Wednesday, December 7, 2016

SDI 91: Menikahi Wanita Hamil



Assalam ustaz...boleh kah seorang lelaki menikahi seorang wanita yang sedang hamil...walaupun lelaki itu memang ayah kpd bayi itu...

Jawapan:

Beberapa ulama membolehkan seorg Lelaki berkahwin dgn wanita hamil hasil hubungan zina mereka berdua. Pandangan ini berbeza dgn pandangan majoriti ulama. 

Demikian juga, anak tersebut boleh dinasabkan kpd sibapa, selagi wanita tersebut tiada melakukan hubungan dgn lelaki yg lain, atau tiada org lain yg membuat dakwaan anak dlm kandungan itu adlh anaknya. 

Al-Imam Ibn al-Qayyim menyatakan inilah mazhab al-Hasan al-Basri. Ia juga mazhab 'Urwah bin Zubair dan Sulaiman bin Yasar. Dikatakan mereka berdua ada menyatakan: 

أيما رجل أتى إلى غلام يزعم أنه ابن له، وأنه زنى بأمه، ولم يدع ذلك الغلام أحد فهو ابنه

Maksudnya: "mana2 Lelaki yg mendatangi seorg budak dan mendakwa budak itu adlh anaknya, dan dia telah berzina dgn ibu anak tersebut, dlm masa yg sama tiada lelaki lain yg mmbuat dakwaan yg sama, maka anak itu adlh anaknya." Ibn qayyim menyatakan Sulaiman bin Yasar berhujjah dgn perbuatan 'Umar alkhattab yg telah menasabkan anak2 yg dilahirkan ketika zaman jahiliyyah kpd mana2 org Islam yg mendakwa anak itu adlh anak mereka.

Inilah juga pandangan Muhammad bin Sirin dan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Ibn Al-Qayyim mentarjihkan pandangan ini. 'Ali bin 'Asim pula meriwayatkan drpd al-Imam Abu Hanifah yg berkata:

لا أرى بأسا إذا زنى الرجل بالمرأة فحملت منه، أن يتزوجها مع حملها، ويستر عليها، والولد ولد له

Maksudnya: "Aku berpandangan tidak mengapa seorg Lelaki berkahwin dgn wanita hamil yg berzina dgnnya, dan dia sembunyikannya, dan anak itu adlh anaknya."

Inilah juga keputusan fatwa Negeri Perlis.

WA

1 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)