Thursday, March 24, 2016

SDI 45: Hukum Sedekah al-Fatihah Kepada Mayat

Assalamualaikum ustaz, Adakah amalan sedekah bacaan Al fatihah kepada orang meninggal dunia itu sunnah????...
Apa hukumnya jika saya lakukan amalan itu???
Jawapan:
Tidak sunnah menyedekahkan al-Fatihah kpd org meninggal dunia, kerana perkara itu tidak pernah dinukilkan dr perbuatan Nabi saw dan para sahabat. Hukum perbuatan itu adalah harus berdasarkan pandangan majoriti ulama, namun jangan dijadikan kebiasaan.
Wallahu a'lam

Soalan:

Ustaz Bin Sahak, bagaimana boleh jadi harus sedangkan ia rekaan dalam ibadah?

Jawapan:

Tidak termasuk bid'ah kerana dia bukan maksudkan hendak bertaqarrub dan berta'abbud kpd allah, sbliknya dia hendak mmbantu saudaranya dgn pahala yg pd sangkaan banyaknya ia mmilikinya. Di atas asas ini, sbhgian ulama mazhab syafie mencdgkan berdoa kpd Allah dgn menyatakan: "jika ada pahala dr bacaan ini, daku sedekahkannya kpd fulan."

Namun hal ini bukan bermaksud harus mmbaca al-fatihah sebaik shja mendengar berita kematian. Perbuatan mgkhususkan bacaan alfatihah bila mendengar berita kematian masuk dlm bab lain, iaitulah ia menyerupai ibadat dgn menetapkan waktu tertentu.

Soalan: 

Maknanya..sampainya pahala itu kpd simati,tetap bergantung kepada kemustajaban doa ye ustaz.Jika Allah izin,maka pahala itu sampai.

Jawapan: 

Yer sudah tentu, sebab tu kita bantah org yg ambil Upah baca alquran kononnya nak sedekah pahala. Bgmana dia mengambil Upah kpd sesuatu yg blm pasti hasilnya?

Soalan: 

Jadi..terus berdoa memohon keampunan dari Allah utk simati,lebih baik dari kita lakukan perkara yg belum pasti adanya pahala disisi Allah.Mohon ustaz betolkan jika saya silap.

Jawapan: 

Yer itu yg lebih utama.

WA

0 comments: