Salam Ust Bin Sahak, apakah zikir lepas solat fardhu boleh juga dibaca lepas solat sunat, misalnya solat rawatib?
Jawapan:
Zikir slps solat dibaca setelah menunaikan solat fardhu shj spt yg dinyatakan oleh alhafiz Ibn hajar, bahawa hadis2 ttg zikir slps solat difahami memiliki maksud solat fardhu shj. Pandangan ini dikuatkan lagi dgn hadis di dlm Sahih Muslim yg ada kaitkan zikir2 tersebut dgn solawaat maktubah. Namun zikir2 itu jika dibaca slps solat sunat ia bukanlah satu kesalahan atau dosa kerana asalnya ia adlh suatu yg sunat. Cuma perbuatan itu menyalahi zahir hadis.
Apapun zikir itu tidak wajar ditinggalkan slps solat fardhu utk dibaca slps solat rawatib. Sbliknya hendaklah dibaca slps solat fardhu terlebih dahulu, stlh itu jika hendak mmbacanya slps solat sunat, tidak mengapa.
Wallahu a'lam
0 comments:
Post a Comment