Saturday, October 15, 2016

SDI 84: Tentang Wanita Haid

As'salamualaikum ustaz saya ada soalan nak ditanyakan :
1) benarkah wanita haid boleh baca Alquran,kecuali wanita yang (berjunub)
2) bagaimana pendapat ustaz segelintir ustaz mengatakan boleh baca alquran semasa haid,tetapi jangan sentuh ayatnya.?
As'salamualaikum ustaz Bin Sahak.
Saya harap ustaz beri pencerahan/jawapan soalan saya diatas.☺️
🌱Jazakallahukhairan🌱
Jawapan:
1) majoriti ulama melarang wanita haid membaca alquran walau dr hafalannya. Namun imam malik dan salah satu riwayat dr imam ahmad berpandangan boleh. Pandangan ini dipilih oleh Syeikh al-islam Ibn taimiyyah, beliau berkata: "bagi yg melarang wanita haid membaca alquran, tiada sebarang nas yg sahih lagi jelas." Kata beliau lagi: "Dan telah diketahui bahawa dahulunya para wanita d zaman nabi saw mengalami haid, Dan tidak pernah baginda melarang mereka mmbaca alquran, sama sptmana baginda tidak melarang mereka dr berzikir dn berdoa."
Wallahu a'lam, pandangan ini kelihatan lebih kuat. Apatah lagi memandangkan haid bukan suatu pilihan, sebaliknya ia suatu ketetapn utk para wanita. Sehingga al-imam Ibn alqayyim menyatakan jika dihalang wanita haid dr mmbaca alquran sedah tentu akan terhalang banyak kebaikan utk mereka. Akan hilang juga semua hafalan dr mereka.
Wanita haid boleh mmbaca alquran ini adlh pandangan mazhab malik, salah satu riwayat dr imam ahmad dan salah satu qaul dr imam alsyafie. Adapun hadis yg bermaksud: "jangan wanita haid membaca sesuatu dr alquran." Adlh satu hadis yg bermasalah dgn keaepakatan semua ulama.
2) Cuba elakkan dr menyentuh mashaf alquran bagi keluar dr perbezaan pendapat ulama. Baca melalui hafalan, atau melalui alquran dr hp, atau tafsir.
Larangan yg ada adlh menyentuh mashaf alquran bukan huruf alquran. Jadinya alquran versi android dan tafsir bukan mashaf. Maka ia boleh diaentuh.
WA

0 comments: