempuan? Adakah mereka disuruh Nabi ikhtiarkan jodoh suami mereka?

4)Apakah pendapat ulama' Saudi dan negara teluk lain seperti Abdul Aziz Baz yang negaranya agak terbatas pergerakan perempuan mereka? Bagaimana pula dengan keadaan sekarang serta pendapat ulama kontemporari mereka seperti Salman 'Awdah? Adakah selari dengan fatwa masa dulu atau dah berubah sekarang?

Jawapan :

1- Allah menciptakan setiap sesuatu dengan ketentuan-ketentuannya layak dengan sifat Allah swt yang maha mengetahui samaada perkara itu telah ataupun akan terjadi. Allah swt berfirman :

الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا

Maksudnya : "Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna." (al-Furqan : 2)

Termasuk ketentuan (takdir) tersebut ialah urusan jodoh setiap orang. Allah mengetahui dan menentukan sifulan adalah jodoh untuk sifulan. Semua perkara termasuk jodoh ini tidak tersembunyi dari pengetahuan Allah. Firman Allah swt :

إِنَّ اللَّهَ لا يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلا فِي السَّمَاء

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi dariNya sesuatupun samaada di bumi atau di langit." (Ali Imran : 5)

Namun persoalannya sekarang kita tidak mengetahui apakah takdir yang ditentukan oleh Allah swt kepada kita. Siapakah jodoh kita dan seumpamanya. Semua perkara takdir ini tersimpan dalam pengetahuan Allah swt sahaja.

Dalam menempuh kehidupan, Allah swt dan Nabi saw telah mengajar kita dalam bentuk yang terbaik termasuk dalam menerima jodoh. Allah menjadikan setiap takdir itu bersama dengan sebab musababnya. Maka setiap muslim perlu berusaha memperolehi yang baik dengan menempuh sebab-musabab kepada kebaikan seperti yang diajarkan oleh Nabi saw.

2- Ada perbezaan yang jelas antara jodoh dengan bakal jodoh. Tidak menerima bakal jodoh bukan bermakna menolak takdir. Tidak ada istilah menolak takdir setakat apa yang saya fahami. Tidak ada manusia yang mampu menyalahi takdirnya apatah lagi untuk menolaknya. Istilah menolak takdir ini wujud, mungkin berpunca dari pengaruh filem-filem Hindi terutamanya, demikian juga pengaruh dari filem-filem kantonis dan barat yang berlebih-lebihan dimomokkan kepada kita oleh media. Dalam filem-filem sebegini terdapat banyak unsur yang bahaya pada akidah umat Islam terutamanya dalam soal ketentuan (takdir) Allah swt.

Sebahagian filem-filem tersebut menunjukkan bagaimana takdir itu ditolak, dipersalahkan dan seumpamanya. Maka pengaruh ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran umat Islam yang mabuk menonton filem-filem dari orang-orang kafir tanpa berfikiran kritis yang bersesuaian dengan agama.

Maka perbuatan seseorang yang menolak bakal jodohnya kerana berdasarkan penilaiannya, orang tersebut tidak sesuai untuknya, tidaklah boleh dikira sebagai menolak jodoh. Bahkan penolakan itu adalah wajar dan mesti jika ia ditolak berdasarkan penilaian agama.

3- Yer sudah tentu Nabi saw mengajar umat Islam lelaki dan perempuan untuk mereka berusaha memilih jodoh mereka, bahkan ini adalah kemestian. Antaranya adalah hadith Nabi saw :

تنكح المرأة لأربع : لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها ، فاظفر بذات الدين تربت يداك

maksudnya : " (kebiasaannya) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara : Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya, Maka pilihlah yang memiliki agama, dia akan menguntungkan kamu." (al-Bukhari dan Muslim)

Hadith ini merangkumi lelaki dan wanita. Wanita juga disuruh memilih bakal jodohnya yang berpegang teguh dengan agama. Inilah usaha untuk memperolehi kebaikan yang dituntut oleh ALlah dan rasul untuk kita mencarinya.

4- Semua ulama dahulu dan sekarang sepakat dalam urusan ketentuan ALlah swt. ia merupakan salah satu daripada rukum iman.

wallahu a'lam.

Respond terhadap tulisan Zamihan al-Ghari

Respond terhadap tulisan Zamihan al-Ghari bertajuk Antara benar dan salah? sahih dan Dhaif ? MENJADI PERTIKAIAN

Oleh : Bin Sahak

Berusaha memastikan sesuatu amalan itu benar ataupun salah, sahih ataupun dhaif adalah suatu tuntutan di dalam agama. Umat Islam dilarang menjadi pak turut membuta tuli, menurut sahaja apa yang dikatakan sunnat oleh sebahagian individu agama yang merasakan seolah-olah merekalah pemberi pahala, lantaran berkuasa menghukumkan sunat sesuatu amalan walaupun Nabi saw tidak pernah mengatakannya sunat. Lagak mereka seolah-olah mereka itu bersekutu dengan Allah swt untuk mensyariatkan agama ini, Allah swt berfirman :

أم لهم شركاء شرعوا لهم من الدين ما لم يأذن به الله

Maksudnya : “Apakah ada bagi mereka sekutu-sekutu yang mensyariatkan kepada mereka sesuatu daripada agama yang tidak diizinkan oleh Allah.” (al-Syura ; 21)Dengan hanya beralasan untuk memperbanyakkan amalan, atau amalan tambahan, ramai di kalangan merasakan seperti tidak perlu lagi dipastikan kesahihan dan kelemahan sesuatu amalan. Firman Allah swt :

الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا

Maksudnya : "(Dialah Allah) yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu semua, siapakah yang lebih baik amalannya." (al-Mulk : 2)

Al-Imam al-Hafidz al-'Allamah Ibn Rajab al-Hambali di dalam Jami' al-'Ulum wa al-Hikam menyebut tentang ayat ini dengan berkata :

"Kata al-Fudhail (bin 'Iyadh) terhadap firman Allah di atas, (yang dimaksudkan dengan sebaik-baik amalan) ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar", katanya lagi : "Sesungguhnya sesuatu amalan (yang diamalkan) dengan ikhlas kerana Allah, akan tetapi tidak benar, ianya tidak akan diterima, jika benar tetapi tidak ikhlas, ianya juga tidak akan diterima, sehinggalah sesuatu amalan itu diamalkan dengan ikhlas dan benar." Katanya lagi : "Maka Ikhlas itu ialah jika dilakukan kerana Allah 'azza wa jalla dan yang benar itu ialah yang bertepatan dengan Sunnah (Nabi saw)." (Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, m.s. 20)

Amat jelas dari perkataan al-Fudhail di atas, ikhlas semata-mata tidak cukup untuk menjadikan amalan itu diterima oleh Allah swt. Tidak boleh tidak, Ikhlas mesti bergabung dengan benar iaitu melakukannya berdasarkan sunnah Nabi saw. Inilah hikmah Allah swt mengutuskan rasul untuk setiap umat. Jika hanya semata-mata manusia dituntut untuk memperbanyakan amalan, mereka tidak perlu kepada pengutusan Rasul.

Selain itu Allah swt tidak semata-mata mahu melihat amalan yang banyak, namun yang dikehendaki oleh Allah swt ialah amalan yang ‘Ahsan’ iaitulah yang ikhlas dan berdasarkan sunnah, Nabi saw bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد

Maksudnya : “Sesiapa yang mengamalkan satu amalan, yang bukan daripada urusan kami, maka ianya tertolak.”

Keberadaan Rejab sebagai salah satu bulan daripada bulan-bulan yang haram tidak ada mana-mana ulama yang mempertikaikannya. Bukan ini isunya. Isu utama dalam persoalan bulan Rejab ini adalah mengkhususkannya dengan sesuatu amalan tertentu yang Nabi saw tidak mengkhususkannya. Demikian juga tindakan menisbahkan suatu perkataan kepada Nabi saw, sedang baginda tidak pernah menyebutnya.

Malang apabila ada orang agama yang hendak mempertahankan amalan yang tidak bersumber dari sumber yang kukuh ini dengan hujah yang merawang-rawang. Dan dakwaan kosong yang hanya tinggal dakwaan semata. Demikianlah yang berlaku kepada tulisan Zamihan al-Ghari. Lebih kecewa apabila beliau mendakwa kepalsuan hadith kelebihan Rejab hanya berdasarkan pendapat al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah sahaja.

Kepalsuan Kelebihan Bulan Rejab


Zamihan al-Ghari di dalam tulisannya mendakwa hanya al-Imam Ibn Qayyim sahaja yang memalsukan hadith-hadith kelebihan bulan Rejab, Zamihan menyebut:

“Sedangkan kepalsuan yang didakwa, hanya berdasarkan kepada pendapat satu riwayat hadith dan pandangan seorang ulama sahaja, iaitu Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Soalnya apakah pandangan ini mewakili dunia kesarjanaan Islam keseluruhannya?”
(Zamihan al-Ghari, Antara Benar dan Salah? Sahih dan Dhaif ? Menjadi Pertikaian…”

Maha suci Allah, ini adalah suatu pembohongan yang nyata. Saya akan buktikan di bawah ini pendapat ulama lain yang menghukumkan hadith-hadith tentang kelebihan bulan Rejab sebagai Lemah dan Palsu, antaranya ialah:

1. al-Hafidz Ibn Hajar al-'Asqalani (yang mensyarahkan hadith-hadith Sahih al-Bukhari) berkata : "Tidak terdapat tentang kelebihan bulan Rejab, puasanya, puasa pada hari-hari tertentu di dalamnya, bangun malam yang khusus (pada sesuatu malam dalam bulan Rejab)... satu hadith sahih yang boleh dijadikan hujjah. Telah mendahului aku dalam menegaskan perkara ini al-Imam Abu Ismail al-Harwi al-Hafidz, kami riwayatkan daripadanya dengan sanad yang sahih, demikian juga kami riwayatkannya dari selain beliau." (Tabyiin al-'Ajab fima warad fi fadhl Rajab, m.s. 6, lihat juga al-Sunan wa al-Mubtadi'aat, m.s. 125)

Katanya lagi : “Hadith-hadith yang ada secara jelas tentang kelebihan Rejab atau kelebihan puasanya atau (kelebihan) sesuatu puasa (tertentu) di dalamnya terbahagi kepada dua, satu bahagian dhoief dan satu bahagian Maudhu’ (palsu).”(Ibid: 8)
2. al-Turtusi berkata : “Dimakruhkan puasa Rejab disebabkan salah satu dari tiga sebab di bawah:

i. Jika umat Islam mengkhususkannya dengan puasa pada setiap tahun, sehingga orang awam dan orang yang tidak ada pengetahuan agama menyangka zahirnya puasa (dalam bulan Rejab), yang ianya adalah wajib seperti Ramadhan.

ii. atau (orang awam akan menyangka) yang ianya sunnah yang thabit, Rasulullah saw telah mengkhususkannya seperti sunnah-sunnah ratibah yang lain

iii. atau (orang awam akan menyangka) puasa padanya (bulan Rejab) adalah suatu yang dikhususkan dengan kelebihan pahala berbanding bulan-bulan yang lain seperti puasa ‘Asyura, dan seperti kelebihan solat akhir malam berbanding awal malam, lalu jadilah (orang awam akan menyangka) ia dari perkara yang ada kelebihan, bukan dari perkara-perkara sunnat dan kewajipan. Kalaulah (sangkaan itu benar) yang ianya termasuk dalam kelebihan, pastilah Nabi saw akan mensunnahkannya, atau melakukannya walaupun sekali dalam umurnya, sepertimana baginda lakukan terhadap puasa ‘Asyura atau solat pada satu pertiga akhir malam. Maka apabila baginda tidak melakukannya, batallah (dakwaan) ada kelebihan yang khusus padanya, dan bukan juga ianya salah satu perkara fardhu dan sunat dengan kesepakatan ulama, maka tidak ada pengkhususannya (Rejab) dengan puasa (walau) satu bentuk alasan. Dan dimakruhkan puasa padanya dan berterusan melakukannya sebagai beringat agar orang awam tidak menganggapnya sebagai termasuk perkara-perkara fardhu atau sunat yang ratibah. Jika seseorang hendak berpuasa (pada bulan Rejab) dalam keadaan selamat dari bahaya (salah anggap tersebut), sehingga tidak dianggap sebagai fardu atau sunat, maka tidak mengapa perkara tersebut.”(Sila lihat al-Hawadith wa al-Bida’, m.s. 130,131)

3. Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya daripada Khursah bin al-Harr katanya : “Aku melihat ‘Umar bin al-Khattab memukul tangan-tangan manusia yang berpuasa Rejab sehinggalah mereka mengambil makanan, kemudian beliau berkata : “Hendaklah kamu semua makan, kerana sesungguhnya Rejab adalah bulan yang dibesarkan oleh orang-orang jahiliyyah.” (Sila lihat Musannaf Ibn Abi Syaibah: 3/102, al-Albani di dalam Irwa al-Ghalil mengatakan sanad ia Sahih)

4. Sayyid Sabiq di dalam Fiqh al-Sunnah berkata : “Dan puasa Rejab tidak ada baginya kelebihan tambahan dari bulan-bulan yang lain, melainkan ianya termasuk dari bulan-bulan yang diharamkan (dimuliakan), tidak terdapat di dalam sunnah yang sahih, puasa di dalamnya ada kelebihan yang khusus, dan adapun apa yang ada (daripada hadith-hadith) tentangnya adalah yang tidak boleh dijadikan hujjah dengannya.” (1/383)

5. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam Majmu’ al-Fatawa (25/290) berkata: “Adapun puasa Rejab dengan pengkhususannya, maka hadith-hadith tentangnya semuanya lemah, bahkan palsu, tidak dipegang oleh ahli ilmu satupun dari semuanya, (hadith-hadith itu) tidak termasuk dalam hadith-hadith lemah yang boleh diriwayatkan dalam bab kelebihan, bahkan kesemuanya termasuk palsu dan dusta.”

Semua perkataan-perkataan ulama di atas ini menjelaskan bahawa tidak ada pengkhususan untuk berpuasa di dalam bulan Rejab berbanding bulan-bulan yang lain. Perbuatan mengkhususkan bulan Rejab dengan ibadat puasa adalah menyerupai perbuatan orang-oang Jahiliyyah, seperti athar yang warid dari Abu Bakr dan ‘Umar r.’anhuma. Perbuatan mengkhususkan puasa dalam bulan Rejab ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi saw, demikian juga para sahabat Baginda. Telah sahih dari Ibn ‘Abbas r.a. yang melarang daripada puasa Rejab keseluruhannya agar ia tidak dijadikan sebagai hari raya. (Riwayat Abd al-Razzaq di dalam Musannafnya 4/292, dan Ibn Hajar berkata : Isnadnya sahih, sila rujuk Tabyiin al-‘Ajab, m.s. 35).

Hadith-Hadith Palsu Tentang Bulan Rejab

1. Zamihan al-Ghari di dalam tulisannya tersebut mendakwa hadith : "Rejab bulan Allah, Sya'aban bulanku, ramadhan bulan umatku…", sebagai sebuah hadith yang disokong oleh ramai para ulama yang mu’tabar, namun beliau gagal membuktikannya.

Sebenarnya hadith ini telah dilemahkan bahkan dipalsukan oleh ramai para ulama hadith, antaranya ialah:

i. Ibn Jauzi telah menyenaraikan hadith ini di dalam al-Maudhu’aat dengan sanad yang berbagai. (2/205,206)

ii. Demikian juga al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam Tabyiin al-‘Ajab fima warada fi Rajab, dan beliau memasukkan hadith ini dalam senarai hadith-hadith yang palsu. Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata :“(Hadith ini) diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Naqqash al-Mufassir, meriwayatkannya al-Hafidz Abu al-Fadhl Muhammad bin Nasir di dalam Amali karangannya daripada al-Naqqas secara panjang lebar – beliau menyebut tentang kelebihan puasa setiap hari daripada hari-hari bulan Rejab – dan katanya (al-Hafidz Abu Fadhl) : “Al-Naqqas, Pemalsu (hadith) dan Dajjal,” kata Ibn Dihyah, “Hadith ini Palsu” (Sila rujuk Tabyiin al-‘Ajab, m.s. 13-15)

iii. al-Soghoniy di dalam al-Maudhuaat, m.s. 61

iv. al-Suyuthi di dalam al-La-aali’ al-Masnu’ah 2/114.Hadith ini (Rejab bulan Alah…..) diriwayatkan dari Abi Said al-Khudri dan dari Anas bin Malik, ada juga dari jalan-jalan yang lain namun semuanya amat lemah, Ibn Hajar telah menyebutnya di dalam Tabyiin al-‘Ajab. Hadith dari Abi Said al-Khudri telah disenaraikan oleh Ibn Jauzi di dalam al-Maudhu’aat (2/576), Ibn ‘Iraq di dalam al-Tanzih (2/151) dari jalan Muhammad bin al-Hasan al-Naqqas. Al-Naqqas ini telah ditohmah sebagai pendusta, dan Ibn Hajar di dalam Tabyiin al-‘Ajab (23) berkata : “Al-Naqqas ini adalah penulis kitab Syifa’ al-Sudur, dan dia telah memenuhkan (kitabnya) kebanyakannya dengan pembohongan dan dusta.” al-Khatib al-Hafidz Abu Bakr bin Thabit al-Baghdadi di dalam tarikhnya (2/602) pula berkata: “Bahkan dia (al-Naqqas) adalah Syaqa’ al-Sudur.” Manakala hadith daripada Anas bin Malik ada di dalam sanadnya Ibn Jahdham.

Zamihan al-Gari pula mendakwa pengkritik riwayat Ibn Jahdham (ابن جهضم) tidak memperincikan siapa sebenarnya beliau yang dimaksudkan oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Nampaknya Zamihan hanya melihat tulisan al-Imam Ibn Qayyim lalu beliau menyangka peribadi Ibn Jahdham yang dimaksudkan masih kabur.

Sebenarnya Ibn Jauzi di dalam al-Maudu’aat, Abu Syamah al-Maqdisi di dalam al-Bahith ‘ala Inkar al-Bida’ wa al-Hawadith telah menyebut namanya dengan jelas sebagai Abi al-Hasan ‘Ali bin Abdillah bin Jahdham. Seterusnya Ibn Jauzi menyatakan hadith ini Palsu atas (nama) Nabi saw, dan sesungguhnya telah ditohmah Ibn Jahdham dan ulama telah menisbahkannya kepada pembohongan, dan kami mendengar syeikh kami Abd al-Wahhab al-Hafidz berkata : “periwayat-periwayatnya semuanya majhul.”

2. Demikian juga Zamihan telah menjadikan hadith doa Nabi saw

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Maksudnya : “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan(hayat) kami kepada bulan Ramadhan.”

Al-Baihaqi berkata tentang hadith ini di dalam Syu’b al-Imam (3/375) : "Menyendiri dengannya Ziyad al-Numiriy dan daripadanya Zaidah Ibn Abi Ruqad," kata al-Bukhari : Zaidah bin Abi al-Ruqad daripada Ziyad al-Numiriy Mungkar al-Hadith. al-Nawawi di dalam al-Azkar (274) berkata : “Kami meriwayatkannya (hadith di atas) di dalam Hilyah al-Auliya’ dengan sanad yang ada kelemahan." Al-Zahabi di dalam Mizan al-‘Itidal (3/96) ketika memperkenalkan Zaidah dan menyebut hadith di atas : Lemah juga. Ahmad Syakir di dalam takhrijnya kepada al-Musnad (4/100-101) berkata : Sanadnya lemah.

Hadith Lemah dalam bab kelebihan

Seringkali ramai yang beranggapan hadith lemah boleh dijadikan alasan dalam bab kelebihan atau untuk meningkatkan himah diri, inilah yang disebut oleh Zamihan di dalam tulisannya.

Cakap sebegini sering kali digunakan dan biasanya mereka menisbahkannya kepada para Imam yang mulia seperti Imam Ahmad bin Hambal, Abd al-Rahman bin Mahdi dan Abdullah bin al-Mubarak yang mengatakan :“Apabila kami riwayatkan (sesuatu hadith dalam bab) halal dan haram kami ketatkan (syaratnya), dan apabila kami riwayatkan (hadith-hadith) dalam bab kelebihan-kelebihan dan seumpamanya, kami permudahkannya.”

Ahmad Syakir di dalam syarahnya kepada ringkasan al-Ba’ith al-Hathith (101) : “Sesungguhnya yang mereka maksudkan dengan perkataan ini – apa yang lebih rajih, wallahu a’lam – bahawa permudahkan itu adalah dalam mengambil hadith yang Hasan, yang tidak sampai ke darjat sahih, ini kerana perbezaan istilah diantara sahih dan hasan tidak terdapat di zaman mereka secara jelas, bahkan kebanyakan mutaqaddimin tidak mensifatkan hadith melainkan kepada sahih dan dhoief sahaja.” (Sahih al-Jami’ al-Soghir wa Ziyadatuh, m.s. 51-52)

Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula berkata : “Aku katakan, bagiku ada pandangan lain dalam perkara ini, iaitu (berkenaan) permudahkan yang disebut itu ialah dalam periwayatannya bersama dengan sanadnya-sanadnya – sepertimana kebiasaan mereka – sanad-sanad ini, yang dengannya memungkinkan dapat dketahui kedaifan hadith-hadithnya, maka sanad itu disebut tanpa menjelaskan kedhaifan, sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan mereka (ahli Hadith), (ini kerana) mereka adalah yang lebih utama, dan lebih taqwa kepada Allah ‘azza wa jalla dari melakukan perkara seperti itu (memudah-mudahkan dalam meriwayatkan hadith).” (ibid)

Selain itu hadith-hadith tentang kelebihan Rejab ini kebanyakannya termasuk di dalam kumpulan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang dituduh dusta dan seumpamanya seperti Ibn Jahdham. Maka keadaan ini sudah tentu tidak dapat menaikkan mana-mana hadith sama sekali.

Penutup

Isu bulan Rejab adalah isu mengkhususkannya dengan ibadah-ibadah tertentu seperti puasa, umrah dan yang seumpama degannya yang terdiri dari ibadat-ibadat yang memerlukan dalil dari al-Sunnah untuk mengkhsuskannya.Apabila tidak ada dari al-Sunnah, atau jika adapun semuanya adalah lemah dan palsu, maka perbuatan mengkhususkan ibadat tersebut adalah suatu yang terlarang. Ini kerana mustahil manusia dapat mengkhususkan sesuatu amalan di sesuatu tempat dan masa melainkan mesti melalui petunjuk Nabi saw.

Berpuasa di dalam bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa dalam bulan-bulan Haram yang lain iaitulah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Tidak boleh mengkhususkan Rejab berbanding bulan yang lain, ini kerana perbuatan mengkhususkannya itu tidak ditunjukkan oleh Nabi saw. Kita pelik dan hairan mengapa Zamihan hanya galak mempertahankan puasa dalam bulan Rejab dan tidak mengindahkan bulan-bulan haram yang lain seperti Zulkaedah dan Zulhijjah?

Perkara ini jelas dari perkataan al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim, perkataan beliau dinukilkan oleh Zamihan namun secara tidak lengkap. Al-Nawawi berkata :“Apa yang zahir dari ucapan Said bin Jubair ini menjadi bukti bahawa tiada larangan dari puasa padanya (Rejab) dan tidak ada sunat padanya kerana (semata-mata) bulan berkenaan (Rejab), bahkan kedudukannya sama seperti baki bulan-bulan yang lain, dan tidak thabith larangan puasa dalam bulan Rejab, dan tidak ada juga sunat kerana (semata-mata) bulan berkenaan (Rejab), akan tetapi asal puasa itu adalah disunatkan (sama seperti dalam bulan-bulan yang lain).” (Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, jld 3, m.s.224)

Perkataan al-Imam al-Nawawi ini sudah cukup jelas menunjukkan tidak ada dalil yang sahih yang mengkhususkan puasa dan ibadat-ibadat lain dalam bulan Rejab. Semua yang ada tentang kelebihan itu samaada lemah ataupun palsu seperti yang telah disebut oleh al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani. Maka tidak boleh sesiapapun mengkhsuskan sesuatu amalan di dalam bulan Rejab dan menganggapnya ada kelebihan tertentu, kerana Nabi saw tidak pernah mengkhususkannya. Semua amalan ibadah yang dilakukan di dalam bulan Rejab adalah sama seperti amalan-amalan lain yang dilakukan di dalam bulan yang haram.

wallahu a'lam.

Wednesday, April 2, 2008

Hukum Berdiri Kerana Lagu Kebangsaan, menghormati bendera, muzik yang mengiringinya dan hukum mati kerana mempertahankan tanah air

Soalan:
ما حكم الوقوف للنشيد الوطني وتحية العلم، وهل الموسيقى التي تكون معه جائزة، وما حكم من مات دفاعا عن وطنه؟
Tarikh: 02/04/2008
Mufti: al-Ustaz Dr. 'Ajil Jasim al-Nasyamiy, Bekas Dekan kuliah Syari'ah Kuwait
Sumber: islam-online.net

Jawapan:



بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد
تحية العلم والوقوف للنشيد الوطني والموسيقى العسكرية المصاحبة لذلك من الأمور التي احتدم النقاش حولها مؤخرا بين الفقهاء، والراجح جوازها مع وجود بعض الضوابط التي تتضح في الفتوى التالية:


Bismillah wassolatu wassalam 'ala rasulillah.

Menghormati bendera dan berdiri untuk lagu kebangsaan disamping muzik askar yang mengiringinya termasuk di dalam perkara-perkara yang menjadi hangat pertengkaran sekitarnya dikalangan ulama fikah kemudian ini. Yang lebih tepat hukumnya ialah harus dengan memelihara displin-displinnya seperti yang dijelaskan di dalam fatwa di bawah:


يقول الدكتور عجيل جاسم النشمي العميد السابق لكلية الشريعة بالكويت. نقلا عن موقع الوسطية أون لاين:
كثير من القضايا الوطنية يظن أنها منافية للشرع فيقع السؤال عنها، وسنختار بعض هذه المسائل وهي: تحية العلم، موسيقى الجيش والسلام الوطني والوقوف عند سماعه، وأن من يقتل دفاعا عن الأرض لا يعد شهيدًا ولا يستحق أجر الشهداء في الإسلام.

Dr. 'Ajil Jasim al-Nasyamiy (Mantan dekan kuliah Syariah Kuwait) berkata, sebagai nukilan daripada lamanweb al-Wasitiah online:
"Banyak persoalan-persoalan patriotik yang disangka bertentangan dengan syara', maka timbul beberapa persoalan tentangnya. Maka di sini kami akan sebutkan sebahagian daripada persoalan-persoalan itu, seperti: memberi tanda hormat kepada bendera, muzik askar (yang mengiringinya), keamanan negara, berdiri ketika mendengar lagu kebangsaan demikian juga orang yang mati kerana mempertahankan negara apakah tidak dikira sebagai syahid dan dia tidak layak menerima pahala seorang yang syahid di dalam islam.

أولا: تحية العلم:

يستشكل بعض المواطنين شرعية الوقوف لتحية العلم سواء بالنسبة للجنود في الجيش، أو بالنسبة لوقوف الطلبة والطالبات في طابور الصباح، ومما جعل السؤال أو الاستشكال جديرا بالنظر هو صدور فتاوى فردية وجماعية بتحريم تحية العلم -وليس اتخاذ العلم- واعتبار ذلك من البدع، بل منهم من قال إن تحية الرؤساء والزعماء من التشبه بالكفار.1

Pertama: Memberi tanda hormat kepada bendera

Timbul tanda tanya pada sebahagian orang (rakyat sesebuah negara) hukum berdiri menghormati bendera samaada bagi para tentera atau para pelajar lelaki dan perempuan ketika perbarisan di pagi hari. Antara yang menjadi sebab persoalan atau kemusykilan ini kerana keluarnya fatwa dari individu dan kumpulan yang mengharamkan memberi tanda hormat kepada bendera - bukan semata-mata bendera - dan menganggap perkara ini (memberi tanda hormat kepada bendera) sebagai bid'ah , bahkan di kalangan mereka itu ada pula yang mengatakan penghormatan kepada barisan pemimpin dan menteri (sesebuah negara) termasuk di dalam tasyabbuh (menyerupai) orang kafir.

ومع احترامنا لهذه الفتاوى فإن الذي يظهر أن اتخاذ العلم رمزا للدول أمر عرفي، لا تخلو منه دولة اليوم، وقد كان العرب قبل الإسلام يرفعون الرايات ويحاربون دونها، وكان سقوط الراية إشارة إلى الهزيمة. وكانت الرايات في الإسلام بألوان مختلفة حسب القبائل فالجيش له راية بلون واحد وقد يكون لكل قبيلة لون يميزها.

Dengan kita menghotmati fatwa ini, (namun) sebenarnya menjadikan bendera sebagai lambang bagi sebuah negara adalah termasuk dalam perkara uruf, tidak ada negara yang terkecuali, demikian juga orang arab sebelum Islam, mereka mengangkat bendera mereka dalam peperangan. jatuhnya bendera menjadi tanda kepada kekalahan. Bendera-bendera ketika (kedatang) Islam dengan warna yang berbagai berdasarkan kabilah-kabilah yang berbeza. Bagi tentera ada benderanya dengan warnanya sendiri, bagi setiap kabilah pula warna bendera yang tersendiri.

فلا تكاد تسقط حتى يحملها آخر ويكون حامل الراية هو القائد غالبا. وهكذا ظل هذا المعنى راسخا في تاريخ الجهاد الإسلامي، بل هو يستند إلى فعل النبي صلى الله عليه وسلم، وفعل أصحابه من بعده، حتى نص بعض الفقهاء على استحبابه في الجيش؛ فالعلم كان له نوع تقدير عندهم لما يرمز إليه من عزة وشموخ وطني لا لذاته أو لونه.
Bendera itu tidak akan dibiarkan jatuh, sehingga akan ada orang lain yang akan membawanya, dan kebiasaannya yang membawa bendera itu, dialah seorang ketua (peperangan). Inilah keadaan sejarah jihad islam, bahkan ianya bersandarkan kepada perbuatan Nabi saw dan perbuatan para sahabat baginda, sehingga sebahagian ulama menggalakkannya (mengibarkan bendera) bagi anggota tentera. Maka bendera itu adalah satu bentuk isyarat di sisi mereka terhadap kemuliaan dan ketinggian negara yang menjadi simbulnya, bukan disebabkan zat bendera itu ataupun warnanya.

وأما الاحترام بالطريقة التي تصاحب أداء التحية برفع اليد بالسلام، أو وضعها على القلب، أو أي وضعية أخرى، لا يعني احترام أو تقديس قطعة القماش، وإنما احترام ما يرمز إليه؛ فهو رمز الوطن واحترامه بطريقة عرفية وليس فيها مظهر عبادي مثل الانحناء، فلا بدعة في ذلك. وإذا جاز تحية العلم، جاز من باب أولى التحية برفع اليد والانضباط من ذي الرتبة الأقل لمن هو أعلى منه في الجيش أو الشرطة.

وأما الموسيقى الوطنية المصاحبة للسلام فسيأتي بيان حكمها، وأما إن كان الوقوف لمجرد سماع السلام الوطني فأرى كراهته، لعدم وجود ما يسوغه شرعًا، وما خفف حكمه أنه عرف دولي لا صلة له بقوم أو عبادة. فمن فعله جاز ولكنه فعل خلاف الأولى. وفيما يأتي بيان وتأصيل ما ذكرنا بالنسبة للراية وهي العلم أو اللواء.

وفيما يأتي بعض الشواهد المؤيدة لجواز ما يتعلق بالعلم مما جاء منشؤه الاهتمام بالعلم باعتباره رمزًا.

قال ابن إسـحاق: -في معركة مؤتة- لما أصيب القوم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أخذ الراية زيد بن حارثة فقاتل بها حتى قتل شهيدًا، ثم أخذها جعفر فقاتل بها حتى قتل شهيدًا، قال ثم صمت رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى تغيرت وجوه الأنصار، وظنوا أنه قد كان في عبد الله بن رواحة بعض ما يكرهون، ثم قال ثم أخذها عبد الله بن رواحة فقاتل بها حتى قتل شهيدا2.

وفي الصحيحين: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لأعطين الراية رجلا يحب الله ورسوله، ويحبه الله ورسوله، فأعطاها عليًّا. وعن يزيد بن جابر الغفري عند ابن السكن قال: "عقد رسول الله صلى الله عليه وسلم رايات الأنصار وجعلهن صفرا"، وعن أنس عنـد النسائي أن ابن أم مكتوم كانت معه راية سوداء في بعض مشاهد النبي3 صلى الله عليه وسلم. ومن حديث كرز بن أسامة عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه عقد راية بني سليم حمراء.

وكانت راية النبي صلى الله عليه وسلم سوداء ولواؤه أبيض.

قال في طرح التثريب وفيه استحباب الألوية في الحروب4.

وفيما يلي بعض الأسئلة في الموضوع والجواب عنها.

س: ما حكم تحية العلم في الجيش وتعظيم الضباط وحلق اللحية فيه؟

ج: لا تجوز تحية العلم، بل هي بدعة محدثة، وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم: "من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد" رواه البخاري ومسلم. وأما تعظيم الضباط باحترامهم وإنزالهم منازلهم فجائز، أما الغلو في ذلك فممنوع، سواء كانوا ضباطًا أم غير ضباط. وبالله التوفيق. وصلى الله على نبينا محمد، وآله وصحبه وسلم.

اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء

عبد الله بن قعـود عبد الله بن غديان عبد الرزاق عفيفي عبد العزيز بن عبد الله بن باز5.

س: أفيدوني عن حكم من يعمل بالجيش وهذا مصدر رزقه وتفرض عليه نظم الجيش وقوانينه أن يعظم بعضنا بعضًا كما تفعله الأعاجم، وأن نلقي التحية بكيفية ليست بالتي أمرنا بها الله ورسوله، وأن نعظم علم الدولة ونحكم ونحتكم فيمنا بيننا بشريعة غير شريعة الله -قوانين عسكرية-.

ج: لا يجوز تحية العلم، ويجب الحكم بشريعة الإسلام والتحاكم إليها، ولا يجوز للمسلم أن يحيي الزعماء أو الرؤساء تحية الأعاجم، لما ورد من النهي عن التشبه بهم، ولما في ذلك من الغلو في تعظيمهم6.

وممن قال بجواز تحية العلم عطية صقر وهيئة الفتوى بوزارة الأوقاف الكويتية7.


ثانيا: موسيقى الجيش والقيام عند السلام الوطني:

الذي نراه في ذلك هو أن موسيقى الجيش والسلام الوطني وإن كان فيها بعض المعازف فإن تعلقها بمعالي الأمور ومقاصد الحماسة وعزة الوطن وأمجاده وجريان عرف الدول بلزومه، فلا تخلو دولة منه. ذلك كله يرجح الحكم بجوازها وبخاصة أن حكم المعازف أو الموسيقى المعهودة اليوم مختلف في حكمها بين الحرمة والكراهة والإباحة، ولولي الأمر حينئذ الترجيح بينها باختيار أهل الفتيا في بلده.

ولعل أقدم فتوى في جواز موسيقى الجيش الفتوى الواردة جوابا على طلب وإصرار والي مصر على مسير قوات الجيش في مكة والمدينة بصحبة موسيقى الجيش. وهذا مقتطف منها:

وبعد النظر وتقدير الظروف والزمن بما يناسبه أن الموسيقى يعتبرها فريق كبير من أهل نجد وغيرهم من الملاهي التي إن صح أن تكون مسلية للجند ومكملة لنظامهم في السير، فلا يليق أن تستعمل في أماكن العبادة مثل مكة ومنى وعرفات الأماكن التي يكثر فيها التلبية والذكر والنسك، وأنا لا أحب أن تظهر حكومة مصر المحبوبة إلا بالمظاهر المتفقة مع مكانتها في العالم الإسلامي، وليس لدي من مانع من استصحاب الموسيقى إلى جدة8. هذا وبالله التوفيق.

وأما فيما يتعلق بالوقوف عند سماع السلام الوطني أو الرئاسي المصاحب للموسيقى بنشيد أو بغير نشيد فإن كان الوقوف مع دخول الرئيس أو الأمير أو الملك ونحوهم في المسميات، فلا بأس به لأن القيام للحاكم العادل والعالم أو كرام أهل الفضل له أصل في الجواز الشرعي للقادم إذا كان بقصد؛ لحديث أبي سعيد الخدري: (أن أهل قريظة نزلوا على حكم سعد بن معاذ -سيد الأوس- فأرسل رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى سعد، فأتاه على حمار، فلما دنا من المسجد، قال للأنصار: قوموا إلى سيدكم أو خيركم)9.

قال النووي في شرح صحيح مسلم معلقا على هذا الحديث: فيه إكرام أهل الفضل وتلقيهم بالقيام لهم إذا أقبلوا، واحتج به جماهير العلماء لاستحباب القيام، قال القاضي عياض: وليس هذا من القيام المنهي عنه، وإنما ذلك فيمن يقومون عليه وهو جالس ويمثلون قياما طوال جلوسه.

وأضاف النووي: قلت: القيام للقادم من أهل الفضل مستحب، وقد جاء فيه أحاديث ولم يصح في النهي عنه شيء صريح. ويستحب القيام لأهل الفضل كالوالد والحاكم؛ لأن احترام هؤلاء مطلوب شرعًا وأدبًا. وقال الشيخ وجيه الدين أبو المعالي في شرح الهداية: وإكرام العلماء وأشراف القوم بالقيام سنة مستحبة.

وقال ابن القيم: وقد قال العلماء: يستحب القيام للوالدين والإمام العادل وفضلاء الناس، وقد صار هذا كالشعار بين الأفاضل. فإذا تركه الإنسان في حق من يصلح أن يفعل في حقه لم يأمن أن ينسبه إلى الإهانة والتقصير في حقه؛ فيوجب ذلك حقدا. وقد ورد (أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخلت فاطمة عليه قام إليها فقبلها وأجلسها في مجلسه، وكان النبي صلى الله عليه وسلم إذا دخل عليها قامت من مجلسها فقبلته وأجلسته في مجلسها)10 وورد عن محمد بن هلال عن أبيه أنه قال: (إن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا خرج قمنا له حتى يدخل بيته)11. وورد عن أنس رضي الله عنه قال: لم يكن شخص أحب إليهم من النبي صلى الله عليه وسلم وكانوا إذا رأوه لم يقوموا لما يعلمون من كراهيته لذلك. الترمذي وقال: حديث حسن صحيح.


ثالثًا: من مات دفاعا عن وطنه هل يعد شهيدًا؟

اعتبار الشهادة مرهون بالنية. فمن مات في جيش بلد مسلم من مثل بلاد العرب والمسلمين اليوم، أعني تلك البلاد التي لا يطبق فيها الإسلام كاملاً، فيحشر على نيته، فإن كانت نيته من أجل التراب والأرض، ولم تتطلع نيته لأبعد من هذا فليس ذلك من أبواب الشهادة في شيء، ويبعد أن تكون نيته مجرد ذلك، فإن صحب ذلك أمور أخر؛ فالشهادة بحسبها، فإن كانت نيته إعلاء كلمة الله والإسلام فهي الدرجة العلا في الشهادة، وإن مات وكانت النية متوجهة إلى الدفاع عن المال، أو النفس، أو العرض والأهل فهو شهيد إن شاء الله. ثم إن الأرض والوطن لا يمكن فصله عن ذلك؛ فالدفاع عنها دفاع عن الوطن بلا ريب. ومصداق هذا ما ورد من أحاديث. فقد جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: "الرجل يقاتل حمية، ويقاتل شجاعة، ويقاتل رياء، فأي ذلك في سبيل الله. قال: "من قاتل لتكون كلمة الله هي العليا فهو في سبيل الله"12.

وقال صلى الله عليه وسلم: "من قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه فهو شهيد، ومن قتل دون أهله فهو شهيد"13.


والله أعلم.

ويمكنكم قراءة الفتوى التالية:

الوقوف للنشيد الوطني


--------------------------------------------------------------------------------

([1]) من فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء بالمملكة العربية السعودية كما سيأتي.

([2]) سيرة ابن هشام 2/380.

([3]) نيل الأوطار 12/49 ومختصر سيرة الرسول صلى الله عليه وسلم للإمام محمد بن عبد الوهاب1/289.

([4]) اللواء بكسر اللام والمد هو الراية ويسمى أيضا العلم، وقال أبو بكر بن العربي: اللواء غير الراية؛ فاللواء ما يعقد في طرف الرمح ويلوى عليه، والراية ما يعقد فيه ويترك حتى تصفقه الرياح.

وقيل: اللواء دون الراية . طرح التثريب 8/25 .

([5]) اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء، (1/244) فتوى رقم (6894).

([6]) اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء، (1/244) فتوى رقم (6894).

([7]) مايو1997 فتاوى الأزهر - (10/221).

([8]) عبد الرحمن قراعة 1926م - 1345هـ، وزارة الأوقاف المصرية:

( 2) البخاري 7/411

[10] الترمذي5/700: حديث حسن غريب

2 مجمع الزوائد 8/40وفال الهيثمي: رجاله ثقات

[12] البخاري الجامع الصحيح رقم الحديث 7458

[13] الترمذي وقال: حديث حسن رقم الحديث 1421.

Hukum Berdiri Mendengar Lagu Kebangsaan


Soalan:
Nama: Jasim, dari Lubnan.
Soalan:
ما هو الحكم الشرعي في الوقوف للنشيد الوطني. رجاء مع الدليل إن أمكن. وجزاكم الله عنا كل خير
Tarikh: 25/04/2007
Sumber: Islam-online.net

Jawapan:


Bismillah, walhamsulillah wassolatu wassalam 'ala rasulillah



Berdiri kerana lagu kebangsaan di dalam negara Islam tidak mengapa, kerana ia merupakan ungkapan dari rasa cinta kepada tanah air tersebut. Demikian juga di negara yang bukan islam, tidak mungkin dihukumkan sebagai haram, kerana ia tidak menunjukkan al-wala' atau persetujuan dengan hukum-hakam negara tersebut, bahkan ia merupakan tanggungjawab rakyat (mana-mana negara) hari ini, ia tidak menunjukkan persetujuan dengan peraturan negara tersebut.

al-Syeikh Faisol Maulawi yang berupa timbalan pengerusi majlis fatwa dan kajian eropah berkata:



"Jika seorang muslim tinggal di negara yang berhukum dengan hukum bukan Islam, maka dia sudah tentu perlu menghormati syiar-syiar negara tersebut seperti lagu kebangsaan, bendera dan seumpama yang lain. Ini merupakan perkara biasa dan termasuk tanggungjawab rakyat berdasarkan norma-norma hari ini. Ia berbeza dengan al-Muwalah yang diharamkan yang membawa maksud memberi kesetiaan kepada peraturan-peraturannya, atau membawa maksud bersama orang kafir memerangi kaum muslimin. Dalil dalam perkara ini bahawa Rasulullah saw hidup di Makkah sebelum hijrah selama 13 tahun, dengan terdedah kepada berhala-berhala yang merupakan syiar bagi orang-orang kafir. Baginda berpada dengan tidak menyertai ibadah mereka dan mengingkari perbuatan mereka. Maka berdiri kerana lagu kebangsaan tidak membawa maksud mewalah kepada peraturan-peraturannya, sebaliknya yang wajib ke atas orang muslim ialah berusaha untuk mengubah peraturan-peraturan tersebut (yang bukan islami) dengan cara dakwah, dan tidak boleh bagi seorang muslim taat kepada mana-mana peraturan jika ia berupa maksiat.

Syeikh 'Atiah Saqr (Salah seorang pembesar ulama Mesir)berkata:

Menghormati bendera dengan bernasyid atau memberi isyarat dengan tangan di tempat tertentu, sebagai menyatakan kesetiaan kepada tanah air, dan mematuhi kepimpinannya dan memberi perhatian untuk memeliharanya, tidak termasuk di dalam ertikata ibadah kepadanya, tidak ada padanya solah dan zikir sehingga boleh dikatakan perbuatan itu sebagai bid'ah atau mendekatkan diri kepada selain Allah.

wallahu a'lam.

---------------------------



بسم الله ،والحمد لله،والصلاة والسلام على رسول الله ،وبعد:

الوقوف للنشيد الوطني في بلاد الإسلام لا شيء فيه ، لأنه تعبير عن حب هذا الوطن ،وأما في غير بلاد الإسلام ،فإنه لا يمكن الحكم عليه بالحرمة ،لأنه ليس دليل ولاء ،أو موافقة على الأحكام تلك البلاد ، بل هو من الواجبات المعاصرة للمواطنة ،ولا يعني موافقة النظام الحاكم فيه .

يقول الشيخ فيصل مولوي نائب رئيس المجلس الأوربي للإفتاء والبحوث :

إذا كان المسلم يعيش في وطن يحكمه نظام غير إسلامي، فهو مطالب باحترام رموز هذا الوطن كالنشيد الوطني والعلم وغيرها. هذه نتيجة طبيعية وهي من واجبات المواطنة حسب الأعراف المعاصرة. وهي تختلف عن الموالاة المحرّمة التي تعني الولاء للنظام الحاكم، أو المحاربة مع غير المسلمين ضدّ إخوانه المسلمين. والدليل على ذلك أن رسول الله (صلَى الله عليه وسلَم) عاش في مكّة قبل الهجرة ثلاثة عشر عاماً لم يتعرّض فيها للأصنام مع أنها رموز للكفر، واكتفى بعدم الاشتراك في عبادتها، بل وأنكر على قريش ذلك. والوقوف للنشيد الوطني لا يعني موالاة النظام، بل الواجب على المسلم أن يسعى لتغيير النظام عن طريق الدعوة، ولا يجوز له طاعة أي نظام إذا كان معصية.

ويقول الشيخ عطية صقر من كبار علماء الأزهر رحمه الله :

تحية العلم بالنشيد أو الإشارة باليد في وضع معين إشعار بالولاء للوطن والالتفاف حول قيادته والحرص على حمايته، وذلك لا يدخل في مفهوم العبادة له، فليس فيها صلاة ولا ذكر حتى يقال: إنها بدعة، أو تقرُّب إلى غير الله.

والله أعلم.

Kelebihan Hari ‘Asyura

Tidak ada sebarang amalan yang memiliki kelebihan untuk dilakukan pada hari ‘Asyura MELAINKAN PUASA seperti yang thabit di dalam beberapa hadith Nabi saw, antaranya satu hadith dari Abi Qatadah r.a. yang menceritakan seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw tentang (kelebihan) puasa ‘Asyura. Nabi saw menjawab:

أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله

Maksudnya: “Aku mengharapkan Allah mengampunkan dosa setahun sebelumnya.” (HR Muslim)

Para ulama umat Islam telah bersepakat menyatakan puasa ‘Asyura ini termasuk di dalam sunah yang thabit dari Nabi saw. Disunatkan bagi setiap muslim melaksanakannya, Ia adalah hari yang kesepuluh Muharram.

Adapun cara mununaikannya, al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyatakan: “Susunan (kelebihan) puasanya ada tiga, yang paling sempurna ialah puasa (dimulakan) sehari sebelumnya dan sehari selepasnya, berikutnya (boleh juga) puasa pada hari kesempilan (Tasu’aa) dan kesepuluh (’Asyura), terdapat banyak hadith dalam perkara ini, berikutnya pula (boleh juga) puasa pada sepuluh Muharram sahaja.” (Zaad al-Ma’ad. 2/76)

Adakah Kelebihan-kelebihan yang lain ?

Tidak ada kelebihan lain pada hari ‘Asyura melainkan puasa sahaja. Jika ada kelebihan-kelebihan lain ia datang dari sumber yang tidak sahih dari Nabi saw. Sebagai contoh satu riwayat yang dikatakan hadith:

من وسع على أهله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته

Maksudnya: “Sesiapa yang meluaskan keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan meluaskan untuknya sepanjang tahun.”

Hadith ini adalah diriwayatkan dalam beberapa bentuk, namun satupun daripadanya tidak sahih seperti yang telah dijelaskan oleh al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali di dalam Latoif al-Ma’arif (113).

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani berkata: “Demikian itulah kesemua jalan-jalan hadith ini, berlegar dengan periwayat-periwayat yang Mungkar dan Majhul, barangkali juga mereka dari kalangan orang-orang yang memusuhi Hussain r.a. yang memalsukan hadith kelebihan memberi makan, memakai celak dan selainnya pada hari ‘Asyura sebagai bertentangan dengan Syi’ah yang menjadikan hari ini hari kesedihan terhadap Hussain r.a. yang telah dibunuh pada hari tersebut.” (Tamam al-Minnah : 411-412)

Perkara yang sama juga terhadap kelebihan menghidupkan malam ‘Asyura atau solat sunat 4 rakaat padanya, ziarah kubur pada hari ‘Asyura dan sebagainya yang bersumberkan hadith tidak sahih. Sebahagian orang ada juga yang mendakwa pada hari ‘Asyura inilah berlakunya taubat Nabi Adam, berlabuhnya perahu Nabi Nuh atas bukit al-Juudi, kembalinya Nabi Yusuf kepada Nabi Yaakub, selamatnya Nabi Ibrahin daripada api dan sebagainya, semua ini diriwayatkan daripada hadith-hadith yang palsu. (Sila lihat al-Fatawa al-Kubra. 2/248-249)-(melalui perantaraan laman islamonline.net)

Syurga Menanti-mu dengan berbuat baik kepada ibu-bapa

“Seorang Ibu mampu membesarkan anak yang ramai, namun anak yang ramai belum tentu mampu menjaga seorang ibu.”

Demikian ungkapan yang menggambarkan reality keadaan yang merentas masa. Kisah Si Tanggang, walaupun masih ada ruang untuk dikritik beberapa kepercayaan karut yang ada di dalamnya, namun reality hari ini mengiyakan wujud ramainya anak-anak yang menderhakai ibu bapa jauh sekali untuk berbuat baik kepada mereka berdua.

“Jaga orang tua susah… cerewet, macam budak-budak pun ada” dan bermacam lagi alasan yang biasa kita dengar. Ada pula yang bertelagah sesama adik beradik, siapa yang sepatutnya menjaga ibu dan bapa, lalu masing-masing mendatangkan seribu satu alasan bagi membuktikan mereka tidak layak dan sememangnya tidak wajar diberi tanggungjawab itu.

Ramai yang mengeluh jika perlu menjaga ibu atau bapanya yang sudah tua. Seolah-olah dia melupakan dirinya, suatu hari nanti dia juga akan menjadi tua dan lemah, dia seolah-olah lupa juga ketika itu dia amat mengharapkan ihsan dari anak-anaknya.

Menyedari hakikat berbuat baik kepada kedua ibu bapa, berbakti kepada mereka bukanlah sesuatu yang ringan dan mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang besar, maka dengan itu Islam menawarkan nilai pahala yang amat besar bagi yang melaksanakannya. Terdapat banyak hadith yang menunjukkan perkara ini. Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan sebuah hadith yang berbunyi:

رغم أنفه من أدرك والديه عند الكبر أحدهما أو كليهما فلم يدخل الجنة

Maksudnya: “Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah seorang atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki syurga.”[1]

Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata: “Hadith ini berupa galakan untuk berbuat baik kepada ibu-bapa dan besarnya pahalanya, maknanya berbuat baik kepada mereka berdua ketika mereka tua dan lemah dengan memberi khidmat atau nafkah atau selainnya menjadi sebab dapatnya memasuki syurga, dan sesiapa yang mengurangi perkara ini (berbuat baik kepada ibu-bapa), dia terlepas dari dapat memasuki syurga dan Allah menghinakannya.”[2]

Demikian betapa besarnya kedudukan berbuat baik kepada ibu-bapa sehingga ia menjadi sebab beroleh syurga ataupun neraka.

Di dalam al-Adab al-Mufrad[3] al-Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas R.A. yang didatangai seorang lelaki dan bertanya:

إنِّي خَطَبْتُ امرَأةً فَأبَتْ أن تَنْكِحَنِيْ, وَخَطَبَهَا غَيْرِيْ فَأحَبَّتْ أن تَنْكِحَهُ, فَغِرتُ عَلَيْهَا فَقَتَلْتُهَا, فَهَلْ لِي مِنْ تَوْبَةٍ؟ قال: أُمُّكَ حَيَّةُ؟ قال: لَا, قال: تُبْ إلى اللهِ عَزَّوَجَلّ, وَتَقَرَّبْ إلَيْهِ مَا اسْتَطَعْتَ. قال عطاء من يسار: فَذَهَبْتُ فَسَألْتُ ابنَ عَباسٍ: لمِاَ سَألْتَهُ عَن حَيَاةِ أمِّهِ؟ فقال: إنِّيْ لَا أعْلَمُ عَمَلاً أقْرَبُ إلى اللهِ عَزَّوَجَلَّ مِنْ بِرِّ الْوَالِدَةْ.
Maksudnya: “Aku telah meminang seorang wanita, akan tetapi ia tidak menerima pinangan-ku, kemudian wanita itu dipinang oleh lelaki lain, dan wanita itu menerimanya, maka timbul perasaan cemburu aku terhadap wanita itu, lalu aku membunuhnya. Apakah bagi-ku ada peluang (diterima) taubat? Ibn ‘Abbas bertanya: “(Apakah) Ibu-mu masih hidup?” Jawab lelaki itu: “Tidak.” Kata Ibn ‘Abbas: “Bertaubatlah kepada Allah A.Z.W.J. dan hampirkanlah diri kepada-Nya semampu-mu.” ‘Atho bin Yasar berkata: “Aku pergi bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa anda bertanya kepada lelaki itu apakah ibunya masih hidup?” Jawab Ibn ‘Abbas: “Sesungguhnya aku tidak mengetahui adanya satu amalan yang lebih hampir kepada Allah A.Z.W.J. lebih daripada berbuat baik kepada ibu.”[4]

Hadith ini menunjukkan kepada kita bagaimana berbuat baik kepada ibu dapat menghapuskan kesalahan yang dilakukan, kerana itu sahabat Nabi S.A.W. Ibn ‘Abbas r.a. bertanyakan keadaan ibu lelaki tersebut apakah masih hidup ataupun tidak, sehingga dia dapat berbuat baik kepada ibunya, seterusnya dapat menghapuskan kesalahan dan dosanya. Dari Abu Hurairah R.A. Nabi S.A.W. bersabda:
لاَ يَجْزِي وَلَدُ وَالِدَهُ إلا أنْ يَجِدَهُ مَمْلُوكا فَيَشْتَرِيَهُ فَيُعْتِقَهُ
Maksudnya: “Seorang anak tidak dikira dapat membalas kebaikan bapanya, melainkan jika dia mendapati bapanya menjadi hamba (kepada seseorang), kemudian dia membelinya dan memerdekakan bapanya itu.”[5]

Demikian betapa besarnya pengorbanan seorang bapa kepada anaknya. Sehingga seorang anak tidak akan mampu membalas kebaikan bapanya melainkan jika dia berjaya membebaskan bapanya dari menjadi seorang hamba.

Al-Sindiy di dalam Syarh Sunan Ibn Majah berkata tentang hadith ini:

“Ini kerana hamba itu umpama seorang yang binasa, maka seolah-olah dengan pembebasan itu, anaknya mengeluarkannya dari kebinasaan kepada penghidupan, maka jadilah perbuatan si anak itu menyamai perbuatan si bapa yang menjadi sebab kewujudannya daripada tiada kepada ada.”[6] Abdullah bin ‘Amr pula meriwayatkan:

جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم يبايعه على الهجرة وترك أبويه يبكيان فقال: ارجع إليهما وأضحكهما كما أبكيتهما
Maksudnya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi saw hendak berbaiah untuk berhijrah, dia meninggalkan ibu-bapanya dalam keadaan mereka berdua menangis, lalu Nabi S.A.W. bersabda: “Pulang kepada mereka berdua, dan ketawakanlah mereka semula sebagaimana kamu telah menjadikan mereka menangis.”[7] Daripada Abdullah bin ‘Amr juga katanya:

جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم يريد الجهاد فقال: أحي والداك؟ قال: نعم, فقال: ففيهما فجاهِد:
Maksudnya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi S.A.W. hendak menyertai jihad, sabda baginda: “Apakah dua ibu-bapamu masih hidup? Jawab lelaki itu: “Ya”, sabda Nabi S.A.W.: Terhadap mereka berdua laksanakanlah jihat (untuk keredhaan mereka berdua).”

Hukum Berbuat Baik Kepada Ibu-Bapa

Di dalam al-Quran Allah S.W.T. berfirman:
ووصينا الإنسان بوالديه حسنا وإن جاهداك لتشرك بي ما ليس لك به علم فلا تطعهما
Maksudnya: “Dan kami telah mengarahkan (mewajibkan) manusia (berbuat) kebaikan kepada ibu bapanya, jika mereka berdua bersungguh-sungguh untuk engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak ada pengetahun, maka janganlah engkau mengikuti kedua-duanya.” (al-’Ankabut’:

Jika dilihat kepada ayat di atas, Allah S.W.T. menyuruh manusia berbuat baik kepada ibu bapa menyusul selepas arahan mentauhidkan-Nya, perkara yang sama diulang juga di dalam surah al-Baqarah[8], Luqman[9] dan al-Nisa[10]. Al-Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti berkata:

“Allah Jalla wa ‘Ala menyebut di dalam ayat-ayat ini, (arahan) berbuat baik kepada ibu-bapa menyusul dengan (arahan) mentauhidkan-Nya dalam melakukan ibadah kepada-Nya, ia menunjukkan tuntutan yang bersangatan kepada kewajipan melakukan kebaikan kepada ibu-bapa.”[11]

Di dalam surah Luqman Allah berfirman:
وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا

Maksudnya: “Dan jika kedua ibu-bapamu, memaksa-mu untuk mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang tidak ada pengetahuan-mu tentangnya, maka jangan kamu mengikut keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik…” (Luqman: 15)

Dari ayat ini jelas menunjukkan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa itu adalah suatu kewajipan walaupun mereka berdua tidak beragama Islam dan mereka berusaha bersungguhnya-sungguh hendak memurtadkan anaknya. Dalam keadaan sedemikian, sianak hanya diminta untuk tidak mentaati mereka dalam perkara syirik, namun ia tetap juga wajib menggauli mereka dengan baik. Jika demikian keadaannya, sudah semestinya berbuat baik kepada ibu-bapa yang muslim lebih utama walaupun mereka berada dalam serba kekurangan dari segi agama dan dunianya. Para ulama turut menekankan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa ini merupakan suatu kewajipan yang sangat-sangat dituntut.

Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu.

Terdapat satu hadith yang masyhur diketahui oleh ramai orang iaitulah:
الجَنَّةُ تَحْتَ أقْدَامِ الأمَّهَات
Maksudnya: “Syurga itu berada di bawah telapak kaki para ibu.” Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Adiy (ابن عدي) dan al-’Aqiliy (العقيلي) di dalam al-Dhu’afa’ daripada Ibn ‘Abbas R.’anhuma. Tentang hadith ini al-’Aqiliy berkata ia Mungkar. Al-Albani pula berkata ia hadith Palsu[12].

Akan tetapi terdapat hadith lain yang membawa makna yang sama dengan hadith ini, iaitulah hadith dari Mu’awiyah bin Jahimah (معاوية بن جاهمة ) yang datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata:
يا رسول الله أردت أن أغزو، وقد جئت أستشيرك, فقالهل لك أم؟ قال: نعم. قال : فالزمها فإن الجنة تحت رجليها
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.”[13]

Kesemua ayat al-Quran dan hadith-hadith bersama dengan huraian para ulama yang disertakan di atas menunjukkan kepada kita kepentingan berbuat baik kepada ibu-bapa. Memelihara ibu-bapa yang sudah tua, bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan. Mudah-mudahan tulisan yang serba kekurangan ini dapat memberikan motivasi, sesungguhnya setiap perkara yang susah itu memiliki ganjaran yang cukup besar di sisi Allah S.W.T.


--------------------------------------------------------------------------------

[1] Sila lihat Sahih Muslim bawah bab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab
[2] Sila lihat Syarh Sahih Muslim
[3] Al-Adab al-Mufrad adalah tulisan al-Imam al-Bukhari selain Sahih al-Bukhari. Akan tetapi hadith-hadith di dalam kitab ini, al-Imam al-Bukhari tidak mensyaratkan sahih sepertimana hadith-hadith di dalam kitab sahihnya (al-Jami’ al-Sahih).
[4] Al-Suyuthi menyebut hadith ini di dalam al-Dur al-Manthur, dan al-Albani mensahihkannya di dalam al-Silsilah al-Sahihah.
[5] HR Muslim
[6] Syarah Sunan Ibn Majah oleh al-Sindiy (2/388): melalui perantara Syarah Sahih al-Adab al-Mufrad
[7] Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah
[8]Al-Baqarah: 83
[9] Luqman: 15
[10] Al-Nisa: 36
[11] Muhammad Amin al-Syanqiti, Adhwa’ al-Bayan fi Iydah al-Quran bi al-Quran. jld. 3, m.s. 588
[12] Silsilah al-Ahadith al-Dho’ifah wa al-Maudhu’ah, jld 2, M.S. 59, Bil. Hadith: 593, Cet: Maktabah al-Maarif Riyadh
[13] Riwayat al-Nasa’I dan selainnya. Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh al-Zahabi, diperakui juga oleh al-Munziri. Al-Albani pula menghasankan isnad hadith ini

Kekeliruan dan Buruk Sangka Penyebab Salah Tanggap

Saya ingin merujuk kepada tulisan Md Asham Ahmad (Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia) yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian (tarikh 10/9/07) bertajuk ‘Usaha Ilmuan Islam Patut Dihargai’. Tulisan yang sama dengan sedikit perubahan telah disiarkan di dalam lamanweb rasmi IKIM dengan tajuk ‘Awasi Pelampau Hadith.’. Saya percaya tulisan yang disiarkan di lamanweb IKIM itu adalah tulisan asal penulis.

Setelah membaca kedua-dua tulisan tersebut, terutamanya tulisan yang disiarkan di dalam lamanweb IKIM, dengan tajuk yang sedemikian bunyinya, saya berasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara yang saya rasa wujud kekeliruan di pihak Md Asham, atau mungkin juga buruk sangka Md Asham terhadap aliran hadith dan sunnah (AHS) yang ada hari ini. Bagi saya, kekeliruan atau buruk sangka ini timbul hanya kerana beberapa tokoh yang dianggap agung oleh Md Asham, dan beberapa aliran yang dianggapnya kudus dikritik seperti al-Ghazali, Ibn ‘Arabi, dan al-Jili, demikian juga kritikan terhadap Ilmu Kalam, Sufiyah dan Ilmu tasawwuf di dalam seminar di USM yang dimaksudkan. Saya rasa inilah satu-satunya sebab utama yang mendorong saudara Asham menulis artikelnya itu dan memilih tajuknya sebagai Awasi Pelampau Hadith.

Jika dilihat kepada kertas-kertas kerja yang dibentang pada seminar tersebut, tidak ada walau satupun yang mengkhususkan perbincangan tentang al-Ghazali, Ibn ‘Arabi mahupun al-Jili. Tidak ada juga perbincangan khusus tentang ilmu kalam dan tasawwuf. Cuma nama-nama ini dan alirannya disebut dibeberapa tempat terutamanya apabila ada pembentang yang menyentuh berkenaan ilmu tasawwuf. Maka sudah pasti nama-nama seperti al-Ghazali dan Ibn ‘Arabi, juga aliran keduanya akan disebut, dan semestinya komen terhadap mereka diberikan. Ini adalah perkara biasa, tambahan pula tasawwuf dan tokoh-tokohnya sememangnya telah banyak mencetuskan perkara-perkara pelik dalam agama yang jauh dari petunjuk al-Quran dan al-Sunnah, seperti kepercayaan wahdatul wujud dan martabat tujuh yang berkeyakinan adanya penyatuan tuhan dengan manusia (makhluk) yang wujud secara berperingkat-peringkat sehingga yang paling sempurna disebut sebagai martabat ahadiyah.

Maka tidak hairanlah jika tasawwuf dan tokoh-tokohnya dikritik. Kritikan terhadap tasawwuf ini bukanlah perkara baru yang direka oleh AHS hari ini, kritikan itu tidak dimulakan oleh Ibn Taimiyyah, atau Ibn al-Qayyim atau lain-lainnya yang dianggap sebagai pejuang utama kepada aliran AHS ini oleh Md Asham. Bahkan sebenarnya kritikan itu datang dari ulama-ulama mu’tabar yang lebih awal seperti al-Syafi’, Ahmad dan lain-lain, semuanya menghentam keras ilmu tasawwuf. Al-Imam al-Syafie sebagai contoh pernah berkata : “Andainya seseorang itu bertasawwuf pada permulaan siang hari, niscaya sebelum tiba waktu tengahari ia menjadi angkuh.” Kata beliau lagi : “Tiada seorangpun yang menemani orang-orang sufi selama 40 hari yang tidak kehilangan siuman untuk selama-lamanya.” (Talbis Iblis : 371. Majalah Pengasuh, 568)

Kata-kata al-imam al-Syafie ini sudah jelas menunjukkan ketika zamannya sudah berlaku penyelewengan yang parah di dalam tasawwuf. Jika begitu keadaannya, bagaimana pula pemikiran dan faham agama umat islam hari ini, bagaimana juga tasawwuf mereka ? apakah mereka selamat dari unsur-unsur luar dan palsu ? sudah tentu untuk menafikan terdapatnya unsur luar dan palsu dalam pemahaman dan amalan ugama umat islam hari ini adalah suatu yang mustahil. Apatah lagi salahfaham pemikiran dan amalan itu terbukti dengan penemuan hadith-hadith yang palsu dan lemah termasuk yang tidak ada asalnya di dalam sebahagian kitab-kitab yang menjadi rujukan umat Islam sekarang. Di kalangan yang palsu dan lemah itu pula sememangnya ada yang memundurkan umat Islam dan memburukkan Imej agama. Tinggal masaalahnya apabila ada golongan yang cuba menafikan hakikat ini, walaupun hati kecil mereka sebenarnya memperakuinya.

Terkadang disebabkan rasa hormat dan sayang yang berlebihan kepada mana-mana individu atau aliran, kita terlupa bahawa salahfaham terhadap pemikiran dan amalan umat Islam sudah mula wujud selepas kewafatan Nabi saw. Bahkan ia telah dikhabarkan melalui wahyu. Maka sudah tentu salahfaham itu lebih parah keadaannya di zaman kita hari ini. Dalam sebuah hadith, baginda saw bersabda : “Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripada-ku, dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka ke atasnya ada sunnah-ku dan sunnah khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyin, berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu, dan hati-hati kamu dari perkara yang diada-adakan, dan sesungguhnya setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah.”

Selain hadith ini, banyak lagi hadith lain yang menunjukkan akan berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam. Perpecahan itu berlaku disebabkan terpesongnya sebahagian umat dari petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Maka amat tidak wajar jika kita seolah-olah cuba menafikan hakikat ini.

Dr. Yasir al-Syimali dalam bukunya Manahij al-Muhaddithin ketika membicarakan sebab-sebab penyususnan hadith di zaman tabi’en menyebut : “Bertambahnya hajat pada zaman tabi’en kepada pembukuan hadith dengan sebab perluasan al-Daulah al-Islamiyah, dan bimbang dari lupusnya sunnah, dan untuk memeliharanya daripada pembohongan dan tersembunyinya sunnah disebabkan berlakunya fitnah, bid’ah dan keghairahan para qussas (penglipulara) dalam memberi targhib (galakan) dan tarhib (ancaman), maka (disebabkan keadaan ini semua) bertambahlah hajat kepada pemerhatian kepada sanad dan pembukuan hadith.”

Dr. Syaraf Mahmud al-Qudhah pula di dalam bukunya al-Minhaj al-Hadith fi ‘Ulum al-Hadith menyebut riwayat Imam Muslim daripada Ibn Sirin yang berkata : “(Asalnya) mereka (para sahabat Nabi saw) tidaklah bertanya tentang isnad, akan tetapi apabila berlakunya fitnah, (mereka tidak menerima hadith, melainkan) mereka akan berkata : Sebutkan kepada kami periwayat (hadith) kamu, maka jika ianya dari ahli al-sunnah, maka diambil hadith mereka, dan jika ianya dari ahli al-bida’, maka tidak diambil hadith mereka.” Semua ini disebabkan pada pertengahan kedua kurun pertama hijrah telah mula berlaku pemalsuan terhadap hadith-hadith Nabi saw. Keaadaan ini menjadi lebih parah apabila pemikiran-pemikiran luar berjaya mempengaruhi umat Islam.

Ketika zaman Al-Ghazali misalnya, yang hidup ketika zaman tersebar luasnya pandangan-pandangan yang asing lagi jauh menyimpang dari al-Quran dan al-Sunnahi, ia datang dari golongan pelampau ahli kalam, falsafah dan tasawwuf, demikian juga golongan batiniyah. Semua ini sedikit sebanyak mempengaruhi cara fikir al-Ghazali. Kerana itu setelah beliau menyedari kepalsuan aliran-aliran tersebut, beliau cuba menolak dan menjauhinya. Jika dibaca sejarah al-Imam al-Ghazali, kita akan dapati beliau telah melalui beberapa fasa perubahan, dimana pandangan-pandangannya tentang tasawwuf dan ahli kalam di akhir hayatnya berbeza jika dibandingkan ketika awalnya. Perkara ini dapat dibuktikan apabila di akhir hayatnya beliau telah menulis kitab Iljam al-‘Awam ‘an ‘Ilmi al-Kalam ( إلجام العوام عن علم الكلام). Di dalam kitabnya itu, beliau sendiri telah mengkritik ilmu kalam, menjelaskan kepalsuannya, menyokong akidah salaf dan menegaskan kebenaran itu adalah berdasarkan mazhab al-Salaf, dan sesiapa yang menyalahinya merekalah pembuat bid’ah. Di dalam Iljam al-‘Awam al-Ghazali menyebut : “Kebenaran itu adalah mazhab al-Salaf, dan sesiapa yang menyalahi mereka dalam perkara itu, merekalah pembuat bid’ah.” (Iljam al-‘Awam ‘an ‘Ilmi al-Kalam. m.s. 62).

Beliau di dalam kitab yang sama juga, dengan keras telah melarang dari melakukan takwilan dan menyeru kepada pengithbatan sifat Allah tanpa takwil yang boleh membawa kepada Ta’til. Beliau telah melakukan pengingkaran yang keras terhadap ahli kalam dan mensifatkan semua usul mazhab ahli kalam sebagai al-Bid’ah al-Mazmumah (bid’ah yang keji), dan ia menjadi sebab kemudharatan dan punca keburukan kepada umat Islam. (sila lihat fatwa al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Munajjid di lamanweb http://www.islam-qa.com)

Diriwayatkan juga tentang al-Ghazali, ketika di akhir hayatnya, beliau telah mempelajari hadith al-Bukhari dan Muslim dan menghafalnya dari Abu Sahl Muhammad Abdillah al-Hafsi dan mempelajari Sunan Abi Daud daripada al-Qadhi Abi al-Fath al-Hakimi al-Tusi (sila lihat Tobaqaat al-Subki 4/110). Al-Syeikh Safar al-Hawali di dalam salah satu kuliahnya menyebut bahawa al-Ghazali ketika akhir hayatnya telah kembali kepada hadith Nabi saw dan beliau mati dalam keadaan kitab Sahih al-Bukhari berada di atas dadanya (sila lihat http://www.alhawali.com), ini semua sebagai syarat dari al-Ghazali yang ia telah meninggalkan fahaman-fahaman yang jauh dari panduan al-Sunnah dan kembali kepada al-sunnah dengan mempelajari hadith-hadith Nabi saw.

Jika demikian keadaannya, apa yang digusarkan sangat tentang kritikan terhadap al-Ghazali? Tambahan pula semua kritikan itu bukanlah bertujuan hendak menjatuhkan ketokohan al-Ghazali, sebaliknya lebih kepada penjelasan wujudnya hadith-hadith yang tidak sahih di dalam beberapa kitabnya.

Saya menerima alasan yang mengatakan kewujudan hadith-hadith lemah dan palsu di dalam karangan-karangan ulama silam berlaku secara tidak sengaja atau sedar. Sebahagian mereka sememangnya tidak bertujuan membohongi Rasulullah saw. Jika begini keadaanya, bagaimana pula kita yang sudah tahu kewujudan hadith-hadith lemah dan palsu itu, apakah patut kita biarkan sahaja, kemudian mentohmah orang lain yang menjelaskannya.

Bagi saya, sesiapapun tidak perlu gusar dan kalut apabila ada kritikan diajukan kepada mana-mana tokoh ataupun aliran. ini kerana tidak ada walau seorang tokoh, demikian juga tidak ada walau satu aliran yang maksum. Sebesar manapun ketokohan seseorang ia tetap tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Ini kerana zaman ‘Ismah telah berlalu dengan kewafatan Nabi saw. Apabila kita menyedari hakikat ini, maka apalah yang hendak dikalutkan apabila ada mana-mana ulama yang dikritik ? Ulama juga manusia biasa, kadang-kadang mereka benar dan kadang-kadang mereka tersilap.

Apabila ada kritikan dilakukan terhadap mana-mana ulama dan aliran, maka kembalikanlah ianya kepada al-Quran dan al-Sunnah sepertimana yang diarahkan oleh Allah swt di dalam al-Quran dengan firmannya yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu semua kepada Allah dan taatlah kamu semua kepada Rasul dan pemimpin di kalangan kamu, apabila kamu saling berbalah di dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah (rujuk al-Quran) dan kepada al-Rasul (rujuk al-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat.” (al-Nisa : 59). Maka mana yang bertepatan dengan kedua-dua sumber ini kita ambil dan mana yang menyalahinya kita tinggalkan sejauh mungkin.

Yang sepatutnya bahkan wajib kita gusarkan ialah apabila ada sebahagian umat Islam yang menganggap kesilapan yang kadang-kadang dilakukan oleh segelintir ulama itu sebagai agama, mereka ambil untuk diamalkan dan diyakini. Dalam keadaan tidak ada orang agama yang berani menegurnya. Lalu ada sebahagian perkara yang bukan agama, tetapi dianggap agama oleh sebahagian orang awam.

Untuk mengelakkan salah tanggap ini berlaku, seruan mengembalikan umat kepada sumber asal perlu dilakukan. Umat perlu disedarkan bahawa urusan agama perlu dirujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Tidak ada sumber lain yang dijamin ketulenannya melainkan al-Quran dan al-Sunnah. Perkara yang tidak pasti dan palsu mesti dijauhkan.

Inilah tujuan utama penyelidikan hadith dan penyaringnya, iaitu untuk memastikan maklumat agama diambil dari sumber yang tulen. Inilah kerja yang dilakukan oleh ulama-ulama hadith dahulu mahupun sekarang, tidak bezanya. Apabila mereka menemukan adanya hadith-hadith yang lemah dan palsu di dalam karangan seseorang tokoh, menjadi kewajipan kepada kita menjauhi hadith yang lemah dan palsu itu dan mengambil apa-apa yang pasti sahaja.

Penemuan sesuatu hadith yang lemah mahupun palsu di sisi ulama hadith tidaklah sama seperti di alam kesufian tasawwuf. Sesuatu hadith dikatakan lemah ataupun palsu di sisi ulama hadith setelah dikaji dan diselidiki jalam periwayatannya dan segala yang berkaitan dengan ilmu al-Dirayah dan al-Riwayah. Malang, sedih dan lucu apabila ada orang yang tanpa segan mempertikaikan penemuan ulama hadith hanya dengan agakan dan berbagai andaian, kita sepatutnya berasa malu dengan kerja hodoh kita hendak mempertikaikan suatu penemuan (hadith) dari hasil penyelidikan, dengan hanya andaian dan barangkali. Tidak boleh juga hanya kerana hendak berbaik sangka dan merendah diri kepada ulama yang telah berbakti, lalu kita bisukan sahaja kesilapan yang sebenarnya dilakukan tanpa sengaja oleh ulama tersebut. Tindakan membisu sebegini tidak dinamakan rendah diri dan berbaik sangka lagi, sebaliknya tindakan sebegini adalah hasil dari pemikiran yang telah berkarat dengan taasub, kejahilan dan keangkuhan yang parah. Apakah kejahilan dan keangkuhan yang lebih dahsyat berbanding orang yang menolak hukuman hadith dengan alasan kosong, sedangkan ulama hadith telah menghabiskan usia mereka mengkajinya? Manakah pula buta yang lebih parah berbanding orang yang tidak sedar akan kedudukan dirinya ?

Jika diterima pandangan yang mengatakan ulama hadith itu diumpamakan sebagai orang yang mengumpulkan bahan mentah, dan ulama dari bidang yang lain pula berperanan memproses bahan mentah tersebut. Dalam situasi di atas apakah yang hendak kita katakan kepada orang yang melihat racun dalam himpunan bahan mentah, tapi mentulikan diri sahaja kerana rasa hormat dan rendah diri kepada tukang masak yang tidak menyedari keberadaan racun itu ? lalu mereka semua makan, mereka teracun diri sendiri dan meracuni orang ramai.