Thursday, March 24, 2016

SDI 38: lepas mandi wajib, perlu x saya wuduk semula utk solat?

saya ada musykil yg lama tersimpan. saya diajar mandi wajib mengangkat hadas besar dan kecil, tapi semasa mandi wajib, saya membasuh kemaluan, maka wuduk batal kan? maka lepas mandi wajib, perlu x saya wuduk semula utk solat?
Jawapan:
Mandi janabah ada 2 Jenis:
1) Mandi yg paling sempurna.
2) Mandi yg memadai.
Mandi janabah yg paling sempurna adlh sptmana mandi yg dilakukan Oleh baginda nabi saw iaitulah bermula dgn membasuh 2 tangan, mmbasuh kemaluan, berwudhu dgn sempurna, basuh kepala 3 kali setelah itu mmbasuh baki badannya yg belum kena air. Mandi yg sbgini x perlu ambil wudhu lagi, kerana slps dia membasuh kemaluannya, dia x perlu menyentuhnya lagi.
mandi memadai, iaitulah dgn meratakan air ke seluruh badan tanpa melakukan sunat2 mandi. Mandi jenis yg kedua perlukan wudhu.
Wallahu a'lam

Soalan: 

Bukan ke mndi hadas besar akan mngangkat hadas kecil skali maka tk perlu wudhu lg.

Jawapan:

Ya, isu timbul apabila kita melakukan perkara yg mmbatalkan wudhu ketika mandi spt kentut dan seumpamanya. Isu ni mmg ada khilaf. Sehingga sbhgian ulama ada yg berpandangan wudhu yg diambil sblm mandi janabah tidak terbatal dgn melakukan peekara2 batal wudhu shinggalah selesai mandi. Namun saya mengambil pandangan spt yg dinyatakan. Lihat juga SDI 40 pd status FB Saya.

0 comments: